Saturday, 22 December 2012

Rindu

Selesai dengan briefing untuk bakal guru-guru praktikum..
Kata Dr Mukhyani..semua guru-guru praktikal ni wajib praktikal dengan area2 ni KL dan selangor sahaja cuma sedikit kelonggaran akan diberikan kepada mana2 pelajar yang ada masalah seperti mempunyai masalah penyakit ataupun yang sudah berkeluarga dan ada anak yang susah nak buat area2 Kuala Lumpur ni..

Cik Pah yang merangkap roomate aku dan budak satu department dengan aku pun berbisik kepada aku..

"Saya pun ada penyakit Jannah"

"Eh,yaka..awak sakit apa cik Pah?"

"Sakit rindu...."sambil memuncungkan mukanya..

Ceh...Tergelak besar aku...dalam ketawa2 tiba2  timbul rasa simpati...Tapi tulah cabaran bagi seorang isteri dan pada masa yang sama menjadi pelajar..Komitmen hati,komitmen jiwa..

Sambil2 mendengar briefing, aku tanyakan lagi pada Cik Pah...

"Cik Pah, rindu tu macamana?

"Ehm..macamna eh nak cakap..Dia macam mencari barang yang hilangla Jannah"

"Ooo...maknanya..once dah jumpa barang tu tu rasa seronokla ya Cik Pah?"

Cik Pah senyum...meleret-leret...

P/S: x mampu nak rindu-rinduan time study..

Thursday, 20 December 2012

20/12/2012

Alhamdulilah...selesai sudah last microteaching aku kat UIA..Well honestly..today is not a good end for me..Banyak sangat dugaan yang terjadi..Tapi xpa..dah redha..xnak letakkan kesalahan kepada orang lain atas ketidakberjayaan aku untuk mengendalikan kelas ni dengan baik...

That my fault obviously...
 Ehm......Thinking to improve my speaking to become more natural and not like memorization style...


~Help me Allah to become a good English teacher to my students~



Sunday, 16 December 2012

huhu

rasa agak tertekan nak habiskan minggu ni....tertekan sangat2..
Xtahu nak cakap macamana
Banyak gila assignment nak kena antar
Postmortem program pun ada lagik xbuat...

Ya Allah...tolongla ringankan bebanan aku sekarang...

Friday, 14 December 2012

jalan kita

Jalan kita..
Kadang-kadang terkedepan
Kadang-kadang terkebelakang
Kadang2 tak terjalan

Dah lama kita berjalan bersama
Bila tiba di persimpangan
Jalan menjadi dua dan tiga
Kau mahu ke sana
Aku mahu  ke sini..
Kau kata itu yang terbaik untuk kau
Dan aku aku juga yakin ini yang terbaik untuk aku

Akhirnya..Berpisah juga kita..

Semoga berbahagia dikau dengan jalan yang kau pilih
Dan semoga aku juga bahagia dengan jalan yang aku pilih..

Hidup..mesti dengan baik2..

Wednesday, 12 December 2012

Dream

If you wanna dream,make sure your dream is big
You know what is my dream?
I would like to fulfil  my first till final year dream..The only dream that i have is

I wanna get 4 FLATS for this semester!
This is how i will finish my last semester no matter what!

Tuesday, 11 December 2012

s t r e s s

stress
benda biasa
nak ujung2 sem
stress tu macam hujan..
datang sekali sekala..
Tapi sekali datang..adoi,lebatnya..

Stress dengan manusia
Stress dengan program
Stress dengan segala-galanya!!!!

Wednesday, 5 December 2012

Susah group dengan orang bercinta ni..

Wat reja seminit bukak facebook sejam
Wat draft sesaat bermesej lapan jam

meluat aku















Monday, 26 November 2012

SMK Hillcrest


Dup..Dap...Dup...Dap...
My next school for practical..
SMK Hillcrest,Gombak...merangkap bekas sekolah kawan baik aku syar..hehehe
 Feel a bit nervous to teach students at this school..huhu..

Kita sama2 belajar ya budak2 Hillcrest..Kalau teacher salah,korang tegur2ler..




Friday, 23 November 2012

rindu...

Satu persatu wajah2 mereka bermain di fikiran aku seusai asar semalam..

Arwah Tok Bariah...Arwah Tok Yam..Arwah Tok Wan Karim...

Terngiang2 lagi suara tokwan Karim memanggil namaku..Nulun..sambil menghulurkan duit lima kupang..

Terdengar juga nyanyian lagu Jepun Tok Bariah setiap kali aku mahu pulang ke rumah selepas singgah ke rumahnya di Bagan....

"I say goodbye...Sayonara.."

Tok..Tokwan...Jauhnya kita terpisahkan..

Ceq rindu......

Wednesday, 14 November 2012

words for Thursday =)

Terus terang

Terus terang salah
xberterus terang pun salah..

Terus terang aku katakan yang aku seorang yang berterus terang..
Kalau aku suka,aku cakap suka..
Kalau tak suka,aku cakap aku xsuka..

Kalau benar ingin merubah,
harus berani berterus-terang..

tapi malang..hanya sekelompok sahaja yang berani ke depan
yang lain hanya "berterus terang" di belakang..


p/s: Pertama kali mungkin, dalam sepanjang hidupku..aku membuatkan seseorang itu menangis kerana aku berterus terang...

