Tuesday 9 August 2011

wanna good intro or best ending?

7.25 PAGI..
Warghhh...selamat pagi manusia2 sekalian alam...dan selamat selepas bersahur..hehe..
Hai,nak update2 tapi tahu2lakan..Asal masuk hari bekerja ja mesti aku rasa malas nak update walaupun sedikit..
Harini kelas aku akan start awal sikit..dalam pukul 12.30...sebab tula kalau boleh,aku nak cergas2kan diri pagi2 ni..Takut tertidoq kang,terlajak pulak..


Ehm..semalam wat blogwalking sikitkan...then aku terjumpala satu blog ni...klik Blog ELIA..Ha?Sapa? ehm..FYI, nilah ex-tunang Khairul Fahmi Che Mat.. alah Elia Jejari Runcing..ehm..posa2 ni nak ajak bergosip ker aku ni? Eh takla..sajala aku nak tengok apa reaksi dia lepas putus tunang tukan..ehm..She's a strong womanla bagi aku..Hidup ni macamtulakan...Yang kuat ja boleh survive..Yang tak kuat lak, bunuh diri dah..Then aku tengok pulak Blog Cik Epal.. Cik Epal ni adala dedicate satu entry ni  untuk Elia. macam ala2 motivasi nak teruskan hidupla..jenis2 tula...Then dalam banyak2 kata2 Cik Epal tu,aku tertarikla dengan bait2 ayat kat bawah ni...


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan…

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA..



Tulakan....kadang2 kita ni..selalu tertanya-tanya..."Awatla Allah pertemukan aku ngan si polan ni,awatla mamat ni yang jadi kawan aku..Awatla minah ni yang jadik roomate aku..dan macam2 lagikla yang kita selalu tanya Allah sebabnya kadang2, orang yang kita jumpa tu selalu sangat buat kita rasa sakit hati, hari-hari berendam air mata ngan sikap dia, dan adakalanya, kita hampir rasa xbersemangat nak hidup bila bersama atau ditinggalkan dengan orang-orang yang SALAH ni..Tapi tula,setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya...Ada benda yang Allah nak bagitahu kita...Sesuatu yang kita jarang2 perasan ataupun kadang2 malas nak ambil tahu..


Kadang-kadang orang yang SALAH tula yang membolehkan kita kenal sapa diri kita..Orang yang SALAH tulah yang sebenarnya menunjukkan kelemahan diri kita..dan orang yang SALAH tula yang sebenarnya membuatkan kita lebih bersemangat dan kuat untuk menjalani kehidupan sebagai seorang manusia..dan Alhamdulillah, jujur aku katakan, aku selalu mendapat peluang untuk mengenali diri aku dengan sedalam-dalamnya melalui orang2 yang SALAH ini..So, apabila kita dah kenal ja ngan diri kita,secara automatiknya, kita dah boleh detect, tang mana kurang dan lebihnya kitakan..Benda-benda ni,kita boleh guna untuk guide diri kita pada masa kan datang..

Kita manusia,bukan tuhan yang boleh menentukan Intro atau ending diri kita bagaimana..kan.Kadang-kadang kita rasa,kita dah prepare sehabis baik..Intro tu bukan main cun lagik..Tapi bila Allah dah kata macamni...Akhirnya, begitula jugak...Ibaratnya macam perkahwinanla jugakkan..Awal2,semuanya terjaga..cun,kemas,cantikkkkk..Last2,bercerai jugak...walaupun dah melibatkan puluhan tahun usia perkahwinan tu...Tapi harus diingat, penceraian,perpisahan atau kegagalan dalam kehidupan tu bukanla ending cerita hidup kita yang sebenarnya..Ending cerita kita bila kita berada di dalam syurga atau neraka..Ha..time tula..baru kita tau bagaimana kesudahan hidup kita..

Jadi,as long as kita masih bernafas, walaupun dalam keadaan putus tunang,diceraikan suami,ditinggalkan balak atau awek, gagal dalam peperiksaan, kita mesti teruskan hidup kita..Life must go on..kata omputihnya..hehe..Sebab kitakan nak ending yang bestkan?APA ENDING YANG PALING BEST??SYURGAAA...kehkeh..So, teruskanla hidup ni..berjalan... dan berjalan...kalau nak toleh sekali sekala,boleh...Tapi selepas tu,berjalanla lagi..Sampaila kita jumpa destinasi hidup kita yang sebenarnya..Intro tak best,xsemestinya ending dia xbest jugakkan;-)




P/S: Patah tumbuh hilang berganti...Kumbang  bukan seekor,bunga pun berkuntum-kuntum kat Botanical Garden...hehe..Ada tu kalau cari..;-)

5 comments:

Anonymous said...

menarik..

Hafizah Radzak said...

betul jannah,same goes to me...dgn org yg salah tu lah kita jadi lbh knl diri kita,slh slp kita,kekurangan kita..moga ia jadi panduan mencari ending yg terbaik buat diri,dunia dan akhirat,Insyaallah

Jannah said...

WAH..BILA cikgu dah mula bersuara..hehe..yalah wey,seronok jugak jumpa org2 yang SALAH nikan..ehm..

Syar said...

woi Botanical Garden tu cam yg kat uni aku jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Jannah said...

lah yaka..nanti sy bawak kat satu botanical garden ni syar..serius lawa..hehe