Tuesday 10 May 2011

~Karenah anak didikku~

Masuk harini, genap hampir seminggu aku bertugas sebagai guru ganti untuk KAFA bagi menggantikan mak aku..Dalam banyak2 hari,harinila aku rasa hari yang paling mencabar untuk aku mengajar..Kenakalan mereka makin lama makin menjadi-jadi..Sehinggakan tadi, aku hampir2 kehilangan arah dan kata-kata dek kerana tergamam dengan keadaan mereka yang sangat2 sukar dikawal, berterabur, terlalu banyak cakap dan bergaduh ..Allah..


Aku fikir,dengan berlembut mungkin boleh mengurangkan jurang antara aku dan pelajar serta menarik perhatian mereka untuk lebih menggemari subjek agama ni tapi..mungkin..aku perlu menyusun beberapa strategi lagi..Ya Allah,bantula aku... 






Sebenarnya,ada beberapa orang telah mencadangkan kepada aku agar menggunakan kaedah rotan dan mungkin lebih keras terhadap pelajar2 aku tu,cuma...aku fikir,mungkin aku boleh menggunakan kaedah lain yang mungkin lebih bersifat intelek dan rasional untuk aku gunakan sebagai "Punishment" kepada pelajar2 yang nakal...Aku juga tidak mahu menggunakan kekerasan terhadap mereka sebab........................


Semasa mengajar,aku mendapati terdapat beberapa orang pelajar yang aku nampak mempunyai beberapa simptom yang boleh dikaitkan dengan penyakit ADHD dan Dysgraphia.


ADHD atau  nama penuhnya Attention Deficit Hyperactivity Disorder selalunya boleh dilihat dengan mudah melalui tindak tanduk mereka dan cara mereka belajar di dalam kelas..Pelajar2 ADHD lazimnya menunjukkan sikap yang kurang minat dalam belajar,sukar untuk memberi tumpuan dalam kelas, bercakap terlalu banyak dan juga mempunyai masalah untuk duduk dengan lama di kerusi sebab suka bermain..Dan yang lebih malangnya,mereka sendiri sebenarnya sukar untuk mengawal apa yang mereka sedang lakukan...Kasihankan?ehm..








Lazimnya,pelajar2 ni akan memulakan kelas dengan bersembahyang zohor secara berjemaah.Pelajar tahun lima akan dipilih menjadi imam.








Satu lagi simptom yang selalunya dapat kita lihat di dalam kelas terutama di sekolah rendah ialah Dysgraphia.   Dysgraphia ialah ketidakbolehan atau sukar untuk menulis. Ada seorang pelajar aku tu,menulis dengan sangat lambat..terlalu lambat kerana sahabat2nya yang ada sudah habes dan dia masih baru sempat menyalin beberapa perkataan. Hairan aku,hampir sahaja aku mendenda dia kerana kelambatan dia menyukarkan aku untuk menukar topik  lain sehinggkan,aku diberitahu oleh kawan pelajar tersebut yang dia sememangnya mengalami masalah menulis semenjak darjah satu lagi..

Ehm..Maafkan ustazah...kamu terlalu unik...Terlalu unik....Esok, kita belajar lagi ya...belajar sampai kamu pandai...sesusah mana pun kita untuk faham, selambat mana pun kita untuk menulis,sesukar manapun kita untuk mengira ,insya Allah..selagi mana Allah bagi kita tangan dan jari yang bisa bergerak serta akal yang masih mampu untuk berfikir,jangan sesekali kita berputus asa anak didikku! Kamu boleh!Chaiyuk2!!!!!!!!!!!


Rujukan saya DYSGRAPHIA dan ini ADHD

10 comments:

Hafizah Radzak said...

slm jannah...sk sg berembang kah itu???

Eyra Rizal Touch said...

MAKEUP CLASS PROMOTION FOR MAY!!!!

see below for type of classes,fees & dates

14/5 & 15/5 (pick 1 date only) :
BASIC TO ADVANCE CLASS PROMO RM295/PAX

17/5 & 18/5 :
2 DAYS BRIDAL CLASS PROMO RM400/PAX

21/5 :
HAIRDO CLASS PROMO: RM295/PAX

24/5 & 25/5 :
2 DAYS BRIDAL CLASS PROMO RM400/PAX


HOW TO REGISTER?
1)PICK WHICH CLASS YOU'RE INTERESTED IN
2)SMS TO 016-2128740 /PM INBOX UR FULL NAME, IC, PHONE NUMBER, & CLASS YOU'RE JOINING.
BANK IN DEPOSIT (RM100) TO MAYBANK ACCOUNT 1580 8830 5272 (NORSHAHIRA SHAHRIZAL)
http://www.facebook.com/event.php?eid=113982102020746

SHM said...

semoga terus berjaya dlm mendidik anak bangsa cikgu . halangan 2 smua halangan2 kecil . byk lg yg menanti dhadapan :D

Jannah said...

hafizah: A'aa..sekolah awak fiza...hehe

Eyra: Sempt plak nak promote tu,kehkehkeh

SHM: TENKIU2

She, Who Writes. said...

ustazah! tengok ni dia ni kata kat aku hitam!!!!

Jannah said...

yaka: hah hitam? Betoila tuh!!!!! hehehe..Hitam legam

She, Who Writes. said...

hahahahahahahahaha kuajaq nya ustazah aku niii ehhehehe

She, Who Writes. said...

Jane cbox blog awak tu not working lah! aku dah banyak kalik cuba ank post tak buleh. awk p wat private tu pasaipaaa..

Munira Shaari said...

happy tngk jane m'ngajar :D .... nk jg huhu

Jannah said...

Me: Lah yaka...patutla tandus dan gersang semacam ja box tu...kahkahkakah..ha dah nook,aku dah repair...ok dah..cakapla banyak2

Munira: Dapat tu,insya Allah...esok2,: Dengan suka dan gembiranya dimaklumkan anda dapat jadik cikgu kat sekolah kami!!!!!! Yeay!!Pastu dia balas lagik....LUKENABEB!!!!!hehehe...gurau2,,insya Allah dapatla nook