Thursday, 28 April 2011
~Jangan risau mak dan abahku~
Malam ni terasa rindu pulak kat mak ngan abah aku...Maklumla,hampir seminggu depa kat kulompo sana nuu..Patutnya bila orang "KEEL" macam aku ni balik( (sila jangan muntah),depa melekatlakan kat rumah,tapi mak aku lak ada mesyorat kat PD...huhu....Kadang2 camtula kitakan..bila dekat,"mak ni kuat ceramahla,berletiaqla,khutbahla" tapi bila dah jauh ni.....teringat plak den ni ha..
Malam ni den teringat plak dengan pertanyaan mak den boborapo hari yang lopeh (awat aku cakap negeri sembilan plak ni, sesat betulla)..Mak tanya, "takdak calon ka?takdak sapa2 ka duk berkenan kat den ni?"
Aku gelak..makin lama makin kuat...amboih dulu bukan main...bukan setakat CALON, nak sebut CA... pun mak aku pantang..."JANGAN DUK GATAAAAAIIIIIII, POTONG LEHIAAAAAQQQQ!!"
La ni tanya soalan mcam nak menggalakakan aku nak bermarka maruku plak,kahkahkakah...
Aku senyap...pikiaq...lagu mana nak menjawab kat mak aku ni...Nak kata ada...ada...tapi baru ja bertunang minggu lepas..Sapa lagik,Ashraf Muslim tulah...hehehe...gurau2...Dia tak kenai pun aku..Astagfirullahalazim..Lagha plak tetiba..huhu..
Pastu adalah jawapan aku kat mak aku tu..Ehm...diam tak diam..dah 22 tahun kan umoq aku..kalau zaman dulu,anak dah 3 orang dah..Tgk FB, batch aku memang tak ramai yang kawin lagik..yalah..baru duk belajaq..maybe 2 atau 3 tahun lagik,Insya Allah la....
But honestly speaking..aku cam nak jawab ja kat mak aku....." I don't really mind about that and i'm still young". tapi aku tak jawab camtula..
Tapi satu hari..aku tengokla...abah aku duk sikat rambut mak aku..Lama aku merenung melihat mak dan abahku ni.......Raut wajah mak dan abah jelas terpamer kegembiraan walau kedut kian memamah senyuman mereka..Terdetik dalam hati aku..Begitukah aku nanti? Adakah aku akan bahagia dengan rumah tanggaku kelak?Wallahualam..
Zaman sekarang,jujurnya ingin aku katakan agak sukar untuk menemui lelaki yang benar2 "baik"..Sukar dan terlalu sukar...Mungkin ada, tapi terlalu sedikit..Ibarat semut kecil yang berada dalam Hutan Amazon...Terlalu kecil bilangannya dan terlalu sukar untuk ditemui.Majoriti yang aku lihat, jarang menuntut komitmen selepas berkahwin tapi lebih kepada komitmen sebelum kahwin..
DAN semestinya itu yang aku cuba elakkan dan seboleh-bolehnya jauhkan......Pengembaraan aku menuntut ilmu ni masih belum berakhir, banyak lagi cabaran yang perlu aku lalui ..Aku cintakan ilmu dan sangat2 sayangkan ilmu2 ini..Kelemahan2 aku juga terlalu banyak dan sangat perlu diperbaiki..Sikap aku,ibadat aku...banyak sangat yang kurang..jadik, masih jauh lagikkan perjalanan aku ni..
Mungkin mak ngan abah takut adik aku "mendahului" aku,kata orang "langkah bendul". Tapi jangan risau,tiba masanya bernikah juga aku ni...Kalau Qilah nak go on dulu, silakan..Green light akak berikan...;-)
pssst: Congratulation to Kate Middleton and Prince William...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Jannah jgn lupa tiket kapal terbang kalau kahwin dgn Arab - NSI
Post a Comment