Sunday 30 October 2011

Finished with Broga Hill..=)


Alhamdulilah..Misi aku untuk harini selesai..Menawan Bukit Broga hingga ke puncak terakhir..=)

Fuh,mula2,aku ingat Broga ni cam senang ja...Tapi,bila dah naik..Pergh..Best gila!! Rasa macam xnak naik dah...kahkahkah..Walau bagaimanapun,tahniah untuk diri sendiri ya Jane, sebab dapat naik sampai atas..Terkejut cacing2 dalam perut aku bila tahu aku nak daki Broga Hill ni,maklumla exercisenya idok..terus nak mendaki ja..kuikui..

Apa2pun, syukur banyak2 kat Allah sebab selamatkan nyawa aku tadi daripada tergelincir ke bawah..Ish, kalaula Allah xselamatkan aku..Dah wat kenduri gulai daging dah femili aku malam ni,maklumla.. lauk cliche time kenduri arwah..Gulp..Err..Makasih na ya Allah...

Nanti aku cerita lagi tentang Broga Hill ni..Apa-apapun, nasihat aku kepada kawan2 semua..Never give up in every single step if you really want to achieve your dream. Aku hampir2 nak give up tadi disebabkan kata-kata negatif daripada orang2 disekeliling aku..Tapi aku cekalkan hati dan teruskan mendaki walaupun dengan speed Seput Barbey..Akhirnya....aku sampai jugak AT the top and I FELT LIKE THE KING OF THE WORLD!!!Wiihuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!(bajet Leonardo dalam Titanic,Wakakaka)

  Esok aku cerita len...Banyaknya baju nak basuh...

Saturday 29 October 2011

Will be here for tomorrow subuh, Insya Allah=)

Thanks mr google

Well....little bit nervous right now...But just want to tell u,my friends as well as my Tok Yam, mak,  abah, Kak Epot,Abang Epi,Kak Nor,Abang Pidus and Aqilah that Insya Allah, i'm going to be there (picture) tomorrow...Just pray for my journey ok dear..hehe..The most place that i ever dreamed in my life afer Mecca is Broga Hill, hehe...Well Buragas, i'm going to visit you!!!!=)

p/s: Kita tanam time capsule kat situ nak?hehe

Tuesday 25 October 2011

Hehe, Huhuhu,Hahaha,Kahkahkah


Suatu hari sorang kawan datang ke bilik aku..Dia datang melepak sambil bawak makanan..

Sambil2 makan tu dia cakap.."Jannah,sejak2 ayah saya duk rumah ni dia asyik siasat anak-anak dia ja..especially dalam FB saya"

"Ha.yaka..pastu?"

"Takda,ayah saya tegurla saya...Saya adala tulis satu status ni, pastu last kat status tu saya  tulisla HAHAHAHA...pastu ayah saya cakap apa tau Jannah? Ayah saya kata.."Kakak, tak elokla perempuan tulis HAHAHA, perempuan kalau nak  gelak tulisla HEHE ke HUHUHU ke....barula perempuan namanya...",kata kawan aku....
.
"Gulp...kalaula ayah dia baca ayat2 dalam blog aku yang banyak.."KAHKAHKAH" ni, mesti dia terus tak nak kasik anak dia kawan ngan akukan.......HEHEHE

ceq takut la nak add pacik....huhu

Hujan dan tangisan....


Hujan membasahi bumi UIA...seolah-olah menangis mengenangkan apa yang telah terjadi di sini..
Bagaikan dicubit-cubit dan dihiris mendengar tohmahan demi tohmahan ..

Aku sangat cintakan bumi UIA,aku sayang segala isi tamannya..dan aku bencikan kumbang2 luar yang cuba merosakkan bunga2 yang sedang mengharum di bumi UIA..

Seandainya Rasulullah masih ada.........




Monday 24 October 2011

One by one.

One by one..
It comes and goes
Like a strong wind
Comes and changes everything
Test from Allah...
Test from the Greatest Listener.
Test from my Lover..


One by one..
You drag me into problem, you put me into solution.
It makes me weak sometime,makes me stronger everytime..


One by one
You make me cry one day, you make me smile everyday=)


Thanks Allah for the test..



