Wednesday 31 August 2011

After 14 Years..Finally...(Reunion sekolah lama ceq)

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Ketiga..hehe..Still in the mood of Hari Raya kan kita? Hehe..Lama jugakla ceq tak update blog ceq ni sebab terlaluuuuuu sibuk dengan persiapan raya,rumah terbuka dan juga membukakan rumah orang..hehe..Alhamdulillah,raya ketiga barula rasa free sikit..Tapi pagi tadi ada lagi orang datang rumah..Maklumla..Rayakan sebulan...Ehm..ok,banyak lagi entri yang menunggu aku untuk ditulis ni..hehe..Kita mulakan September kita dengan cerita berkaitan dengan reunion sekolah aku yang dibuat 3 hari sebelum raya..Kira macam, iftar Jam'iela jugak..hehe

Ok...Ni officially, sebenarnya reunion sekolah aku yang pertama,iaitu Sekolah Rendah Agama Al-Islahiah Bohor Mali...hehe..sebab apa aku cakap offiallyPanjang ceritanya...xpala..skipla yang tu..Apa-apapun,aku berterima kasihla kat dorang sebab sudi menjmeput aku...walaupun,aku dah pindah sekolah tu since darjah 2 lagi..huhu..

ok..ni barisan Banin yang aku langsung xcam sesetengah tu sebab..memang aku xingat..hehe

Ha..ni ja aku ingat..kehkehkeh


Aku terbahak-bahak tengok album tu..sebab.. satu pun takdak gambaq aku..kahkahkah..
T_T

Ok... saat-saat yang mengharukan...Bersalaman dengan orang pertama yang aku kenal di SRAI..Ustazah Mariah..wuuuuuu..Sejak aku pindah sekolah,nila kali pertama aku berjumpa ngan dia...T_T
Dia terkejut tengok aku..dulu Haluuuih ja..la ni dah HALLOOOO...kahkahkahkah...

Geng Banat yang sempoi ah..Hehe..
 Ok..Saat-saat yang sensitif bagi Jannah...Take your time Jane...Makanla puas-puas..=B
 Kredit semua gambaq kat Aklili,Awatif@Pelangi Hati dan Ehsan....Makasih na..ni semua ambik kat depa ja ni..hehe







P/S:SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kEPADA SEMUA GENG2 SRAI...INSYA ALLAH,umoq panjang jumpala lagi kita na..=)










Friday 26 August 2011

"Up"..Inspirasi seorang pencinta dan pengembara..♥

Assalamualaikum dan salam 27 Ramadhan..


Ehm..Ok,sebenarnya aku nak share sikit satu video kat youtube yang aku jumpa tadi...Tapi aku nak korang fokuskan kat video tu,bukan lagu Devotees ni ..hehe..Sebab??Sebabnya, babak-babak video yang diambil untuk lagu ni sebenarnya, diambil daripada filem " UP" iaitu antara filem animasi terbaik yang pernah aku tonton selama aku hidup selepas Upin-Ipin, Usop Sontorian,Chicken Run dan Horton Hears a Who.


Sedih sangat cerita ni..Menangis aku tengok walaupun yang berlakon tu kartun ja..sebab mesej dia betul-betul sampai dalam hati aku.. Dalam cerita ni,adala sikit-sikit berkaitan dengan kisah dan impian aku..iaitu.."Mengembara bersama-sama dengan orang yang kita cinta ke tempat yang paling kita impikan selama ini" Ni impian jalah..Masing-masing ada impian masing-masingkan kat dunia ni? 


Jom tengok video ni dan aku akan ceritakan serba sedikit mengenai cerita Up ni..Err..pause dulu eh lagu kat blog aku ni sebelah kanan yang bawah ni..hehe..sorry...




Sedikit info mengenai cerita ni...




Berkisarkan tentang sepasang sahabat iatu Carl dan Ellie yang sama-sama suka mengembara dan mempunyai idola yang sama iaitu seorang pengembara bernama Charles Muntz..Kemudian,setelah berkahwin,   mereka mula memasang pelbagai jenis impian dan angan-angan termasukla memiliki anak.




 Walaupun begitu,Ellie telah disahkan tidak boleh mengandung oleh doktor akibat daripada mandul ataupun ntahla..aku pun tengok-tengok,paham gitu ja..Ellie sangat sedih..Namun,suaminya sentiasa memberikan semangat dan motivasi kepadanya.. Mereka berdua kembali bersemangat dan mula mengumpulkan wang untuk ke tempat impian mereka iaitu "Paradise Fall",tempat yang juga telah dilawati oleh idola mereka iaitu Charles Muntz dan kawasan di mana mereka memasang impian untuk membina rumah mereka di situ..


Impian untuk membina rumah di Paradise  Fall..

Walaupun selalu menabung,namun ada saja halangan yang menimpa mereka menyebabkan mereka terpaksa menggunakan tabungan yang dikumpul untuk ke Paradise Fall tersebut..


Lama kelamaan mereka pun menjadi tua tapi impian mereka masih juga tak kesampaian sebab xcukup duit...Kesiankan..Carl yang menyedari bahawa impian mereka masih tidak kesampaian terus membelikan tiket ke Amerika Selatan, di mana Paradise Fall terletak..Namun begitu..sebelum sempat dia tunjukkan tiket tu kat Ellie, Ellie terlebih dahulu meninggal dunia......

segala-galanya hanya tinggal memori..

Carl sedih....sedih sangat..aku pun sedih waktu tu..Dia bertukar menjadi pendiam dan murung. Lama kelamaan, disebabkan beberapa masalah, Carl mahu dihantar ke rumah orang tua-tua..Waktu pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat datang nak ambil dia tu..Dia kata..dia nak tengok rumah dia wat kali terakhir...Tapi, selepas masuk ke dalam rumahnya,Carl terus tidak keluar..Ehm..tau dak dia wat apa dalam tu....hehe


Kebetulan Carl ni penjual belon..Jadi, dia gunakan semua belon-belon untuk menerbangkan rumah dia..Terangkat habesla time ni..
Dia teruskan juga impian dia dan arwah isteri dia untuk sampai ke Paradise Fall...
Setelah melalui banyak rintangan,ribut,taufan semua..akhirnya..Dia pun sampai ke tempat yang dia dan isterinya impikan sejak dorang kecik lagi..


Akhirnya...sempurna juga impian pasangan suami isteri nikan walaupun salah seorang tak dapat nak bersama-sama untuk menyaksikan memori yang paling bermakna ni..huhu

Thanks for reading...=)


sekali lagi,permintaan saya, kita tengokla video ni....T_T



P/S: Google thanks ya untuk gambar-gambar semua..=)

Tanda lelaki itu baik...



Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.

Kredit to Syahirul.com

Wednesday 24 August 2011

Tahniah Murabbi=)


Bismillahirrahmanirrahim


Jika dilambung ke langit menjadi bintang,



Rebah ke bumi menjadi berlian...Tahniah bah








Dari kami,isteri anak-anak, dan cucu-cucumu...

P/S: Alhamdulillah.. Tahniah abah..Teruskan berbakti kepada agama,bangsa dan negara..Kami sekeluarga sentiasa berada di belakangmu. Duit raya lebih ha bah, ayat sempoi punya ni  =)

Wordless Wednesday# 4 sahur pun ok gak kekadang






Disediakan oleh adikku: Aqilah
Dimakankan oleh kakaknya: Jannah=)

Perpisahan ini..


4 ALFA in memory





Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri




p/s: Mood nak layan lagu ni dalam masa beberapa hari..

Tuesday 23 August 2011

to Brisy and pretty girl..Syar chek Mat..HEHE

Tekan link ni syar pastu awak listen kat menda tu tau..hehe..Ingat LISTENNNN!! jangan tengok ja..=)

Sunday 21 August 2011

Morning Sun=)


Wow!! It's really pretty cool morning today and i still open my eyes to see it..Ehm.last night i went to the hospital to visit my mum..Alhamdulillah, thanks to Allah,the most Gracious,the most Merciful, she's getting a bit well better than a week ago...and thanks to all my dearest friends who concerned about her..May Allah bless you=)

Today, will be the second last Monday of Ramadhan..and Insya Allah, the next Monday will be almost getting extremely close to Syawal..Subhanallah, it happened so fast right? And for me, Ramadhan is just like a very2 "Special Friend" who came from far and far away place to visit us and she/he will leave us  in JUST a few days..So, brothers and sisters, what shall we do in just a few days to "entertain" our "special friend"?? Ehm.. think about it, and do some actions ok =)

Ok tak tazkirah aku?? hehe..boleh wat skrip khutbah Jumaat kat Masjid UIA dak?hehe..maklumla..lama sangat tinggal English, harap tengok youtube ja sekarang ni, so kalau terbroken tang mana2 hampa pura2 paham jalah na..Aku ni nama ja student TESL tapi perlu latihan yang berulang-ulang juga dalam English ni..Maklumla..ceq makan belacan,bukan keju..hehe

 Pagi2 Ramadhan........di sini dan harini..........
 Suka sangat=)
 Suka sangat-sangat=))))))
 Su....errr..tetiba aku terjumpa katak yang tengah cuba melarikan diri daripada aku...hehe


Arrrrrrrrrrrrr....tengah check huruf R aku kat keyboard ni..awat xtau cam lekat lak..hai..

 Hensem kerrr??? KAU MAMPU tompok2 cam dia??hehe
 Wah...dah bangun dah sun ni...Tadi baru duk menguap..
 Morning Sun =)
 You are my sunshine,
 my only sunshine,
you make me happy, when skies are grey=)

 You never know dear,
how much i love you,
so please don't take my sunshine away...=)))
Eh,aku ni nyanyi2 plakkan..cer berzikir sikit Jannah bulan2 puasa ni..awak ni..ish2..

Heroes rise,heroes fall, rise again,win it all =)
The Sun of Ramadhan...;-)

P/S: selamat menempuhi peperiksaan kepada pelajar-pelajarku di kelas 4 Alfa..Semoga dapat menjawab peperiksaan dengan tenang..Amin=)

Saturday 20 August 2011

Itqan..


Ehm...dah masuk hari ke 20 kan ummat Islam berpuasa...Sekejap sangat rasanya,pejam celik pejam celik,daaah nak dekat raya dah ha..TV dan radio pun dah mula keluarkan rancangan-rancangan dan lagu-lagu raya..Kesian Ramadhan,pemergiaan dia seolah-olah dialu-alukan,bukan ditangisi..Ehm..

Minggu ni bukanla minggu yang menggembirakan untuk keluarga aku kerana mak aku sakit...Suatu hari mak aku hampir pengsan semasa berbuka puasa..Apabila diperiksa di sebuah hospital kerajaan,dengan pemeriksaan yang tidak lebih daripada 10 minit, doktor memberitahu yang mak hanya sakit demam biasa walaupun ketika itu,mak sudah demam berhari-hari.

Keesokan harinya, mak masih demam dan bertambah teruk..Jadi,abah mengambil keputusan untuk menghantar mak ke hospital swasta di Kedah iaitu KMC (Kedah Medical Centre). Apabila diperiksa,mak aku  disahkan menghidap Demam Denggi dan paling mengejutkan kerana Denggi itu ialah Denggi Berdarah..Bayangkan kalaula mak hanya bergantung kepada ubat yang diberikan tanpa mengetahui penyakit sebenarnya?


"Syabas" aku ucapkan kepada sesetengah doktor di hospital kerajaan mahupun swasta yang sememangnya terkenal dengan PARACETAMOL dan PAIN KILLERnya..hehe..Mungkinkah khidmat SESETENGAH daripada mereka ini perlu diukur dengan wang yang diberikan? "Semakin banyak wang yang diberi,semakin berkualiti khidmat yang diberikan"..Maaf sekiranya ayat ini agak melampau tetapi hipotesis itu ikhlas ditujukan untuk SESETENGAH daripada mereka itu.. 
KMC..kelmarin..
If we still believe to the "doctor" who said that my mom only has an ordinary fever..

Pesanan aku kepada diri sendiri dan  insan-insan  di luar sana samada doktor,peguam,guru,akautan,pegawai farmasi dan sebagainya iaitu "status,jawatan, gelaran yang diberikan bukanla suatu kebanggaan yang boleh kita gunakan sebagai medium untuk kita mencapai kepuasan ataupun cita-cita kita di dunia ini sahaja tetapi, sebagai amanah daripada Allah yang wajib kita laksanakan secara sempuna dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T..Bekerjala dengan Itqan iaitu prinsip yang menekankan kesungguhan dan juga keseriusan dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberi kerana adakalanya satu kesilapan dan kelalaian dalam pekerjaan kita mungkin akan menghancurkan masa depan dan hidup orang lain" Syafakillah mak ~




P/S:  Rasulullah saw; “Allah sangat menyukai mana-mana hambaNya yang bila melakukan sesuatu kerja dilakukannya dengan sungguh-sungguh.

Thursday 18 August 2011

Arnabku...Haritu dan harini..

Hai...dah 2 hari xupdate blog..Rasa cam lama plak..ecece..Ha..macam biasa,aku ni suka update blog dengan gambaq,kalau x..rasa macam tandus,kering kontang ja entri2 aku..Huhu..Mehla kita tengok apa2 yang patut,satg aku nak pi jemoq kain plak..Maklumla,akukan anak yang baik..wah gitewww..(Gelikan ayat aku)..hehe..Melawak jalah..Eh, jom ar..aku nak tunjuk perubahan anak2 arnab aku yang baru lahir dulu selepas hampir sebulan lebih..


Orait...Ni haritukan, depa baruuu sangat lahir..

Ok..Ni haritu..Makud aku hari itu tu sebulan yang lalula...Bukan nama arnab ni HARITU...

 Ok..Ni harini...hehe..Bulu pacak tu beb...Smart gituu...ko mampu?

Haritu Si Hitam..
Harini Si Hitam...hehe..cumilkan mata dia..
Cepat besaq na,aku nak wat buat sate..Statement kijam abad ini..
Haritu Si Belang...
Kucing?? A'aa..sebab Si Belangku haritu telah dimakan oleh kucing ini..Wuuuuuuuuuuuuu

Klik HARITU untuk tengok cerita arnab aku sewaktu baru sahaja dilahirkan..