Saturday, 13 August 2011

Di sini,memori tercipta


Cantikkan bulan malam ni..Penuuuh ja,tapi aku rasa malam esok lagik comel dan lagik besar..Tadi Alhamdulillah, sempat bertarawikh kat Masjid Kangar,masjid sebelah sekolah lama aku dulu,hehe..Terjumpa sorang schoolmate aku masa nak keluar tu, tegoq2 dia sat ja sebab aku nak pi tangkap gambaq bulan..hehe..Ehm..Masjid Kangaq ni bestla jugak sebab imam dia baca sedap dan mantobbb..Satu lagi, masjid ni ceejukkkkkkk..hehe..


Orait...cerita pasal sekolah nikan,ha..sebelum aku nak tidoq ni, aku nakla cerita sikit pasal sekolah aku masa aku kecik2 dan kurus dulu...(Perlu ker cakap yang kurus tu??) Harusla u ollll..hehe..Sekolah ni,dekatla jugak ngan umah aku..Jalan-jalan,dalam  5-8 minit sampaila..Ha..Meh kita tengok gambaq dia..Danla aku tangkap tadi,masa balik dari sekolah.


Ha..Nila sekolah ceqqq..Sekolah Agama Al-Islahiah,Bohor Mali...Sekolah ni, zaman aku dulu2 orang panggil Sekolah Agama Rakyat(SAR)..Di sinila..aku belajar tentang agama islam dengan sedalam-dalamnya..Arab, Jawi,Tauhid,Feqah,Sirah dan macam2 subjek agama lagi..Bagi aku, terlalu banyak budi dan ilmu yang dicurahkan oleh warga sekolah ni kepada aku...ehm...teringatnya...


Ok,anda sekarang sedang berada di kawasan bekas pejabat sekolah aku dulu...hehe..Sekarang dah jadi bilik kaunseling dah...Ha,di bilik nila segala-galanya bermula..." Nurun,Nurun duk sini sat na,abah nak pi kerja dah..dukla dulu,nanti ustazah ceq(kamu) antaq ceq masuk kelas",pesan abah kat aku sebaik sahaja selesai mendaftarkan aku sebagai pelajar tahun satu...Aku angguk ja..sambil tersenyum kat Ustazah Mariah,guru pertama yang aku kenal di sekolah ni...Kat luar pejabat tu,ada beberapa pelajar yang duk teriak2,nak ikut mak ayah depa balik... Macam-macam ragam, maklumla darjah satu, ada yang sampai  waktu tamat persekolahan pun,mak ayah tunggu kat tepi kelas lagik dan ada yang sampai terberak-berak pun ada.. hehe..Lawakla...

Ok..Nila tapak bangunan kelas aku dulu...Dah dirobohkan...sedihla jugakkan sebab xdan nak amik gambaq..Bila dirobohkan pun aku xtahu.Rasanya dah lama dah..Kelas aku yang pertama,nama dia 1 Amal, pastu ditukarkan ke 1 Zaid, dan kelas darjah dua lak, 2 Hamzah...Hehe..Tak istiqamahkan nama kelas aku ni...kehkeh
14 tahun berlalu...Apa khabar warga Islahiah...Masihkan anda semua ingat pada saya?
Sebenarnya waktu darjah satu,selepas peperiksaan akhir tahun,aku sempat berpindah ke sekolah lain iaitu SK Simpang Empat. Tetapi,dek kerana mungkin kerana terlalu rindukan sahabat2 lama serta suasana tarbiyah di sekolah ni, aku berpindah kembali ke sekolah agama Al-Islahiah ni..hehe..Ha..kalau bangunan ni masih ada,aku bolehla tunjukkan kelas di mana aku sempat wat seprais kat kawan2 aku.."Jannah datang lagi!!!!!!!!" hehe..


" Jannah,boleh tak saya nak tanya kamu," sapa ustazah Mariah ketika aku masuk ke bilik guru..
"Ya ustazah,ada apa?"
"Kamu kawan baik ngan Awatif ka?",soalan dia mengejutkan aku..
"Ya..kami kawan baik,napa ustzah?
"Takdak,tadi saya nampak dia tak keluaq rehat,saya tanya dia pasaipa..Dia cakap sebab kamu xdak, dia xdak mood nak keluaq rehat..ehm kamu berkawanla ramai sikit na,janganla kawan berdua ja",jawab ustazah Mariah...


hehe..pelik ja bunyi tukan..Darjah dua kot time tu dah kena kaunseling pasal berkawan..Waktu tu,memangaku xmasuk kelas,sebab ada keja sikit..Apapun,aku sangat sayangkan kawan aku tu..Baikkan dia,aku xmakan,dia pun xmau makan...Mana nak cari kawan camtu sekarang ni?huhu..Awatif,makasih sebab sudi jadik kawan kami yang setia dalam susah dan senang..huhu


Kalaula bangunan2 ni boleh bercakap-cakapkan...Mungkin dia akan cakap.."Jannah,apa habaq??...dah lama sangat hang xmai jengok kami na...sejak2 hang berpindah 14 tahun dulu..sekali pun xpernah jengok kami..tengok ni,bila dah roboh baru nak mai,huhu"..Sedihnyaaa...Tak sangka dalam keadaan begini yang aku dapat tengok depa..

Ok..Ni bekas surau............xtaula napa dirobohkan jugak..Mungkin sebab anai2 kot..Untuk pengetahuan korang, sekolah aku ni..start pukul 8 pagik,dan tamat waktu persekolahnnya ialah selepas semayang asaq...Lamakan kami belajaq...Banyak subjek,sebab tula lama..huhu


Ya Ma'hadan,a'l lamani,
Walbilhuda jammalani,
Hallaitani Minsiqari..
Biqulliqul ghinhasani...

Lagu sekolah aku..Nila tempat kami wat perhimpunan..


Makan dalam talam...Kalau difikirkan kembali,mungkin ada sesetengah yang tak berapa selera nak makan ramai2, dalam 5 orang satu talam..Tapi tula kehidupan aku di sekolah ni dulu...Rindunya baiah di sini...Full of blessings and shares...




Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa






Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

P/S: Sekalung penghargaan kepada warga Islahiah yang terlalu banyak membimbing aku dalam mempelajari agama islam dan mendidik aku menjadi seorang Muslimah..Semoga sekolah2 agama seperti ini akan terus diberikan bantuan dan juga prasarana yang mencukupi kerana dengan adanya mereka, Insya Allah akan lahir lebih ramai lagi professional Muslim di dunia ini..Hidup Islahiah!!!May Allah bless you..


2 comments:

Mardhihah Mat Ishak said...

awat lagu sekolah kita sama..??

Jannah said...

tula..ada yang cakap lagu ni sama ngan maktab mahmud..ntah,mungkin cikgu2 kami asal dari maktab mahmud kot..tu yg depa jadikan lagu ampa as our school song..hehe..