Thanks Datuk Khairil.

I'll be the one who will write this for other people one day..Insya Allah.




P/S: Letihnya menolak motor malam ni. Katakan tigaaaaaaaaaa untuk senyuman yang menawan esok hari.=)

Syar!


Syar..
Less than 2months, then we'll meet again! Dijah and aku were really2 miss you..The food in Cafe were getting delicious and delicious especially keli bakar..hehe.Still cheap but the lamb chop was RM 7. 2RINGGIT more compared to 2 years ago right. Mahal nak mati,aku xpernah pun makan.

Syar..
the title of Professional Mukmin is getting closer to you. ..Don't let it go! I know you can do it dear and i believe that you'll return back to Malaysia as a Champion! =)

Sunday 23 October 2011

Baru aku tahu.......Susahnya meniaga..


Haritu,aku ngan kawan2 aku kena meniaga..Kitaorang diberi modal RM10 oleh Dr Hasib,pastu meniagala apa yang patut.,,

Kami meniaga sehari ja,ada yang kami makan senirik,bahahaha,sebab nak cepat habis dan ada yang kami paksa kawan-kawan beli..Kesian kat dorang..hikhik

Tapi pengalaman yang paling aku rasa berharga apabila menjual ais tu dari gate sampaila ke kafe..Malu nak mampos kot,rasa macam nak buang ja kepala sambil meniaga..Aku pun xtahu napa aku perlu malu padahal jual benda yang halal..Tapi mungkin sebab tak biasakan..

Ada satu masa,aku pi menjual kat satu meja makan ni..Waktu tu memang agak desperate sebab kena habiskan jualan jugak. Time tu aku rasa macam aku ni penjual CD ceramah agama (beli 3 dapat 1 buku Yassin) tu..Aku kalau makan,aku memang tak suka orang datang jual2 kat aku, tasbih ka,pasu ka, CD cetak rompak ka, aku rimas..So aku cam pandang negatif sikitla kat orang2 camnikan..Tapi bila aku pi menjual,aku rasa orang pun buat benda yang sama yang aku buat kat penjual CD tu..Ehm..Tula nama dia pembalasan kan,padan muka aku.. QISAS..huhu..Mujuqla makcik tu cakap,dia kesian tengok muka aku,dia pun beli semua ais yang aku bawak tu...Pasni kalau ada peniaga datang interfere time kita tengah makan,KALAU KITA XNAK,SENYUMLA SIKIT kat dia..PASTU CAKAPLA,XPALA...TERIMA KASIH YA..JANGAN XTENGOK LAGI DAH KATA XMAU2,ATAUPUN DAH2 ADA seba dia pun ada perasaan jugak...

Tapi meniaga ni memang susahlakan...Hai...Mencabar sangat2..Pasni capital yang diberi dalam RM50,nak meniaga natang apa ha?



Makasih mak..


Ni mak aku bagi,makan kat dalam bilik..Mak cakap,jangan makan malam2,nanti bertambah gemuk
Tapi setiap malam mak aku suh aku makan makanan yang dia masak..Dia cakap,xpa..esok pi senaman sikit eh..Makasih mak..=)

Saturday 22 October 2011

I miss them very2 much...........


I miss them and i really2 miss them










P/S: Bila terpandang muka  Prof Nik semalam,teringat kat abah aku........rindunya kat abah.....Bilala aku dapat balik rumah gamaknya.......

Friday 21 October 2011

Smart=)



kredit to FB Mohd Izwan..

Tangan-tangan jahat dan boneka di UIA..apakah?

"sekadar bertanya : prof zaleha jadi boneka pihak tertentu ke?"


Petikan daripada status salah seorang pengguna FB kepada FB Prof Zaleha agak menyentap dan mematikan mood aku pada hari itu,walaupun realitinya msj itu bukan ditujukan kepada 
aku..Tetapi through the spirit of brotherhood and sisterhood which has been inculcated by IIUM to their family including me( macam objective dalam proposal pulakkan), bak kata orang..Cubit paha kanan,paha kiri pun terasa sangat sakitnya...Bertambah sakit apabila terbaca status2 pedas dari orang2 luar termasuk rakan-rakan baik sendiri berkenaan dengan kredibiliti IIUM yang kononnya DAH jatuh apabila membuat "Penggantungan" kepada salah seorang pensyarah AIKOL di sini...


Bertanya sebentar kepada Allah...Benarkah apa yang diperdebatkan itu..Benarkah kami warga Taman Ilmu dan Budi tinggal di "rumah yang rapuh" ataupun rapuhnya rumah kami kerana terlalu banyak "hujan ribut" di luar?


Alhamdulillah...Hari ini,Allah menjawab persoalan aku apabila dijemput oleh pihak pentadbir untuk mendengar penjelasan daripada pihak rektor sendiri iaitu Prof Zaleha Kamarudin..



"SUSPENSION"..WHAT KIND OF SUSPENSION THAT YOU UNDERSTAND AND WHAT TYPE OF SUSPENSION THAT YOU THINK IIUM HAS MADE?

Food for thought for me today...English words can be ambigous right..Banyak maksudnya..Sebab tu,kita perlu fikir,faham dan nilai sedalam-dalamnya setiap perkara yang kita dengar,baca dan lihat sebelum melakukan sebarang kenyataan dan apa2 judgement. 


" Questioned by Brother Iqbal the President of SRC.. regarding to the issue of Ustaz Azhar Idrus..





Brother Jack,my senior from BENL (Bachelor of English Language Society try to explain the meaning of "suspension"


selepas sesi bersama pelajar,pihak media pulak datang..


Soalan berkaitan dengan Prof Aziz Bari.


UIA GANTUNG PROF AIKOL?SUSPENSION?


Digantung dari UIA..Kedengaran agak kasar dan negatif di situ tetapi hakikatnya apa yang diberitahu oleh Prof Zaleha,Prof Aziz Bari bukanla digantung kerja secara kasar seperti yang didakwa oleh masyarakat di luar sana tetapi lebih kepada proses merehatkan dia buat seketika supaya dia mendapat peluang dan ruang sepenuhnya untuk memberi tumpuan kepada proses ataupun penyediaan dokumen untuk pembelaan dirnya..


DIA TAK BOLEH PIJAK LANGSUNG BUMI UIA?


Boleh masuk UIA, kalau dia nak mengajar student dia pun boleh lagi,akan tetapi mesti melalui sedikit prosedeur,kebenaran deanla.. kerana beliau MASIH LAGI DALAM TEMPOH SIASATAN..Habis tempoh tu, nak mai..mai jala mengajaq macam biasa........


KENAPA TEMPOH SUSPENSION TU DIBERIKAN TERLALU LAMA(19-25OKTOBER) KENAPA TAK SINGKATKAN ja?


Itu sekadar tempoh...kalau harini dia boleh keluarkan apa2 statement yang dapat menyelesaikan kes dia, so,settlela ngan UIA,tak payah tunggu sampai 25 Oktober  dah boleh datang mengajar macam biasa..


HA...NI MESTI ADA "TANGAN2 JAHATKAN" YANG SURUH UIA GANTUNG PROF AZIZ kan?SAHEH PUNYA..MESTI ADA..KAN2?


Xda..Konsep syura diamalkan di UIA..the lecturer is our family,our brother kata rektor,takkanla kita nak membiarkan beliau begitu saja.Keputusan ini tiada campur tangan "Tangan2 jahat"..Kami berbincang bersama-sama dalam majlis syura malah  pensyarah-pensyarah dari AIKOL juga turut dijemput untuk memberikan penyelesaian kepada kes ni dan kami berpendapat inilah yang terbaik..


KES USTAZ AZHAR IDRUS..KENAPA DIA TAK BOLEH BAGI CERAMAH DALAM MASJID?KENAPA BAGI EXPERIMENTAL HALL JA..KECIK.NI MESTI KES "TANGAN-TANGAN"JAHATKAN...


Jawapannya: Ustaz Azhar Idrus tak mempunyai TAULIAH dari SELANGOR untuk memberikan ceramah dalam masjid..Itu bukan prosedeur masjid UIA saja tapi prosedeur rasmi semua masjid andaikata ada orang nak bagi ceramah dalam masjid. Jadi mohonla tauliah dulu..Pasal tangan-tangan jahat,tiada kaitannya sebab keputusan itu saya yang buat.Saya mempunyai hak untuk mengatakan "NO" TAK BOLEH MASUK LANGSUNG" akan tetapi disebabkan ingin memenuhi permintaan student  yang benar-benar ingin mendengar ceramah dari ustaz tersebut jadi kami mengambil keputusan untuk memberikan the big hall that we have or availabe at that time and it was experimental hall..........," jelas rektor kepada kami..


Puas hati? UIA ITU,UIA INI..Tangan jahat,UIA pro pembangkangla...hai macam-macamla masyarakat kita ni..Pleasela janganla pakai cedok dan ambil bulat-bulat apa yang orang kata..Asal pakai lebai ja,kita cakap dia baik,asal pakai topi ja kita cakap dia Kapiaq..remove the stigma in your mindla dear people..It's time to change and create our own idea not just adopt other people's idea.




Selepas solat Jumaat..Tiba2 ada demonstrasi...Aku tengah jaga booth time tu...Tiba2 rasa teringin nak tengok..


Unuk pengetahuan, demonstrasi harini tak dianjurkan atau disentuh langsung oleh SRC IIUM..Jadi,no fitnah kepada mereka ya..By the way,siapa yang anjurkan ya?Ehmm...



Ok, xmau cakap banyak2,satg takut terfitnah orang, cumanya..pesanan aku kat penganjur demonstrasi kat UIA dalam gambar ni,esok akan diadakan "HIMPUNAN SEJUTA UMMAT SELAMATKAN AQIDAH",datang jangan tak datang PULAK ya..berhimpun ramai2 lagi best kat situ, tempat dia kat Stadium Shah Alam start pukul 2.00 petang..Budak2 UIA siap dapat Star Merit lagi kalau pi.. Bas  ada disediakn kalau nak tumpang..Tunggu kat depan tangga besar Firaun tu,sekian terima kasih....=)


P/S:  IIUM BUKAN BONEKA,
I LOVE IIUM AND I HATE FITNA.

Thursday 20 October 2011

It was almost 2 months....



Sehari selepas aku pulang dari Sandakan, Sabah 3 bulan dahulu...


"Aqilah, satu harikan,kak rasa cam nak bawak hangla pi Sabah nanti...Kita pi rumah nenek angkat kak kat Bukhara,best gila rumah dia,bawah ada ayaq,hehe," ujar aku sambil berbaring di sebelah adik aku..Biasala sebelum cerita mesti berkhutbah dulu ngan adik aku,muehehe..


"Eh?Awat seronok sangat kat sana?",adik aku tak henti-henti tanya soalan yang sama..


"Seronooook,Sabah best BAA..Keluarga angkat kak kat sana baaaik sangat,lepas pi Sandakan bolehla kita pi Kundasang pulak,wiii,mesti sejukkan.. kak ingatkan nak mintak posting sanala..Best jugakkan,"panjang  cerita aku sampaila adik aku tertidoq...=P




Selang beberapa hari......Selepas aku balik daripada mengajar..


"'Wei!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hang tau dak Kak Nurun,aku dapat U mana???!! Aku dapat Sabah!!! Wuaaaa...Tula hang nak sangat aku pi....Wuaaaaaa..Aku nak masuk U  dekat-dekat sini ja..Wuaaaaa,xmau pi xmau pi...Sapa nak iron baju mak abah,sapa nak jaga tok,sapa nak bagi makan arnab2 aku!!!!!!!Wuaaaaaa!!!


Banyak pulak persoalan yang datang ketika tu...Aku pun tergamam mendengar kata-kata daripada adik aku...Belajar sana?Jauhnya......Oversea tu..Err.. maksud aku yalah...over the sea..hehe..Aku nak bawak pi jenjalan ja..sekali Allah takdirkan adik aku di situla pulakkan..


Sebagai kakak, dan juga sebagai kawan baik kepada adik aku..Aku cuba mengelakkan daripada memberikan statement2 negatif kat dia..Aku just cakap..Grab the chance,and when u reach there, take this opportunity to explore new and interesting places! Sebab peluang mungkin datang hanya sekali,BANYAK orang yang dapat masuk universiti tapi LEBIH BANYAK yang xdapat masuk..Jadi,apabila diberikan peluang oleh Allah,just grab it!Yang penting niat kita apa? belajar! Semangat aku berapi-rapi cakap kat dia..


Then the time comes.................


Aku tak ikut hantar sebab UIA dah nak bukak..
Mak ikut...
Abah pun ikut..
Jeles jugakla tengok tiket2 nikan..

Nila satu-satunya adik yang aku ada dunia dan akhirat...Semoga Allah sentiasa merahmati perjalan hidup dia dari dunia sampaila Akhirat..Amin...



Just holding the tickets while pretend to smile=(

Dengar wasiat terakhir dari adik aku...hehee

Babai Qilah!!!!!!! Now ,i'm the youngest!!!!!!!!!!! yeay!!!!!!!!!!!! hehehe


Ni cerita2 kat sana....hehe...Time ni aku buat apa ha..

Be the best and beat the rest!

To my sister Aqilah Hamizah, i'll always behind you.
Wherever you go,and whatever you do..Just believe that YOU ARE NOT ALONE =)


p/s: Dah dua bulan dia di sana=)

Wednesday 19 October 2011

Teka..di mana kita?hehe

Hai...hehehe...Nak tanya,cuba teka aku katmana dalam gambar ni....hehehe...Esok aku bagitau yer..Anyway,aku rindu sangat kat blog aku..Tapi lately aku terlalu banyak program dan paper nak "muwajahah"..Tadi dah habes satu paper dan malam ni saja aku dah ada 2 meeting...huhu...Penatla jugak..Apa2pun, doakan yang terbaikla untuk aku sem ni ya....=)


Tempat yang aku pergi ni sejuk....=)


Berkabus-kabus=)



Wordless Thursday.......sigh..........


Thursday 6 October 2011

Profesional Mukmin yang wajar dicontohi...Bangsaku tontonla..



Alhamdulillah pagi ni,setelah sekian lama...Allah telah menemukan aku dengan jawapan yang selama ni sedang menjadi persoalan dan igauan aku iaitu..."Lekeh sangatkah Melayu kita?",benarkah MASA MELAYU tu memang sifat semulajadi dalam diri kita,ataupun kita sendiri yang melabelkan diri kita atau "redha" sahaja dilabelkan dengan sifat-sifat buruk seumpama ini.Dan kenapa banyak MELAYU KITA MEREMPAT DAN MENGEMIS DI TANAH SENDIRI..Dan benarkah,Melayu hanya ditakdirkan hidup di celah-celah kaki, sebagai penerima sahaja dan bukan di atas sebagai pemberi?Aku pernah mendengar cerita orang-orang Islam yang hebat tapi mereka bukan Melayu..Tetapi, Alhamdulillah,harini, sekali lagi aku berterima kasih kepada Allah kerana memberi aku peluang menonton video ni....MELAYU ISLAM..MELAYU ISLAM..Aku dah jumpa!! Kita bukan lekeh bangsaku! Tempat kita bukan di kaki! Kita boleh berdiri di atas gunung kalau kita  mahu! Dan hanya kita sendirilah  yang akan mengubah "label-label hina" ini!


Tahniah Dr.Afifi Akiti..You give a very big impact to me today!! Melayu Islam juga boleh!=)




 Antara orang-orang yang menjadi target kebencian Yahudi  ialah orang-orang Islam yang berjaya menempah nama di persada dunia,sama-samala kita doakan semoga Allah memberi perlindungan terhadap beliau dan keluarga..Amin.


P/S: Terlalu mengagumi orang-orang yang mencintai dan menghargai Ilmu Allah..

Tuesday 4 October 2011

Jangan menangis mun..

2 Minggu lepas, aku teman kawan2 aku ke KL Central,dorang nak settlekan perkara2 berkaitan dengan PTPTN...Maklumla pakat2 dapat biasiswa,jadik kenala terminatekan PTPTN tu..

Jadik,dalam nak tunggu dorang siap2 semua tu,aku pun jalan2la dulu kat kawasan KL Central tu..
Lama sangat tunggu kawan2 aku,aku pun masukla dalam Guardian,try tester2 yang ada dalam tu..Best..hehe

Masa aku duk wat "self-grooming" sorang2 dalam Guardian tu,tiba2 aku dapat panggilan daripada kawan aku,Munira...

"Jannaaaaaah!!!Wey!! Result interview biasiswa POLI dah keluar!!!! Cepat2 bagi no I.C you!!!",jerit Munira dalam telefon..

"Yaka Mun,betoi ka..Awak dapat tak?"tanya aku..terkejut jugakla sebabnya takdak angin,takdak ribut tiba2 ja result untuk interview tu keluar..

"I Alhamdulillah Jannah, I dapat...cepatla!!nak I chekkan tak??Cepat bagi no I.C!!"meriah sangat suara Mun dalam telefon haritu..hehe

Ok2..8903....."aku pun excited la jugak nak tahu keputusan biasiswa yang aku mohon baru2 ni...Tiba2..

"Alah,Jannah............",suara Munira yang tadi meriah bertukar menjadi semakin perlahan...

"Napa Mun....Tak dapat eh?",tanya aku lagi..

"A'aa..Jannaaaah,....U xdapat... Alah Jannah...isk isk..isk"Munira mula menangis dalam telefon...Makin lama,makin kuat pulak..

"Ooo..boleh tak awak bacakan sikit apa dia kata dalam tu?"saja nak tahu walaupun dah tahu..saheh ada perkataan DUKACITA dulu kan..takkanla SUKACITA ,anda gagal..Padan muka..

"A'aa...dia tulis ayat yang masa kita xdapat KPM tula..Jannaah....Isk2",ayat2 Mun kedengaran agak berhati-hati..Mungkin mahu menjaga hati aku...

"Lah...xpalah...saya xdapat,awakkan dapat...Janganla menangis Mun..Rileks ar..Awak buat yang terbaik tau Mun interview ni,janganla sedih sebab saya..Ni rezeki awak,your way might not be my way Mun BECAUSE YOUR WAY MIGHT NEVER BE ANYBODY'S WAY..xpa,nanti kalau sempat kita berlatih interview eh?",aku mula memujuk Mun....Dan juga..mungkin.... hati aku sendiri...

"Tapikan kita sama-sama fight untuk biasiswa ni?Kenaperrrrrr?"Esakan Mun makin berkurang..

"Mun,nak wat camna,mungkin bukan rezeki saya..Xpalah..Awak ni..patutnya aku yang menangis dan awak yang kena pujuk aku..Ini tak,terbalik pulak dah..Ha bila awak free ni,bolehla kita berlatih2 sikit temuduga ni",cuba berseloroh menenangkan keadaan dan hati masing2 yang sedang kusut..Ehm..kali keempat permohonan ditolak..

"Tula,I kena wat lesson plan tau..kena tengok balikla ni..Bila u free,ingat bolehla nak berlatih?"..

"Ooo...nanti saya gtau awak lainla..By the way good luck tau"

Perbualan kami terhenti di situ...Dalam hati aku bertanya sendiri..."Aku ni sedih ker tak ni?Awat cam selamba sangat?"Longlai melangkah keluar dari Guardian...

Sambil berjalan..Tiba2 terasa bagai dibisik sesuatu....

"Jannah, jangan berdiri lama2 di depan "pintu yang tertutup",sebab di luar sana lebih banyak lagi "pintu2 dan "tingkap" yang menanti untuk kita masuk".Kita dah bagi salam tapi orang dah xbagi masuk..Jadi, carila rumah orang lain yang mengizinkan kita untuk masuk...Mana tahu rumah tu lagi cantik daripada rumah yang pintu tertutup tu,kan2 =)

P/S: Susah nak cari sahabat yang sanggup menangis bersama-sama..Thanks Munira...







Monday 3 October 2011

Happy Besday Kak Nor =)

HEPI BESDAY TO YOU
HEPI BESDAY TO YOU
HEPII BESDAY TO KAK NOR sayer!!
HEPI BESDAY TO YOU!!!!=)

Yeay!!!!!!!hehe..Pagi yang sangat redup di UIA...Harini besday kakak aku yg no 3,Kak Nurhaffizawati@Kak Nor..Dah besaq dahkan kak aku ni..hehe..eh,macam orang tua plak aku cakap camnikan..huhu..Kak Nor ni baik..Walaupun kadang2 dia ni style serius sikit,(aku pun tak tahu the right time nak bergurau ngan dia..Sebab sekarang dia akan bergelak ngan kita,5 minutes after that,kita gelak tak habes lagi,dia dah serius balik.)..hehe..

