Saturday 22 December 2012

Rindu

Selesai dengan briefing untuk bakal guru-guru praktikum..
Kata Dr Mukhyani..semua guru-guru praktikal ni wajib praktikal dengan area2 ni KL dan selangor sahaja cuma sedikit kelonggaran akan diberikan kepada mana2 pelajar yang ada masalah seperti mempunyai masalah penyakit ataupun yang sudah berkeluarga dan ada anak yang susah nak buat area2 Kuala Lumpur ni..

Cik Pah yang merangkap roomate aku dan budak satu department dengan aku pun berbisik kepada aku..

"Saya pun ada penyakit Jannah"

"Eh,yaka..awak sakit apa cik Pah?"

"Sakit rindu...."sambil memuncungkan mukanya..

Ceh...Tergelak besar aku...dalam ketawa2 tiba2  timbul rasa simpati...Tapi tulah cabaran bagi seorang isteri dan pada masa yang sama menjadi pelajar..Komitmen hati,komitmen jiwa..

Sambil2 mendengar briefing, aku tanyakan lagi pada Cik Pah...

"Cik Pah, rindu tu macamana?

"Ehm..macamna eh nak cakap..Dia macam mencari barang yang hilangla Jannah"

"Ooo...maknanya..once dah jumpa barang tu tu rasa seronokla ya Cik Pah?"

Cik Pah senyum...meleret-leret...

P/S: x mampu nak rindu-rinduan time study..

1 comment:

Unknown said...

akak..boleh on fb x... nak mnta ajar ssuatu..