Wednesday 30 November 2011

Al-Fatihah Abang Sham

Kata orang kalau kita nak buatkan seseorang itu gembira
Bagi dia makan...

Kalau dia sakit,
Meh kita makan sikit..

Kalau dia marah....
Cakap ja nak belanja makan..

Kalau dia tensyen...
Cakap, jom kita makan dulu..

Dan kalau dia happy..
Masih lagi..jom kita makan...


Harini...Pagi ni...
Sehelai daun ditakdirkan gugur lagi....
Matahari pun tidak muncul seperti biasa..
Abang Sham dah takda....

Abang Sham...
Pemilik kafe yang terbaik yang pernah aku jumpa...

Seorang insan yang telah banyak memberikan kegembiraan kepada aku dan rakan-rakanku,warga Aminah dan juga kepada semua warga UIA...

Makanan yang dihidangkan dengan ikhlas,lazat dan murah amat memberikan seribu satu keceriaan dan kegembiraan kepada kami...
Terima kasih abang Sham...Terima kasih atas budi dan jasa baikmu...

Selamat tinggal Abang Sham...semoga perjalananmu aman di sana...

P/S: Semoga Allah menempatkan roh Abang Sham dengan orang-orang yang Dia kasihi..Amin...

Prereg is a battle

Prereg is just like a battle for IIUM student...
If you got the subject,you will win..
But...If you failed..Wait for the next battle=)

Mode: Adrenaline rush.

4.59 P.M:On your mark=)

Sunday 27 November 2011

Men are from Mars, Women are from Venus, and Pondans?

Men are from Mars, Women are from Venus, and Pondans are from Earth..

This is  a very good book to guide you to understand man and woman deeply...Based on that, aku  dapat ilham nak create crita aku sendiri..."Men use Gurun Highway to communicate while Women use Gua Musang Highway to do the same thing..Usually camtulakan=)

Saturday 26 November 2011

Filem Twilight buat kat Malaysia?


Suatu hari semasa sedang bersantai dengan roomate aku sambil mendengar dia membaca surat khabar..

"Eh Jannah!! Citer Twilight buat kat Malaysia ar" jerit Syik tiba-tiba sambil memegang surat khabar..

"Oooh yaka?Buat kat mana?" terkejut gak aku dengar...Hairan..

"Kat Ulu Langat...Lagi satu kat Hutan Belum,tapi..napa kiter xdengar cerita pun eh, padahal Ulu Langat dekat ngan Gombak ja pun", tambah kawan aku yang memang suka cerita-cerita camni.

" Entah...Tapi Hutan Belum tu tempat Orang Asli, ada Tasik Banding kat situ...Cantik tempat dia..Maybe diorang nak tukar angin kot no..."

Walaup bagaimanapun, aku agak tertanya-tanyalakan dah terbakar habis  ke Hutan Amazon kat sana sampai nak wat kat sini.Lagipun xdala pulak dengar orang serbu mana-mana setting kat situ sebab Twilight...

Sambil-sambil duk memikirkan assignment aku dan Twilight Ulu Langat tu..tiba-tiba..

"Eh..Jannah,kiter silapla...Bukan cerita Twilight yang dorang wat kat situ..Cerita lain,cerita "Misteri Jalan Lama",kita salah bacala"

~Bunyik cengkerik tetiba~

Edited by Janecunnyer,hehe..tq gugel.

P/S: Jangan percaya bulat-bulat apa yang disampaikan, siasat dulu..Salam Maal Hijrah...=)

Friday 25 November 2011

Apabila Jannah mula menjual ikan di dalam kelas..



Semalam waktu keluar daripada kelas moral aku ditegur seorang junior dalam lif...


"Kak,kak dah year berapa yer?"


"3rd Year",jawab aku sambil tersenyum pahit..terasa berat untuk beramah mesra sebab aku terpaksa berkejaran ke kelas seterusnya..Plus, ada exam pulak pastu..


"Ooo..kak kos apa?"


"Tesl"


"Hah?WALLAHI??" terkejut budak tu bila aku bagtau yang aku ni tesl sampai nak suruh aku bersumpah..


"Wallahi,Tallahi,Billahi"..macam kat court pulak aku rasa


"Kak..kak janganla marah eh?"


"Taklah,mana ada marah...kenapa tanya macamtu?"


"Takda..nampak kak macam garang ja..."


Bila aku garang?Ooo..baru aku teringat...Dalam kelas tadi...budak2 junior aku bising sangat...Dahla kami ada exam jap lagi..Tengah-tengah dorang duk bising-bising tu..tiba2 aku jerit...IKAN2!!!!!!!!!!!!!!  Pastu aku terus sambung study...


Tq gugel


P/S: Pasni kalau bising,aku jual belacan pulak..





Aku, dia dan Baitul Muslim...


Baitul Muslim..Sebut pasal Baitul Muslim ni mesti satu perkataan ja semua orang akan ingat..iaitu "kahwin" kan? Kalau sebut Baitulmal pulak,semua orang akan ingat biasiswa tak pun zakat..hehe..

Harini aku nak cerita pasal Baitul Muslim..

Satu hari...aku pergi ke bilik seorang lecturer ni..Waktu tu,aku baru ja keluar dari bilik seorang pensyarah yang lain atas urusan tesis dia..Tiba-tiba pensyarah ni ternampak aku dan memanggil aku untuk bersembang..

Sambil-sambil bersembang tu dia tanya aku..

"Jannah,awak tahu tak Baitul Islam tu apa?"

"Err..Baitul Islam,xpernah dengarla pulak...Maksud Dr,Baitul Muslim eh?",jawab aku..pelik jugak..Baitul Islam..hmm...

"Ha...iya2...betulla tu...Baitul Muslim..Kamu tahu ka pasal ni?" beriya-iya ja dia bertanya..

"Tahu...rasanya dia macam agen mencari jodohkan Dr..kita isi borang,nanti pihak diorang yang akan tolong carikan..ha camtula yang saya pernah dengar"tersengih-sengih ja aku depan pensyarah tu sambil bercerita....Bab-bab munakahat ni exempted ja aku ni..kahkahkah..

Tiba-tiba pensyarah tu mencebikkan mulutnya.....

"Tadi ada seorang student saya bercerita pasal Baitul Muslim,dia cakap dia rasa gelisah apabila antar borang kat Baitul Muslim,saya tanya dia,Baitul Muslim tu apa? Pastu dia bagitau macam kamu bagtau tadila..Ish terkejut saya Jannah.Saya ni tak bersetujula dengan konsep tu Jannah.Dia seolah-olah menjatuhkan maruah kaum wanita,kamu tengokla, perempuan yang approach lelaki dulu, mana hilangnya malu seorang perempuan tu"

"Ha..kenapa,bukan ok ka Baitul Muslim Dr,lagipun dia guna orang tengah bukannya straightforward pun, lagipun waktu zaman Rasullulah dulu pun Siti Khadijah pun approach Nabi dulu menggunakan khidmat orang tengah"jawab aku yang agak terkejut dengan kata-kata dia..

"Ha...tula masalah kita..pasal apa yang tu kena ikut style dulu?Zaman Siti Khadijah tu lain..Zaman sekarang lain,kenapa bab2 tu saja yang kita asyik nak ikut..Bab2 kawin lebih ja ikut sunat Nabi..Tapi yang lain tidak.."

Aku mula terasa kepelikkan di situ..Tapi sebagai pendengar dan pemerhati..Aku menghormatila pendapat dia walaupun aku kurang bersetuju 95% dengan pendapat dia...

"Habis kalau dah dia terdesak sangat nak kawin macammana?",tanya aku..

"Berdoala Jannah..Cakap ja..Ya Allah,kau bukakanla pintu hati si fulan bin si fulan ni untuk diri aku"  bagi dia tergerak hati sendiri untuk melamar kita bukan kita yang lamar dia...

Ehm...dalam hati aku...patutla perempuan sekarang ramai yang tak kahwin..Walaupun aku  seorang yang percaya dengan  keajaiban doa, tapi aku juga percaya dengan konsep usaha..Mana ada awan tanpa adanya proses kondensasi, dan mana ada bunga tanpa adanya proses pendebungaan..Semua memerlukan proses..Allah pun takkan ubah nasib kita melainkan kita sendiri yang akan ubah nasib kita sendiri..

Mungkin,bagi dia..lelaki is more powerful than woman due to their leadership in family, pemberian nafkah dan sebagainya..Dan kemungkinan sebab itulah,dalam perkahwinan,lelaki yang sepatutnya memulakan dulu..Ada juga yang berpendapat, kalau perempuan kahwin dengan lelaki yang dia tak cinta@inginkan,perkahwinan tu mungkin dapat diselamatkan tapi kalau lelaki kahwin dengan perempuan yang dia kurang inginkan @cintai,perkahwinan tu kemungkinan akan menjadi hambar kerana kuasa dalam memperkukuhkan perkahwinan tu terletak pada lelaki..Ada logiknya di situ walaupun tak semestinya..

Walaubagaimanapun, konsep Baitul Muslim pada pandangan aku adalah berbeza, lelaki dan wanita tidak dipaksa untuk memilih wanita yang dicalonkan untuk mereka..Kalau dah tak berkenan,tak payah terima..Jangan merumitkan sesuatu yang tidak berapa rumit..

Dan tentang istilah perigi cari timba, ehm. it is undeniable that Al Haya'u Minal Iman..Malu tu sebahagian daripada iman, tapi jangan sewenang-wenangnya menggunakan alasan malu untuk perkara-perkara yang dihalalkan malah martabat Siti Khadijah juga dilihat lebih tinggi apabila dia sendiri yang memulakan pinangan untuk mempersuamikan Rasullullah...=)

Prinsip si dia yang berani dan tahu apa yang dia nak dalam hidup dia....kau mampu?hehe..thanks gugel..




Tuesday 22 November 2011

Kerana alarm xmampu untuk bercakap...

Kalaula setiap alarm mampu berkata-kata..
Nescaya dia akan berbisik..
"Alangkah kesiannya tuan aku,hanya tahu mensetkan aku"
"Tapi,xbangun-bangun sehingga menganggu temannya yang lain"

Tetapi apakan daya..kerana alarm xmampu untuk berkata-kata..
Hanya mampu menyanyi sambil memandang tuannya yang masih terbongkang tidur...





Monday 21 November 2011

=)

Ok..Alhamdulillah...Finally Malaysia won..tak sia-sia aku curi2 keluaq dari program tadi untuk tgk tv...Wow!! That was such a very great experience when you can sit together with your friends  and jerit2!!Malaysia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!hehehe...Tahniah! Malu pulak bila terkenangkan perangai aku tadi..Terjerit-jerit, terpeluk2 kawan,mujuq semua pompuan..Kehkehkeh..Tu jalah mampu kita buat..Bagi semangat dari jauh...And i do believe,and always belive, although kita just bagi semangat kat depan TV ja tanpa pergi ke stadium tu, tapi aura jeritan dan semangat kita dari Malaysia ni..akan sampai kat pemain2 kita kat Indonesia tu..=)

 Habes2 tu,berkonvoi ar,harimau2 kat UIA ni...hehe..semangat aku tengok brothers2 yang berkonvoi sambil bawak Jalur Gemilang ni,kalau kalah,sunyi UIA ya nook...hehe..Hopefully, kita semua bangun subuh awalla esok ni..By the way, Indonesia also did a good job, tahniahla untuk pemain dan takziah untuk salah seorang penyokong Indonesia yang meninggal ketika berasak-asak keluar dari stadium tadi..Baru terbaca tadi..kalau betul,takziah..kalau salah,my mistakela..

Oh, by the way..to my adik,Aqilah Hamizah, happy birthday den ucapkan...yang ke 20 tahun...Kelmarin,tak sempat nak buat entri pasal besday dia,maklumler...kalau dah dengan anak sedara aku,memang dah tak boleh nak buat apa..ngikuuuut ja aku..aku bukak laptop pun untuk tengok Upin Ipin dia..Mujuq cerita Upin Ipin ni layan gak aku pun..Last2,dia tidoq,akula yang duk melangut duk tengok Upin Ipin tu..err..hehe..


Happy besday eh Qilah,semoga panjang umoq, ingat kuboq, murah rezeki,permudah urusan jodoh,senang belajaq,jadi anak yang solehah,dan muslimah sejati...(giteww,ko mampu) hehe..Duk negeri orang baik2..jangan makan tak tahwan hala, makan baca doa makan ngan doa  Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fissamai..wahuwassamiul alim...Ni doa bagi elak santau..By the way,jangan risaukan kami di sini kerana kami sangat gembira dengan ketiadaan, qilah..kahkahkah..Happy tua!!


