Friday, 29 April 2011

Congratulation to Kate and William;-)



Wow!!! Tadi,aku tgk dari mula sampai habeh wedding depa dua..sangat2 menarik dan fantastic!! second time aku tgk wedding diraja dari mula sampai habes..Yang fes dulu yang Brunei time Dayangku Sarah dengan anak sultan Brunei..Yang tu pun best,aku tgk kat Nona..Cantik gila Dayangku Sarah..Dahla muda, 17 tahun dah kawin ngan Al-Muhtadee Billah..


Dayangku Sarah dan Al-Muhtadee Billah


Lawakan dia...Lama tak dengar cerita pasal dia..


Berbalik kepada Kate and Wiliam, nampak jugakla tadik kelibat David Beckam ngan bini dia mai kenduri kahwin depa ni...Sultan Mizan ngan Sultan Hasanal Bolkiah pun ada sekali...Maklumla, ni antara wedding terhot tau after almost 30 years time wedding Diana ngan Charles...Bestkan2..Orang...hampir 300 ribu datang berkumpul...memang sangat2 ramai...berimpit2 macam sardin...saheh balik2 tu demam puak2 tu..


Bila tgk dorang punya upacara, tak sangkala plak yang dorang pun ada ceramah2 nikah jugakkan...Pnjang jugak ceramah2, asal cakap skit,nyanyi,ceramah skit nyanyi plak....Lama jugakla...danla aku basuh pinggan dulu nak tunggu depa keluaq church tu..Last2 bila kluaq, fuh...menjerit2 panggil nama depa...macam2 perangai, ada yang ajak Harry kawin ngan depa, ada yang masih menaruh harapan kat Kate pun ada..hehe...apa2 pun...they are already married;-)


Down to earth couple went out from church to meet the citizens


I hope that both of you will be happy and live in peace and harmony..As a Malaysian, i do really wish if i can be there just now to see with my own eyes,..but never mind..Just wanna say, congratulation again,may your love remains;-)

TWO HEARTS BEATING TO BE AS ONE..


THANKS GUGEL FOR PICCAS

Thursday, 28 April 2011

~Jangan risau mak dan abahku~



Malam ni terasa rindu pulak kat mak ngan abah aku...Maklumla,hampir seminggu depa kat kulompo sana nuu..Patutnya bila orang "KEEL" macam aku ni balik( (sila jangan muntah),depa melekatlakan kat rumah,tapi mak aku lak ada mesyorat kat PD...huhu....Kadang2 camtula kitakan..bila dekat,"mak ni kuat ceramahla,berletiaqla,khutbahla" tapi bila dah jauh ni.....teringat plak den ni ha..


Malam ni den teringat plak dengan pertanyaan mak den boborapo hari yang lopeh (awat aku cakap negeri sembilan plak ni, sesat betulla)..Mak tanya, "takdak calon ka?takdak sapa2 ka duk berkenan kat den ni?"


Aku gelak..makin lama makin kuat...amboih dulu bukan main...bukan setakat CALON, nak sebut CA... pun mak aku pantang..."JANGAN DUK  GATAAAAAIIIIIII, POTONG LEHIAAAAAQQQQ!!" 


La ni tanya soalan mcam nak menggalakakan aku nak bermarka maruku plak,kahkahkakah...


Aku senyap...pikiaq...lagu mana nak menjawab kat mak aku ni...Nak kata ada...ada...tapi baru ja bertunang minggu lepas..Sapa lagik,Ashraf Muslim tulah...hehehe...gurau2...Dia tak kenai pun aku..Astagfirullahalazim..Lagha plak tetiba..huhu..


Pastu adalah jawapan aku kat mak aku tu..Ehm...diam tak diam..dah 22 tahun kan umoq aku..kalau zaman dulu,anak dah 3 orang dah..Tgk FB, batch aku memang tak ramai yang kawin lagik..yalah..baru duk belajaq..maybe 2 atau 3 tahun lagik,Insya Allah la....


