Monday 25 February 2013

Minggu keempat...

Minggu keempat
Alhamdulilah..harini berjalan dengan agak lancar
Walaupun terasa kekalutan yang amat sangat untuk menyudahkan lesson disamping mengawal pelajar2 yang agak bising

Harini pelajar aku yang seorang tu datang lewat
Dia tu..bagi aku adalah "ancaman" yang agak kuat
sehinggakan kadangkala aku rasa,aku xnak sangat dia masuk n hadir ke sekolah waktu aku mengajar..huhu..Boleh plakkan..

Sebab dia ada pengaruh yang sangat besar dalam kelas tu, sekali dia bising,semua orang ikut sekali..

Ada sekali tu aku terserempak dengan dia tengah naik motor,hisap rokok..Dia lalu depan aku,tapi aku cuma senyum ja..Entah, time tu..aku tak tahulah apa aku fikir..aku cuma tgk ja budak tu dari jauh..Budak tu bukan xpandai bi...english dia ok jugak aku tgk,cuma dia memang agak bising dalam kelas aku...ish...bising gila ar...Rasa macam...nak lastik ja gigi dia tu,biaq berteraboq dalam kelas...hahaha..

ehm..................................................

tgkla macamana...

Saturday 23 February 2013

minggu air mata...

Dalam waktu praktikal ni..pernah terlintas dalam hati aku untuk lari sahaja daripada berada di sekolah.. dek kerana tertekan dengan tekanan demi tekanan  yang semakin menghebat...

Aku akui yang aku memang agak 'kuat' untuk sesetengah perkara tapi kali ni..entahla....mungkin dek kerana sudah lama berada dalam kepompong pelajar2 perempuan,budak2 sekolah agama plak tu..dan apabila aku dibentangkan dengan pelajar2 lelaki yang ramai-seramainya dihadapan aku dengan gelagat mereka yang...sangat2la "BAIK" menyebabkan aku hampir2 terasa tersungkur rebah dengan jayanya...

ehm.....minggu air mata...

P/S: Ya Allah...bantulah kami..

Monday 18 February 2013

Minggu kedua mengajar

Alhamdulilah..minggu ni,minggu kedua aku mengajar
Semakin membiasakan diri dengan sekolah..

Guru-guru di sini Alhamdulilah..Baik2 semua
Kalau dalam bilik guru,terasa macam berada di Kota Bharu,Kelantan...
Kecek belaker2..

Kalau kat dalam kelas lak terasa macam kat Bangladesh
hahahahha

My name is Bhavani!! hehe..comeyy anak murid aku ni...=P
Teacher! Can you speak Tamill??
bahahahahaha....nak terbahak2 aku gelak..mentang2la kulit aku macam ko,ko tanya aku boleh cakap tamil ke idok.hahahahha

Cuma ada beberapa orang pelajar dalam kelas aku ni yang aku nak sangat tackle hati dorang supaya benar2 melibatkan diri semasa aku mengajar instead of tidoq n bercakap2...Dorang ni lain sikit bila ditegoq...fuh...Cabaran......



P/S: Have 14 weeks more to go....

gaduh

Harini ada budak bergaduh kat sekolah..
Tapi bukan depan mata aku..
Melibatkan anak orang "besar2" katanya..anak Ayahanda?Ehm..apa2lah

Kesian anak2 melayu..
Anak2 cina sibuk belajar
Anak2 India berebut-rebut masuk English debate,
Anak2 Melayu?

Tersungkur tepi longkang.............................

Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka..


Saturday 16 February 2013

sahabat

Salah seorang sahabat yang aku kasihi akan menempuhi alam pembedahan yang serba misteri....Semoga Allah melindungi kesihatan sahabatku agar terus dapat beribadat kepada-Nya dengan sempurna..

Untuk dirinya...Syafakillah sahabat

Dalam fikiranku...

Dalam jaga
dalam tidur
walau jauh
walau dekat
Kamu sentiasa di fikiran saya..

