Thursday, 30 August 2012

Wishlist for Cooking

1) Asam Pedas
2) Masak Lemak Cili Api
3) Mee Bandung

Insya Allah will make it true=)

Amni Wijdan...


Amni Wijdan..Di sebalik keletahnya yang comel..Tiada siapa menduga yang Amni sedang mengalami kesakitan akibat keretakan di bahagian tengkorak kepalanya...Amni terjatuh sewaktu di kampung...Dugaan mengejut kepada abang dan kakak iparku ketika syawal...

Pada awalnya, Amni sendiri pun tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia sakit sehinggalah kakak ipar aku dan mak mengesan benjolan besar di kepala Amni..

Dan sewaktu gambar-gambar ini diambil,kami masih tidak dapat mengetahui yang Amni sedang sakit...

Patutla Amni muram ja waktu raya di rumah..Rupa-rupanya..dia sakit..

 A'mni dengan mamanya..
Amni ngan Khola Jannah yang xtahu apa2..Sori Amni..

Try to grab whatever in front..



Syafakillah Amni..Tok Wan, Nenek,Nyang, Papa,Mama,Ibu,Abah, Mak lang, Pak Teh, Maksu, Khola, Abang Aliff,Abang A'dnin ngan Arif doakan..Amni cepat sembuh ya...

Lagu ni Khola tujukan untuk Amni..Kalau Amni dah besar nanti,Amni fahamla apa makna lagu ni...



                             P/S: Ujian adalah tarbiyah dari Allah..

i will not let you go..



Wednesday, 29 August 2012

Mood: My name is Khan..

my name is khan

My favourite hindi movie after 3 IDIOTS..

Hebat cerita ni...Walaupun ada sedikit yang tak kena especially bila Mandira yang non- muslim berkahwin dengan Rizvan Khan yang Muslim without convert to Islam tapi jalan cerita dan ending dia benar-benar boleh membuka mata masyarakat tentang Islam yang hakikatnya bukanla agama pengganas..Aku suka sangat!

Hopefully akan ada lagi cerita-cerita sebegini dikeluarkan...I adore this story very much..serious! Thanks to those who did this film=)

Pasti ada yang lebih baik..


Kehilangan...Satu perkataan yang takkan terlepas daripada berlaku kepada mana-mana makhluk Tuhan di muka bumi ni..Pada manusia yang tewas,pasti akan menyalahkan Tuhan atas setiap kehilangan yang berlaku kepadanya..Tapi tidak kepada manusia yang tabah yang senantiasa redha dengan setiap dugaan yang diberikan kepadanya...

Sejujurnya..aku pernah melalui saat-saat kehilangan yang amat perit..Peristiwa yang berlaku ketika aku benar-benar mahu berubah menjadi insan yang lebih baik..Pernah aku mempersoalkan kepada Allah kenapa dalam ramai insan yang ada ketika itu, aku juga yang dipilih untuk menerima ujian tersebut..Hampir sahaja aku tergolong dalam golongan yang tewas dalam ujian itu kerana keengganan hatiku untuk Redha dengan dugaan tersebut...Tapi Allah itu maha mengetahui lagi maha mengasihani... Dia memilih ujian tersebut untuk mengurangkan segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan..Dia memilih aku untuk memberikan aku sesuatu yang lebih baik..

Dan tidak berapa lama selepas itu...Janji Allah itu pasti..Ya..Allah telah menggantikan kepadaku sesuatu yang lebih baik daripada yang sebelumnya iaitu... pengalaman.Ya,pengalaman seseorang tidak dapat dibeli mahupun dicuri oleh sesiapa.. Alhamdulilah, dengan pengalaman itulah menjadikan diri aku lebih kuat daripada dahulu dan lebih prihatin dengan perkara disekelilingku..



p/s: Bersangka baikla dengan Allah...Pasti ada yang lebih baik..

