Saturday 30 March 2013

Kembali dengan matlamat


Lusa..aku akan kembali ke sekolah
Ehm...menghabiskan separuh lagi praktikal aku..dh xlama dah
14 Jun 2013 bersamaan dengan hari Jumaat,maka akan tamatla kerja aku sebagai guru praktikal...jadi lebih kurang 2 bulan camtula lagik..

So far,aku dah diobserve oleh pensyarah2 dan guru pembimbing aku sebanyak 3 kali...ada lagi tiga kali lagi..,komen2 yang diterima daripada mereka agak baik, Alhamdulilah..

Apa2pun,still aku rasa berdebar...tu ja yang salu aku akan rasa bila nak masuk ke kelas...berdebar dan berdebar..

Nevertheless,aku sudah ada matlamat yang tersendiri di sekolah tu...sudah ada beberapa orang pelajar yang menarik perhatian aku..mereka aset sekolah yang mereka sendiri tidak tahu yang mereka memang aset sekolah yang berharga..Hazim, Rahim, Abi, Afifi,Taqudin,Srineevasa...I would like to make you discover your own potential to become a very good human..You will..I believe you will find it..

Salah seorang students aku sudah menunjukkan perubahan positif setelah aku memberikan sedikit kata2 semangat kepada mereka yang duduk di kelas yang kesepuluh daripada sebelas kelas tingkatan 4, mereka mampu berjaya jika mereka berusaha bersungguh-sungguh,Alhamdulilah...Safiq seorang pelajar yang duduk di belakang,main2 ketika aku mengajar sudah mula duduk di hadapan, mula bertanya jika tidak faham,  berterima kasih ketika aku memberikan sesuatu dan meminta maaf jika dia membuat kesilapan kepadaku dan guru2 dan lain...Alhamdulilah..Aku tak ragu2 memberikan dia anugerah pelajar terbaik bulan Mac..Semoga perubahannya berkekalan...

Aku sayang pelajar2 aku...Dan aku harapkan pengakhiran yang baik untuk aku dan mereka



Mimpi..


Mimpi semalam...
Bestnya...
Best kalau jadi kenyataan..

Tapi mimpi hanya mimpi
Mungkin boleh jadi kenyataan
Tapi kenyataan selalunya tak seindah mimpi

Semoga kenyataan esok akan baik-baik sahaja..

Monday 25 March 2013

Mac yang sangat best

Hai blog...Apa kabor?

Terasa lama kita tidak berjumpakan..hehe.semenjak melangkah ke alam praktikal ni,aku mengaku,sememangnya aku memang tak dak masa nak update2 blog ni..huhu... Ni pun sebab cuti sekolah,kalau tak...ehm...memang bersawang lagila nampaknya blog aku ni...

Dalam entri aku yang sebelumnya,aku menyatakan semoga dalam bulan ni,aku nak jadi seorang guru yang paling gembira sekali..Dan Alhamdulilah,Allah makbulkan impian aku melalui kejutan hari lahir aku daripada pelajar2 aku...Subhanallah..Gembira bukan kepalang aku rasa..Tak pernah aku rasa segembira macamtu sepanjang aku kat sekolah tu..hehehe..

Malam sebelum hari kejadian,aku ada merungut-rungut kat kawan aku..stressnya jadik cikgu ni,sampaikan aku rasa macam nak cari kerja lain,xnak aku nak jadik cikgu ni..Ntahlah..tapi memang dalam minggu tu aku sangat stress..

Keesokan harinya tu plak..aku rasa downla untuk ke sekolah..lemah ja kaki aku melangkah..Walaupun ada kawan2 aku yang nyanyi bagai nak rak lagu besday kat aku dalam kereta,tapi semuanya macam masuk telinga kanan,keluar kot lubang hidung kiri ja time tu..(heartless) hahahaha...Tapi aku hargaila nyanyian dorang tu..=P

Sekolah aku bermula pada pukul 7.30 pagi dan kebiasaannya akan ada perhimpunan sebelum masuk ke kelas, kiranya..kalau mana2 cikgu yang ada kelas pagi time tu, for sure budak2 dia akan masuk lambat sebab ada perhimpunan harian tu..

Kebetulan pagi tu aku ada kelas pagi,masuk ke kelas dengan perasaan yang berdebar sangat sebab kelas ni agak "lain" dari yang "lain"..Ada pelajar2 dia yang agak "lain" sikit dan menyebabkan aku memang akan berdebar sebelum masuk..huhu..

Masuk ja dalam kelas, ada berapa ketul ja budak2..Hairan jugak aku tapi aku fikir mungkin budak2 ni masih di perhimpunan,yalah kadang2 after perhimpunan pun diorang ada perjumpaan bola jaringla, pengawasla, rumah sukanla..jadik lambatla skit masuk ke kelaskan..Then, aku teruskan mengajar...Tapi dalam 10 minutes after,rasa pelik mula menjalar...Eh,kenapa lama sangat budak2 ni xmasuk ni...ramai plak tu..Yang budak2 perempuannya pun sama..kalau tak,budak2 laki ja lambat..Ni budak2 perempuan pun..Then aku pun terjenguk2la kat luar koridor...Hai,mana pulak budak ni..Ni kalau pengetua lalu ka guru kanan mai ka,memang naya aku...dahla selalunya akan datang pemantauan 5 minit daripada dorang..

