Saturday 16 July 2011

Ada apa dengan BRAVO TEAM??

Ok..setelah hampir lebih dari 10 mint perjalanan daripada Kompleks Sukan Sandakan,AKHIRNYA..Kami semua tibala di SMKA Sandakan.....Terkejut jugak aku tengok sekolah ni..Terlalu besar bagi aku..kehkehkeh..Maklumla,sekolah lama aku besaq padang sekolah depa ja..Selama hampir 3 hari 2 malam,aku dan kawan2 yang lain bertugas sebagai fasilitator untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 di sini..


6.25 pagi di SMKA Sandakan...bertemankan masa yang biasa tapi suasana yang luar biasa..Menunggu kedatangan adik2

Bersama sebahagian rakan-rakan fasi yang lain.


Ok..nak kenal tak ngan budak2 dalam group aku....hehe...Dorang namakan kumpulan ni dengan nama BRAVO!! Dalam group ni,aku bersama-sama dengan seorang lagi pelajar UIA iaitu Cham dalam membantu dorang mencari jalan yang sebenar..cewahhh..hehe



Ni Fyai...Nama penuh dia..Nurul Fyaihdzatul Afiqah..Dia ni bagi aku agak pendiamla..tak tahula..mungkin dia segan kotkan dengan aku n cham..Lagipun, awal lagi sebenarnya, untuk menilai orang ni..Tempoh 3 hari 2 malam tu sebenarnya bukanla masa yang cukup untuk kita mengenal hati budi orang..Kurang-kurang 6 bulan..hehe..Apapun,aku suka dengan Fyai ni..Dia ikhlas dengan apa yang dia buat..Semoga Allah memberikan dia menjadi insan yang terbaik dunia dan akhirat..Apa2pun, untuk Fyai,kak Jannah nak berkongsi sikit tips untuk belajar bahasa Inggeris..Ni tips orang kampung ja tau..hehe

1)Maksimakan penggunaan deria yang kita ada..iaitu mendengar,melihat, merasa..ni dinamakan kaedah VAK( Visual,Audio dan Kinesthetic)..Dengar lagu bahasa Inggeris banyak2, tengok dia punya lirik, tgk movie pun okay gak, dan try untuk immitate ataupun tiru dia cakap...Cari vocab2 atau perkataan2 yang baru,kemudian cuba buat ayat sendiri...Learning English is very fun and interesting actually but to find the fun, u've to start it..

Sal atau nama penuhnya...Siti Salbiah Roslani ni pun bagi aku dia seorang yang agak pendiam..Tapi penuh dengan kejutan,hehe...Dia bagi aku sesuatula di akhir pertemuan kami...Comel ja..hehe..Takpala yang tu..terima kasihla Sal no..Kak suka yang Sal bagi tu..Untuk Sal,nasihat kak Jannah sama jugak..kalau nak belajaq BI..Sama macam kak bagi kat Fyai tu..Selain tu, tips Kak Jannah untuk Sal kalau nak mendapatkan kawan-kawan yang ramai...hehe..Firstly,jangan sombong untuk bertegur sapa..sentiasa memaniskan muka..dan sentiasa menghulurkan bantuan kalau dia memerlukan kita..Apapun yang penting ikhlasla dengan kawan2 kita..Insya Allah,ramai orang suka kawan ngan kita..


Ni Siti Khaleeza Ulas...Form Five Student...Dalam banyak2 budak perempuan,dia ni agak talkativela jugak dan friendly..Senang bekerja dengan dia..Mungkin sebab dia dah tingkatan lima kan,jadik sifat kepimpinan tu dah nampakla kat dia..Untuk dia,nasihat akak dalam BI pun sama jugak...Belajar rajin2, fight for your SPM..Tgk format dia dulu..dan banyakkan wat English essays...Kak Jannah dulu pun,BI biasa2 ja..Tapi mungkin sebab dapat guru yang berdedikasi,yang ajar berdasrkan format terkini, wat latihan banyak2,Alhamdulillahla jugakkan..Khaleeza, for me, you have the potential to become a good professional Muslim soon,so jangan siakan-siakan kelebihan yang Allah berikan dik..Insya Allah,adik akan berjaya..Amin..


Orait..Ni Shafiqa..Peserta perempuan yang paling peramah dan juga aktifla dalam Bravo Team ni..hehe..Dia ni memang agak lawakla bagi aku..kahkahkah..Pertama kali tengok muka dia rasa macam familiar ja budak ni..macam muka kawan aku kat UIA..Adalah sikit2, sebab tula rasa macam dekat ja ngan dia..Buat Shafiqa..Dia memang mempunyai bakat untuk menjadi profesional Muslimah suatu hari nanti..Dari segi percakapan dia yang lantang serta pendirian dia yang tegas,tak mustahil yang satu hari nanti,dia bakal menjadi salah seorang daripada pemimpin wanita di negara kita nanti..Insya Allah, dik..awak pasti boleh berjaya...Nasihat kakak untuk kamu, kalau kamu dikelilingi oleh orang yang langsung tidak memberikan kamu semangat untuk berjaya,maka tinggalkanla mereka..Carila orang yang mahu bersama-sama kamu untuk berjaya kerana kejayaan itu hanya datang untuk orang yang MAHU untuk berjaya..bukan MALU atau MALAS untuk berjaya..semoga kamu berjaya dik,goodluck;-)


orait..Eja..atau penuhnya Sarah Fadhilah ni..Dia ni macam pemalu sikit..Tapi budak pandai ni..Yang aku tahu, dia antara top 5 la dalam kelas dia...Cita-cita dia pun tinggi nak ke Harvard University..UIA xnak ker dik..hehe...Tips belajar BI sama jugak macam diberikan..Cuma kalau tips untuk mengurangkan rasa mengantuk tu,bagi akaklakan...akak pun kadang-kadang tidoq ja dalam kelas kalau ada peluang.kuikuikui.Cuma kalau boleh, setiap malam tu cubala untuk tidoq awai tambah2 kalau duk asrama,jangan berbual-bual lama-lama sebelum tidoq tu..Lagi satu,makan sarapan..Sarapan ni sangat bagus, wat kita rasa bertenaga ja dan tak mengantuk..Macam akak,kalau akak makan pagi,akak tak ngantuk,tapi kalau xmakan,tu yang mengantuk tu..hihihi..Insya Allah,kak doakan semoga Eja dapat jadik engineer Muslimah yang terbaik sekali di Malaysia ni..Amin..


Orait...Naizatul Zayanah ataupun nama panggilannya Nai..Nai ni seorang yang pemalu bagi aku..Yalah perempuan sejatikan..hehe..Dia bagi baju tau kat aku..kecik ja baju tu...muat ibu jari aku ja...hehe..Kak simpan dalam dompet kak dik..Thanks ya....

Untuk Nai, kakak nak ucapkan tahniah sebab dapat jadik TOP 5 dalam tingkatan 3 dalam sekolah kamu...Kekalkanla ya prestasi kamu sebagai top 5 ni dalam tingkatan 3..Kalau boleh tingkatkan lagi sehingga kita menjadi The best student of SMKA Sandakan, jangan sesekali Nai cepat berpuas hati dengan kejayaan Nai sekarang sebab itu bukan penentu keputusan PMR kamu nanti..Sentiasa tanamkan azam untuk memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa..Ajar kawan-kawan yang lemah dan hormatila ilmu serta guru kita...Jangan cepat berputus asa tau Nai..Insya Allah,kalau awak ikhlas dalam belajar dan mahu mengubah nasib keluarga kamu,Insya Allah,Allah akan bantu kita dik..Jangan sesekali meletakkan masalah kewangan sebagai alasan untuk kamu mundur..Kejayaan itu datangnya daripada orang yang BIASA tapi berusaha secara LUAR BIASA...Jadik,buktikan kamu juga bakal menjadi sebahagian daripada PROFESSIONAL MUSLIM nanti..Insya Allah!

Nurul Fazieliana Mohammed Fauzi atau Fazi ni seorang yang agak misteri di mata aku..Dia pendiamla dan terlalu pendiam..Yang dia tahu hanya senyum ja..Dan aku pun kadang-kadang terdiam apabila berada di depan dia...Cuma bagi aku, dia ni punya kelebihan yang dia sendiri pun tahu tapi dia wat2 xtahu..Dia sebenarnya aktif dalam sukan memanah which is tak ramai orang yang pandai memanah..Ha..Tu kelebihan jugak tu...Kadang-kadangkan, apabila kita ni dikelilingi oleh orang-orang yang mungkin lebih hebat daripada kita,membuatkan kita rasa sedikit rendah diri dan sentiasa merasa tidak cukup..Tapi bagi kak Jannah, setiap ciptaan Allah tu punya kelebihan dan kekurangan masing-masing...Waima lalat yang dikatakan serangga yang menjijikkan itu juga dikurniakan oleh Allah sifat dualisme dalam dirinya..iaitu sebelah sayapnya mempunyai racun,dan sebelah lagi mempunyai penawar...Jadi,jangan sesekali mengatakan bahawa kita diciptakan dengan tidak mempunyai apa2 kelebihan kerana Allah itu adil dik..Dia tidak akan menciptakan seseuatu itu dengan sia-sia sahaja..Jadi, sentiasa beruasa untuk meneroka kelebihan dan bakat yang ada dalam diri adik..Insya Allah,pasti adik akan menjumpainya suatu hari nanti..


Nur Ain Zafirah @Ain..Baru ja dapat msj dari dia tadi..hehehe..Ok..Dia ni aku nampak,ada potensi nak jadi bakal ustazah,hehe..sebab apa..sebab nampakla yang dia ni macam alimla dalam kalangan kawan-kawan..Cuma tula,kalau nak improve English,ikut petua yang kak Jannah bagi tu..Dan elakkan dari bergaul dengan rakan-rakan yang senang mempengaruhi kita kepada benda-benda negatif..Yalah,budak2 sekolah agamakan,banyak dugaan dan cabaran yang akan dilalui..Kadang-kadang persekitaran kita pun tak membantu kita untuk menjadi baik..Apa2pun nasihat Kak Jannah,jadila seperti ikan di laut,walupun dia berada di laut tapi dia xmasinkan?maknanya..dia tak mudah dipengaruhi persekitaran diala..Insya Allah,kuatkan iman,kuatkan jati diri,awak pasti boleh berjaya suatu hari nanti...Tak sabar nak panggil Ain,USTAZAH AIN ZAFIRAH...;-)

Ok..ni antara peserta yang menggamatkan lagi Bravo team la..hehe...Mohd Irfan bin Razali atau nama pendeknya, Iepo'...Dia ni bagi aku tersangatla happy go lucky dan senang dibawa berbincang dalam banyak perkara..Iepo' ni juga ada banyak pengaruhla juga di sekolah tu..Ni yang aku nampakla sebab bila dia bangun saja,ramai orang yang bersorak kat dia...Xtahula,mungkin sikap dia yang ramah dan kelakar tu juga buat orang senang kutkan dengan dia...hehe..Buat Iepo', jadikan kelebihan "pengaruh" kamu tu sebagai satu bonus yang boleh kamu gunakan untuk mempengaruhi rakan-rakan kamu ke arah kebaikan,misalnya solat berjemaah, study dan sebagainya..Tambahan pulak kamu ni mempunyai group study sendirikan, jadi..manfaatkan study group tu dengan sebaik-baiknya..PMR dah nak dekat,jadi sudah tiada masa mahu main2...Kalau kamu rasa kamu lemah dalam matematik, cuba buat latihan tu berulang-ulang kali terutama latihan yang berdasarkan soalan-soalan peperiksaan PMR yang lepas..Sentiasa rujuk kepada cikgu matematik kamu soalan-soalan yang kamu ndak paham..Insya Allah dik,belum terlambat untuk kamu membuat speeding untuk subjek ni..Apa2pun,semoga kamu mendapat 9A dalam PMR dan Kakak doakan semoga cita-cita kamu untuk menjadi pegawai polis akan dimakbulkan Allah..Amin..

Ok..ni antara pemilik suara emas yang mewarnai kumpulan Bravo la kan..hehe..Mohd Syamsul Herry Bin Juki..Dia ni sememangnya dianugerahkan suara yang merdu dan kebolehan untuk menyanyi dengan baik..Sebab tula,dia dipilih menjadi ketua dalam persembahan nasyid group kami..ehm, cumanya..dia ni macam nampak agak pemalula untuk menonjolkan kelebihan yang dia ada..Mungkin disebabkan malu dengan budak-budak perempuan dalam kumpulan kami kot..Apa2 pun Syamsul, kamukan masih muda..gunakan kelebihan suara emas kamu tu dengan sebaiknya misalnya dengan belajar taranum Al-quran,Hafazan ataupun nasyid..Kalau ada rezeki,boleh mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan,siapa tahukan..Manala tahu,kamu ni bakal menjadi Maher Zain Malaysia satu hari nanti..Tapi jangan pula masuk AF,nanti banyak pulak fitnahnya nanti..huhu..

Apa2pun, kakak berharap agar kamu teruskan sifat kamu yang sentiasa menolong ibu kamu di rumah tu..Kamukan punya banyak adik-beradikkan,jadik bimbingla dorang dalam pelajaran serta dalam ibadat..Gunakan masa dengan sebaik-baiknya..Insya Allah,semoga kamu dan adik-adik kamu akan berjaya dunia dan akhirat..;-)


Ok..ni Masri..Leader Bravo Team!!!! Dia ni...hehe..agak cool la daripada budak-budak laki yang lain...rileks ja kalau tgk muka dia..Budak form fivekan, tu yang nampak matang sikit tu..Apapun..semoga Masri berjaya dalam peperiksaan..Your English is quite good dik, try to keep it up..Belajar ikut tips yang akak ajar kat atas-ats tu.. wat study group terutama untuk killer subjects like Add Math dan Sciences subjects...
Akhir kata,semoga kamu berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti,Amin~


Ok..ini Damri Darman, antara pelajar yang mempunyai bakat yang besar dalam lakonan..hehe..dia juga seorang yang komited dengan apa yang dia lakukan..dan mungkin..hehe..dia ni agak sensitifla dalam group kami..sebab apa aku cakap sensitif sebab dia antara satu-satunya peserta lelaki yang nangis time aku ngan cham nak balik..kehkehkeh..Sungguh terharu..hihi..Apa2pun, dia ni bertuah sebab mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong dia..Xramai tau Damri, yang mempunyai keluarga yang sentiasa support apa yang kita wat,jadi kamu janganla sesekali hampakan harapan diorang..Belajar bersungguh-sungguh..Jangan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan kamu yang mengajak kamu ke arah perkara-perkara yang negatif..Dan sentiasa yakin dengan diri kamu sendiri..Antara tips untuk meningkatkan keyakinan diri ialah..dengan sentiasa tampil ke hadapan dalam apa jua keadaan. Renung-renungkan dan selamat beramal..


ni Mohd Khuzaireq Kamis..@ IEK..ni tersangaaaaaatla pendiam bagi aku berbanding yang lain..Taktahula napa kalau budak2 form fivekan,mesti pendiam2..segan sangat kut..hehe..Apa2pun dialah yang paling tinggi dalam group Bravo ni..Apapun,aku doakan dia berjaya dalam SPM dia akan datang..Kalau adik ada rakan yang suka bagi tekanan pada adik,lebih baik adik menjauhkan diri daripada dorang..Lagipun,masa depan adik terletak pada adik sendiri bukan pada kawan adik..Sentiasa letakkan matlamat untuk menjadi yang terbaik untuk agama,bangsa dan negara..Allah tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang mengubahnya..Jadi, belum terlambat lagi buat Ike untuk berjaya..Dlam hidup ni perlukan "determination" dik..Sebab determination tulah yang akan push dan lead kita untuk berjaya..Akhir kata, masa depan awak terletak pada usaha awak sekarang ini..Goodluck k untuk SPM!CHAIYUK2!!


Hafizzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!!!!!!!!! Allahuakbar...asal ingat dia ja mesti ingat nada Allahuakbar yang dia sebut masa persembahan tu...alahaiiii.....macam rela ja nak mati dengan tentera Yahudi tukan..hehe..Kelakarla budak ni..memang serius kelakar..Geram jugak ngan dia kengkadang..rasa macam nak wat lauk ja..hehe..gurau2..Untuk Hafiz, belajar sungguh-sungguh ya..Kamu kena kuat sikit tau,kalau kamu rasa kamu jenis yang cepat lupa,banyak2 makan kismis..Bagus makan kismis untuk menguatkan memori terutama dalam musim2 peperiksaan ni..Lagi satu,gunakan masa senggang yang kamu ada dengan perkara2 yang berfaedah misalnya dengan membuat ulang kaji pelajaran terutama subjek yang memerlukan hafalan seperti sejarah, Arab dan juga Sejarah..Insya Allah,kamu pasti akan berjaya dik..Ingat cakap kak, tingktkan keyakinan diri kamu tau..Kakak doakan kamu berjaya dalam peperiksaan  kamu Mohd Hafiz b Zaid;-), Amin..


Nur Iberahim @ Ibe ni antara penyerila dalam kumpulan Bravo ni..hehe...dia ni sama naikla dengan iepok..kelakar dan happening habes...kalaula takda dia dalam Bravo Team, terasa sedikit kekuranganla jugakkan...Dia ni merupakan salah seorang pemain sepak takraw di sekolah dia..Kira dia ni memang aktifla dalam sukan2 nikan..Buat Ibe..Tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris kamu dengan cara yang kamu paling suka..kalau kamu suka mendengar lagu..dengarla lagu bahasa Inggeris..Dengar lagu Maher Zain pun ok..Kakak teringatla bila kamu nyanyi lagu "MY COUNTRY" tu...sedap jugak kamu nyanyi bila ditranslate ke BI..hehe..Belajar sungguh-sungguh ya..Terutama matematik, wat latihan banyak-banyak tak kirala dalam kelas ataupun di luar kelas..Biasakan membuat soalan-soalan yang lepas, Insya Allah..mudah kamu nanti bila mahu menjawab soalan..


Persembahan kita....Yahudi menentang Mujahidin....
Kenangan ketika mahu membuat persembahan..Cham sebagai fasi yang berdedikasi yang tidak putus-putus membantu Bravo Team ketika mengalami masalah teknikal..hehe..Tq2!!
Makan nasik yer Ummi ngan ABi??Makanler puas2..satg kena serang dah..hehe...Allahuakbar...
Antara cabaran dalam explorace..
Dendaaaa..Nyanyi lagu sekolah kamu cepat!!! hehe
Main campak belon jangan kasik pecah
Berjaya jugak kamu dalam menjawab soalan-soalan nikan..
Jaga baik2 telur rebus tu dik..Nanti kita nak wat masak Sambal..kahkahkahkah
Di sini pun bolehlakan bergambar....janji adooooo..hehe..
"GUYSSSS!!!!!! Yes Masri!! 
What is our trademark??? 3, 4..
B to the R! R to the A! A to the V
V to the O!! BRAVO TEAM!
ALLAHUAKBAR!!

Still remember??;P
Rindu sama adik2 ni..
;-)
Dari takdak air,terus air keluar dari kawasan tu...hehe..magickan BRAVO TEAM ni!!
Kamila bakal-bakal profesional Muslim!! Tunggu kedatangan kami,INSYA ALLAH,adik2 pasti boleh!!
Aiyakkk!!!!!! Ni kak Jannah sama abang Cham ndak ajar ni ya..kahkahkah

kehkehkeh..xtahan lagik kakak mahu ketawa melihat telatah kamu ni..hehe
Insya Allah...Bakal-bakal Profesional Muslim kamu semua nanti ni..Amin..



;-)
hehe..macam2 ragam budak2 ni..

Kenangan bersama kamu takkan dapat kakak lupakan, adik2..
BRAVO TEAM!!!!!
Ada umur panjang kita bertemu lagi ya adik2...belajar bagus-bagus tau..BE THE BEST STUDENT FOR PMR dan SPM..Jaga diri kamu baik2...Assalamualaikum ;''')

2 comments:

Syafiq ieka said...

rindu.................

Jannah said...

kakak pun rindu baa sama kamu semua..huhu