Saturday, 10 November 2012

Love to do most in SK


Harini tetiba rasa nak tgk balik gambar2 time aku pergi Korea ritu...Walaupun mood aku kadang2 on off untuk usha balik gambar2 tu, tapi bila mai rasa2 nk sedih sikit, bukak tgk gambar2 ni, terus rasa bersemangat nak belajar..huu...Well,  indeed, I wish to come here again..So, need to study hard, get a very excellent salary and travel again to South Korea with my family..Insya Allah..Lagipun, ada tempat yang masih aku xSEMPAT nak kunjungi time aku pi Korea ritu..huhu..sedih, sebab terlewat 30 minit..dahla tu tempat yang paling2 aku nak pi kat Korea..Tapi sebab pergi dengan travel agencykan, xlehla nak demand lebih2 sangat..huhu..Wuteva it is, i must and must go there again with my family xkesahla either backpack or using travel agency again..tapi nak jugak pergi..

Orait,back to the topic..Letting my hand freely ,was the most loving thing that i used to do in South Korea especially during riding the bus kat jeju.=) .hahahahahaha.. who cares! 


"Jakun"! but i don't care coz it was MY HAND, plus it was SO SEJUKKK YA RABBANA! ...i loikkkeee sesangat!


Nampak dak kat luaq dia..

Ok..can't control my hand to do it again and again..hehe 

 Wihu!!!!!!!!!!!!!!!!!!sejukkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!orang kampung weyy!!!!!!!!aku mai korea!!!!!!!hahahahahha...(tetiba teringat orang kampung)

Okeh,xhabis dengan tangan,kepala2 pun keluaq, satlagi kalau drebar tu tak warning aku, kurang pulak sorang penumpang bas ni..=b

 Syiok ar....syiok sesangat wat camni...Dahla bas tu laju..rasa bebas sebebas2nya..

Ok..kali ni last aku wat sebab drebar tu suh tutup tingkap...huh!

walaupun toilet negara ni xdak ayaq but i really wish to come here again..huhu


P/S: Kata orang,kalau pergi mengembara ke tempat baru,boleh mengurangkan kesedihan yang dialami...eh? 

Friday, 9 November 2012

Cinta dan clorox


Cubaan bunuh diri dengan minum clorox
Tapi sayangnya xmati2..
xfikir pasal diri, pasal ibu-bapa sendiri..
Niat nak bunuh diri dengan harapan  bekas kekasih menyesali dan mengingati
Pui!
Cinta sejati sampai mati kononnya..
Setelah disentuh,kau dijauhi..
harap sangat dia yang akan mengahwini..

Jangan bodoh wahai adikku
Dunia kita bukanla untuk ITU semata..
Bekalan akhirat pun kena jaga..
Jangan ketika didunia sudah tempah tempat untuk ke neraka

p/s: simpati melihat ramai muslimah yang diperbodohkan oleh cinta hati mereka


Thursday, 8 November 2012

Niqab


Suatu hari sambil2 melihat roomate memakai Niqab untuk ke kelas...

"Cikpah, saya ingat saya pun nak pakai niqab ar" kata aku..

" Kenapa Jannah", tanya cik pah sambil memperbetulkan Niqabnya yang berwarna biru..

"Ntah,sekarangkan panaskan, ingat nak wat sun protectionla..tak payah pakai sunblock ka atau bawak payung lagi dah,hahahahaha..."

Tergelak besar roomate aku...

"haha..lawakla..Boleh ja tapi xdapatla pahala pakainya, hehe"

Gulp!



Sekarang banyak sisters UIA yang pakai niqab..Pendapat aku, mungkin dorang lawa sangat kot no..ataupun nak menjaga iman...ataupun suami yang suruh (bak kata rommate aku).Tapi teringat kata-kata seorang ustaz matrik UIA Nilai kepada kawan aku ni..
"Muka2 macam kamu ni,xpayahla nak berpurdah berniqab bagai,bukanla perlu sangat pun..LAINLA YANG LAWA SESANGAT SAMPAI BURUNG2 YANG DUK TERBANG ATAS LANGIT TERTENGOK KAMU SAMPAI JATUH"

erk!!... sentap mak dengor,..=)

Tapi hati masing2..iman masing2...Niat pun masing2..Yang buat Lillahita'ala tu,mabruk aku ucapkan..Yang buat lid Dunya tu, xlama ke Lillahitaa'ala la tu..Insya Allah..doa2la..

P/S: Sejak rumet aku pakai niqab ni, dia cakap, dia dah tak makan berdiri dah kalau pi beli kat Pasar Malam...Malu katanya...hehe...Kalau aku, dah orang xnampak...makan jalah, entah2 siap bercucuk2 sate dalam tu...hahaha..=B 

lagu untuk kita


First time dengar lagu ni..rasa tersentuh naluri kewanitaan aku..(pergh ayat) hehe..Lagu ni ibarat doala bagi aku dengan wanita2 muslimah di luaq sana..ada satu rangkap tu aku memang akan ulang2 dengar:

"Subhanallah, tuhan telah berkati, wanita yang cukup ilmu, rendah hati"

Doa...cukup ilmu tu doa...rendah hati pun doa..=)

Friday, 2 November 2012

ikhlas....