Sunday, 26 August 2012

My best friend half taken' s day..=B

 Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat hari raya sekali lagi buat yang telah habis berpuasa enam=)..Kepada yang tak start berpuasa lagi termasukla aku..Xpa, ada masa lagi nih..(Hahaha,ayat sedap perut ja)..kehkehkeh..Ehm..Sebut pasal raya nikan..Time2 ni,alhamdulillahla,aku bukan sekadar menerima undangan rumah terbukak sebab raya ja tapi banyak rumah kawan2 aku "dibukak" atas sebab2 yang lagi special bagi dorang...=)

Thanks to Allah, The most Gracious,The Most Merciful..Semalam telah selamat berlangsungnya majlis pertunangan sahabat baikku Najihah Khipli..=).. Mabruk Jihah for your Excellent day!
hehe..Sayangnya aku xdapat menghadiri majlis tu kelmarin memandangkan aku masih berada di Kuala Lumpur, jadik xdapatla aku datang untuk memeriahkan majlis beliau itu..Gitewww..(hahaha..ayat menyampah sikitlakan)hehe

Rasa sekejap ja masa berlalu..Rasa dewasalah sangat tengok dorang2 ni dah bertunang..haha..Apa2pun ,you have already been booked..hehe..Tahniah bestie!!!May Allah bless you,your family and Him until Jannah=)

 Credit pictures to Aliaa Safar and Farhanah Ismail, maceh..culik jap gambaq kat depa=)

My most beautiful friend is already half taken..haha...

Diapit oleh calon2 menunggu,Naurah n Aliaa..hehe..(joke)

 Jihah with Enah
 Amik seri dia kaih enah,pastu bagi aku sikit..hahaha

 
 Yang tiada dalam gambar...Jannah Othman..hehe..tetiba
SMKAP...Valley of Beauty..haha..ayat..hehe



Walaupun bantal lapik ada dua..Tapi dia duduk sorang-sorang dia ja...Menunggu si dia yang benar-benar halal,baru mahu duduk bersama..Double Thumbs Up aku kasik kat sahabat aku ni,(budak Law Syariah Usim lah katakan)..=)
Semoga Allah mempermudahkan urusan sahabatku Najihah untuk langkah yang seterusnya ..Insya Allah..


Credit pictures to Aliaa Safar and Farhanah Ismail=)
and xdilupakan juga..
Congratulation also to a few SMKAPIANS for your E-day=)

1) Nazatul Anis
2) Nawari Jusoh
3) Fatin Nur Atiqah

Quotes for today=B



Die to reborn


Friday, 24 August 2012

My brother Fir..



My dear brother Fir...

Sometimes, in order to get something, you must sacrifice many things..
Allah is the greatest listener.. Tell Him whatever you want..He never sleep whenever we pray to him..Never give up in putting your trust to and keep on strengthing your Iman and akhlak..I always support your plan, don't worry=)

p/s: Bukan senang nak senang..Bukan susah nak susah...

Thursday, 23 August 2012

Raya mood!

Kids at heart..hehe..

Since we still in raya mood,so last night, my sis and I were playing this "bunga api besi" (in order to entertain our heart)..hahaha..why? Because our family trip to Cameron Highland has been cancelled due to some reasons! wuhuhu....soooo saddd... but never mind...Innallahya'lamu,wa antum la ta' lamun...Allah knows whatever hidden... maybe there'll be a better plan from Him right...=)

p/s: Keep on smiling=) 

Semalam

Setiap ketentuan Allah tu..penuh dengan surprisekan..Xtahula apa yang Dia nak bagi kat kita...Really2 unexpected gift to me last night..

Semalam first time aku dikejarkan ke wad kecemasan sebab mengalami kesesakan nafas and sakit perut..Xtaula kenapa waktu tengah berbaring nak tidoq tu,dalam pukul 1 pagi tetiba ja perut aku terasa sakit yang amat sangat sampai 2,3 kali jugakla muntah..Pastu tak semena-mena,aku pun susah sangat nak bernafas..Terasa macam nak pengsan dalam tandas tu..

Aku ingat mungkin ajal aku dah nak dekat kot malam tu..siap mengucap bagai..Tapi dalam hati, aku gtau Allah yang aku xnak mati lagi..Dosa aku banyak..Lepas dh xtahan sangat,aku pun pergila hospital ngan abang aku..Sempat adik aku kasik pain killer for menstruation punya..ntahla..aku makan ja sebab xtahan sangat

Bila dah jumpa Dr ,dia cakap mungkin aku ada yang salah makan kot...sebabnya aku ni ada gastrik..Pastu bila lambat makan ka,makan benda bukan-bukan ka memang nahasla.. Aku lak g terjah makan tapai lak macam makan nasi petang tu..memang bergocoh ar perut aku kat dalam tu..hai...

Tapi..kejadian semalam....benar-benar buat aku rasa takut dengan kematian..Tambahan pulak,masa aku tengah menunggu giliran tu ada pesakit yang baru ja masuk..anak-anak dia semua menangis-nangis..Katanya,dah 20 minit xsedarkan diri sebab darah tinggi n kencing manis..Dr sampai kena tutup pintu bilik sebab anak-anak patient asyik masuk keluar bilik pemeriksaan tu.. Elok aku keluar ja dari wad kecemasan tu baru DR tu bukakan pintu untuk anak2 dia masuk, aku xsempatla plak nak tanya tapi sebaik ja aku melangkah keluar, aku terdengar tangisan2 yang kuat dari dalam bilik tu.. Ehm...

p/s: Takut mati......Takut sangat..

Tuesday, 21 August 2012

=)

Raya kali ni...penuh dengan kejutan..=)
Agak-agaknya..apa lagik kejutan yang akan muncul pasni..

Sunday, 19 August 2012

Jom puasa 6!

 Dalam banyak2 puasa,aku rasa puasa 6 lah paling mencabar nak buatkan...Yalah..asal nak puasa ja,mesti ada rumah terbuka..Tapi kenala bagi belajaq2 jugak..dah tuakan kita..esok2 nak ajar anak camana kalau sekarang pun xkuat..ye dok?

Hehehe..Hepi Eid Mubarak=)

Nasib

Ehm.. Selamat Hari Raya!!!hehe..Dah raya dah kitakan..rasa macam baru ja puasa semalam.. Aku seronok sangat tgk muslimin dan muslimat harini..bukak fb,semua tunjuk gambar pakai baju raya masing-masing..pergi jenjalan naik keta plak, nmpak semua pemandu menggayakan pakaian raya masing-masing..Alhamdulilah..bertuahnya kitakan..xmacam Muslim kat Myanmar,Palestin n Syria..Nak raya pun ada limit sana sini...Apa2pun, semoga Allah memelihara mereka dan seluruh umat islam di seluruh dunia..Amin...

Tadi ramai sangat datang umah aku..sampai xmenang tangan jadiknya..Anak murid aku dan kawan-kawan aku pun ada yang datang..Ramai..yang bawak suami pun ada..hehe..malu-malu ja rupa diorang..=)

Ada seorang sahabat aku yang datang ni,mengajak aku menghadiri majlis pertunangan dia..Bertunang pulak dengan salah seorang kawan aku semasa di sekolah rendah..hehe..Alhamdulilah..berkat pilihan orang tua..seorang wanita cantik akhlak serta rupawan dan seorang lagik rijal yang bepekerti sangat mulia..Aku mengenali kedua-dua mereka di sekolah rendah yang berbeza..=) Rasa gembira mendengar khabaran sahabatku itu.....Apapun...itulah nasib dia,bakal mendampingi jejaka soleh yang kaya dengan akhlak serta kaya juga hartanya..Rezeki tu..=)

Nasib kita lak..belum tentu lagik..baik akhlak kita,baik jugakla akhlak mereka..



Saturday, 18 August 2012

3 days before raya..


Alhamdulillah..esok dah nak rayakan..rasa macam sekejap ja masa berlalu..Kalau orang lain habiskan masa saat2 akhir bulan posa ni dengan wat kuih,aku lak wat assignment..fuhhh...melalui saat2 genting tu cam nightmare gak bagi aku...So,lepas wat assignment,dari perlis terus aku KL untuk antaq assignment2 ni kat lecturer..Family aku suh aku post ja tapi aku tak sanggup nak menghadapi kehilangan assignment aku kalau tiba2 menda tu hilang ataupun xsampai tepat pada masanya..Assignment ni nyawa aku..Kalau xdak,payah aku nk grad..huhu..Nauzubillah..

Jadi, dari Perlis, aku bertolak daripada Kangaq pada kul 11.30 malam, dan sampai Pudu kul 7.00 pagi..

Two assignments in a week...perghh..
Dari bas ke tren, dari tren ke tren dan dari tren ke bas...Hanya untuk antaq 2 naskah ni sahaja..ehm..

Here we are..My kuliyyah...=)
The place that both of you should go...Insted

Already submitted...=)))))
Jaga bebaik eh kak assignment saya..

Alhamdulillah...rasa lega sangat2 bila dh antaq..Pastu g jumpa kawan sat

Sunyi UIA...lengang...
Noboby..Nobody but me!!..hehe..rasa macam nak jamming ja tengah2 jalan ni..haha..gila tetiba..
Jalan menuju ke mahallah aku..semua dah balik beraya gamaknya ya..
Jumpa Dijah buat kali terakhir sebagai pelajar undergraduate..ce..hehe..Pasni,dia dah jadik budak Master dah...huhu..xpa,sabar2..tahun depan aku lak..Insya Allah!

Dengan makcik2 cleaner yang sangat baik dan selalu membantu urusan kemas bilik mahallah kami..Thanks makcik,selamat hari raya=)


8 jam perjalanan dari Perlis ke Gombak untuk menghantar assignment ni dirasakan sangat2 berbaloi walaupun agak sedikit penat..Dapat jugakla tengok suasana orang nak raya di KL ni..Dan dapat jugak berbuka dalam kereta sebab jam nak balik Perlis ni...haha

Ehm..okla..memandangkan maybe ni last entri aku untuk Ramadhan ni..jadik aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berbuka dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia.. Taqabballahlahuminna waminkum, ( Semoga Allah menerima ibadah kami dan kalian)  Dan sekiranya terdapat  kekasaran dan ketelanjuran bahasa yang pernah aku lakukan kepada korang langsung ataupun tak langsung, aku memohon seribu kemaafan from zahir dan batin k..kita kosong2lah ya..=)

from goo..=)


P/S: Jangan lupa niat mandi sunat hari raya esok ya=)

Wednesday, 15 August 2012

Words Wednesday: Kepulangan yang dinanti=)




We are so busy growing up until we forget that they also growing old..

p/s:  Balik kaih,mak nak ajak wat koi tat!=)




Monday, 13 August 2012

Friday, 10 August 2012

Ustaz Abdullah Fahmi - Solawatu (Official Music Video)



OST for Baitul Rahmat..Lagu yang dipaparkan diawal rancangan Baitul Rahmat yang mengisahkan tentang suka duka orang tua-tua di sebuah rumah orang tua yang bernama Baitul Rahmat...selawat ringkas yang sangat meruntun jiwa2 yang mendengar...semoga kita tidak tergolong dalam kalangan anak-anak yang menderhaka terhadap ibu bapa kita..Amin..

Thursday, 9 August 2012

BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey) TV Commercial Director's Cut (Engl...



I'm crying while watching this.....Friendship between two different boys who have two different worlds but they complete each other because they have the same feeling in their heart which is love ="(

Tuesday, 7 August 2012

Words Wednesday: Stairways to Heaven


Selamat hari rabu...hehe...ada lakkan...sambil-sambil nak ambil mood siapkan assignment aku ni..aku nak cerita sikit tentang one of the korean drama series yang pernah menjadi pojaan hati aku dulu iaitu Tangga-tangga ke syurga..cewah...very the translate..Cerita Stairways to Heaven ni aku tgk tym aku sekolah menengah rasanya...Ntah..waktu tu ramai yang duk melagho tgk cerita ni,so aku pun terikutla jugak tgk sampai mak aku pun potong wayar tv sebab asyik tgk tv ja..Hahaha..apala mak..