But honestly speaking..aku cam nak jawab ja kat mak aku....." I don't really mind about that and i'm still young". tapi aku tak jawab camtula..


Tapi satu hari..aku tengokla...abah aku duk sikat rambut mak aku..Lama aku merenung melihat  mak dan abahku ni.......Raut wajah mak dan abah jelas terpamer kegembiraan walau kedut kian memamah senyuman mereka..Terdetik dalam hati aku..Begitukah aku nanti? Adakah aku akan bahagia dengan rumah tanggaku kelak?Wallahualam..




Zaman sekarang,jujurnya ingin aku katakan agak sukar untuk menemui lelaki yang benar2 "baik"..Sukar dan terlalu sukar...Mungkin ada, tapi terlalu sedikit..Ibarat semut kecil yang berada dalam Hutan Amazon...Terlalu kecil bilangannya dan terlalu sukar untuk ditemui.Majoriti yang aku lihat, jarang menuntut komitmen selepas berkahwin tapi lebih kepada komitmen sebelum kahwin..


DAN semestinya itu yang aku cuba elakkan dan seboleh-bolehnya jauhkan......Pengembaraan aku menuntut ilmu ni masih belum berakhir, banyak lagi cabaran yang perlu aku lalui ..Aku cintakan ilmu dan sangat2 sayangkan ilmu2 ini..Kelemahan2 aku juga terlalu banyak dan sangat perlu diperbaiki..Sikap aku,ibadat aku...banyak sangat yang kurang..jadik, masih jauh lagikkan perjalanan aku ni..


Mungkin mak ngan abah takut adik aku "mendahului" aku,kata orang "langkah bendul". Tapi jangan risau,tiba masanya bernikah juga aku ni...Kalau Qilah nak go on dulu, silakan..Green light akak berikan...;-)


pssst: Congratulation to Kate Middleton and Prince William...

Syar oh syar

syar..awak tahu...pagik tadik...aku duk basuh pinggan...Tiba2...Tiba2 jalah ni, nama awak terus datang dalam kepala  saya..melayang2...Pastu tetiba ja,aku terindula pulakkan...hehe...aku heranla manala wak ni,dah lama tak  kol aku kan...Pastu,lepas habes tu, aku tgk tv,alih2 aku tgkla Gitu2 Apek...Syar serius syar..napa ek,aku tgk ja kekurusan Apek tu,memang bertambah2 aku ingat kat awak...huhu..sama...hehe...Tapi of cozla awak cantik lagik...apek kurang cerah...Awak lak putih melepak..kehkehkeh...Syar,nanti sabtu aku msj awak plak..sebabnya charger henset aku,sabtu baru sampai...ha,specialkan aku punya msg..limited edition..syar,on ym msj aku na,  leh webcam sekali..wuuuuu...hehehe..nanti aku on ja...fb awak, dah awak pun keng kra kong keng..aku pun keng kra king kong ar..lama tak berbual sama loh syar...ok,syar...babai..

Wednesday, 27 April 2011

gigi oh gigi

Gigi oh gigi
Kenapa banyak sangat
Space dah takda

Samy Yusuf-Make me strong

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow

You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

1 hari yang merubah segala-galanya..

Dah hampir 10 hari aku di rumah...masih lagik berbaki 150 hari sebelum ke kampus...Namun, terasa masa berlalu dengan begitu pantas..


Minggu depan keputusan peperiksaan akan diumumkan..berdebar2 aku rasa..Ntahla berapa yang aku dapat kali ini..Bila aku ingat2 balik, terlalu banyak perkara yang menyedihkan berlaku ketika aku menghadapi Final yang lepas...Yang paling aku ingati ialah hilangnya harapan aku untuk menjadi guru setelah aku gagal untuk mendapatkan biasiswa KPM itu...Biasiswa KPM ialah antara platform utama untuk menentukan sama ada kita akan diambil terus berkhidmat sebagai guru atau tidak selepas tamat ijazah nanti...Dan aku antara dua orang pelajar UIA yang gagal melepasi salah satu ujian tersebut.....Terasa aku seorang yang tersangat bodoh ketika itu..Terasa menyesal kerana keluar dari Maktab Perguruan suatu ketika dahulu..Terasa aku memang seorang yang malang..Terasa memang tidak berguna...