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Aku tak ikhlas nk pi program esok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


IKHLAS DATANGLA!!!!!! DATANG KAT AKU!!! T_T

Wednesday, 31 October 2012

Word for Wednesday


Feel a giant hole inside my heart...

Terbaik

Make them the best!

-Presentation Micro Teaching-Isnin 8.30 pagi
-Presentation Listening Speaking-Isnin 6.00 petang
-Presentation socio edu-Selasa 8.30 pagi.



Monday, 29 October 2012

Bekal makanan..



Alhamdulilah,semalam sampai UIA dalam pukul 8 malam, bertolak pukul 9 pagi lebih..
Letihnya Allah ja yang tahu,mujur Diha yang drive..keta baru dia,parents dia kasik hadiah besday..huhu...rezeki..

Mulanya ingat aku ngan Diha ja,rupa2nya ada lagi 2 budak laki kat belakang..Cuak jugaklah aku, dahla xkenal pun,kawan Diha katanya,budak2 UIA jugak..Tiket ke KL dah habes,kelas aku lak Isnin pagi,nak tak nak,balikla jugak ngan dorang..Memangla segan jugak nak naik ngan bebudak laki tu tp ntah,janji aku boleh balik UIA ngan cepat...Lagipun aku dah minta izin mak abah nak naik ngan dorang..Yalah,takut jugakkan,jadi apa2 kat jalan,tgk2 ada budak2 laki lak ngan aku,terkejut parents aku..

Sambil2 tu, mak aku pulak sempat pulak nak bagi bekal kat kami 4 orang..aku xnak bawak mula tu,yalah..dah tumpang orangkan..seganla nak bawak banyak2 tambah2 nak bagi kat budak2 laki tu pulak,huhu..segan aku..
Tapi mak cakap,bagila..wat kenduri sempena korban ni..huhu.. jadi kenala amik..kendurikan..(kang mak kecik hati),huhu..

On the way nak antar aku..,si A'dnin ni nak main lori2 dia plak dh,habis makanan aku terbalik, ..huhu..Mujurla A'dnin ni antara "wali" aku..hehe..

Baru tahu masa kursus kahwin ritu yang A'dnin boleh jadik antara wali aku waktu kahwin sebab dia anak abang aku (saudara lelaki),hehe..sebab tu kena jaga dia baik2..haha..(Tapi tu pun kalau ditakdirkan ada apa2 masalahnya ngan abah atau abang2 aku)huhu..Nauzubillah,janganla..

Sampai2 kat Perak, berentila sat tapi xdala pulak tempat nak makan,ramai sangat orang,keta pun banyak,last makan tepi stesen minyak ja bekal mak aku tu..(Mujur juga amik,kalau tak..kelaparan jugakla)

Aku tgkla budak lelaki tu makan..Kesian la jugak....licin habis..memangla mula2 aku rasa segan sikitla nak bagi kat dorang tapi bila tgk diorang makan camtu rasa terima kasihla plak kat mak aku sebab bagi..Yalah jauh kot nak sampai KL ni..huhu..Lenkali nak jalan jauh2 bawak ja bekal banyak2kan..huhu


P/S: Letihnya naik keta dari Perlis ke KL...Abang aku cakap,belajaq pandai2 bagi jadi kaya,beli helikopter ja terus nanti..senang..huhu..Insya Allah..


Thursday, 25 October 2012

Tahun mencabar..

Alhamdulilah...masih diberi peluang untuk bernafas di malam raya aidil adha..

Malam ni adik aku, Aqilah akan balik dari Sabah untuk beraya
Tapi baru tadi naik flight, delay katanya..patutnya 6.30 tadi dah naik..Delay punya delay,pukul 11 baru dapat naik..Biasala..time2 nak raya ni, jam la kot kat atas langit sana nu..huhu..

Bila diimbau balik..aku rasa dalam 23 tahun kehidupan aku, aku rasa tahun nilah yang paling mencabar dalam hidup aku...

Dan dugaan yang paling beremosi pada aku yang nilah..yang jadik baru2 ni bila nenek aku meninggal...Sampai sekarang..tak kirala kat mana pun aku berada, mak aku,kakak aku dan abah aku asyik sebut ja pasal tok..Tok meninggal muka bersih,tok dah xmakan dah time nak dekat ajal tu, tok duk sebut nama PakTih Pa la Tok itu,tok ini...Sampai cerita2 tu kadang2 menyiksakan emosi aku..Sebab setiap kali diorang bercerita memang akan terbit air mata dari kami...

Tapi aku xsalahkan dorang..mak bercerita untuk berkongsi rasa..rasa sedih atas kehilangan ibu yang dipelihara sekian lama..Bukan takda ayah2 saudara aku yang selalu nak tolong jaga tok, tapi memandangkan mak aku satu2nya anak perempuan tok yang tok paling selesa nak duduk..Tambahan pulak dengan kemudahan yang ada kat rumah untuk tok pi tandas, jadik tok tinggalla dengan family aku..Lagipun tok bukan menumpang rumah sesiapa, bahkan kami yang menumpang rumah dia..Yalah,rumah yang aku duduk sekarang ialah rumah tok.Tapi tok bagi kat mak..huhu..

