Sunday, 4 September 2011

Khas untuk adik-adik first year..hehe


Ok..Tinggal beberapa hari lagi untuk pelajar-pelajar universiti balik ke kediaman "xrasmi" masing-masing..hehe..Ada yang rasa excited sebab bosan sangat duk rumah, ada juga macam blur2 lagi sebab makan banyak sangat lemang..Dan ada jugak yang cakap, nak pegang pen pun dah xreti dah, sebab dah lama sangat tinggai kelas,maklumla..cuti panjangla katakan..hehe..Hiperbola la tukan.kuikui..Harini..adik aku dah suh aku berkemas barang dah sebab beberapa hari lagi aku nak balik UIA..dan adik aku,Insya Allah..akan mula mendaftarkan diri di Universiti Malaysia Sabah(UMS) pada minggu depan..Alhamdulilah..Akhirnya,Allah izin jugak keenam-enam anak mak dan abah masuk universiti..Semuanya disebabkan doa dan usaha mak abah yang tak putus-putus kepada kami anak-anak..Terima kasih mak dan abah..=)

Ok..berbalik kepada budak-budak first yearkan..ce..Tahniahla adik-adik na sebab dah boleh digelar mahasiswa,mahasiswi..Semayang sujud syukur dak lagi ni? hehe..kalau dah..bgusla..kalau belum,semayang cepat-cepat,kang Allah tarik balik kang..manalah tahukan..Tengah duk seronok2 sangat dapat masuk U..Tiba2,dah beli-beli barang,elok2 nak dafttar, pihak universiti cakap.."ANDA DALAM RANCANGAN TORKONO!! TAK DAPAT PUNLA!! Daaah..WAKENABEB pulak...manala tahukan..kadang-kadang dalam hidup ni,ada jugak segelintir masyarakat yang rasa seronok apabila dapat mempermainkan hidup orang..Jadik,once dapat  apa2 tu, kenala sentiasa berwaspada dan yang paling penting bersyukurla dengan nikmat yang diberi.=)

Nilah barang-barang adik aku masa kemas tadi...Perghhh,baju saja dah berkoyan-koyan...Hai..Mcam nak pindah sana terus pulakkan..Nila gamaknya budak-budak first yearkan..hehe..(Gambar diambil dengan kebenaran)hehe

Lepas tu sambil-sambil duk berletiaq kat dia tentang barang-barang yang perlu dibawa masuk kampus nanti,sempat juga aku buat list barang-barang yang sesuai untuk adik-adik first year dan juga untuk diri aku jugak..Ha..Mehla sama-sama kita tengok..



Pesanan untuk adik-adik tahun pertama terutama perempuan..


  1. Niatla untuk belajar bersungguh-sungguh kerana Allah serta untuk mengubah nasib keluarga.
  2. Terlalu banyak pengaruh negatif, godaan dan pancaroba di alam universiti jadik jagala aurat,ibadat dan pergaulan bersama rakan-rakan terutama dengan lelaki...Ingat,kita bukan hanya memikul nama kita alone,tapi juga maruah keluarga..
  3. Banyakkanla melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum supaya kemahiran diri serta skil kepimpinan diri dapat diasah dan dipertingkat..
  4. Banyak mereka "terbabas" dalam peperiksaan akibat "lemas" dengan percintaan di luar nikah..Jadi,sendiri mau ingatla,masuk U nak belajar ke nak bercinta..Tapi kalau rasa boleh menyelam sambil minum air ok gak..Masalahnya tula..ramai yang "lemas" semasa menyelam,last sekali kena repeat pastu kena buang..Jadik fokus study betul-betul dulu eh,kalau rasa xmampu sangat,kawin ja terus..=)
  5. Sampai ja di gerbang universiti, niat dalam hati.."Ya Allah,Ya tuhan kami..Sesungguhnya,kehadiran kami ke sini,adalah untuk menuntut ilmu-Mu kerana-Mu ya Allah, supaya dapat kami gunakan untuk mendidik hamba2-Mu yang lain.maka Kau lindungila kami Ya Allah.jauhkanla kami dari segala fitnah serta godaan Syaitan,peliharala kami dalam rahmat-Mu dan permudahkanla urusan kami dalam menuntut ilmu ini..Amin Ya Rabbal Alamin....Insya Allah,Allah permudah urusan belajar dan juga  memurahkan rezeki kita..Ni pulak tips yang dibagi oleh mak kak..=)
Ayat seribu dinar.

P/S: Teringat zaman aku first year,duk usungla beg besar dengan gambaq X-RAY chest aku rata cerok,hehe. padahai tak guna pun natang X-Ray tu..wat pameran dalam bilik ja..kahkahkah

4 comments:

Munira Shaari said...

jane slmt dtg sem baru :)

JANNAH means Heaven said...

Ehm..
ok dak tulis ehm ja..hehe

Anonymous said...

towel jgn lupa...

JANNAH means Heaven said...

A'aala...lupa lak..towel...hehe..makasih=)