Last2 aku tanya budak2 tu,dorang kata kat assembly lagi...Tiba2 masuk seorang pelajar lelaki ni suh aku ikut dia...Nak berbincang katanya..Hati mula bertambah pelik..Bincang mendanya budak ni..dh masuk lambat nk ajak berbincang pulak dah..

Aku wat2la acuh tak acuh nak ikut dia...Last2,dia lari keluar sambil membebel-bebel...(sebab gagal pujuk aku untuk ikut dia gamaknya) hahaha..

Tiba2 budak2 belakang duk main2 lampu kelas...hai...

Elok2 ja aku berpaling ke luar pintu, tiba2 terdengar bunyik ramai2...n nampakla cahaya something....n suddenly.."Happy birthday to you!!!!!!!!!Happy birthday to Miss Jannah!!!!!!!!!!!Happy Birthday to you!!!!!!waaaaaaaaaaaaaa.....serius aku terbeliak mata sekejap pastu terlihatla sebijik kek bersama lilin disuakan dihadapan aku...eceh..hehehe...first time kek aku berlilin...hahahaha...(mak aku xpernah ajar pakai lilin kat kek)=P

Senyum ja tgk kek ni sambil disaksikan hampir 80 orang pelajar2 aku yang datang daripada kelas2 lain..hehehe..Ya Allah..terima kasih..
(By the way, aku tiupla jugak lilin kek ni walaupun sebenarnya hati agak berat, faham2 jelah..)

Lepas2 dorang bagi kek tu aku simpan sekejap dan mengajar dulu sebelum aku kasik dorang makan...Yalah,party2 jugak learning outcomes dalam lesson plan kenalah achieve jugak..hehehehe...

Lepas2 habis belajar,aku pun bagi ja dorang makan...

 Kesiankan tgk budak2 ni...rupa2nya dorang takleh makan dalam kelas...lepas aku kuar ja kelas,terus aku kena sound ngan guru kanan sebab bagi dorang makan..hahahaha...xpa,sekali sekala kena sound pun best jugak...hahahahaha...(malas nak bertekak,memang salah aku pun, maaf ya cikgu,saya kesiankan dorang dh siap bawak pinggan ngan cawan dh,jadi saya bagi jalah makan)
  Ni antara hadiah2 yang aku terima...hehehe..ish..suka wat aku touching budak2 ni..Mujur aku xnangis depan dorang..
 Ada mungerrrr ngan kad...hahahahaha

 Terharu dapat cheese tart daripada khadijah ni..sedap..dia buat sendiri katanya...=P..Thanks dear..

Keronsang daripada Hidayah...cantik sangat...=)

Kad daripada Group of Six..kawan2 terbaik aku..Jah, Cik A,Leha,Jimah ngan Imah..=)

 Ni dorang bawak aku makan lamb chop plus mix ombo...perghhh...sedap giler...sedap sebab free..dorang belanja..hahahahahaha..maceh kawan2 aku..sayang ampa...=P

It's so delicious because it's FREE!!!!!!!!!!!!!! hahahahaha..kat HR STEAK HOUSE!!

Balik tu barulah tengok hadiah..=)
Kad=)
 From 4 Aset...=)
  From Afifi Najib.."Cikgu,jangan bukak kat sini tau,bukak kat rumah"

"Napa,kalau saya nk bukak dalam bilik guru boleh tak?"

"Janganla cikguuuu...bukakla kat rumah...."katanya separuh merayu

bahahahaha...bukak2....gulp..Hello Kitty sangat..hahahahahaha..makaseh Afifi..

  From Bhavani...my indian student...comel=)..Macam tahu2 ja warna feveret aku..tgk..sama warna ngan karpet bilik aku ja..hehe
 Actually..to tell you the truth..nila first time aku dapat bunga...hahaha..tu yang wat mak rasa sebak sangat nak...sob3..

Malam tu,mak aku singgah jap UIA...Antar kek,mula2 abanga aku kata nak wat seprais,tapi ayah aku dah kol awal2 dah kata nak bawak kek,makan ngan kawan2...hahaha...xjadikler sepraisnya..tapi xpa,apa2pun aku memang suka makan kek..tu adalah fakta..haha

 Kek aku dh dirasmikan awal2 oleh abang aku kat Putrajaya seblum dibawa ke UIA..hahaha..
Kak ipaq aku bagi...maybe sebab dia tengok aku macam teringin tapi kedekut nak laburkan kat produk ni..Tapi hakikatnya..aku takut nak pakai sebab mahaiiiii..hahaha...anyway,thanks kak eja...anda memang kak ipaq yang memahami saya..hehehe

Wah,panjang entri aku kali ni...heheh...By the way..kat sini,aku nk ucapkan terima kasih kat Allah sebab masih bagi aku peluang untuk hidup,mak abah yang membesarkan aku dengan penuh kasih sayang,adik beradik yang berada dibelakang aku sewaktu susah dan senang dan rakan2 yang memberi sokongan dan kasih sayang sepanjang aku hidup n tak dilupakan pelajar2 yang sudah berada dalam kalendar hatiku...Thank You very much..Doakan aku berjaya dunia dan akhirat..Mudah-mudahan aku menjadi insan  yang berguna kepada masyarakat..Amin=)

Tuesday 5 March 2013

Believe

I believe
I can do it
I believe
I can pass through it
I believe I can have it

I CAN DO IT!

This year is a gift to me

OCTOBER I will come to you successfully, Insya Allah =)

To achieve this month:

1) Champion for USC Discuss Throw 2013
2) The happiest teacher ever!!