Sekarang ni..Mak masih menangis...Kak Nor pun masih menangis...Ntah esok adik aku balik,macammana la pulak...Dia lagi rapat ngan tok..Mohon kami sekeluarga disatukan di syurga nanti..Amin..Ya Rabbal Alamin..

Apapun..Perjuangan tok kat dunia ni dah tamat,tinggal nak survive kat akhiratla pulak tapi perjuangan aku ngan femili  yang lain masih belum berakhir..Hidup kena teruskan..Hidup kena teruskan...Walaupun terasa agak lemah tatkala nenek aku pergi,sekurang-kurangnya aku masih ada ibu dan bapa..Ada sesetengah orang,ujian dia lagi lebat..hilang segala-galanya dalam sekelip masa..Mak, ayah, abang, adik  dan ada yang kehilangan suami ketika anak masih lagi berusia 3bulan..Allah..Lagila teruk ujiannya berbanding aku..Bersyukurla dengan apa yang ada...

Allah uji,Allah sayang.
Allah uji,Allah nak bagi peringatan..
Allah uji,Allah nak tambahkan kekuatan..


p/s: Raya yang sangat lain...



Wednesday, 24 October 2012

ups and downs


p/s:Selamat Hari Raya Aidil Adha...
Maaf Zahir dan Batin..

Monday, 22 October 2012

Rumah baru..


Harini..Hari keenam tok pergi..
Setiap hari..berlalu seperti biasa..

Tapi..
Ada suatu keadaan yang tak dapat aku nafikan berlaku dalam rumahku..

Sunyinya...

Ya..sunyinya rumah aku kali ini..
Sunyi sangat2...
Kalau dulu, setiap malam2 aku dengan femili aku akan ditemani dengan batuk2 tok, sogha tok mengaji, sogha tok penat..bunyi inhaler tok..Sogha tok sebut Allah2..Sogha tok mintak nasik..

Tapi sekarang sunyiiii sangat...
Xtahula bagaimana nak aku coretkan perasaan aku kat sini..
Tapi bagi aku yang tinggal sebumbung dengan nenek aku sedari umur aku 6 tahun hinggalah umur aku 23 tahun, ketiadaannya memang amat2 aku rasa..

Sunyi...Sunyi sangat2..

Patutla sepanjang hidupnya kerap kali dia memanggil aku untuk memandikan dan memakaikan baju untuknya...Rupa-rupanya, dia nak aku pegang dia puas-puas sebab waktu dia pi nanti, aku sememangnya tidak berpeluang langsung untuk menyentuh dirinya apatah lagi untuk memandikannya...sigh..

2 hari lepas,sempat singgah di 'rumah baru' tok..Luas kawasannya,cantik...tepi sawah,belakang masjid...baru lagi mak kata...ada 6 orang lagi yang duduk situ...Tok yang ke tujuh..Tapi..Tak sangka,tok wanita pertama yang duduk di 'rumah baru' tu..Yang lain semua lelaki....Huhu..hebatla tok..Terbaik sepanjang masa......

 Semoga tok aku tak sunyi duk situ...Boleh jumpa Tokwan Wahab dengan tok nyang  dah...

Jiran-jiran baru tok..


Rumah baru tok..


Tok..Terima kasih kerana menjadi tok ceq yang terbaik dan terima kasih sebab lahirkan mak yang terbaik untuk ceq...Ada rezeki kita jumpa lagi na...

Al-Fatihah...hadiah untuk tok...

Friday, 19 October 2012

A last voice to remember..


I never expected that i still keep this video in my laptop till I opened and searched for it with a hope that i still able to hear and remember her voice..Allah..i'm afraid that i cannot remember her voice again...really..really afraid..

In this video,some of you might not understand what me and my grandma talked because we spoke in a very utagha slang but i'm sure you will understand her last question to me in this video..ehm..




It has been 2 days she left me and my family, Alhamdulilah, i have became much better but still, i can feel her everywhere in my house especially during Maghrib where i usually went to her room to close the windows,switch on the lamp and spray the ridsect ...

Yesterday, my mother asked me.." Dah bagi makan tok ka?"
I looked at her curiously and said, "Mak ni....kenapa?" 
We finally smiled to each other..Hehe...That is actually the cliche question that my mum will ask me about tok especially when she went out to school...

Tok dah xda mak..Tok dah xda..

Life must go on..I really hope that Allah will bring back the strength to me and my family especially to my sister who never stopped crying till now... We really need this strength to comfort my adik, Qilah who still in Sabah. She is the one who have spent the longest time with tok before she went to Sabah for study.

'The rain outside has stopped already, but the rain inside is raining heavily'

Tok..hope you happy there, tokkan dah xsakit dah..Tok xyah pakai inhaler warna-warni lagi..hehe.

P/S: Keep on....moving..Al-Ikhlas..

Thursday, 18 October 2012

Make me strong...


Tok telah tiada..

Alhamdulilah..

Baru sahaja selesai tahlil untuk nenek aku tadi..
Tak sangka begitu cepat dia pergi tinggalkan aku...Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...Besarnya keagungan Allah..Besar juga ujian-Nya kali ini kepadaku..

Nenek yang aku panggil tok sejak dari kecil lagi..
Bercerita kepadaku tentang kisah Ular Ngaum dengan anak orang miskin..
Cerita yang sama yang diulang2 tanpa aku jemu untuk mendengarnya..
Ketika kecil,rambutku yang mengerbang didandan,minta sahaja berapa dandannya, 2 atau 3 pasti akan dibuatnya..

Tanpa jemu pasti ada cerita Ular Ngaum bersama orang miskin lagi..menghiasi hari2 kami..

Tok yang selalu menjadi tempat aku berlindung takut emak mahu memarahiku
Bila merajuk, ubatnya mudah sahaja..
Ucapkan maaf dan baring sahaja disebelahnya
Pasti muka mencuka jadi ceria...



Tok yang aku cintai kini menjadi pendiam....
Diamnya kini..Diam selamanya..

Ya Allah..Aku mahu bertemu dengannya lagi...

Mohon sedekahkan Alfatihah untuk nenekku Maryam Che Wi yang baru sahaja meninggal semalam..

Monday, 15 October 2012

update sekejap..huhu

Dalam kelas
While waiting other friends praying..
Nak update..
Nak update sangat..

Tapi hanya ada 2,3 minit sehari untuk update..huhu
 Minggu ni nak balik rumah..dah start cuti dah..
Nak balik jaga tok aku..Dia dah sakit tenat..Mak cakap,nenek aku dah xleh bangun dah..

Makan dah kena suapkan...xlarat dah nak pegi tandas..Kesian pulak kat mak ngan ayah aku yang dah tua tu nak papah dia..huhu

Ok..lecturer dah datang...babai blog

Friday, 12 October 2012

sy

Adakalanya..
Kadang-kadang...
Jarang-jarang..


nak update blog...huhu

Kenapa?


-Kelas sampai malam
-Sibuk dengan preparation program vietnam..(gonna be in January)..
-Nothing much to share..
-Rindu Syarnisa..(tetiba)
-Sem ni sangat risau dengan subjek2 kritikal saya...
-Saya xdibenarkan untuk bersara daripada MRC sehinggalah bulan Disember ni..penat..
-Ada yang menghalang sy untuk update iaitu kekangan masa..
-Sy takut nk praktikal menjadi guru sem depan..Hate to think about it..Make me really susah hati ..huhu..

Rio Maniac


Serius aku memang suka gila cerita ni...Ya Allah, Ya Rabbana!! aku tak tahu nak cakap camna,tapi sampai roomate aku cakap, dia bagila cerita kat aku banyak mana pun, cerita niiiii jugak aku duk tgk hari2..hahahahahaha.....best giler ahhh! Sampai tidoq pun duk gelak2 lagik..hee..  Eh, by the way.. hi blog, lama xjumpa..hehe

Saturday, 29 September 2012

Trials of life

Dalam banyak2 penyanyi lelaki luar negara nikan, aku agak tertarikla dengan suara Sami Yusuf which is bagi aku agak unik dan sukar untuk ditiru,sangaaattt lembut n boleh wat audiotherapy..Dan selain daripada lagu Asma Allah dan Muallim, aku agak tersukala dengan lagu dia yang ni.. Trials of life..Lagu lama dah..tapi baru ja aku dengar..hehe..

Actually lagu ni macam nak nasihat kitala yang Allah tu ada ja untuk kita sebab Dia ja sebenar-benar tempat pergantungan..Ibu,ayah,kawan2 dan lecturers  xkekal selama-lamanya pun untuk bersama kita..So,no matter what,ingat Allah ja bila kena dengan apa2pun..

Lagu ni sebenarnya aku tujukan untuk diri aku sendirila yang kadangkalanya cepat sangat give up dan sensitif..huhu...standardlakan hati perempuan..Anyway..I'm trying to change that silly things..huhu..Nak jadi more positive n nak ubah mana-mana perangai aku yang aku boleh ubah,jadi lebih baik..

By the way..Thanks Samy Yusuf for singing this song, aku anggap dia nyanyi ni khas untuk aku sorang ja..hehe



My life is not the same
When I’m too concerned by what they say
Why should I? When I have you
To doubt you would be the worst mistake
Deep inside I know
That amidst all the darkness
And everything, which makes no sense
I know that you exist
You are the light
That guides me through my darkest nights
That shows me right from wrong in life
In a world that often lies
Cause I don’t need anyone
Nor anything in life
But You
No I don’t need anyone
To show me my way
No I don’t need anyone
But You
Trials of life upon me
Are more precious than diamonds and gold
Tested with fire I may be
But I know I’ll come out stronger in this world
Deep inside I know
That amidst all the darkness
And everything, which makes no sense
I know that you exist
You are the light
That guides me through my darkest nights
That shows me right from wrong in life
In a world that often lies
Cause I don’t need anyone
Nor anything in life
But You
No I don’t need anyone
To show me my way
No I don’t need anyone
But You
I only want the things
You know is best for me
I’d gladly sacrifice
If that’s what you decree
I would break and
Mourn in eternity
Perish into the sea
If that’s what you want for me

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Friday, 28 September 2012

salah..

Saya bersalah................................................
Saya rasa sangat2 bersalah...
Apa patut saya buat?
huhu

Thursday, 27 September 2012

My best friends=)


Lately..too many things happened around IIUM which make me unable to online..Pre-Marriage Course, Campus Election, MCAC Program and etc..But then..Alhamdulilah, till tonight, i still in Moot Court, AIKOL for the MCAC program, standing for Mahallah Cleanliness & Awareness Campaign and waiting for the result of the best block in mahallah for tonight...Hopefully, tonight, I will  return back to Aminah with a big smile=) Amin..

Last week, one of my best friends,Dijah invited me to her kenduri at her house in Negeri Sembilan. Unfortunately. I was unable to make it since i need to attend the pre-marriage course organized by IIUM..

Suddenly, one of my best friends, osya texted me that she was there also..Hai..sayangnya..It's been so long and i haven't seen her face( Lagu AKON)bahaha.. Teringatla juga kat budak Ausie tukan..Lama dh xjumpa..huhu


Nila Osya..The one that I suddenly met in front of Khadijah College Lift, CFS Petaling Jaya in 2007 and become my best friend until now..Her life, her determination to run her life and her Hijrah when she was in Australia have turned my perception about life and make me more appreciate about myself and Allah..  she  is also one of the most wonderful friends that i have ever met in my life.=)

Khadijah, in between of Syar and her mother (Mak Syar) ..Ehm..Mak dia cantikkan,nampak muda sangat...Like mother like her daughter's friend lakan..(tetiba) hahaha..

So, before i end up my writing,  i would like to express my congratulation to both of my friends Syar and also Khadijah for their outstanding performance as a human at the age of 23..hehe..tudia ayat aku..

Khadijah is a.. 
Master Student in Arabic Language in IIUM and while studying she is  also doing part time Arabic lecturer in USIM..Masya Allah2!!hebak kang dia?

Syar pulak 
has already graduated from Queensland University in Australia..and now, she's doing something for the betterment of ummah..=)..Tahniah sahabat! Tahniah sangat2.. Saya amat mengkagumi anda=)

Dan aku pulak..masih di sini,terkontang-kanting menyudahkan assignment,presentation dan program2 aku di peringkat ijazah...huhu..Sedihla jugak sikit2kan, orang lain dah keja n wat master bagai, yang aku..camniiiiii lagi.... Tapi..Xpa..biar lambat asal selamat..hahaha...slamat sangatlakan...=)



Venue: Moot Court,AIKOL,IIUM


Saturday, 22 September 2012

sembang-sembang dalam main audi=)

hai...long time no see ha..busy maa..(tetiba)
Aku sekarang kat Main Audi, tengah kursus kahwin
Topik yang dibincangkan sekarang ialah Aqidah..=)
Ngantuknya!!wuarghhh,tolongla mata

Japg nak balik bilik,nk tgk cerita ni..semalam aku tgk sekerat sebab download sekerat ja..haha..

P/S: Time2 awal sem ni bolehla nak tgk ceritakan..mai pertengahan nanti...hmmm..

Sunday, 16 September 2012

adik..




Semoga dipermudahkan urusan adikku untuk mendapatkan bilik di UMS

p/s: Sukarnya mengikut polisi universiti yang berbeza-beza ni..Allahu Musta'an

Thursday, 13 September 2012

sem baru=)


Sem baru
Semangat baru
Roomates baru
Study Group baru
6 subjek
16 Credit Hours
Masih MRC
Bilik lama

Boleh ke update camni..hehe...Alhamdulillah..everything new this semester..Need to think how to improve myself outside n inside..(MRC as well). This semester, maybe I will not have enough time to update my blog..(cewah, busy benoor maknyer)..Need to focus also for Vietnam Community Service Program..Doakan kami ya..

Apapun..cam biasa wishlist sem ni..Make the best for everything=)


Thursday, 6 September 2012

3 bulan cuti sudah berlalu..

Malam terakhir aku di rumah
Esok di KL

Mengingat kembali tempoh 3 bulan ni apa sudah aku buat..

Jun: Terpilih ke Korea bersama pelajar-pelajar UIA.
Julai: Menjadi Guru Praktikum
Ogos: Menjadi suri rumah
September: Menjadi guru Kafa

Tapi
Bila dihitung kira, aku masih seorang hamba yang  penuh dengan dosa. Dosa dengan orang-orang di sekelilingku..Dan dosa dengan Allah..

Pesanan buat diri dan semua: Jangan bangga sangat dengan hasil dunia yang sementara..Refleksikan diri seberapa banyak dosa yang telah dilakukan sepanjang 3 bulan ni dan dengan siapa..Kemudian minta maaf kepada mereka .

From Kampung to Korea
Jannah @ Nami Island


P/S: Terhutang nyawa dan budi kepada mak,abah,Abang Effie,Kak Nor,Kak Effa, abang firdaus dan Aqilah yang sudi memelihara,membantu dan menghiburkan aku semasa cuti...Kak Nor,thanks sebab menjadi penghantar dan pengambil setia ketika aku praktikum..=)

Baik-baik semua....Selamat tinggal rumah,selamat tinggal Perlis..


Sunday, 2 September 2012

Cantikkan=)

from goo=)

Time Capsule @ Itaewon Mosque=)

Sebelum ke Korea,mak aku ada pesan,kalau aku berpeluang untuk singgah di mana2 masjid di Korea,dia nak aku wat sesuatu..Alah macam.. time capsule la jugak.hehe..Apa tu Time Capsule..Ha..google la kalau nak tau..Lain orang,lain time capsulenya..Kalau kat Putrajaya, ada satu Time Capsule yang dibina..Katanya,ada mesej yang disimpan oleh Tun Mahathir dalam tu..Mesej tu pulak,hanya boleh dibaca pada tahun 2020..Ha..Saspen jugakkan....

Tapi aku punya plak,lain sikit,hahaha..Xpalah..Biaq aku ja yang tahu camna..  Aku kira itulah time capsule yang kedua pernah aku buat..Yang pertama di Broga Hill...

Apa2pun..Yang penting..Time Capsule tu adalah amanah mak kepada aku dan selepas mengharungi  jerih perih serta onak duri perjalanan dalam membawa time capsule tu, akhirnya..aku dapat juga menyempurnakan amanah itu..Fuh..






P/S:25 June 2012...Tarikh yang xmampu untuk dilupakan..

Saturday, 1 September 2012

Cinta Dai'e Yang Kecundang


Satu hari,semasa aku praktikum di sekolah,aku diberikan satu taklifat oleh Ustazah Zainah untuk memberikan sedikit tazkirah kepada pelajar-pelajar di SMKAP yang Mamnuk semasa program Ihya' Ramadhan. Pada awalnya, pening jugak aku untuk memilih tajuk yang sesuai bagi tazkirah ini memandangkan aku pun sudah lama tidak bertazkirah(=p).Plus, aku rasa,aku bukanla seorang yang layak untuk memberikan ceramah apatah lagi tazkirah. Tetapi memandangkan ini adalah amanah daripada guru aku. Jadi, aku cuba jugak untuk belajar memberikan tazkirah dengan niat bukan sekadar untuk memperbaiki orang lain tapi lebih kepada diri aku sendiri..  

 So, setelah mengkaji latar belakang permasalahan dan soalan-soalan yang selalu diajukan kepada aku di sekolah, aku mendapat idea untuk memilih dua topik yang bagi aku, sangat berkait rapat dengan kehidupan pelajar2 iaitu Tabarruj dan Couple... 

Untuk Tabarruj..Aku menggunakan video yang dibuat oleh pelajar-pelajar perubatan Mesir yang pernah aku letakkan dalam entri aku yang lalu KLIK

Manakala..untuk Couple,aku memilih untuk menggunakan video dibawah yang bertajuk..Cinta Dai'e Yang Kecundang...

Video yang diadaptasi daripada kisah benar ni sangat menarik bagi aku...sebab...di dalamnya..terkandung kisah-kisah benar yang sangat hampir di pandangan aku..hehe Siapa kata mereka bersosial (secara negatif) sahaja yang  terjebak dalam kaple..Geng2 dai'e juga lagi kuat dugaannya...Ehm...



Samada kisah di atas pernah terjadi ataupun tidak kepada kita,biarla ia menjadi rahsia diri masing-masing..Tapi..kepada para gadis di luar sana, dengan penuh rasa hina dan rendah diri, aku nasihatkan kepada aku dan adik-adik semua supaya jagala maruah dan harga diri kita..Sekali hilang..Takleh nak 'restore' balik dah..Dan kepada yang mungkin pernah terbabas, jangan putus asa untuk meneruskan kehidupan,ketahuila yang Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani..Mohon ampunla padanya..Kuatkan semangat ,perbaiki diri dan teruskan mencari ilmu.. Insya Allah..Ada sinar menunggu di hadapan..

P/S: dah lama tak bukak topik ni..

Kembara...


Harini aku berpeluang mengembara lagi bersama sahabat2...Hampir menangis aku mendengar pengalaman mereka tentang kesusahan yang dialami...Allah penciptaku...Mengapa setelah menggunung Nikmat yang Kau beri kepadaku, masih ada lagi kufur dalam diri..

Thursday, 30 August 2012

Wishlist for Cooking

1) Asam Pedas
2) Masak Lemak Cili Api
3) Mee Bandung

Insya Allah will make it true=)

Amni Wijdan...


Amni Wijdan..Di sebalik keletahnya yang comel..Tiada siapa menduga yang Amni sedang mengalami kesakitan akibat keretakan di bahagian tengkorak kepalanya...Amni terjatuh sewaktu di kampung...Dugaan mengejut kepada abang dan kakak iparku ketika syawal...

Pada awalnya, Amni sendiri pun tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia sakit sehinggalah kakak ipar aku dan mak mengesan benjolan besar di kepala Amni..

Dan sewaktu gambar-gambar ini diambil,kami masih tidak dapat mengetahui yang Amni sedang sakit...

Patutla Amni muram ja waktu raya di rumah..Rupa-rupanya..dia sakit..

 A'mni dengan mamanya..
Amni ngan Khola Jannah yang xtahu apa2..Sori Amni..

Try to grab whatever in front..



Syafakillah Amni..Tok Wan, Nenek,Nyang, Papa,Mama,Ibu,Abah, Mak lang, Pak Teh, Maksu, Khola, Abang Aliff,Abang A'dnin ngan Arif doakan..Amni cepat sembuh ya...

Lagu ni Khola tujukan untuk Amni..Kalau Amni dah besar nanti,Amni fahamla apa makna lagu ni...



                             P/S: Ujian adalah tarbiyah dari Allah..

i will not let you go..



Wednesday, 29 August 2012

Mood: My name is Khan..

my name is khan

My favourite hindi movie after 3 IDIOTS..

Hebat cerita ni...Walaupun ada sedikit yang tak kena especially bila Mandira yang non- muslim berkahwin dengan Rizvan Khan yang Muslim without convert to Islam tapi jalan cerita dan ending dia benar-benar boleh membuka mata masyarakat tentang Islam yang hakikatnya bukanla agama pengganas..Aku suka sangat!

Hopefully akan ada lagi cerita-cerita sebegini dikeluarkan...I adore this story very much..serious! Thanks to those who did this film=)

Pasti ada yang lebih baik..


Kehilangan...Satu perkataan yang takkan terlepas daripada berlaku kepada mana-mana makhluk Tuhan di muka bumi ni..Pada manusia yang tewas,pasti akan menyalahkan Tuhan atas setiap kehilangan yang berlaku kepadanya..Tapi tidak kepada manusia yang tabah yang senantiasa redha dengan setiap dugaan yang diberikan kepadanya...

Sejujurnya..aku pernah melalui saat-saat kehilangan yang amat perit..Peristiwa yang berlaku ketika aku benar-benar mahu berubah menjadi insan yang lebih baik..Pernah aku mempersoalkan kepada Allah kenapa dalam ramai insan yang ada ketika itu, aku juga yang dipilih untuk menerima ujian tersebut..Hampir sahaja aku tergolong dalam golongan yang tewas dalam ujian itu kerana keengganan hatiku untuk Redha dengan dugaan tersebut...Tapi Allah itu maha mengetahui lagi maha mengasihani... Dia memilih ujian tersebut untuk mengurangkan segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan..Dia memilih aku untuk memberikan aku sesuatu yang lebih baik..

Dan tidak berapa lama selepas itu...Janji Allah itu pasti..Ya..Allah telah menggantikan kepadaku sesuatu yang lebih baik daripada yang sebelumnya iaitu... pengalaman.Ya,pengalaman seseorang tidak dapat dibeli mahupun dicuri oleh sesiapa.. Alhamdulilah, dengan pengalaman itulah menjadikan diri aku lebih kuat daripada dahulu dan lebih prihatin dengan perkara disekelilingku..



p/s: Bersangka baikla dengan Allah...Pasti ada yang lebih baik..

Sunday, 26 August 2012

My best friend half taken' s day..=B

 Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat hari raya sekali lagi buat yang telah habis berpuasa enam=)..Kepada yang tak start berpuasa lagi termasukla aku..Xpa, ada masa lagi nih..(Hahaha,ayat sedap perut ja)..kehkehkeh..Ehm..Sebut pasal raya nikan..Time2 ni,alhamdulillahla,aku bukan sekadar menerima undangan rumah terbukak sebab raya ja tapi banyak rumah kawan2 aku "dibukak" atas sebab2 yang lagi special bagi dorang...=)

Thanks to Allah, The most Gracious,The Most Merciful..Semalam telah selamat berlangsungnya majlis pertunangan sahabat baikku Najihah Khipli..=).. Mabruk Jihah for your Excellent day!
hehe..Sayangnya aku xdapat menghadiri majlis tu kelmarin memandangkan aku masih berada di Kuala Lumpur, jadik xdapatla aku datang untuk memeriahkan majlis beliau itu..Gitewww..(hahaha..ayat menyampah sikitlakan)hehe

Rasa sekejap ja masa berlalu..Rasa dewasalah sangat tengok dorang2 ni dah bertunang..haha..Apa2pun ,you have already been booked..hehe..Tahniah bestie!!!May Allah bless you,your family and Him until Jannah=)

 Credit pictures to Aliaa Safar and Farhanah Ismail, maceh..culik jap gambaq kat depa=)

My most beautiful friend is already half taken..haha...

Diapit oleh calon2 menunggu,Naurah n Aliaa..hehe..(joke)

 Jihah with Enah
 Amik seri dia kaih enah,pastu bagi aku sikit..hahaha

 
 Yang tiada dalam gambar...Jannah Othman..hehe..tetiba
SMKAP...Valley of Beauty..haha..ayat..hehe



Walaupun bantal lapik ada dua..Tapi dia duduk sorang-sorang dia ja...Menunggu si dia yang benar-benar halal,baru mahu duduk bersama..Double Thumbs Up aku kasik kat sahabat aku ni,(budak Law Syariah Usim lah katakan)..=)
Semoga Allah mempermudahkan urusan sahabatku Najihah untuk langkah yang seterusnya ..Insya Allah..


Credit pictures to Aliaa Safar and Farhanah Ismail=)
and xdilupakan juga..
Congratulation also to a few SMKAPIANS for your E-day=)

1) Nazatul Anis
2) Nawari Jusoh
3) Fatin Nur Atiqah

Quotes for today=B



Die to reborn