Tuesday 30 August 2016

Hi Master!

Hello my UUM Master...Insya Allah, gonna try my best!

See you UK in 2019

Friday 8 January 2016

Aku

Pagi tadi masa nak pergi sekolah nampak satu pemandangan yang sangat indah..Subhanallah.. Rasa hilang keserabutan aku nak pergi sekolah...

Kadang2 bukan anak2 murid ja rasa tak seronok untuk ke sekolah,Cikgu pun sama..

Aku suka mengajaq,tapi tugas2 sampingan tu membuatkan aku rasa macam beratnya kaki nak melangkah.. Macam hari ni,aku terpaksa meninggalkan kelas Tingkatan 3,gara2 diminta menjadi MC untuk program Tingkatan 4, aku pun tak tahu dalam seramai 150 guru yang ada,muka aku juga yang dipanggil menjadi MC..Katanya tak semua berbakat menjadi MC..(Memangla tak berbakat, dah tak pernah dipaksa,bila disuruh semua mengelat) Aku ni kebanyakannya dipaksa..

kemudian pada bulan ini,setiap sabtu dan ahad,aku akan menjadi warden dan bermalam di asrama dek kerana sekolahku tiada warden. Katanya,yang terpilih menjadi warden ni kerana status yang single dan tiada komitmen keluarga. Yang bersuami beranak pinak dikecualikan..

Ok..walaupun berat,aku terpaksa akur juga..Single..Menjadi warden tak berbayar pun..namun hakikatnya bukan soal bayaran tapi soal masa aku..Tak termasuk tugas2 lain yang aku rasakan benar2 menganggu fokus aku sebagai guru..Aku sangat2 berharap dapat menjadi guru yang lebih baik tahun ni.. Tapi berharap jugak,janganla status single menjadi sebab untuk meletakkan semua tugas atas kepala otakku. Orang yang dilihat single itu jugak seorang anak yang  punya ibu dan bapa. Janganla mereka dipandang tiada apa2..

#thediaryofteacherjannah