Saturday 17 September 2011

FINALIS SOLEHAH


Update sikit before pi UIA..hehe...Alhamdulillah..akhirnya aku terasa juga nak komen program Solehah ni..ehm...secara jujurnya,aku teramatla gembira dengan adanya program2 macamni..Dah lama inginkan program2 macamni menghiasi kaca tv sebab terlalu serabut dengan program-program serabut yang kebanyakannya ditiru dari Barat..Sekurang-kurangnya dan adanya Solehah ni, wanita2 di luar sana seperti aku..(wanita ka,hehe) dapatla jugak didedahkan dengan ciri2 wanita solehah secara konkrit sebab dapat tgk realkan..instead of bacaaa ja..Ada juga rakan-rakan yang tak berapa menyokong program2 seumpama ni sebab dikatakan tabaruj la apa la...Bagi aku, lebih baik kita tengok dulu daripada buat assumption yang bukan-bukan..Jangan menghukum sebelum menilai..Daripada bagi budak-budak kita "TERNGANGA DENGAN PROGRAM POMPUAN YANG TERJERIT-JERIT DENGAN MAKE UP TEBAL DAN RAMBUT PALSU ATAS STAGE" lebih baik bagi depa tengok program-program macamni...Boleh jugakkan nak tiru-tiru..Pasni, xdalah sangat kot nampak budak-budak UIA ngan tudung-tudung ala2 RETISS yang tak bopa nak menutup dada ni...hehe..Mudah-mudahan..Tutup betul2kan lebih cantik=)




To Kak Noni yang ada kat atas ni.............Goodluck  for the next round!!Kitaorang ex-MRC Nilai dan seluruh rakan-rakan UIA akan sentiasa sokong akak!! Wah!! Nak banner tak??hehe..Selamat berjaya SOLEHAH, TV AL-HIRAH

P/S: Pernah sekali melawat ke stesen  TV-ALHIJRAH..Sangat-sangat menarik,nak kerja situ boleh?=)

FINALIS SOLEHAH

Wednesday 14 September 2011

Minggu pertama di UIA..


Fuh...Lama pulak xupdate kali nikan...hehe..Maklumla minggu pertama di UIA ni  memang tersangatla sibuk..dengan nak add drop nya..pastu nak add lagik..section close la bagai..Macam2 problem..Nak2 lagi 2 kemudahan terpenting aku di kampus ni mengalami kerosakan dan tengah nak repair iaitu..Motor dan Laptop...Aku ingatkan..Ni kalau mak aku bagila..aku nak beli laptop barula...Laptop aku tu dah 6 tahun umoq dia..Dah agak tua sangat dah..huhu..Mak,bolehla mak....

Kelmarin kawan2 aku semua dah dapat dah biasiswa KPM dorang...RM5000 masuk akaun tu..Fuh...I'm happy for them..Really..Although aku xdapat tapi aku takdala rasa sedih pun...Ce..ayat pasrah jakan..Yalah...Mesti ada hikmahkan..Kang,kalau aku dapat ntah2 aku tersalah guna ka apa ka kan...Xpa, bukan rezeki aku lagi..Ehm..Tahniahla kat kawan2 aku yang dapat cam Cik A,Leha,Imah,Jimah dan jugak Fiza..Nanti belanja aku k..hehe..By the way,happy belated besday kat Imah,Jimah dan Fiza..Besday time2 cuti semester memang azab sikit..Orang suma lupa besday hampa..wakaka

Esok ada program dengan anak-anak yatim daripada Raudhatul Ikhwan,Shah Alam..Dan malam pulak ada Aminah Raya Gathering.. Sapa2 yang nak makan FREE,mailah mahallah aku...Makanan sedap2,Insya Allah..Ehm..apa lagik ha nak aku tulis...Ha roomate aku baik2..Budak Engine ngan ICT..aku ja tersesat TESL kat situ..Wutevalakan,janji bilik akula paling HOT sekali..=B..(apa motif aku tulis natang ni)

Xdak apa..sekian...terima kasih~





Friday 9 September 2011

Monday 5 September 2011

Entri Raya kiterrr!!!!!!!! HEHE...

Ha...Hai..hehe...bopa orang dah duk suh ceq buat entri raya ni...hai...ish2..


