Saturday, 1 September 2012

Cinta Dai'e Yang Kecundang


Satu hari,semasa aku praktikum di sekolah,aku diberikan satu taklifat oleh Ustazah Zainah untuk memberikan sedikit tazkirah kepada pelajar-pelajar di SMKAP yang Mamnuk semasa program Ihya' Ramadhan. Pada awalnya, pening jugak aku untuk memilih tajuk yang sesuai bagi tazkirah ini memandangkan aku pun sudah lama tidak bertazkirah(=p).Plus, aku rasa,aku bukanla seorang yang layak untuk memberikan ceramah apatah lagi tazkirah. Tetapi memandangkan ini adalah amanah daripada guru aku. Jadi, aku cuba jugak untuk belajar memberikan tazkirah dengan niat bukan sekadar untuk memperbaiki orang lain tapi lebih kepada diri aku sendiri..  

 So, setelah mengkaji latar belakang permasalahan dan soalan-soalan yang selalu diajukan kepada aku di sekolah, aku mendapat idea untuk memilih dua topik yang bagi aku, sangat berkait rapat dengan kehidupan pelajar2 iaitu Tabarruj dan Couple... 

Untuk Tabarruj..Aku menggunakan video yang dibuat oleh pelajar-pelajar perubatan Mesir yang pernah aku letakkan dalam entri aku yang lalu KLIK

Manakala..untuk Couple,aku memilih untuk menggunakan video dibawah yang bertajuk..Cinta Dai'e Yang Kecundang...

Video yang diadaptasi daripada kisah benar ni sangat menarik bagi aku...sebab...di dalamnya..terkandung kisah-kisah benar yang sangat hampir di pandangan aku..hehe Siapa kata mereka bersosial (secara negatif) sahaja yang  terjebak dalam kaple..Geng2 dai'e juga lagi kuat dugaannya...Ehm...



Samada kisah di atas pernah terjadi ataupun tidak kepada kita,biarla ia menjadi rahsia diri masing-masing..Tapi..kepada para gadis di luar sana, dengan penuh rasa hina dan rendah diri, aku nasihatkan kepada aku dan adik-adik semua supaya jagala maruah dan harga diri kita..Sekali hilang..Takleh nak 'restore' balik dah..Dan kepada yang mungkin pernah terbabas, jangan putus asa untuk meneruskan kehidupan,ketahuila yang Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani..Mohon ampunla padanya..Kuatkan semangat ,perbaiki diri dan teruskan mencari ilmu.. Insya Allah..Ada sinar menunggu di hadapan..

P/S: dah lama tak bukak topik ni..

No comments: