Friday, 26 August 2011

"Up"..Inspirasi seorang pencinta dan pengembara..♥

Assalamualaikum dan salam 27 Ramadhan..


Ehm..Ok,sebenarnya aku nak share sikit satu video kat youtube yang aku jumpa tadi...Tapi aku nak korang fokuskan kat video tu,bukan lagu Devotees ni ..hehe..Sebab??Sebabnya, babak-babak video yang diambil untuk lagu ni sebenarnya, diambil daripada filem " UP" iaitu antara filem animasi terbaik yang pernah aku tonton selama aku hidup selepas Upin-Ipin, Usop Sontorian,Chicken Run dan Horton Hears a Who.


Sedih sangat cerita ni..Menangis aku tengok walaupun yang berlakon tu kartun ja..sebab mesej dia betul-betul sampai dalam hati aku.. Dalam cerita ni,adala sikit-sikit berkaitan dengan kisah dan impian aku..iaitu.."Mengembara bersama-sama dengan orang yang kita cinta ke tempat yang paling kita impikan selama ini" Ni impian jalah..Masing-masing ada impian masing-masingkan kat dunia ni? 


Jom tengok video ni dan aku akan ceritakan serba sedikit mengenai cerita Up ni..Err..pause dulu eh lagu kat blog aku ni sebelah kanan yang bawah ni..hehe..sorry...




Sedikit info mengenai cerita ni...




Berkisarkan tentang sepasang sahabat iatu Carl dan Ellie yang sama-sama suka mengembara dan mempunyai idola yang sama iaitu seorang pengembara bernama Charles Muntz..Kemudian,setelah berkahwin,   mereka mula memasang pelbagai jenis impian dan angan-angan termasukla memiliki anak.




 Walaupun begitu,Ellie telah disahkan tidak boleh mengandung oleh doktor akibat daripada mandul ataupun ntahla..aku pun tengok-tengok,paham gitu ja..Ellie sangat sedih..Namun,suaminya sentiasa memberikan semangat dan motivasi kepadanya.. Mereka berdua kembali bersemangat dan mula mengumpulkan wang untuk ke tempat impian mereka iaitu "Paradise Fall",tempat yang juga telah dilawati oleh idola mereka iaitu Charles Muntz dan kawasan di mana mereka memasang impian untuk membina rumah mereka di situ..


Impian untuk membina rumah di Paradise  Fall..

Walaupun selalu menabung,namun ada saja halangan yang menimpa mereka menyebabkan mereka terpaksa menggunakan tabungan yang dikumpul untuk ke Paradise Fall tersebut..


Lama kelamaan mereka pun menjadi tua tapi impian mereka masih juga tak kesampaian sebab xcukup duit...Kesiankan..Carl yang menyedari bahawa impian mereka masih tidak kesampaian terus membelikan tiket ke Amerika Selatan, di mana Paradise Fall terletak..Namun begitu..sebelum sempat dia tunjukkan tiket tu kat Ellie, Ellie terlebih dahulu meninggal dunia......

segala-galanya hanya tinggal memori..

Carl sedih....sedih sangat..aku pun sedih waktu tu..Dia bertukar menjadi pendiam dan murung. Lama kelamaan, disebabkan beberapa masalah, Carl mahu dihantar ke rumah orang tua-tua..Waktu pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat datang nak ambil dia tu..Dia kata..dia nak tengok rumah dia wat kali terakhir...Tapi, selepas masuk ke dalam rumahnya,Carl terus tidak keluar..Ehm..tau dak dia wat apa dalam tu....hehe


Kebetulan Carl ni penjual belon..Jadi, dia gunakan semua belon-belon untuk menerbangkan rumah dia..Terangkat habesla time ni..
Dia teruskan juga impian dia dan arwah isteri dia untuk sampai ke Paradise Fall...
Setelah melalui banyak rintangan,ribut,taufan semua..akhirnya..Dia pun sampai ke tempat yang dia dan isterinya impikan sejak dorang kecik lagi..


Akhirnya...sempurna juga impian pasangan suami isteri nikan walaupun salah seorang tak dapat nak bersama-sama untuk menyaksikan memori yang paling bermakna ni..huhu

Thanks for reading...=)


sekali lagi,permintaan saya, kita tengokla video ni....T_T



P/S: Google thanks ya untuk gambar-gambar semua..=)

10 comments:

Munira Shaari said...

jane, sy suke sgt cite ni, sy dh tngk ulang2 kali..sweet kn couple 2..bdk 2 pun comel giler, pipi dia tembam mcm kuin pau huhu

Jannah said...

sweet sangat...tu yang dituntut dalam islam...sy sukala ngan dorang punya style crita..hopefully cerita melayu pun boleh wat camni..

Munira Shaari said...

jane jom buat impian nk buat rumah kt sungai amazon hehe

Jannah said...

sungai amazon..pastu watla satu lagi impian..dimakan oleh anakonda@pirana..hehe

Hafizah Radzak said...

jannah,x penah tgk cita ni,tringin plak nak tgk....

Munira Shaari said...

jane: huhu, Ellie masa kecik sgt selekeh n sememeh kn..dh besar jd ayu pulak hehe..so sweet!

Jannah said...

Fizah: Cubalah tengok cerita ni..tersangatla best!!!!! serius sangat3..=)

Munira: Tau xpa..lawa sangat..diakan tomboykan dulu..hehe..dia yang propose carl jadik bf dia..hehe

Munira Shaari said...

jane: 2 la comel sgt, carl 2 sgt nerd huhu

Jannah said...

setiap kali tengok video ni..mesti rasa nak nangis..siyan kat carl...huhu

Munira Shaari said...

a'ah sbb last sekali dia sendirian...