Ok2lah,memandangkan ni malam terakhir aku di rumah,jadi aku nak tulis entri banyak2!! Ni kira macam bekalanla untuk sapa2 yang selama ni sudi baca entri aku selama ni..Cewah,macam kau tu fofular sangatkan)hehe


Ok..Tang manaaaa nak mula ni ha..Orait... dah jumpa dah gambaq..


 Ok..Maghrib pertama Syawal...Sempat snap,sambil dengaq orang duk menjerit" Azan dah!!berbuka oi!!"
hehe

 Subuh2 lagi abah dah kejut suh duduk berjemaah untuk bacaan Yassin..Ngantuk lagi ni..Tapi, Alhamdulillahla, tahun ni kira tahun bertuahla jugak bagi femili aku sebab semua ahli keluarga dapat pulang beraya pada hari Raya pertama..

 Pastu semayang raya kat mejid...Time raya ja penuh sampai ke luaq..hehe

 Lepas semayang baruula dapat makan sikit2....=) Tahun ni mak sempat masak nasi arab,gulai kurma ngan ayam masak merah...SODAPPPPP!!!!!hehe..Pandai mak masak,tapi anak dia ni tau mencekik ja..hehe

 Yeah!! Mereka sudah mari..Ni jiran sebelah,merangkap bapak2 saudara ceq..@PAK MENAKAN..=)

Mak2 sedara serta anak-anak mereka

Gamat2..pening kepala aku..hehe

 A'dnin my nephew and Kak Eja,My sis-in-law=)

 Siyan Aliff,xleh nak merasa lama2  naik motor sebab telah dicop dulu oleh A'dnin.."A'dnin nyer!!"huhu

Seorang pakcik tua yg tinggal di kampung ,menunggu kedatangan anak-anaknya dari bandar..kahkahkah..gurau2..

 Ni bang guwe sih..Abg Pideh!


 Nila gambaq raya kami!!!!!!!!!!!! HAHAHAHAHA...err..ok dak cerita camni?sesuai dak letak hahaha kat belakang tu..hehe...Wuteverlakan,yang penting mak ok jerr!!! =b Ha..Tema taun ni suppose to be peach but  makcik the MARVELOSST tailor cakap,dia xsempat nak siapkan baju nenek ngan mak aku walaupun dah 3BULAN dah antaq..Plus,dia cakap nak siapkan baju anak-anak dia lagi..Ehm..What should i say ha to this makcik.."KITER BAKOR JE MESIN JAIT DIERRR!!" Mujuq raya,lepas bakaq,mintak maafla balikkan...hehe..(Aku gurau jalah,kang makcik tu baca kang,kecik laaak hati dia)=p

Wah!!..Pencahayaan di situ menyebabkan aku seolah-olah seperti Bidadari yang turun dari syurga untuk makan Samperit.hehe..
 Ha..Lari2!!!Time2 ni jugak nak marathon kak aku ni..kompom tak sempat punya,10 saat ja set..hahahaha

Hai anak-anak sedara aku ni...Xboleh nak pegun sat..hehe..Pening dah tok2 aku pun..

 Keluarga Haji Othman dalam kenangan..1960-an..cewah..hehe..Ni abang aku ar ni..dia pi set takdak kaler lak kamera tu..Adoiyaiii

 Ok..Ni femili kakak sulung ceq..Kak epot dan abang Zuhairi..Dorang duk Sarawak..hehe
Aliff tula cucu sulung keluarga Tuanjiman..hehe( berapa banyak hehe daaa)
 Tegak! Femili dari abang aku yang kedua..Abang Effie,Kak Eja dan A'dnin!!!ekeke..tukaq lak daripada hehe

 Nenek aku!!!!! Tok Yam!!! Tak bopa laghat sangat dah dia..hmmm

 Anak-anak dara Tuanjiman..=)
 Sesi berhingus-hingusan ngan tok...=P

 Ha salam2..Ni dosa paling banyak sekali ni ngan mak..hehe..Gurau2..Nila penunggu setia mak malam2 waktu mak di wad masa kena demam denggi tu..Anak misaili dan janggutwi abg aku ni..hihi..makasih na  beli aih ketoi !! Jaga umah bek2..

 Ninin ngan papanyerr..
 Pewaris legasi Hj Man cuba menapow tokwan dan tok mereka dengan gaya2 yang comel..hehe

 Kaki pow tegar ni!!Adikku..hehe
 A'dnin bad mood...huhu..
 Mak ngan abah dengan pose yang sama macam tahun2 lepas punya gambaq raya..hehe


 Lepas sesi bergambaq,terus Kak Effa dan suaminya berkejaran menaiki kereta ke Kelantan,umah mentua Kak Effa..ce..bunyik cam dramatik sangat lak kan..Berkejaran bagai..hehe

 "Aliff balik kapong!!" kata A'dnin..hihi

Ok..Selamat Hari Raya AidilFitri..dan kepada sesiapa yang berpuasa enam tu..Selamat Hari Raya posa enam..hehe..Mengantuk sangat2 dah ni..Doakanla perjalanan kami selamat ya,Insya Allah..ada umoq panjang,aku tulis lagi..Sekali lagi Salam AidilFitri daripada Jannah dan Keluarga,Maaf Zahir dan Batin...


P/S: Malam ni di Perlis,malam esok di mana plak kita ya..Sedih =(

Sunday 4 September 2011

Khas untuk adik-adik first year..hehe


Ok..Tinggal beberapa hari lagi untuk pelajar-pelajar universiti balik ke kediaman "xrasmi" masing-masing..hehe..Ada yang rasa excited sebab bosan sangat duk rumah, ada juga macam blur2 lagi sebab makan banyak sangat lemang..Dan ada jugak yang cakap, nak pegang pen pun dah xreti dah, sebab dah lama sangat tinggai kelas,maklumla..cuti panjangla katakan..hehe..Hiperbola la tukan.kuikui..Harini..adik aku dah suh aku berkemas barang dah sebab beberapa hari lagi aku nak balik UIA..dan adik aku,Insya Allah..akan mula mendaftarkan diri di Universiti Malaysia Sabah(UMS) pada minggu depan..Alhamdulilah..Akhirnya,Allah izin jugak keenam-enam anak mak dan abah masuk universiti..Semuanya disebabkan doa dan usaha mak abah yang tak putus-putus kepada kami anak-anak..Terima kasih mak dan abah..=)

Ok..berbalik kepada budak-budak first yearkan..ce..Tahniahla adik-adik na sebab dah boleh digelar mahasiswa,mahasiswi..Semayang sujud syukur dak lagi ni? hehe..kalau dah..bgusla..kalau belum,semayang cepat-cepat,kang Allah tarik balik kang..manalah tahukan..Tengah duk seronok2 sangat dapat masuk U..Tiba2,dah beli-beli barang,elok2 nak dafttar, pihak universiti cakap.."ANDA DALAM RANCANGAN TORKONO!! TAK DAPAT PUNLA!! Daaah..WAKENABEB pulak...manala tahukan..kadang-kadang dalam hidup ni,ada jugak segelintir masyarakat yang rasa seronok apabila dapat mempermainkan hidup orang..Jadik,once dapat  apa2 tu, kenala sentiasa berwaspada dan yang paling penting bersyukurla dengan nikmat yang diberi.=)

Nilah barang-barang adik aku masa kemas tadi...Perghhh,baju saja dah berkoyan-koyan...Hai..Mcam nak pindah sana terus pulakkan..Nila gamaknya budak-budak first yearkan..hehe..(Gambar diambil dengan kebenaran)hehe

Lepas tu sambil-sambil duk berletiaq kat dia tentang barang-barang yang perlu dibawa masuk kampus nanti,sempat juga aku buat list barang-barang yang sesuai untuk adik-adik first year dan juga untuk diri aku jugak..Ha..Mehla sama-sama kita tengok..



Pesanan untuk adik-adik tahun pertama terutama perempuan..


  1. Niatla untuk belajar bersungguh-sungguh kerana Allah serta untuk mengubah nasib keluarga.
  2. Terlalu banyak pengaruh negatif, godaan dan pancaroba di alam universiti jadik jagala aurat,ibadat dan pergaulan bersama rakan-rakan terutama dengan lelaki...Ingat,kita bukan hanya memikul nama kita alone,tapi juga maruah keluarga..
  3. Banyakkanla melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum supaya kemahiran diri serta skil kepimpinan diri dapat diasah dan dipertingkat..
  4. Banyak mereka "terbabas" dalam peperiksaan akibat "lemas" dengan percintaan di luar nikah..Jadi,sendiri mau ingatla,masuk U nak belajar ke nak bercinta..Tapi kalau rasa boleh menyelam sambil minum air ok gak..Masalahnya tula..ramai yang "lemas" semasa menyelam,last sekali kena repeat pastu kena buang..Jadik fokus study betul-betul dulu eh,kalau rasa xmampu sangat,kawin ja terus..=)
  5. Sampai ja di gerbang universiti, niat dalam hati.."Ya Allah,Ya tuhan kami..Sesungguhnya,kehadiran kami ke sini,adalah untuk menuntut ilmu-Mu kerana-Mu ya Allah, supaya dapat kami gunakan untuk mendidik hamba2-Mu yang lain.maka Kau lindungila kami Ya Allah.jauhkanla kami dari segala fitnah serta godaan Syaitan,peliharala kami dalam rahmat-Mu dan permudahkanla urusan kami dalam menuntut ilmu ini..Amin Ya Rabbal Alamin....Insya Allah,Allah permudah urusan belajar dan juga  memurahkan rezeki kita..Ni pulak tips yang dibagi oleh mak kak..=)
Ayat seribu dinar.

P/S: Teringat zaman aku first year,duk usungla beg besar dengan gambaq X-RAY chest aku rata cerok,hehe. padahai tak guna pun natang X-Ray tu..wat pameran dalam bilik ja..kahkahkah

Saturday 3 September 2011

Dalam hanya satu hari..


Sambil menaip entri kali ni, liputan mengenai kepulangan wartawan,jurukamera dan sukarelawan Malaysia masih lagi kedengaran di televisyen..

Dalam banyak2 tu,aku tertarik dengan kata-kata salah seoarang sahabat arwah yang ditemu bual oleh seorang wartawan TV3..Lebih kurang macam nilah..

"Sebelum tu kami semua bertugas seperti biasa,sama-sama membantu menyiapkan tugasan.,Ketika itu,  kami semua sudah seperti keluarga dan bekerja dalam suasana yang gembira..sehinggala pada hari itu,hari Jumaat...ketika kejadian ini berlaku..Ia telah mengubah keadaan kami..It's changed 360degree..,"kata sahabat Allahyarham dalam keadaan sugul dan sebak...

Segalanya sudah tertulis di Loh Mahfuz...Dalam tawa kita,perlu ada sifat berjaga-jaga..Dan dalam penderitaan kita,perlu ada sifat Redha...

Ibu Allahyarham...
Dalam kenangan..Allahyarham Noramfaizul..Al-Fatihah

Sedikit info yang diperoleh daripada SINI...

Dalam hanya satu hari..
  • Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.
  • Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.
  • Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.
  • Khairulanuar seperti dipetik oleh Bernama berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Sekali lagi...marilah sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham..Semoga Allah menempatkan Allahyarham dengan golongan-golongan yang dikasihi-Nya..Amin..


Thursday 1 September 2011

Bingkisan bermakna daripada sahabat yang jauh=)

Beberapa hari sebelum raya..


"Jannah,mintak alamat,saya ada benda nak kirim kat awak" msj kawan aku Syar..


"Lah..Yaka Syar,kad raya ker,xyahla wey,mahai ar nak antaq, simpan ja duit awak tu,boleh beli top up nanti.xpun.simpan ja,nanti awak balik bulan 12 nanti,bagila kat saya",aku balas..


"Jannah,bagila...aku dah beli ni..kang aku kecik hati kang.."msj dia yang menggugat naluri aku..


Aku pun bagila alamat aku...Sebenarnya..aku memang suka kad2 raya ni tapi xdalah sampai nak menyusahkan orang-orang yang aku sayang.Kadang-kadang aku mintak ja tapi xbermaksud aku nak...Serius..Tapi xsangka...sehari sebelum raya, tepat pada pukul 4 petang..Tiba2 posmen datang...Subhanallah....Kiriman yang ternilai datang dari sahabat yang jauh...Jauh sangat..........



