Saturday, 20 August 2011

Itqan..


Ehm...dah masuk hari ke 20 kan ummat Islam berpuasa...Sekejap sangat rasanya,pejam celik pejam celik,daaah nak dekat raya dah ha..TV dan radio pun dah mula keluarkan rancangan-rancangan dan lagu-lagu raya..Kesian Ramadhan,pemergiaan dia seolah-olah dialu-alukan,bukan ditangisi..Ehm..

Minggu ni bukanla minggu yang menggembirakan untuk keluarga aku kerana mak aku sakit...Suatu hari mak aku hampir pengsan semasa berbuka puasa..Apabila diperiksa di sebuah hospital kerajaan,dengan pemeriksaan yang tidak lebih daripada 10 minit, doktor memberitahu yang mak hanya sakit demam biasa walaupun ketika itu,mak sudah demam berhari-hari.

Keesokan harinya, mak masih demam dan bertambah teruk..Jadi,abah mengambil keputusan untuk menghantar mak ke hospital swasta di Kedah iaitu KMC (Kedah Medical Centre). Apabila diperiksa,mak aku  disahkan menghidap Demam Denggi dan paling mengejutkan kerana Denggi itu ialah Denggi Berdarah..Bayangkan kalaula mak hanya bergantung kepada ubat yang diberikan tanpa mengetahui penyakit sebenarnya?


"Syabas" aku ucapkan kepada sesetengah doktor di hospital kerajaan mahupun swasta yang sememangnya terkenal dengan PARACETAMOL dan PAIN KILLERnya..hehe..Mungkinkah khidmat SESETENGAH daripada mereka ini perlu diukur dengan wang yang diberikan? "Semakin banyak wang yang diberi,semakin berkualiti khidmat yang diberikan"..Maaf sekiranya ayat ini agak melampau tetapi hipotesis itu ikhlas ditujukan untuk SESETENGAH daripada mereka itu.. 
KMC..kelmarin..
If we still believe to the "doctor" who said that my mom only has an ordinary fever..

Pesanan aku kepada diri sendiri dan  insan-insan  di luar sana samada doktor,peguam,guru,akautan,pegawai farmasi dan sebagainya iaitu "status,jawatan, gelaran yang diberikan bukanla suatu kebanggaan yang boleh kita gunakan sebagai medium untuk kita mencapai kepuasan ataupun cita-cita kita di dunia ini sahaja tetapi, sebagai amanah daripada Allah yang wajib kita laksanakan secara sempuna dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T..Bekerjala dengan Itqan iaitu prinsip yang menekankan kesungguhan dan juga keseriusan dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberi kerana adakalanya satu kesilapan dan kelalaian dalam pekerjaan kita mungkin akan menghancurkan masa depan dan hidup orang lain" Syafakillah mak ~




P/S:  Rasulullah saw; “Allah sangat menyukai mana-mana hambaNya yang bila melakukan sesuatu kerja dilakukannya dengan sungguh-sungguh.

8 comments:

Anonymous said...

mak dah sehat ke?kena tahan wad?
:::tiptop:::

EFFA KHAIRUNNISAK said...

pakat lupa keberkatan gaji ...

Anonymous said...

syafakillah..ce try bg minum air kelapa muda or perahan limau nipis (http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/shakinah.html).....minum air zam-zam pn bleh jgk...

Jannah said...

Kak Tipah: ya kak...masih di wad..

Kak epot: manusia kadang2nya.."ter" lupa..

Anon: Makasih..

Munira Shaari said...

semoga mak jannah cepat sembuh..amin

Jannah said...

thanks munira..

Muhammad hamizan bin yusof said...

jannah..sabar k...semoga mak jane cepat2 pulih...

Jannah said...

hamizan: Makasih.