Walau adakalanya sikap kamu meresahkan saya
Saya tetap fikirkan kamu

Walaupun kamu tidak memahami saya
Saya tetap fikirkan kamu

Walaupun mereka mengatakan kamu jahat
Saya percaya kamu anak yang baik
saya percaya kamu pelajar yang cemerlang

Saya janji untuk jadik yang terbaik untuk kamu kerana...
kamulah amanah untuk saya

Semoga Allah mengampuni dosa2 anak didiku dan menjadikan mereka pelajar2 yang baik dan mendengar kata....

Friday 15 February 2013

thailand visit

salu bukak blog sendiri...salu jugak termangu-mangu nak update apa... nak buh gambaq apa...huhu..

standardla bila aku balik rumahkan...nak online ja mesti ada yang panggil, jemuq kainla,pi teman beli belacanla apala...haha

Baru-baru ni,aku berkesempatan pergi ke Bangkok Thailand..memang rezekilah sangat2..Kebetulan waktu tu sekolah aku cuti seminggu,so aku pun amik keputusan untuk balik bercuti ke kampung halaman aku di Perlis..

Masa nak kemas2kan barang2 untuk bawak balik tu,suddenly aku ternampak   passport aku kat celah2 rak buku tu..Then aku terfikir why not aku bawak balik sekalikan, manalah tahu ada rezeki nak pi oversea ka time2 cuti nikan..Lagpun,dalam minggu aku balik tu, femili aku ada program kembara kat Bangkok., just nama aku xdisenaraikan sebabnya abah aku nak bawak adik aku yg xpernah lagi pi oversea ngan mak aku ja pi sana..Plus, the strong reason of courselah the budget..around RM 400 per person kowt,so mahailer nak bawak ramai2..But then aku xkisah pun,abah xbawak aku...sikit pun xkisah sebabnya aku baru jakan balik Vietnam, so kasik canla pulak kat adik akukan..,

Sesampainya aku kat rumah..aku gtau abah aku yang aku cuti sminggu,terus dia kol kawan dia tanya whether ada kekosongan tak untuk aku pergi..Alhamdulilah,they got two more places,so abah aku suh register nama aku n yang paling best,dia bagi diskaun RM200...hahaha..so aku punya paling murahla..tetiba lakkan...

Ehm,kami naik bas,ikut Padang Besaq...lama jugakla nak sampai Bangkok tu..N lama jugakkla aku dlam basnya...i think more than 24 hours...huhu..Yalah,brenti makanla,brenti itulah,brenti inilah..Pergi pulak dengan makcik2 n pakcik2...so,sangat makcik2 n pakcik2la bas tu brenti..hehehehe...

Jalan2 sekitar Thailand...serupa Kola Perlis ja..haha
Shop n go at Floating market...Best dan menakutkan...haha...seriau tengok dorang susun barang2..tak takut jatuh ka...huhu

 Full of cars and trees too..
Tut...Tut...

 Scenery dari bilik aku...

Favourite drink every single stop...Mr.Latte..haha 


Haha..ayam untuk anak2 buah aku...


Actually..aku banyak nak cerita..tapi ntahlah...rasa xbersemangat ar bila memikirkan cuti nak habis....................................jadik next time ar aku cerita lagik  pasal Bangkok ni..walau bagaimanapun....aku rasa Bangkok sangat cantik dan bersih compare dengan Kuala Lumpur...Cuma wayar elektrik dia...Very da serabut gila...haha..

Tuesday 5 February 2013

dilemma

Dilemma of English Teacher...

Speaking fully English in class,students will not understand
But Mixing the language with Malay,the lecturer will give you zero....

Why?

Students are important to us too...and the marks also important to us...

Sadis......Cikgu...Cikgu kena campur sikit bahasa cikgu-Anak murid...

='(

Letihnya menjadi guru...
Semoga aku lebih bersemangat untuk 4 bulan yang mendatang..