Wednesday 9 November 2011

Cerita lama: Tragedi Mahallah Ali..


Pada suatu petang yang hening....Ketika penduduk Mahallah Ali sedang khusyuk berehat-rehat di bilik masing-masing,tiba-tiba....

"Api2!!!!!!!!!" Keluaq wei,apiler!!!" terdengar jeritan di kawasan berhampiran Blok C dan D Mahallah Ali..

Ada yang terkejut dan ada yang pura-pura terkejut..Keadaan semakin bertambah kalut apabila asap mula memenuhi segenap inci bangunan..

Sementara itu,keadaan kafe Mahallah Ali berjalan  seperti biasa..Aneh jugak..Seperti tiada apa-apa yang berlaku..Makan tetap makan.

Makin lama...
Makin banyak asapnya...
Makin lama,makin tebal pulak asapnya...Pihak pengurusan mulai cemas,takut-takut ada mangsa yang terperangkap di dalamnya..
Pihak pengurusan mula membanjiri kawasan Blok C dan D..

Sementara itu, sebahagian daripada penghuninya dikerahkan berkumpul di Assembly Point mereka...Masing-masing cuba menyelamatkan diri dan laptop masing-masing...Ada yang sempat berpakaian lengkap tetapi..ada juga yang...

Eh, tiba2...Terlihat kelibat seorang pelajar yang cedera..Ooo..patah tangan ker...

Ambulans UIA pun datang bersama paramedik yang lain....

Jururawat  berlari-lari kecil ke arah mangsa yang cedera
Mangsa mula membilang jari,takut tak cukup 10.. 
Ok cukup...Alhamdulillah...Syukur..
Rupa-rupanya bukan seorang saja mangsa yang terlibat...Ada seorang lagi mangsa yang terperangkap dalam bangunan dan cuba diselamatkan oleh para petugas..

Mangsa nampaknya macam parah..Parah ker..
Patah kaki rupanya...Kesian...
Mangsa terpaksa bangun sendiri untuk memudahkan kerja penyelamat...

Mangsa selamat dibawa masuk ke ambulans dan dihantar untuk mendapatkan rawatan kecemasan..

Sementara itu,bangunan terus terbakar...Semua pelajar dipercayai telah mengosongkan bangunan...

Akibat terlalu banyak halangan..seperti laluan jalan di Mahallah Ali yang sempit,serta bumper-bumper UIA  yang banyak, bomba tiba dalam masa yang agak lewat...

Rumah terbakar,panggil bomba.
Bomba datang berlumba-lumba.

Lagu untuk bomba..
Kerugian dianggarkan berjumlah.................SIFAR RINGGIT sebab takdak apa yang terbakar..semua tu hanya latihan semata-mata..Tahniah kepada pihak Mahallah Ali serta para petugas e.g Bomba, Klinik UIA,serta wakil2 dari Mahallah2 lain...Api,kecil2 menjadi kawan,apabila besar menjadi LAWAN..


Ibrah: Walaupun ada segelintir pelajar yang menganggap bahawa latihan kebakaran  adalah sesuatu yang membuang masa,tapi ketahuilah bahawa kebakaran selalunya datang pada waktu yang tak dijangka,dan bomba tak selalunya datang pada waktu yang kita nak...Kena sentiasa beringat dan berhati-hati..Jangan bila semua dah hangus,baru waktu tu baru kita mula terhegeh-hegeh nak wat fire drill..Apa-apapun,sekali lagi,syabas untuk Mahallah Ali=)

5 comments:

Anonymous said...

Nice.

admin AlKhattab Batik said...

mcm kenal jer block ni..hehe

Anonymous said...

=)

Anonymous said...

haha.. nice cronology, santai n ada jenaka but still have mesej..

Anonymous said...

tahniah mahallah ali.