Episod tadik KLIK, kita telah tengok yang Rokiah telah lari daripada rumahnya akibat tidak tahan dengan perangai suaminya yang playboy itu..Apakah yang terjadik kepadanya? Kita ikuti sambungannya di bawah ini..
Kamloi yang rapat dengan ibunya itu berlari-lari mengejar ibunya....Tetapi apakan daya, ternyata tuah lebih berpihak kepada Rokiah, bekas juara Maraton.. larian ibunya yang sekencang Watson Yambek itu tak terkejar oleh anaknya Kamloi..
Kurap di kaki,boleh nampak tapi kurap di hati tak siapa yang tahu..Macam cerita tipikal Melayu..Diapun membawa hatinya jauh daripada lakinya dan anaknya...Tapi patutnya,bawakla anak dia lari sekalikan..Dahla nusyuz,lari dari rumah..Pastu,tinggalkan anak macamtu ja...apala engkau ni Rokiah...takpa2,nanti aku tukar skrip..
" Pataaaaaahla haaaati....Pataaaaahhla hati...merajuuuuk" Sambil2 mengenang dirnya yang dihimpit malang itu, dia membawa dirinya di Lubuk Hantu..Lubuk Hantu ini sangat terkenal untuk orang commit suicide...Tapi Rokiah bukan nak commit suicide,dia just nak jalan2 ja..Sedang dia makan2 rumput, Tiba2 dia terpandang bayang2 suaminya melambai-lambai sambil tersenyum di permukaan lubuk tersebut..Oleh kerana asyik melihat bayang-bayang suaminya..Tiba2..
Di rumahnya..Kadiaq yang menyesal akan perbuatannya menengking isterinya bingkas mencari isterinya ke sana dan ke mari..Tiba2...
Tergamam dan kaget dia mendengar berita itu...Trus dengan sekuat hati dia berlari ke tempat kejadiaan...sambil hatinya berdoa semoga berita yang didengarinya itu tidak benar..
Apabila sampainya dia di tempat itu........Segala-galanya sudahpun terlewat..Mayat Rokiah sudahpun diangkat dan dijumpai oleh penduduk kampung...Tiada lagi gelak tawa manja daripada isterinya...
Setiap hari..Kadiaq sering terlihat melawat tempat Rokiah terjatuh..
Kesedihan Kadiaq ditambah lagik dengan anaknya yang sudah tidak mahu menerimanya lagik..
Suatu hari anaknya pula dijumpai mati ditabrak mobil (Ni tengah tengok Sinetron Cinta Melody,sebab tu tiba2 cakap Indon) HEHE
Jiwa dia bertambah kacau..
Hari berganti hari..Bulan berganti bulan..Kadiaq masih di situ...Menunggu,menunggu pada sesuatu yang tidak pasti..
Suatu hari, tuannya telah mendapati Kadiaq sudah tidak seperti dahulu lagik..Puas dipujuk dan dinasihat untuk pulang TAPI dia degil . Jadik untuk mengelakkan Kadiaq daripada mati terjatuh Lubuk atau ditabrak mobil seperti yang terjadik kepada anak dan isterinya, tuannya mengambil keputusan untuk menyembelihnya sahaja..
Moral:
Jangan sesekali menyintai seseorang itu kerana kelebihan yang dia miliki, kerana mungkin cinta kita akan mulai berkurang apabila kita mula melihat keburukan yang ada dalam dirnya..
Rest in peace
~The end~
11 comments:
akhirnyer habis jg kisah kadiaq n rokiah..terbaik la jannah hahah
hahahahaha ! terguling baca. kadiaq berkejaran taboleybla T_T.
dah macam view nur kasih pon ada, manapak tepi sawah, hee..`
latest entry : cheese tart ♥
Munira: Dah habes...eh awak tak pernah tgk ker crita ni?dulu saya pernah bubuh kat friendster..hehe
Fatin: A'aa..sy suka background bendang,hehe..sedap cheese tart tu;-)
x prnh tngk pun..dh lama m'ninggalkn friendster haha
munira: Patuitla...ni pernah jadik presentation saya dalam kelas dulu...hehe..kelas presentation skill...nanti saya wat crita len plak...kehkehkeh
cerite tom n jerry la plak hehe
waaa cerita ni bestt ,
ada mesej tersendiri , and cara penyampaian pun sempoi je ,
buat la banyak2 cerita macam ni lagi ye :)
munira: Ya..nanti saya buat..(Mana pulak aku nak pi cari tikus ngan kucing nih) hehe
Fatima: Hehehe..ya2..tima kasih..
kt hostel bnyk tikus n kucing..klu nk cari extra,monyet pun berlambak hehe
owh yaka...kena trainla plak kan cam stuart little tu..Mun,awak tahu,aku ni tadik terbaca cerita hantu Mizan..Takut gila aku dah sekarang dah malam..Mun,bangunla Mun...Awak dah tido ker...Bangunla weeeyyyy..huhu
sy baru bngun ni..haha..seram ke?..awk kene teman sy online mlm ni la..sy pun penakut jg :D
Post a Comment