Sunday 20 November 2011

Jannah...asal la ko ni..


Soalan...

Jannah..napa laptop ko kaler pink..napa tak pilih kaler lain,ish, aku tak boleh blah ar kaler tu..

Jannah asal motor ko kaler hitam,napa xpilih kaler merah?motor ko samala ngan motor classmate aku..

Jannah asal spek mata ko bingkai camtu,cam orang tua aku tgk...

JAWAPAN
Sebab mak kau tak bayar pun laptop aku time beli tu...kalau tak aku pilihla kaler yg ko suka..(walaupun aku agak kecik hati ngan kata2 dorang pasal kaler laptop aku yang aku beli ngan duit gaji aku senirik tu,tapi aku buat bodo jer,cantik apakan kaler PINK ni?)wakaka..


Hitam2 pun,at least aku ada motor...ko ado?=B


Walaupun spek aku macam Mak Jemah, tapi aku tetap tak kesah..As long as parents aku accept aku seadanya dan aku confident dengan apa yang aku buat, i'll just look forward REGARDless what SELENGA says at the back...Well,sometime..yea...kadang2 terasala jugak..Tapi..Kita takkan mampu memuaskan hati semua orang betul tak...Nak kaler yang dorang suka untuk barang kita senirik memang azab ar kan..Yang penting, ilmu,iman,amal yang nila salu kena upgrade betul tak??????=)...

Mantap seyh kata2 ni..TERBAEKK!!Kau ado?hehe..tq gugel..=)

P/S: Suka dengan benda yang orang tak bopa suka=)



Lazimnya begitulah yang dirasa,huhu

tengah rasala ni...........sob sob..tq gugel

arahan tanpa suara=)

Terjumpa kat Sungai Tekala=)

Wednesday 16 November 2011

Mak dah bersara..



Harini merupkan hari terakhir mak aku mengajar di dalam kelas
Esok, dah ada majlis persaraan dah yang sekolah buat untuk dia...
Dah bersara dahkan esok ni..
Rasa macam tak percaya dah pun ada...

Ehm..Macam mana eh perasaan kita bila dah bersara ni...
Mesti rasa pelik sikitkan..
Yalah sebelum ni mengajar,mengajar,mengajar..
Cuti sekolah pun kena datang sekolah..

Mak pernah mangajar aku masa aku darjah 4, waktu tu mak ajar subjek Seni...Pelik jugak aku...Bila masa pulak mak aku mengajar seni,setahu aku mak aku ajar subjek agama Islam..Tapi sebab sekolah tu takdak cikgu Seni,mak pun gantila..

Lukisan pertama yang mak aku suh aku dengan kawan2 kelas aku buat ialah melukis bukit tanpa menggunakan pembaris.....ehm.. seni sungguh mak aku...ngeee~

Bagi aku..Aku tersangat kagum dengan cara mak mendidik anak murid dia...Mak sangat tegas dan ketegasan makla yang menyebabkan banyak anak2 murid dia yang boleh menghafaz surah,mengaji quran dan menulis jawi dengan mahir sejak darjah 2 lagi..Well, she's very great teacher and I hope, I can be like her one day..


Aku pun xdapat nak bayangkan..apala agaknya yang mak aku tengah rasa malam ni..But i'm sure..and pretty sure that mak will cry tomorrow during her last speech..

I wish I could be there,crying and cheering together with mak and abah like what we did during  abah's farewell function last March..Abah cried on the stage during giving his speech, mak also cried on the sofa below  and me as well (xtahu kenapa aku sebak dengar abah bagi ucapan sambil  menangis). Plus, on that day was the first time i knew that abah was a technician before he worked as a teacher then  a lecturer..Ehm..How interesting abah's journeykan..Bukan senang nak senang..

If not because of class tonight and 3 classes for tomorrow morning,maybe I already on the bus right now.=(

P/S: For me,seeing your parents speak for the last time on the stage during their special day is the most memorable event that you cannot undo even a single minute in your life...Besides by seeing that event, you will know your parents better...Selamat bersara mak....=)


Tuesday 15 November 2011

Wordless Wednesday # mum,the most precious gift that we should appreciate..

gugel thanks

Gempar:Bunga matahari terbesar di dunia ada di UIA=B


Habis-habis ja kelas DR Nik,terus aku jalan cepat2 nak pulang ke Aminah sebab cacing- cacing tengah berdemonstrasi dalam perut mintak nasik. Hadui lapaqnya..

Tengah2 ralit aku duk jalan tu,tiba2..............Aku ternampak sesuatu............Aneh jugak..."Amenda depan aku ni?", bisik hati nuraniku yang tulus ikhlas ni...(Gitewww,kau mampu)hehe


Apa depan aku ni..UFO ka...semacam ja illusi optik aku kali ni.Sekali...

Tudiaa!!Payung dia!! Ni matahari pun boleh confuse ni,aku matahari ke dia ni yang matahari...ngeee~By the way, seriuosly sangat2 unik payung ni..Kau hado??

Bunga-bunga matahari ,Anggun mekar 
Di taman sari 
Warna jingga ,Suntingan hati ,
Bagai tanda Kasih bersemi..

Tetiba ja nak wat background music sambil2 dia ikut dia bawak payung tu..hehehe...jahat tetiba=P


Sekali tengah2 duk jalan belakang tu, tiba-tiba, tuan dia beralih kat aku...Ya Allah,kawan aku ka pemilik bunga matahari gergasi ni....hehe..Sanwa nama dia,budak Thai..Dia cakap mak dia yang beli payung tu kat Thailand,corak kuda belang pun ada jugak...Hehe..Uniknya barang-barang Thailand nikan...Kau ado?=B

P/S: Sekadar bergurau meredakan lelah..=)


Sunday 13 November 2011

Mood

Mood...Takda mood
Nak wat keja xda mood
Nak makan xda mood
Nak tidoq xda mood
Nak senyum xda mood


"I wish, if I could wear a happy mask like her and say...Wey,aku happyla!!"

P/S: Allah kan ada.............



Wednesday 9 November 2011

Cerita lama: Tragedi Mahallah Ali..


Pada suatu petang yang hening....Ketika penduduk Mahallah Ali sedang khusyuk berehat-rehat di bilik masing-masing,tiba-tiba....

"Api2!!!!!!!!!" Keluaq wei,apiler!!!" terdengar jeritan di kawasan berhampiran Blok C dan D Mahallah Ali..

Ada yang terkejut dan ada yang pura-pura terkejut..Keadaan semakin bertambah kalut apabila asap mula memenuhi segenap inci bangunan..

Sementara itu,keadaan kafe Mahallah Ali berjalan  seperti biasa..Aneh jugak..Seperti tiada apa-apa yang berlaku..Makan tetap makan.

Makin lama...
Makin banyak asapnya...
Makin lama,makin tebal pulak asapnya...Pihak pengurusan mulai cemas,takut-takut ada mangsa yang terperangkap di dalamnya..
Pihak pengurusan mula membanjiri kawasan Blok C dan D..

Sementara itu, sebahagian daripada penghuninya dikerahkan berkumpul di Assembly Point mereka...Masing-masing cuba menyelamatkan diri dan laptop masing-masing...Ada yang sempat berpakaian lengkap tetapi..ada juga yang...

Eh, tiba2...Terlihat kelibat seorang pelajar yang cedera..Ooo..patah tangan ker...

Ambulans UIA pun datang bersama paramedik yang lain....

Jururawat  berlari-lari kecil ke arah mangsa yang cedera
Mangsa mula membilang jari,takut tak cukup 10.. 
Ok cukup...Alhamdulillah...Syukur..
Rupa-rupanya bukan seorang saja mangsa yang terlibat...Ada seorang lagi mangsa yang terperangkap dalam bangunan dan cuba diselamatkan oleh para petugas..

Mangsa nampaknya macam parah..Parah ker..
Patah kaki rupanya...Kesian...
Mangsa terpaksa bangun sendiri untuk memudahkan kerja penyelamat...

Mangsa selamat dibawa masuk ke ambulans dan dihantar untuk mendapatkan rawatan kecemasan..

Sementara itu,bangunan terus terbakar...Semua pelajar dipercayai telah mengosongkan bangunan...

Akibat terlalu banyak halangan..seperti laluan jalan di Mahallah Ali yang sempit,serta bumper-bumper UIA  yang banyak, bomba tiba dalam masa yang agak lewat...

Rumah terbakar,panggil bomba.
Bomba datang berlumba-lumba.

Lagu untuk bomba..
Kerugian dianggarkan berjumlah.................SIFAR RINGGIT sebab takdak apa yang terbakar..semua tu hanya latihan semata-mata..Tahniah kepada pihak Mahallah Ali serta para petugas e.g Bomba, Klinik UIA,serta wakil2 dari Mahallah2 lain...Api,kecil2 menjadi kawan,apabila besar menjadi LAWAN..


Ibrah: Walaupun ada segelintir pelajar yang menganggap bahawa latihan kebakaran  adalah sesuatu yang membuang masa,tapi ketahuilah bahawa kebakaran selalunya datang pada waktu yang tak dijangka,dan bomba tak selalunya datang pada waktu yang kita nak...Kena sentiasa beringat dan berhati-hati..Jangan bila semua dah hangus,baru waktu tu baru kita mula terhegeh-hegeh nak wat fire drill..Apa-apapun,sekali lagi,syabas untuk Mahallah Ali=)

Tuesday 8 November 2011

My memory in Buragas's place@ Broga=)


Well..Hi kawan2...Selamat Hari Raya Haji ceq ucapkan......hehe...Sebenaqnya dah lama dah ceq nak tulis entri pasal Broga ni, akan tetapi,masa selalu mencemburui ceq nak tulis..hehe..(Salahkan masa lak,dia yang masa nak cerita)..huhu..Orait, pengalaman di Broga adalah satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan sepanjang hidup aku...Ehm..betul kata orang,kita xkan pernah tahu sejauh mana kemampuan diri kita selagimana kita tak mencuba sesuatu perkara yang mustahil dikatakan oleh orang lain untuk kita lakukan..Perghh..ayat aku..berbelit2..Ceritanya begini~~~~~~~~~~~~nenoneno..hehe...tu bunyi flashback sikit..hehe

Aku terpandang iklan kat depan kafe Aminah,dia cakap,dia nak cari participants untuk hiking Broga,under PKPIM,bayaq lima ringgit ja..Then kerana best dan murah,aku pun bagila nama untuk join..Pastu aku gtau kat Cik A ngan Imah,pasal iklan ni..Dorang pun cakap nak join jugak..Wuaaa..Bestla aku sebab ada geng..

Tiba hari yang dinantikan,kami pun bertolak dalam ukul 4 pagi lebih.....
Ni Cik A dan Imah,kawan2 aku..=)

Pagi yang mengembirakan buat aku..........hehe

 Ewah2 mak enon2  ni.....hehe...Warming up dulu ya nok before kita hiking..kalau tak, kojang dibuet eh kat ateh tu nanti..

 Sempat menikmati pagi atas........hehe...Lapaq ada,ngantuk pun ada..

Sekali sampai kat satu level ni,aku macam dah xlaghat dh..Maklumla, time tidoq aku mendaki..Memangla kepala pun ada biol2 sikitkan..Time2 aku tengah hap2,mintak oksigen tu,sekali..Tiba2,adala sorang brother ni bagi something kat aku Aku xnampak sebab gelap...Aku tengok betul2..Dia bagi badam rupanya, 3 bijik dia suh amik..Dia cakap,dalam badam ni ada glukosa..Bagus untuk bagi tenaga......Wooo...hehe..Makasih na dik..=)


  Sebelum aku sampai kat level ni,aku agak tersasar jauh daripada team aku...Maklumla,dalam gelap,semua pakat mendaki ja..aku lak asyik berhenti ja..Sekali,nak dijadikan cerita,aku ni tersalah pilih jalan....huhu..Dahla xdak pemandu pelancong,GPS lagila xdak...Adoyaii..mau berderau darah aku sebab bawah tu curam and  tanah dia plak berpasir dan licin..

Dah...jadi terlekat plak aku kat tengah2 tu...Sapa pun xdak nak tolong..wuuu...Tapi,pikiaq punya pikiaq,aku pun berdoala kat Allah bagi aku selamat,then Allah bagila ilham kat aku supaya tukaq posisi badan aku dan kedudukan kaki aku...Last2,pusing punya pusing,aku pun dapatla naik atas dengan selamatnya......=)..Syukur mak nook..

  Sampai dah...Fuh..Budak2 belakang ni tolong aku jugak..Tolong tengok....xdala,adala mamat sorang yang belakang ni tolong amikkan beg aku sat.. 

Actually waktu tu,aku xsampai mana2 puncak lagi..Pastu aku cakap dalam hati... camna nak naik lagi ni.......Aku pun xtahu keadaan kat atas ni boleh ka tidak ngan kemampuan aku..Tragedi tadi pun aku xdapat lupakan lagi..huhu..FOBIA..


Tiba2..dalam aku duk merapu sorang2 tu,datangla budak UIA daripada bawah...Shikin nama dia,aku tanyala awat depa lewat,sekali dia cakap ada orang semput kat bawah tu...Kesian......Kalau nak ikutkan,aku nak surrender jugeeekk tau,xmau naik dah..Takut kot!!Tunggu nak turun ja,tapi sebab ada dia,aku pun naikla jugak...=)

Ringan mata memandang,berat bahu yang memikulnya........huhu..Broga nampak ja macam senang tapi....semputtttttt.......Tanjat Boboyy...huhu..

Sabaq ya pakcik..jangan putus asa....kita naik atas lagi!!
Pakcik ni dah semput sangat dah aku tengok..tapi semangat lagi dia!!perghh kagum aku...

Aku pun terus mendaki lagi..
Sampai2 ja kat satu level,tiba2 ternampak Imah ngan Cik A n team PKPIM ...wuaaaaa..aku cam nak nangis ja time ni...xtau pasaipa...huhu

Terus aku peluk Cik A......Cik A ingat aku dah tersesat...MEMEY LAAA pun nyahhhhh...Mak nak jatuh tadi!!!!!!!!!!!Wuaaaa.......

Ada yang solat........

Sempat baca Mathurat=)
 Seronok join budak2 PKPIM ni,baiah depa veryyy good..Islamik=)

~Cuti dah habis bro~
Kita boleh!!Malaysia boleh!! Kau Ado??...err..bukan tu yang dia cakap..=)


Fuh...tengok belakang tu..dah macam Tembok Besar China yang xbopa nak jadik..Hai...Jauh lagi perjalanan kita ni...huhu

Wuaaa...eh, Subhanallah...cantikkan gambaq ni..aku suka sangat gambaq camni..Nampak sungguh unik
Mak ngai........Camno aku nak naik ni..Muet ko?

Wah...rasa2 dah ternampak sesuatu...jeng2..

Puncak ketiga!!!
Ha...Nampak tak makcik yang pakai baju merah tu..Actually,dia dah nak hampir sampai ke puncak ketiga dah tau...Siiikit ja lagi...Tiba2...
" Nak,makcik rasa,makcik dah tak larat dah nak pergi..Lutut makcik ni dah xmampu...xboleh nak naik celah batu ni...korang2 muda takpala..."..
Aku cubala bagi kata2 semangat kat makcik ni supaya dia xgive up..Tapi,sayangnya...makcik tu kata dia xboleh jugak...Dia pun patah balik begitu saja..Hai... macam dalam cerita Fear Factor pulak aku rasa time tu.........sedihnya...

Sikit ja lagi makcik..Makcik dah nak sampai dah sebenaqnya......ehm...Kalaula dia tahu yang dia hanya memerlukan 7 minit ja lagi untuk sampai ke puncak terakhir setelah penat mendaki dari puncak pertama dan kedua..=(

wUUU..Apakah?
Alhamdulilah...Sampai....=)))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

Ok guysss.. YOU CAN DO IT!!!!!!!!!!

Suka gambaq Cik A ngan pemandangan belakang ni...=)

"Everest!!!!!!!!Kibar bendera kita di sana..haaaaa!!"Yeay!!
Baru naik Broga tapi bajet cam naik Everest lak...hehe

Subhanallah...Cantikkan...=)

Raikan kejayaan dengan makan aiskrim..hehehe..Pasni kita g Gunung Tokwan lak naa..
Berseorangan ketika menghadapi saat2 sukar telah mengajar aku  betapa aku sangat-sangat memerlukan Dia..He gave me a lot of helps from the beginning till to the end of my journey..Thanks Allah...Thanks a lot=)

P/S: "Berjalan,bermusafirla, melihat kebesaran tuhan yang menciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur..."

Teringat serangkap lagu nasyid=)