Beberapa malam sebelum ni sebelum tidur...aku sering terfikir..Apa agaknya yang dilakukan oleh penghuni kubur pada waktu ini..Gelap,sunyi,hitam kelam..Gembirakah hidup di dalam kubur atau mungkin meratap bersedih kerana terkenangkan dosa-dosa lalu?Wallahuaalam..
Mati...ialah satu perkara yang akan kita hadapi kelak...Mungkin 3 minit lagik,mungkin jugak sejam selepas ini,dan kemungkinan malam ini kita akan mati....Semua orang akan mati..Bush,Barack, Stone Cold, The Rock..dan mereka2 yang mengganggap diri mereka "superior",kuat dan gagah perkasa pun akan mati
Tiada seorang pun yang tahu bila dan di mana kita akan mati..Sama ada kita sudah bersedia atau tidak,mati itu akan datang bila-bila masa sahaja..
Persoalannya...sekiranya mati itu menimpa orang yang kita sangat2 sayang...adakah kita benar-benar bersedia untuk menerimanya...
Apakah yang akan berlaku bila kita dipisahkan antara dua dunia...Kita di atas tanah...dan mereka jauh tenggelam di bawah..Bukankah kita berjanji sehidup dan semati? Bagaimana kalau salah seorang daripada kita yang mati dahulu?
Kau memilikiku dan aku memilikimu...Mengapa kau yang diambil dahulu?
Manusia...angkuh benar berkata-kata...Mengaku bahawa dunia miliknya..Lupa bahawa dia hanya peminjam..Peminjam tegar daripada "Tuan Empunya"
Kematian yang menjenguk dirinya..tidak pernah kami sangka...Seorang sahabat, sepupu dan abang yang sangat berhati mulia..Kufikir kembaranya hanya seketika..Rupanya dia pergi buat selama-lamanya...
Kini tidak lagi kami mendengarkan suaramu
Al-Fatihah..Semoga tenang, dikau disana saudaraku..
Mesir,Oktober 2009
Mesir,Oktober 2009
Kematian itu tiba memang pada saat2 yang tidak dapat kita duga...Pesananku..Rakamla segala memori anda bersama orang yang benar2 anda sayangi..Ibu,ayah...nenek,abang,kakak atau adik2 anda...
KERANA MUNGKIN ESOK ANDA TIDAK LAGI DAPAT MENDENGAR SUARA MEREKA..
Al-Fatihah untuk sepupu sahabatku Jah iaitu Luqman Asyraf Sulaiman( 13 tahun) yang meninggal pada minggu lepas dan ayah juniorku Aisyah..yang juga meninggal minggu lepas..semoga Allah mencucuri rahmat terhadap mereka..Amin..
8 comments:
like this post..jane klu sy pergi dulu awk jgn lupa doakn sy kt sana taw..insyAllah nnt kita jumpa kt syurga..
janganla cakap macamtu...kalau awak pergi dulu..wasiatkan kamera awak kat saya dulu before pergi dahulu ke kemudian ke...hehe..gurau2..ya munira..tapi saya rasa,saya kut yang pi dulu..
Jannah suka merapu... saya rasa, saya yang pergi dulu dari awak..sebab saya kurus lagi dari awak.. :(
mana ada..aku pergi dulula..sebab aku taknak menangis tgk kawan2 aku pergi dulu...aku nak mati atas katil,xnak atas jalan raya..amin..
salamalaik ya sahabatku...
lamanya xdgr kabar awak....
harap awak sihat..
akhirnya...jumpa gak blog baru awak ni..
hahaha...saya lupa url dia...
so...tunggu je awak komen di blog saya...
hahaha....
jane...tq so much 4 this peringatan...
sangat berguna kpd saya....
mog aAllah sentiasa memberkati awak ustazah jannah...
hehehe.. ;-)
always miz n lap u dear.... ;-)
Sahabatku Dr.Nurul Khadijah: sama2..semoga awak pun sentiasa diberkati Allah..saya xdak kredit kalau ada,aku kol ja..sayang awak Dijah;-)
Kim salam kat Mekdah..kata kat dia...Amik ja STAM tu..duk kat UIA ni susah sikit...lama..amik STAM pi ja Mesir truih..
jane klu awk g dulu wasiatkn kadiaq n rokiah kt sy ye..hehe gurau je..sy selalu doakn umur awk panjang n dpt terus b'amal kt dunia yg sementara ni
amin....thanks munira...awak pun;-)
Post a Comment