"Ish,ada ka nak tengok wayang, tunggu jalah dia keluaq jadik CD ka,beli jalah.....xyahla nak pi tengok kat panggung wayang, xelok arr," sajala aku jawab camtu kat adik aku..
"Eh, bukan boleh ka?kawan ceq kata,ada ustazah tu siap pi tengok ngan anak beranak dia lagik, tu ustazah tu..jum ar kak Nurun, cerita best nih"adik aku masih memujuk..
TQ GUGEL |
Sebenarnya, berbalik kepada hukum menonton wayang ni, terdapat pelbagai pendapat yang aku dengar dan baca mengenai hukum meonton wayang ini.. Ada yang kata boleh dan ada yang kata tak boleh...contohnya macam pendapat2 kat bawah ni:
PENDAPAT DR YUSUF AL-QARADHAWI TENTANG HUKUM MENONTON WAYANG
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
PENDAPAT HASAN AL BANNA TENTANG HUKUM MENONTON WAYANG
Anak Hassan alBanna, Tsana berkata..
"Datuk belah ibuku sangat suka ayahku(Hassan alBanna).Dia kerap berbincang dalam pelbagai perkara dengan ayahku yang ketika itu masih bujang.Pada waktu itu, ada seorang lelaki datang kepada datukku dan meminta izin daripada datukku untuk temankan anaknya(yakni ibuku yang ketika itu juga masih bujang)ke panggung wayang(dalam usaha nak pikat ibu).Datukku lantas bertanya kepada ayahku hukum menonton wayang.Ayahku menerangkan bahawa hukumnya HARAM.Selepas datukku mengetahui orang tersebut meminta sesuatu yang dilarang maka datuk meminta orang itu pergi dan mengatakan,'Aku tidak mempunyai anak untuk dinikahkan untukmu' "
lain cerita..anak Hassan alBanna, Saiful Islam pulak berkata.."Saya masih ingat ayah memberitahu saya bahawa perbuatan menonton wayang itu tidak layak dilakukan oleh seorang muslim.Saya sejak itu tidak pernah masuk ke panggung wayang, bahkan sehingga ke hari ini, saya tak pernah menjejakkan kaki ke sana"
SUMBER KLIK SINI
PENDAPAT DR. KABUYE,PENSYARAH KULIYYAH ILMU WAHYU,UIA
Boleh...bergantung kepada filem yang dilihat( tiada unsur2 negatif seperti yang korang paham) serta teman yang menonton bersama kita...(tiada percampuran yang haram)
APA YANG AKU BERITAHU ADIK AKU TENTANG MENONTON WAYANG.?
Aku xnak rumitkan adik aku dengan hukum hakam menonton wayang ni sebab pelbagai pendapat...aku cuma tanya dia.."kalau kita mati, nak ka kita ditakdirkan mati dalam panggung wayang?Tempat yang umumnya,semua orang tahu penuh dengan godaan dan fitnah tu?
Dia diam...mudah-mudahan dia faham...
Jadik...harapnya kita semua jelas tentang hukum menonton wayang...saya hanya berkongsi apa yang dibaca dan apa yang saya rasa...Mungkin ada kekhilafan dalam pendapat kita..tapi sedaya upaya saya akan cuba pastikan yang anak cucu saya dan kamu semua juga,mudah-mudahan tidakla "membesar" serta "dibesarkan" di dalam panggung wayang,Amin...
No comments:
Post a Comment