Friday 25 November 2011

Aku, dia dan Baitul Muslim...


Baitul Muslim..Sebut pasal Baitul Muslim ni mesti satu perkataan ja semua orang akan ingat..iaitu "kahwin" kan? Kalau sebut Baitulmal pulak,semua orang akan ingat biasiswa tak pun zakat..hehe..

Harini aku nak cerita pasal Baitul Muslim..

Satu hari...aku pergi ke bilik seorang lecturer ni..Waktu tu,aku baru ja keluar dari bilik seorang pensyarah yang lain atas urusan tesis dia..Tiba-tiba pensyarah ni ternampak aku dan memanggil aku untuk bersembang..

Sambil-sambil bersembang tu dia tanya aku..

"Jannah,awak tahu tak Baitul Islam tu apa?"

"Err..Baitul Islam,xpernah dengarla pulak...Maksud Dr,Baitul Muslim eh?",jawab aku..pelik jugak..Baitul Islam..hmm...

"Ha...iya2...betulla tu...Baitul Muslim..Kamu tahu ka pasal ni?" beriya-iya ja dia bertanya..

"Tahu...rasanya dia macam agen mencari jodohkan Dr..kita isi borang,nanti pihak diorang yang akan tolong carikan..ha camtula yang saya pernah dengar"tersengih-sengih ja aku depan pensyarah tu sambil bercerita....Bab-bab munakahat ni exempted ja aku ni..kahkahkah..

Tiba-tiba pensyarah tu mencebikkan mulutnya.....

"Tadi ada seorang student saya bercerita pasal Baitul Muslim,dia cakap dia rasa gelisah apabila antar borang kat Baitul Muslim,saya tanya dia,Baitul Muslim tu apa? Pastu dia bagitau macam kamu bagtau tadila..Ish terkejut saya Jannah.Saya ni tak bersetujula dengan konsep tu Jannah.Dia seolah-olah menjatuhkan maruah kaum wanita,kamu tengokla, perempuan yang approach lelaki dulu, mana hilangnya malu seorang perempuan tu"

"Ha..kenapa,bukan ok ka Baitul Muslim Dr,lagipun dia guna orang tengah bukannya straightforward pun, lagipun waktu zaman Rasullulah dulu pun Siti Khadijah pun approach Nabi dulu menggunakan khidmat orang tengah"jawab aku yang agak terkejut dengan kata-kata dia..

"Ha...tula masalah kita..pasal apa yang tu kena ikut style dulu?Zaman Siti Khadijah tu lain..Zaman sekarang lain,kenapa bab2 tu saja yang kita asyik nak ikut..Bab2 kawin lebih ja ikut sunat Nabi..Tapi yang lain tidak.."

Aku mula terasa kepelikkan di situ..Tapi sebagai pendengar dan pemerhati..Aku menghormatila pendapat dia walaupun aku kurang bersetuju 95% dengan pendapat dia...

"Habis kalau dah dia terdesak sangat nak kawin macammana?",tanya aku..

"Berdoala Jannah..Cakap ja..Ya Allah,kau bukakanla pintu hati si fulan bin si fulan ni untuk diri aku"  bagi dia tergerak hati sendiri untuk melamar kita bukan kita yang lamar dia...

Ehm...dalam hati aku...patutla perempuan sekarang ramai yang tak kahwin..Walaupun aku  seorang yang percaya dengan  keajaiban doa, tapi aku juga percaya dengan konsep usaha..Mana ada awan tanpa adanya proses kondensasi, dan mana ada bunga tanpa adanya proses pendebungaan..Semua memerlukan proses..Allah pun takkan ubah nasib kita melainkan kita sendiri yang akan ubah nasib kita sendiri..

Mungkin,bagi dia..lelaki is more powerful than woman due to their leadership in family, pemberian nafkah dan sebagainya..Dan kemungkinan sebab itulah,dalam perkahwinan,lelaki yang sepatutnya memulakan dulu..Ada juga yang berpendapat, kalau perempuan kahwin dengan lelaki yang dia tak cinta@inginkan,perkahwinan tu mungkin dapat diselamatkan tapi kalau lelaki kahwin dengan perempuan yang dia kurang inginkan @cintai,perkahwinan tu kemungkinan akan menjadi hambar kerana kuasa dalam memperkukuhkan perkahwinan tu terletak pada lelaki..Ada logiknya di situ walaupun tak semestinya..

Walaubagaimanapun, konsep Baitul Muslim pada pandangan aku adalah berbeza, lelaki dan wanita tidak dipaksa untuk memilih wanita yang dicalonkan untuk mereka..Kalau dah tak berkenan,tak payah terima..Jangan merumitkan sesuatu yang tidak berapa rumit..

Dan tentang istilah perigi cari timba, ehm. it is undeniable that Al Haya'u Minal Iman..Malu tu sebahagian daripada iman, tapi jangan sewenang-wenangnya menggunakan alasan malu untuk perkara-perkara yang dihalalkan malah martabat Siti Khadijah juga dilihat lebih tinggi apabila dia sendiri yang memulakan pinangan untuk mempersuamikan Rasullullah...=)

Prinsip si dia yang berani dan tahu apa yang dia nak dalam hidup dia....kau mampu?hehe..thanks gugel..




No comments: