Friday, 13 May 2011

From Zero to Hero: Episod sekolah Rendah.


Tahun 1998 

Semasa darjah tiga, aku dipilih oleh guruku menjadi pengawas sekolah...Namun ketika itu,aku masih tidak mengerti mengapa cikgu memilih aku dan bukan rakan-rakan yang lain.Yang aku tahu menjadi pengawas adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana aku tidak lagi memakai kasut putih dan uniform putih..Segala-galanya berwarna biru..Tudung,baju..kain berwarna biru tua dan kasut berwarna hitam. Cikgu tidak memberitahu mengapa dia memilih aku, tapi aku andaikan mungkin kerana aku anak cikgu di sekolah tersebut,jadik disebabkan itu mereka memilih aku..


Tahun 1999

Tahun berganti tahun...aku masih lagi seorang pengawas di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat..Seingat aku,tugas aku sebagai pengawas ialah menjaga kelas semasa guru2 bermesyuarat, menjaga baris di perhimpunan, menaikkan bendera ketika pelajar2 menyanyi, membaca sifir pada waktu pagi, serta mengugut untuk menulis nama pelajar2 yang bising dan yang membuat onar...Yang lain aku tidak ingat..

Pada tahun yang sama,aku dipindahkan ke sekolah lain oleh ibuku...Abah aku cakap,sekolah baru aku ni, sekolah budak2 elit..budak2 pandai..Kalau dapat no 15 pun dh dikira pandai..

Masuk ke sekolah baru..Kali ini,aku menjadi pelajar biasa kembali...Asing,segalanya terlalu asing...Tiada lagi kasut hitam,tiada tudung biru dan baju biru...Semuanya serba putih..Aku di tempatkan di tahun 4 Amal Sekolah Kebangsaan Kayang dan bukan lagi 4 Berjaya,Sekolah Kebangsaan Simpang Empat..Sewaktu masuk,guru kelasku membacakan kad laporan pelajaranku di hadapan semua rakan2..

"Kamu lihat kad laporan pelajaran rakan kamu ni..tgk markah agama dia...98%...",ujar guru kelasku sambil membaca kad laporan tersebut

"Wowww..woww,,"rakan2 baru aku menyorak...mungkin kerana menyangkakan aku seorang yang pandai..

"Sains...54%, Matematik 75%"

Sunyi.....................................Berbeza dengan tadi...............................Dan tak ramai kawan..


Peperiksaan akhir tahun bermula...aku mendapat tempat kelima daripada 50 orang..Alhamdulillah...Aku sudah punya ramai kawan..



Tahun 2000

Tahun tetap berganti..Dan tahun yang berikutnya..Aku dipilih menjadi pengawas sekolah..Aku beranggapan mungkin kerana mereka kekurangan kuorta pengawas,jadi mereka memilih aku untuk menjadi pengawas. Aku tidak lagi berbaju putih dan bertudung putih...Pengawas di sekolah baruku ini memakai tali leher walaupun perempuan..kain di luar dan baju di dalam serta memakai kot...agak ke mat salihan aku kali ini...Namun hari Jumaat,kami masih disarankan memakai baju kurung dan tahun ini aku.....masih menjaga barisan di kantin serta menaikkan bendera serta memaki sesiapa yang membuat bising dalam kelas..


Akhir tahun tersebut..mereka memilih bakal Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas...Macam biasa,aku tak tersenarai.........aku pun xkesah dan masih lagi menaikkan tali bendera sekolah..


Tahun 2001( Kemuncak)

Penolong Ketua Pengawasku berpindah ke Kuala Lumpur..Cikgu memilih aku sebagai Penolong Ketua Pengawas...Aku masih di tiang bendera..

Peperiksaan pertamaku...2A 2B 1C...B untuk BI dan Matematik manakala C untuk Sains..Aku memang lemah subjek2 tersebut..Seorang guru mengejek keputusan peperiksaanku di hadapan rakan2ku...

Sebelum peperiksaan UPSR yang sebenar..aku perlu menjalani 2 lagi Peperiksaan Percubaan Peringkat Negeri..Berkat EJEK guru tersebut..aku berjaya memperoleh 5A bagi kedua2 peperiksaan dan 5A untuk UPSR ku..Terima kasih cikgu..

Akhir peperiksaan tahun 6..Aku mendapat tempat kedua selepas Ketua Pengawas aku...


From Zero to Hero

Masuk sekolah Menengah...EPISOD BERIKUTNYA...hehe...nantikan..


 Sabda Nabi s.a.w:
Sesiapa yang merendah diri akan diangkat kedudukanya oleh Allah dan sesiapa yang besar diri akan dihinakan olehNya

  


..

No comments: