Wednesday, 29 August 2012

Pasti ada yang lebih baik..


Kehilangan...Satu perkataan yang takkan terlepas daripada berlaku kepada mana-mana makhluk Tuhan di muka bumi ni..Pada manusia yang tewas,pasti akan menyalahkan Tuhan atas setiap kehilangan yang berlaku kepadanya..Tapi tidak kepada manusia yang tabah yang senantiasa redha dengan setiap dugaan yang diberikan kepadanya...

Sejujurnya..aku pernah melalui saat-saat kehilangan yang amat perit..Peristiwa yang berlaku ketika aku benar-benar mahu berubah menjadi insan yang lebih baik..Pernah aku mempersoalkan kepada Allah kenapa dalam ramai insan yang ada ketika itu, aku juga yang dipilih untuk menerima ujian tersebut..Hampir sahaja aku tergolong dalam golongan yang tewas dalam ujian itu kerana keengganan hatiku untuk Redha dengan dugaan tersebut...Tapi Allah itu maha mengetahui lagi maha mengasihani... Dia memilih ujian tersebut untuk mengurangkan segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan..Dia memilih aku untuk memberikan aku sesuatu yang lebih baik..

Dan tidak berapa lama selepas itu...Janji Allah itu pasti..Ya..Allah telah menggantikan kepadaku sesuatu yang lebih baik daripada yang sebelumnya iaitu... pengalaman.Ya,pengalaman seseorang tidak dapat dibeli mahupun dicuri oleh sesiapa.. Alhamdulilah, dengan pengalaman itulah menjadikan diri aku lebih kuat daripada dahulu dan lebih prihatin dengan perkara disekelilingku..



p/s: Bersangka baikla dengan Allah...Pasti ada yang lebih baik..

No comments: