Thursday, 2 June 2011

Mereka yang bernama Khadijah dalam hidupku...


Nama ni memainkan peranan yang pentingkan dalam hidup kita?Kadang-kadang..Apabila kita sebut nama orang2 tertentu, automatik akan terus datang ke fikiran kita akan rupa paras dan perangai dia..Contohnya macam akula kan, bila sebut ja nama FIKRI..Mesti terbayang kat kepala aku yang orang yang nama Fikri ni rendah2..Selain tu,kalau sebut nama BOB pulak, aku akan terbayang yang pemilik nama BOB ni gemuk2..Kalau sebut nama Sarah,Zarra atau Zulaikha, aku akan terbayang pemilik nama ni mesti cantik2..Sebabnya..kebanyakan pemilik2 nama ni memang memiliki apa yang aku bayangkan..Entahla..mungkin kebetulan, mungkin jugak aura nama depakan..huhu....

Sebut pasal nama nikan...Ada satu nama yang memang kalau sebut ja,terus aku cop depa memang baik2 dan sangat2 baik..Nak tahu nama apa? Nama tu tak lain tak bukan ialah Khadijah...Ehm...Meh sini, aku nak ceritakan antara Khadijah-Khadijah yang wujud dan hadir untuk menyerikan hidup aku ni..hehehe..ayat...



Ok...Bermula dengan ibu  pemilik botol susu ni. Mama A'dnin iaitu kakak ipar aku!!!! Puan Khadijah Hariri...hehehe...Kak ipaq aku ni bagi aku ialah kak ipaq yang paling baikla dalam dunia nikan...Selain tu dia jugak, kak ipar aku yang paaaaling lawa sekali dalam dunia ni tau..(kak ipar aku dia sorang ja,hehe)..


Sepanjang aku kat UIA nikan, dia banyak sangat tolong aku...Bagi duit, bagi bekal makanan..Kadang-kadang, dia ni macam orang tengahla antara aku dan family aku sebab selalunya, bila aku takdak duit ka aku nak something ka, aku tak cerita kat mak ayah aku tau sebab aku segan,malu nak mintak tapi aku bagitau ja kat dia..Bila cerita ja kat dia, tengok-tengok esok ni..dah ada dah apa aku nak...contohnya macam...Motor aku,Ussain tuu...hehehe...Aku cerita kat dia yang aku tak laghat nak jalan kaki bila ada program2 society ni pastu aku cakap yang aku benar2 perlukan motor, esok-esok tu..abah aku belila motor kat aku...hehe...Alhamdulillah..Berbaloi-baloi bercerita dengan dia tau..hehe..

Satu lagi, dia jugak pandai masak tau, sedap sangat..semua sedap-sedap...Dan dia juga berkongsi minat yang sama dengan aku iaitu..Muzik...hehe..Aku xtahula nak cakap apa lagik pasal dia tapi secara jujurnya dan ikhlas, lahir dalam hatiku ni, aku belum pernah temui lagik sebarang kekurangan yang ada dalam diri pemilik nama Khadijah Hariri ni...She's very strong woman, good wife and good mother.Semoga Allah senantiasa melimpahkan kasih-sayang,rezeki dan kebahagiaan kepada kak iparku, kak Eja..~




Yang ni plak, kawan baik aku kat UIA...Nurul Khadijah Mohammad@Dijah@Deejay.....Poyo kan gambaq ni? Ya..Poyo itu memang sifatnya...hehehe..gurau2..







Djah...Jika dibentangkan di sini tentang kebaikan hati dia, aku rasa memerlukan masa yang agak lama untuk aku sudahkan pembentangan tu....Nurul Khadijah sahabatku...Dialah anak sulung dari 9 beradik,dialah imam, dialah tutor bahasa Arab di SLEU, dialah Naqibah di CCAC DAN  dialah... HADIAH Allah untuk aku...Sepanjang 4 tahun aku berkawan dengan dia, dia tak pernah marah aku..langsung xpernah..Dia percaya dengan aku...dan dia akan sentiasa bersama aku bilamana aku ditimpa kesusahan..sahabat ketika kita sukar susah dicarikan..Tapi dengan dia sebut saja apa bentuk kesusahan aku, kurang duit?kurang makan? even kurang kasih sayang pun dia akan completekan kekurangan aku tu..huhu...Dijah awak sangat baik dan layak digelar IKON SAHABAT SEJATI. Semoga Allah merahmati setiap perjalanan awak dan mempermudahkan exam awak petang esok..Amin..~




