Monday, 20 June 2011

Jangan derhaka

Selagi mana kita hidup,
Hormatilah ibu bapa kita


Setinggi mana pendapatan kita
Ingatla semua tu hasil didikan orang tua kita


Sebenci mana kita dengan arahan mereka
Taatilah perintah mereka..


Sekerap mana leteran mereka
Anggapla itu nyanyian yang sementara


Ingatla ketikamana kita mengejutkan mereka,
Meminta dihantar ke kelas tambahan
Ketika itu mata mereka merah menyala
Kerana menahan mengantuk di jiwa
Namun kerana anak tercinta
Seorang bapa,bingkas mencari kereta
lalu anak dihantar segera
Dengan harapan dapat mengubah nasib keluarga.


Jika mereka mula bersuara
diamla kita biarkan mereka bicara
Jangan kita menjadi derhaka
Menangis mereka,nerakala tempat kita...

No comments: