Thursday, 21 April 2011

Bertunang......

"Jannah, saya nak tanya...kalau awak ada tunang,awak nak tak jalan ngan tunang awak tym g pasar malam cam kaple tu?", tnya sahabatku dijah...lepas aku pulang dari pasar malam...Soalan jah...agak mengejutkan aku...tapi aku jawab ja....

"Ada lak tanya camni....mistilah nak...jalan ngan tunang,mistilah orang yang kita sukakan..misitilah nak Jah...tapi.....Tapi saya akan jalan ngan tunang saya..kalau saya tidak bertudung labuh dan bukan Naqibah.." jawab aku bersungguh..

"Maksudnya?"
  
" Maksudnya..........saya tak mahu memalukan orang yang bertudung labuh dan Naqibah2 lain...Begitu juga dengan hal2 berkaple....Susah Jah saya nak berdakwah dalam keadaan saya senirik pun melakukan hal yang ditentang...Orang akan cakap,eleh..diapun sama,nak mengata orang,awak paham tak Jah?"terang aku secara baik2..

 Sahabatku mengangguk faham...Dan aku benar2 berharap yang dia faham..

Teringat aku sewaktu berada di akhir sebuah Program Anak Angkat yang aku sertai dahulu di mana salah seorang lelaki dari keluarga angkatku mengajak aku untuk bergambar bersama-samanya secara berdua-duaan..Aku kaget dan kurang selesa dengan permintaannya...Berkali-kali aku cuba menolak permintaan tersebut..Yang menambahkan lagi ketidakselesaan aku apabila perbuatan aku tersebut dipandang tajam oleh salah seorang Biro Da'wah di situ yang mungkin kebetulan lalu di situ...Walaupun ibu angkat aku turut berada berhampiran, beliau malah menyuruh aku bergambar bersebelahan dengan anak lelakinya...(Disuruh seperti mendesak)

 Benci betul aku dengan situasi tersebut..Ingin sahaja aku terangkan sebab2 mengapa aku tidak menyukai perkara tersebut...Tetapi dalam keadaan orang ramai disekeliling aku..serta tidak mahu mengeruhkan keadaan dan menjatuhkan air muka sesiapa, aku bersetuju untuk bergambar dengan syarat, ibu angkatku mesti berada bersama2 dalam gambar tersebut serta berada di tengah2.......

Aku tahu...Bagi sesetengah orang, perkara ni seperti perkara biasa..Tangkap gambar BERDUA sesama LELAKI DAN POMPUAN,makan semeja sesama dan tengok wayang pun sesama bagi dorang OK JER WHAT,BUKAN WAT PAPEPUN??...Tapi ketahuilah...Perkara2 kecil tersebut sebenarnya membawa fitnah yang amat besar bagi aku...

Napa tangkap gambar berdua takleh?

  • Sebab nanti kalau2 dia upload kat Fb ke apa, then dia tag nama kita..Satu dunia akan nampak...then mulala wat spekulasi..(Tu dia...........ustazah kita........Cakap punya pom prang pom prang..jangan kaplela apala...sekali dia lak tangkap gambaq ngan jantan)- Fitnah,aku benci.

  • Nanti kot2 one day,bila dah kawin...laki atau bini anda terjumpa gambaq tersebut lalu mencetuskan situasi kurang enak dalam rumahtangga anda..( Ooo..bini aku pernah tangkap gambaq ngan jantan dulu..ntah2 dah....) Patu nk cakap apa..Takdak apa aih...cukupkah alasan " Kami hanya berkawan"...saheh curiga tu ada jugakkan sket...Sebab tu kena hati2 sket soal bergambar ni...kan2
Dahla...dah pukul 2.13 pagi...Esok mangkin lewat lakkan..........Esok apa plan ha....
 
  

No comments: