Tuesday, 21 June 2011

Kursus pengurusan jenazah

Alhamdulillah...baru-baru ni,aku berkesempatan menyertai kursus pengurusan jenazah yang dianjurkan untuk guru-guru KAFA seluruh Perlis...Sejujurnya aku agak berat hati untuk ke program ni kerana aku mempunyai komitmen lain pada hari yang sama tetapi atas permintaan ibuku tercinta (cewah) ,aku pun pergila jugak..Yalah, sekurang-kurangnya,aku dapat ilmu baru pada hari tukan..

Kita belajar teori dulu ya...

Sampai terbaring-baring ha ustaz ni...hehe
Ustaz ni sedang menunjukkan  bagaimana meletakkan mayat dengan betul  ..

Hehehe...bersungguh-sungguh ustaz ni tunjuk cara2 untuk menguruskan jenazah..

Buku yang diberi
Rehat sat sebelum belajaq praktikal pulak

Ok...Praktikal daripada Ustazah Jahrah...


Kain kapan yang digunakan...Kain ni bukan sebarang kain tau...
kain tertentu ja yang boleh digunakan...


Ha ni mayat dia dah ada...hehe..tiba2 ja kak tu jadik model ya...


Untuk pengetahuan kawan2ku sekalian..Ustazah ni dah berpulu-puluh tahun handle pasal mayat2 ni....ada banyak tau kisah dia yang dia cerita....ada satu tu dia cerita yang masa tengah mandi mayat,tiba2 mayat tu pi pegang tangan...hiii...syokkan?Pastu bolehla ajak jenjalankan..(Seram gila)


Kebanyakkan kes yang agak susah yang dia handle ialah mayat di hospitalla..
yalah sebab macam2 orangkan.

Ok..ni antara kapan-kapannya...Ehm..bagi mayat perempuan,bagila banyak sikit...dalam tiga gulung macamtula...kalau dua takut tak cukupkan..Tambah2 kalau mayat tu comel macam aku ni..hehe

Ok...daun2 tu ialah daun bidara...digunakan ketika mandi untuk melembutkan sendi-sendi mayat,ada air mawar,serbuk cendana untuk ditaburkan,akar sintok untuk mandi...Gunting tu perlu tau..Bila nak mandi tukan..gunting tu selalunya akan diletakkan di atas perut mayat bertujuan untuk memudahkan najis untuk keluar..

Ok..ni kapur barus...sekarang ni dah ada dah kapur barus dalam bentuk serbuk...Guna ketika mandi bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan...Kalau ampa nak pakai boleh jugak,gunala kat hostel tu..kutla bagik ingat sikit kat mati ni..hehe

Ok..mak pun nak tolong jugak...hehe...Kata Ustazah Jahrah,"Orang yang membantu menguruskan jenazah ni akan mendapat pahala satu qirat iaitu bersamaan dengan pahala orang yang menunaikan haji dan umrah...ha banyakkan..Apa lagik,jumla kita belajar..

Ok..ni akaq sintok tadik...wangi..

Daun bidara..

Masukkan tali-tali yang dibuat tadik...Tali tu dibuat dengan kain tu sendiri tau..Jadik kenala cekap dalam mengukurnya..

Lipat2 sikit...satg mayat masuk sinila..

Ok...dah hampir siap "pakaian" ni...Kalau dulu kita berbangga dengan pakaian mewah kita, cardigan jenama Zarra, legging jenama Forever 21, tudung dari Jakel tapi akhirnya...kain kapan yang tak berjenama ni jugak pakaian kita..


Ok..ni model kita sedang mencuba pakaiannya...muat atau tak?


Tiada lagi high heels atau wedges..Inilah "boots" kita sekarang..

Apa akan jadik sekiranya kita dicabut nyawa pada waktu ini...Masih cukupkan solat kita?Jika cukup,apakah solat kita itu benar-benar diterima oleh Allah S.W.T?


Sedang dipakaikan telekung yang dibuat dengan kain tadik...Telekung biasa juga boleh digunakan,walaupun mempunyai bunga-bunga..tetapi jangan yang merelit-relit punya tu..Kata Ustazah tu..kalau boleh,bunga2 pun putihla bukan yang warna-warni..

