Monday 18 June 2012

Homeless Aid Program..

 Salah satu program yang aku sertai sem lepas ialah Homeless Aid..Program ni merupakan program yang sangat2 berguna buat aku dan rakan-rakan sebagai persediaan untuk kami menjadi guru khususnya dalam bidang pendidikan Moral ni..Program ini telah dianjurkan oleh BEDSA iaitu society untuk pelajar-pelajar Education di UIA =) Dengan kerjasama pihak NGO dan juga JAWI,Alhamdulilah, program yang diadakan setiap malam khamis dan jumaat ni,dapat jugak dilaksanakan dengan baik..


Each of us was given a badge from BEDSA.

Disebabkan program tu bermula selepas isyak,makanya untuk mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas,kami pun bertolak dari UIA dalam pukul 6 lebih dan sampai nak dekat dengan waktu maghrib di masjid Jamek,KL


Sejujurnya aku ialah seorang yang agak skeptikal sikit bila melihat orang2 yang tidur di tepi jalan ni.. Dan aku  agak sedikit rasa takut dan kadang kala rasa macam..kalau boleh nak elak,memang nak elak jauh2 lalu sebelah dorang..sebab dalam fikiran aku..orang yang tidur tepi2 jalan ni selalunya orang yang kurang waras dan berbahaya...Tapi bila sampai ke tempat2 macamni..Barulah aku tahu,betapa berlainannya dorang daripada apa yang aku fikirkan selama ni...ehm..kita tengokla camna nanti..


Are you ready Jane?Ehm....
 Oleh sebab bas tidak dapat masuk ke dalam,jadik kami berjalan kaki saja untuk sampai ke Masjid Jamek tu
 Eh,ni tempat aku shopping beg ni..Tutup mata, tutup mata...Kang hilang lak sorang peserta program ni kang..=P
 Jauhla jugak nak sampainya..
 Finally...Sampai jugak..rasa agak bercampur baur...berdebar..

Solat Magrib dulu smabil menunggu pihak NGO dan JAWI

Briefing by Dr Kamsiah about homeless people

 After isyak,tgk2 makanan dah sampai untuk diedarkan kepada homeless people ni..
  Thanks for your donation..
 Menunggu arahan dan mendengar sedikit briefing daripada pihak penganjur
 Salah seorang daripada pihak pengurusan masjid yang terlibat dalam Homeless Aid ni..
 Peserta menolong memasak makanan untuk gelandangan2 yang datang..Sorry if the word is too harsh but homeless people was called 'gelandangan' in Malay Language.
 To respect their privacy,honour and sensitivity, we were not allowed to capture their face closely or even using flash to snap their picture..
 Sementara menunggu makanan siap,gelandangan ini dihiburkan dengan wayang pacak..Not only want to feed their Jasmani,but the purpose of this program is also to feed their Rohani, therefore, most of the videos shown were actually related on religious talk=) Ustaz Azhar Idrus lagi  tu...hehe

 Program ni tidak dikhususkan untuk orang Islam sahaja tapi untuk semua orang,tidak kirala asal mana,agama apa dan bangsa apa..Semua boleh join..

 Their food..
 Nasi lauk ikan..Kuah xsiap lagi..
 Setiap kami perlu memakai sarung tangan ketika memberi makanan...Cleanliness=)

 Ayor yop!!
 Nampaknya dorang dah semakin ramai...
 Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...

 Sesi memberikan makanan kepada warga gelandangan."Senyum dan jangan tarik muka waktu bagi makanan" nasihat salah seoarang penganjur program kepada kami..

 Membungkus makanan untuk gelandangan bawak balik 
 Selain tu, pihak kami juga mengadakan sedikit games untuk menghiburkan dorang..Alah kuiz2 yang comel2 ja..hehe..sapa dapat jawab dia dapat hadiah=)
 Siapa boleh nyanyi lagu negaraku?=)

 Bersama volunteer program,Fiza..=)

Akhirnya dalam pukul 11 lebih kami pulang...

Untuk pengetahuan semua,mostly yang homeless ni rumah mereka hanyalah di kaki2 lima, dibawah jambatan2 tepi sungai dan mereka tidur hanyalah beralaskan kotak semata-mata.Walaubagaimanapun ,pada siang hari mereka bekerja seperti biasa, dan  yang paling mengejutkan aku,ada antara mereka yang bekerja pejabat tapi turut jugak menjadi homeless dek kerana tidak mampu menampung kos sewa rumah yang semakin tinggi.

P/S: Dalam hidup ni,adakalanya kita kerap sangat merungut..Rumah kecik sangat,kereta burukla,makanan xsedapla, baju xlawala...Tapi mungkin kita terlupa yang all those defect things yang kita cakapkan tu kemungkinan adalah perfect things for certain people..Yalah,lebih baik ada,dari xdakan...Tapi,instead of merungut,watla sesuatu untuk merubah nasib sebab Allah takkan merubah nasib hamba2-Nya,melainkan kita yang merubah nasib kita sendiri..


Friday 15 June 2012

Manukan Island yang masya Allah superb habis!

 Seusai menyudahkan program bersama pelajar UMS, aku dan rakan-rakan terus bertolak ke Kota Kinabalu untuk mengambil bot ke Pulau Manukan..

Korporasi sangat2 budak2 UIA nikan...Dengan blazer2nya..sapa tah suh pakai..bahaha..Jangan tertipu..Luar blazer..Dalam baju renang...hahahaha...semua dah ready nak terjun dah..hehe

Sempat aku culik sorang budak UMS untuk jadik tour guide kitaorang..hehe..Nila adik aku...Cik Qilah Printer..Sapa nak print,gtau dia..haha

Dah kena tinggal..................huhu..xpa,ni bot ikan ja..bukan bawak orang..ahaks

Oleh sebab budak2 perempuan yang lain sudah menaiki bot lain..makanya,aku dan beberapa orang budak perempuan lain,naikla ngan budak2 laki..haih..beruntung kitaorang..kahkahkah..err..gurau jala..

MRC Bilal
Ubey cam takot2 ja...hehe..siyan dia..aku pun xtahu,napa aku tgk ja muka dia mesti aku rasa kesian...

Sampai2 ja,terus nampak Yati kat jeti..
"Eh wei!! tengok bawah!!! Jerit dia....aku pun tgkla....wahhhhhhh..Cantiknya Ya ALLAH!!

Pertama kali aku berkunjung ke sini dalam 3 tahun lepas...ni kira kali keduala,tapi kekaguman aku terhadap Pulau Manukan ni tetap xpernah pudar....Subhanallah Walhamdulillah Wallauakbar..

 =)
 Biasala budak2 pompuan kalau dah jumpa ayaq..mngalahkan budak laki..hehe

 Sambil2 snorkeling nikan,aku xtahula aku kena penyakit apa tapi...aku asyik gelak ja ngan Jah dalam laut tu..xbrenti lak tu..sampai satu tahap tu aku sampai nak lemas sebab asyik gelak ja,oksigen pun xda...kahkahkahkah...Dahla time tu xpakai life jacket..gila pulak tiba2 tengah2 laut..hehe

Eh,nampak rambutla..
"Beriadah-beriadah jugak,aurat kita tetap kena jaga"=)

Dah habis snorkeling tu...kami pun bersiap ar nak g Pasar Filipina lak...

 
Beyonce sangat mak rasa time ni.. hahahhaa..!! =B


 I am the king of the world!!Tehtarik scene,crita baru ganti Titanic..=P


Shade ni shade kesayangan mak nook...pakai ke mana saja..Bagus untuk kaki silau macam aku...tehee

Eh,apa kat bawah tu..Cam sotong ja..

wwOoo...woraaang rupanyaaaaa..kupikirkan sootonggggg!! hehe...

Teringat2 sotong sampai2 ja jeti trus makan sotong bakar...hehe
Ehm.....tawaq sikit rasa dia...Katanya orang2 di sini memang makan tawaq2 hebiaq!! (ha kan dah terkeluaq utagha aku..)hehehe...
 Ketam ada,sotong ada semua ada!!
Kami pilih ikan yang makcik ni cakap rasa cam ayam...yeker makcik..
melepaskan kebuluran dengan mencekik seketika..sedap hangak..

Pastu adik aku kenalkan dengan latok yang diperbuat daripada rumpai laut...Latok ni sangat sedap..bagi akulah..sebab rasa dia sangat masam dan juicy..buat ulamla sedap!!


Pastu,kami g Perdana Park...Kat Perdana Park ni ada ayaq pancut sekali ngan muzik2 lagi...syok tauuu!!

Ada cam adik beradik ka kami ni ha?hahahaha
Ha....dah mai dah...tinggiiiiii n sangat2 menakjubkan..
Ha...tu baru sikit2 ja ayaq pancut tu..
Ha..nampak tak?
Tinggi lagi pun ada...dahla sama naik berirama ngan lagu2 yang best2...

Kebetulan Perdana Park tu dekat sangat ngan airport KK,jadik lepas habis tu,kami pun berangkatla ke airport...
Time to leave my adik...aku tak sedih pun, tapi adik aku nila hai...sok sek sok sek menangis...Macam apa tah..hahahaha..maklumla dia sorang kat sini...mestila sedihkan...siyan dia..xpa,tabahla nook,xlama dah tu..

 Babai Qilah...janganla nangis..malu kat drebar bas tu..nanti kita jumpa lagi eh..

Cliche........Zzzzz

Aku naik2 ja terus tidoq, 2 jam lebih  kot nak sampai..Ada sekali tu aku tersedaq sekejap sebab plane tu bergegar kuat gila...............

P/S: Nanti nak datang lagi Sabah..sebab sangat best,orang2 dia pun baik2 n sweet..Kalau xda aral,minggu depan aku akan memulakan satu lagi pengembaraan..Doakan yang terbaik untuk kami=)