Stairways to Heaven...The..Tragedic love....last skali heroin tu mati...habis crita..


One day, Nicole (pemandu pelancong) bertanyakan kepada aku ngan kawan-kawan dalam bas... "You only have two choices for theme parks..Everland or Lotte World..Which one you would prefer to go?"

Sepatutnya kami ke Everland, tapi oleh sebab waktu tu tengah hujan jadi Everland yang ada banyak games outdoor tu cam xsesuaila pulak dengan cuaca waktu tu and  yang Lotte World tu pulak kecik ja...(katanya)..Then kawan-kawan aku pilihla Lotte World..Aku lak,dua2 aku xtahu dan aku memang xtahu pun..haha..Mana2 yang free,aku pi ja..(dasar nak free ja aku) errr..

Sampai-sampai ja, aku macam terdiam jap....macam rasa...rasa ala-ala cam dejavu tau..rasa macam pernah tengok tempat ini..Tapi kat mana eh...Ehm..it's just like a typical Disneyland ..Tapi,rasa macam...(drama sangatla pulak ayat akukan).. Tapi aku pernah tgkla dalam cerita,xtau cerita apa..


Ada apa ngan tempat ini ya...?ehm...

So setelah memeningkan kepala dan otak aku dengan menaiki permainan2 di bawah ini iaitu:

  Ni  Swing Tree...Berpusing-pusing aku naik natang ni..Takut gila..takut tym tengah berpusing ni,dia tercabut pastu ngan aku-aku sekali tercabut nyawa..Tak pun,tercabut2 terus terbunuhkan orang ramai yang tengah nganga kat bawah tu..
It's getting faster and faster..

Tengah-tengah melayan kepeningan..Tiba2..aku ternmpak itu...itu dibawah ini..

Naikla aku pun....Dah naik2 tu...Allah!!Allah!!Allah!! Terus ingat hari kiamat kau!

Tinggi gila..Aku tutup mata bukak2 dah duk kat tasik....mau tak mengucap aku...Rasa cam nak jatuh pankreas aku..

 Pastu xsedaq diri lagi...naik ni plak..Tapi ni..okla..Bolehla pusing-pusing..cak2 sikit..

Naik pulak yang ni...ce..mula2 ingat koman2 ja cam tadi...

Sempat wat muka takabbur sebelum naik..

 Sekali  bila dah naik...
 ALLAHUAKBAR!!Awat x strok jap aku atas langit tu...Bayangkan... Mula-mula aku tutup mata,bukak2 ja terus tergantung kat atas tasik tu,dah macam sotong dh aku rasa..Bukak lagik,rasa dia  nak berlaga habih woo ngan bangunan2 tu..Hai..Padan muka aku..Mujuq aku dh tanggalkan kasut aku, yang kawan aku ada yang tercabut habis tapak kasut depa..hahaha..Nila penangan Gyro Swing yang gila..Moral of the story: Jangan riak,doso!!

Tengah-tengah gelong ,naik tu naik ni...suddenly,aku pun masukla ke games indoor dia...
Bila dh masuk tu...

Eh! Eh! Eh!...Eh! banyaknya eh aku..eh...cam pernah tengokla merry go round ni...

Rasa nak naik sangat menda ni tapi ramai sangat orang duk beratoqnya..

Sambil2 tu aku duk ushala merry-go round ni sebab dia nampak cam dalam cerita Stairways To Heaven punya..

Suddenly i found this...
 
Ha....betulla..it was its filming site=)

And also this....
Mural yang dilukis dalam cerita tu...

Bogoshipda...Bogoshipda.....(tetiba )
Tgk ketapi atas tu...teringat something...=P

Tempat dorang main ice skating..haha..


 Bogoshipda tu maksudnya.... sy rinduuuukan awak..haha...lagho ja bunyiknya..wutever..Yang penting petang ni jom tengok Hidangan Barakah kat TV AL-Hijrah.. Masak dari hati,masak with Imaaaannnn...=)