Last but not least is..Khadijah Adibah Ahmad...my lovely senior in MRC and in IIUM...I don't know how to say about this girl but... she's very, very, very ,very intelligent in handling program, any program and  she guides me and my friends lots, she never give up in teaching people especially a junior like me. She's a very good supporter and she used to be my vice President before she was assigned by the principal to become the new President of MRC Aminah.Eh, awat time dia aku cakap omputih plak ha..hehe..


Apa-apa pun kak Dibah, i sayang you lebihla..sebab hati u baik..banyak ajar i macam2..Terutama pasal hidup...contohnya cara2 nak pi Petronas tanpa lalu jalan besar, cara2 nak berblogging, cara2 nak wat  proposal dan macam2 ilmu yang kak ajaq saya tanpa putus asa..Thanks kak, thanks banyak2 ya, I adore your kindness so much..May Allah bless you~ 

P/S: Orang yang nama Jah kat belakang ni memang baik2kan....serius, dorang sangat baik...contoh2 lain Nurhafidzah Zaini dan Nur Filzah Fisal...dua2 aku panggil Jah dan dua2 best friend aku..So, kalau korang ada terjumpa sahabat2 yang korang panggil Jah tu,jagala dorang baik2..sebab dorang memang baik,Insya Allah~

17 comments:

Munira Shaari said...

my mak siti hatijah..'Jah' jg kt belakang :D

JANNAH means Heaven said...

SO YOUR MOTHER MUST BE AND SURELY A GOOD WOMAN..tgk anakla..kata munira dalam hatinya..hehe

Munira Shaari said...

pandai plak hang bace fikiran ceq hehe

JANNAH means Heaven said...

hahahaha...cliche...kehkehkeh..tapi btul tak teori saya...orang yang nama Jah ni mesti baik2kan..

Munira Shaari said...

a'ah..maybe berkat nama isteri Nabi Siti Khadijah :D

JANNAH means Heaven said...

Tula...nanti anak saya pun nak buh nama Khadijah jugakla...tapi xnak orng singkat2kan...panggil nama penuh2..hehe

JANNAH means Heaven said...

Munirajah....eh,sedap jugak tu!!!!hehe..dah dekat mutusamy lak...

Munira Shaari said...

kurang asam jannah ni!!!!!!!!!!!!

jannahmaniam pun sedap haha

JANNAH means Heaven said...

ehehehehe...gurau jalah..takut gak mun ngamuk ni..tidoq mun tidoq..nite

hamizanyusof89 said...

nak cr nama khadijah!!!!!

JANNAH means Heaven said...

oooi....dan2 ceqq nooo...hehe..nama munirah pun ok jugak...kehkehkeh

Munira Shaari said...

nama jannah bersepah2..senang sikit nk cari huahuahua

JANNAH means Heaven said...

hehe..ada lak,nama saya ni berapa ja ada dalam malaysia ni tau...maklumler,nama berdaulatla katakan..

Munira Shaari said...

ye nama anda mmg best, t'baik dr ladang hehe

الفاضلة الدّكتورة نور الخديجة بنت محمد said...

Salamalaik ya sahabatku yang kusayangi....kucintai kerana Allah....

Tima kasig byk2 jane....
sgt terharu sy pabila baca entry awak ni..huhuhu...

pepun....saya doakn semoga ukhwah kita berdua ni akan dirahmati Allah kan...
amin ya rabbb...

Sayang awak selalu.. ;-)

JANNAH means Heaven said...

Awak baca lewat..huhu..
Tapi xpa..Sy tetap sayang awak jugak Jah
Hehehe...Kim Salam Femili ya,wat elok2 exam tu..

khadijah aisyah said...

saya pun khadijah
khadijah aisyah humaira ahamad
adik kepada khadijah adibah ahmad
salam perkenalan