Subhanallah...Mata aku tak berkelip pada bungkusan yang diberikan..Terasa bagai mimpi..Memang rasa macam mimpi..betul..Tak pernah pun terbayang dapat bungkusan dari oversea..Alhamdulillah..Makasih na Syarnissa..Makasih sangat-sangat..=)

Syar...saya akan pegang bungkusan ni sebab saya tahu..Cap jari awak pun masih ada jugakkan kat sini..Maknanya..awak pun pernah pegang benda yang sama yang saya pegang sekarang...Huhu..aku lak sedih tetiba..T_T

Nanti aku nak framekan tiket ni pastu aku nak letak kat meja study aku kat UIA nanti..Inspirasi ni Syar!!!!!Inspirasi!!!!Awak pun tahukan betapa aku nak sangat2 pi Oversea macam awak..Tapi terima kasihla sangat2 bagi aku tiket ni..Aku tersangatla suka..Mungkin tiket ni sampah bagi orang lain tapi ni harta karun  bagi aku Syar,harta karun!!!! Ha..mulala aku nak jakun2 kat sini...hehe..Tapi seriously,i do really love this!! It's AWESOME dear!!!hehe


Thanks Syar...Mesti mahalkan,menyusahkan awak ja..huhu
"Ko dokter ker"..trademark kita..kahkahkah
Syar..Tu menara apa Syar?Dalam Opera House tu ada natang apa Syar?Ceritala sikit..hehe

Wuuuuuu......Comelnya Koala ni...err,napa sekor hitam sekor putih?Ni symbolize apa2 ka? hehe..Hugging aku tahu..Symbol of friendship and love =)...Sayang awak Syar.,makasih na...Even it's sound cliche for you,but..everything u gave, it was just like...AWEVEN!!! (AWESOME + HEAVEN) ehehehe..suka hati aku jakan...ekeke

Eh2....Kad raya kiter ker..hehe...makasih..

You are the most special person not me..=)
hehe..Ada tema jugak ker kad ni ghupanya..

Grrrrrrrr...........Perli aku ke nyah?? HEHE

Ucapan kad raya yang terpanjang yang pernah aku dapat...hehe..serius...u broke the record...

Dan juga CD yang mengandungi gambar2 dan lagu kegemaran kami=)

Antaranya..

 Gambar ni..feveret aku ni pemandangan camni..ada jambatan kayu..hihi..


Ha..Nila kawan aku tu.. Hehe..Makin bertambah manis plak aku tengok...Bak kata makcik Amy Kafe Aminah.," Kawan awak tu sejak-sejak duk saner,makin cerah makcik tengok"..Dia tengok kat mana aku pun xtahu,ntah2 dia stalk awak kot..hehe..Eh makcik Amy tu dokter ker?? KAHKAHKAHKAH..

 Cantikla Syar...Macam dalam cerita omputih....hehe...

Atas tu jambatan Godwill yang awak salu cerita tu ka?
Tasbih ini...Simpanla baik-baik ya..Anggapla yang saya sentiasa bersama-sama ngan awak bila awak bawak dia...You are not alone;"")
Dulu...Sebelum tidoq..kita akan sama2 berangankan nak ke luar negara..Selalunya akula akan tanya awak dulu.." Syar, dalam banyak-banyak negara,negara mana yang awak paling nak pergi sambung study? Awak kata,"saya nak pergi US"..Aku lak nak pergi UK.. Lepas2 tu,aku pun tertidoq berangan sorang-sorang..Tapi rupa-rupanya dalam angan-angan kita tu, Allah bagi rezeki kat awak dulu...Allah pilih awak dulu Syar untuk ke sana..Walaupun bukan negara yang awak nak..Tapi sekurang-kurangnya,Allah dah beri awak rasa impian tu..Impian yang sememangnya diimpikan oleh berjuta-juta orang dalam dunia ni..Impian aku jugak Syar..Impian orang kampung macam aku..Tapi..kerana Kasih dan Sayang-Nya, awakla antara khalifah Allah yang dipilih dahulu untuk ke bumi OZ...Jadi hargaila setiap saat awak di sana..Janganla bersedih kerana kesorangan kerana Allah sentiasa ada bersama-sama awak..Kadang-kadang, dengan berseorangan,mungkin di situla baru awak akan temui Tuhan..


Selamat Hari Raya Aidil Fiti Syarnisaa, terima kasih banyak-banyak atas segala pemberian awak kepada saya ni...Sungguh berharga buat saya Syar...


Saya hadiahkan awak doa ni...Rajin-rajin bacala na...Ni doa mengeratkan tali persahabatan dan juga persaudaraan..Ada dalam Mathurat =)


 maksudnya...




Amin...Amik kat google gambar2 doa ni..Makasih..