Kita close up sikit..hehe

Dibalut dan dibalut serta dipakaikan telekung..

Full try...err..have wardrobe malfunction?

Tutupla auratmu sebelum auratmu ditutupkan..

Menabur bunga-bunga di mayat adalah diharuskan..bukan wajib atau sunat..

Ni mayat mati dalam iman da...itu pasal muka ada sinyummm...hehe

Hai..sempat jeling tu..hehe..

Ok..selesai sudah....hampirla...muak tak tutup lagik..selalunya kalau kita tgk setengah mayat dimasukkan kapas di hidungkan...tu sebenarnya ialah untuk menghentikan pengeluaran najis di hidung..


Ok...mayat sudah menggaru...tanda sangat gatal kapan itu..kehkehkeh..xpa,yang ni just "mock trial" ja,kalaula betul2 mayat duk  garu time kita tengah kapankan dia...mau lari berbatu-batu jugak jemaah ni..hehe

ok...pack up...


Antara intisari program yang aku dapat dalam program ini ialah..

1) Seorang yang menguruskan jenzah mestila seorang yang amanah yang mana dia mestilah menyimpan segala keaiban dan kecelaan mayat yang diuruskannya..

2) Haram hukum menyediakan dengan terlebih awal, barang-barang kelengkapan untuk kematian kita..misalnya membeli kapan siap2 dan menyuruh anak menggunakan apabila kita meninggal..(Ni yang ustazah tu bagitaula)

3) Tidak boleh membuat jamuan makan-makan di rumah ketika mayat masih ada di dalam rumah.

4) Untuk mayat yang kulitnya terbakar atau melecur,cukupla sekadar dilalukan saja air ke atas anggota badannya tanpa menggosoknya kerana khuatir akan tertanggalnya isi2 kulit dan daging si mati.

5) Tidak digalakkan meletakkan jag duit di hujung katil mayat tersebut..(seolah-olah macam menadah duitla plak)..Kalau nak bagi,bagi ja.

6) Seorang suami itu boleh mengucup mayat isterinya tanpa terbatal wuduk kerana ketika itu..si isteri sudah tidak lagi ada di dunia..

7) Adalah afdol (lebih baik) sekiranya yang menguruskan jenazah itu ialah daripada ahli keluarganya sendiri misalnya...anak2 ke atas mayat ibunya..suami ke atas isterinya..dan cucu ke atas nenekya...

7 comments:

Syar said...

nanti aku topup lagi aku nak call awak nak awak crita pasal story2 yg Ustazah tu cakap tau. segala kisah seram. aku suka gila dengaq awak crita crita seram. 2 hari dah aku xleh tdoq pasai kes Mon tu...awak ar p highlight balek! huh!

JANNAH means Heaven said...

haha..cantikkan baju dia time dia nyanyi lagu tu...KUNYANYIKAN LAGU RINDUUU..OH SAYANG..advance gila..hehe..macam lagu raya plak aku dengar..awak tgkla komen2 kat youtube tu...hai nak tergelak pun ada aku..hehe

Nur Hafizah Abd Radzak said...

Pengisian yg baik,ustazah Jannah...tak sia-sia kan ikut,^^

Munira Shaari said...

jane tol ke cite mayat yg pegang tangan ustazah 2

JANNAH means Heaven said...

Fizah: Alhamdulillah...yang baik kita sharekan..yang buruk,kita buangla..tak gitu ank pokcik razak?hehe

Munira: Betul...sebabnya..mayat tu baru ja keluar dari peti ais...dah lama sangat dan tersangatla keras..sebab tu bila mandikan dia..dia macam pegang keras ja...camtulah yang ceq pahamnya..Tapi macam2 cerita dia munira..nantila bila2 kita chat,saya cerita naa..

Anonymous said...

hantu kak limah sapo nk kapankan xkan mamat khalid pulok hu2

JANNAH means Heaven said...

cik anon: Awakla kapankan..haha