Dah hampir 10 hari aku di rumah...masih lagik berbaki 150 hari sebelum ke kampus...Namun, terasa masa berlalu dengan begitu pantas..
Minggu depan keputusan peperiksaan akan diumumkan..berdebar2 aku rasa..Ntahla berapa yang aku dapat kali ini..Bila aku ingat2 balik, terlalu banyak perkara yang menyedihkan berlaku ketika aku menghadapi Final yang lepas...Yang paling aku ingati ialah hilangnya harapan aku untuk menjadi guru setelah aku gagal untuk mendapatkan biasiswa KPM itu...Biasiswa KPM ialah antara platform utama untuk menentukan sama ada kita akan diambil terus berkhidmat sebagai guru atau tidak selepas tamat ijazah nanti...Dan aku antara dua orang pelajar UIA yang gagal melepasi salah satu ujian tersebut.....Terasa aku seorang yang tersangat bodoh ketika itu..Terasa menyesal kerana keluar dari Maktab Perguruan suatu ketika dahulu..Terasa aku memang seorang yang malang..Terasa memang tidak berguna...
Tapi Alhamdulillah...sekeliling aku menguatkan aku..sahabat2 aku terutamanya..Aku masih ingat...ketika keputusan diumumkan...Tiada seorang pun sahabat2 aku yang dapat membincangkan perkara tersebut di hadapan aku...Mereka tahu yang perkara tersebut akan mengguris perasaan aku..Leha menghadiahkan aku Mug dan Dijah membelanja aku aiskrim untuk meredakan tangisan aku..Terima kasih sahabat2 aku...1 hari itu..benar2 mengubah segala-galanya...fuh..
ketika aku menjawab peperiksaan, aku selalu terberhenti seketika dan bertanya, UNTUK APA AKU MENJAWAB SOALAN2 PEPERIKSAAN INI SEDANGKAN AKU TELAH GAGAL UJIAN YANG MENENTUKAN PROFESION AKU KELAK..Tapi aku yakin,setiap apa yang Allah bagi tu ada hikmahnyakan..Bak kata abahku..Mungkin aku bukan ditakdirkan menjadi guru tapi pensyarah atupun lebih baik dari itu...Mungkin jugakan...Selepas ini apa agaknya aku nak kerja ha...Further sampai PHD aku rasa, kerja terus kat oversea, then baru aku balik Malaysia untuk kahwin, kan...
Ya Allah...kau tidak akan membiarkan aku menangis dengan lamakan.......aku yakin..
2 comments:
Good Luck result! aku yakin awak boleh! weeee eksitednya jumpa bklog baru awakkkk!
Mudah-mudahanla nook...ntahla...
Post a Comment