Friday 20 May 2011

Belangsungkawa......Allah uji,Allah sayang..


Harini...Rutinku berjalan seperti biasa, menyiapkan tugasan-tugasan rumah yang diberikan kepada aku seperti mencuci pinggan,menjemur kain dan menyediakan makanan kepada nenekku..Selepas selesai membuat kerja..Aku dikejutkan dengan msj daripada Afida tentang pemergian ibu kepada salah seorang sahabatku Hazrinadia..Tergamam aku seketika kerana aku tidak pernah tahu yang ibu sahabatku ini sebenarnya menderita penyakit barah payudara..Satu penyakit yang amat digeruni oleh kaum wanita saat ini..

Selepas merancang untuk "mengunjung", (bahasa orang utagha untuk menziarahi jenazah) bersama sahabatku,tidak lama selepas itu, sahabatku Filzah datang mengambil aku untuk menziarahi jenazah..Jenazah akan dikebumikan selepas Asar,( bermakna..ketika aku sedang menulis entri ni..berkemungkinan jenazah masih di rumahnya...)

Sesampainya aku di sana (11.30 pagi),aku lihat sudah ramai penduduk sekitar dan saudara mara yang hadir..Aku dan rakan-rakanku yang lain terus masuk ke rumahnya.. Jenazah ditempatkan di satu sudut di ruang tamu ..mungkin untuk memudahkan proses memandikan dan mengapankan jenazah...Tercari-cari juga aku kelibat sahabatku ini..

Di satu ruang,aku lihat sahabatku sedang sibuk melayan tetamu yang hadir..Nampak tenang cuma ada sisa2 air mata yang kelihatan sedikit...Sahabatku memberitahu yang dia baru sahaja pulang semalam untuk bercuti semester..Ketika itu, ibunya masih nampak lagi "bersemangat" walaupun hanya terbaring di atas katil..

Dan pagi ini apabila dia mahu memberikan ubat kepada ibunya, ibunya itu sudahpun meninggal dunia...Innalillahiwainnailaihiraji'un..

Sebagai anak sulung daripada 4 orang adik beradik,aku harap..sahabatku ini tabah dan kuat dalam menempuhi dugaan yang mendatang...Dia harus kuat dan mesti kuat demi menguatkan adik-adiknya yang masih kecil terutama adiknya yang bongsu yang masih tidak mengerti makna kematian..

Belangsungkawa aku dan sahabat2 lain ucapkan..Semoga Allah menempatkan Allahyarham dengan orang-orang yang Dia kasihi-Al Fatihah..

Allah uji,Allah sayang..

~Keep on walking~

3 comments:

Daddylicious said...

al fatehah...amin.

Munira Shaari said...

semoga rohnya dicucuri rahmat ..amin..

Jannah said...

Amin..