Frankly speaking, i really adore her..Banyak yang aku belajar daripada dia pasal hidup ni..Dan yang paling penting,dia memang tak putus asa bagi motivasi suruh aku kurus..kehkehkeh.Thanks kak Nor,sayanggg kak Nor..Semoga Allah panjangkan umoq dia,dan murahkan rezeki dia dalam segala hal..Amin=)

P/S: Pukul 1O pagi kelas..Tuesday blues..




Saturday 1 October 2011

Wanita kelihatan sangat tak cantik apabila..

PAKAI CEKOP KEPALA SAJA..

Biar miskin tangan,jangan miskin kepala..




Cerita untuk anak cucu

Minggu lepas Wardina datang UIA..Lawa sangat..Dapat tengok dari jauh ja..Sekali dia duduk betul-betul depan aku..Aku rasa excited sangat ar time tukan..

"Kak Dina",tegur aku..Berbungo-bungo den ghaso eh waktu tu..kehkehkeh

"Yer sayer.," jawab Kak Dina sambil memalingkan kepala kepadaku..

"Welcome to IIUM",ujar aku sambil tersenyum...Dalam hati..Wey,aku cakap ngan Wardinala..Ni boleh cerita kat penduduk kampung Bohoq Mali ni..wakakaka..Kau ado??

Sekali dia xdak pen nak guna waktu nak naik pentas untuk forum tu..Aku pun kasikla pen yang student aku kasik kat aku tu kat dia...Kak Wardina punya pasal...Apa pun boleh bagi =)

Lepas habes forum tu,dia pun kasikla balik pen tu......=)))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))( hah,tu pun nak cerita dalam blog kau?tanya reader2 sambil meluat dalam hati) Iyerrrr...jeles ker?

 She's inspired many girls outside including me=)

Gambar diambil di FB Ustaz Syaari..Moderator terbaik untuk forum Tinta Emas,Layar Perak..

Keesokkan hari,selepas habes meeting dengan principal,Dr Adibah,aku pun amik kesempatanla bercakap dengan beliau..

"Dr.Adibah,Dr nampak tak pen saya ni?"ujar aku sambil menunjukkan pen tu kat Dr.Adibah..

"Ha..napa ngan pen tu?",tanya Dr Adibah kehairanan..

"Dr tahu tak,semalamkan,waktu Wardina datang UIA kan, dia guna pen saya doktorrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"kebisingan suara aku menggamatkan bilik mesyuarat Mahallah Aminah..

Suasana tiba2 senyap...

"Hey Jannah,ADA AKU KESAH????
(sambil wat gaya,mata ke atas,tangan di dada)

Terkebil-kebil aku dengar jawapan doktor yang ala2 Akak Sen,Meriahuoll tu,kahkahkahkahkah...Mujurla dia principal aku..Kalaula principal orang lain..hehe..

P/S: Minat tu semestinya suka..Suka tak semestinya cinta =)


Update...

Bestnya kalau kita just tulis update ja then semua orang boleh tangkap apa yang kita nak ceritakan...hehe..

Ok..first of all..Hi everyone,GOOD MORNING..Hawau you??(Marah orang Melaka aku tulis Hawau2 ni..hehe)

Ehm..Where do i begin..Satu lagu yang benar2 menyentuh hati aku..Aku tujukan khas untuk insan2 yang suka lagu lagho..lagu ni sesuai jugak untuk nyanyi sambil2 tunggu rebus maggi..Adui,berbunyila pulak perut aku time2 nak update ni..Hai..Lapaqnya..

Jomla dulu dengaq lagu ni..aku nak pi breakfast sat.Mana2 pakcik2 atau makcik yang nak belajaq BI tu, dengaqla lagu ni sambil2 makan roti canai ngan teh tarik..Saheh pasni panda sikit cakak omputeh =)