Tapi Alhamdulillah...sekeliling aku menguatkan aku..sahabat2 aku terutamanya..Aku masih ingat...ketika keputusan diumumkan...Tiada seorang pun sahabat2 aku yang dapat membincangkan perkara tersebut di hadapan aku...Mereka tahu yang perkara tersebut akan mengguris perasaan aku..Leha menghadiahkan aku Mug dan Dijah membelanja aku aiskrim untuk meredakan tangisan aku..Terima kasih sahabat2 aku...1 hari itu..benar2 mengubah segala-galanya...fuh..


ketika aku menjawab peperiksaan, aku selalu terberhenti seketika dan bertanya, UNTUK APA AKU MENJAWAB SOALAN2 PEPERIKSAAN INI SEDANGKAN AKU TELAH GAGAL UJIAN YANG MENENTUKAN PROFESION AKU KELAK..Tapi aku yakin,setiap apa yang Allah bagi tu ada hikmahnyakan..Bak kata abahku..Mungkin aku bukan ditakdirkan menjadi guru tapi pensyarah atupun lebih baik dari itu...Mungkin jugakan...Selepas ini apa agaknya aku nak kerja ha...Further sampai PHD aku rasa, kerja terus kat oversea, then baru aku balik Malaysia untuk kahwin, kan...


Ya Allah...kau tidak akan membiarkan aku menangis dengan lamakan.......aku yakin..

Tuesday, 26 April 2011

Tamat tugas sebagai suri rumah pada harini ini...hehe

Alhamdulillah...selesai sudah tugas2 yang diamanahkan untuk aku buat pada hari ini...Segala-galanya hampir berjalan dengan lancar dan sempurna...dari membasuh baju,menyidai kain,memasak dan memberi arnab2 aku makan,semuanya dilakukan dalam keadaan yang agak baik...hehe..Entah kenapa harini aku agak gembira dengan tugas2 ini...mungkin sebab "pengarah" dan "pelakon2"nya adalah aku sendiri memandangkan ahli kluargaku sebahagiannya berada di Kuala Lumpur termasukla mak dan abah aku...hehe..Selalunya kerja2 rumah ni jadik tak enjoy bila kita terasa di"arah" dan di"perintah",betui tak?hehehehe....Esok,aku masih seorang raja di rumah ini!!!!!!! Apa tugasan aku ya....hurmmmm......meh kita listkan....


  • Iron baju2
  • Kemas bilik abah n mak
  • Breakfast untuk TOK...Apa  tok nk makan esok?huhu..kena google nih
  • Breakfast untuk arnab
  • Mop lantai...Tadi tak mop sebab lantai tu cam ok ja...
  • Lunch untuk tok....
  • Bersihkan oven
  • Siram pokok bunga
  • Basuh n jemoq kain
  • lipat kain dan asing2kan..
  • Tgk tv,cerita Marimar,Sejuta Cinta Marshanda,Nur Kasih.
  • Naik basikal
Pssst: Good Luck untuk temen2 gue yang menghadapi peperiksaan akhir mereka...Jangan khuatir dong...Usahanya misti keras2 sih dulu..kemudiannya mohon pada Allah semoga dipermudahkan kalian menjawab...Insya Allah...Kalian pasti berjaya sih..Amin

Monday, 25 April 2011

Wat gapo mung Jane esok ni!!!!!!

  • Masak kat nenek
  • Bagi makan arnab
  • Jemoq kain
  • Basuh pinggan
  • Mop lantai
  • Basuh pinggan
  • Masak untuk lunch
  • Masak untuk Dinner

Saturday, 23 April 2011

Filem Seram pemangkin kemusnahan Tamadun Islam

Kenapa?
  1. Ummat Islam jadik penakut untuk ke tandas sendiri..apatah lagik untuk bangun tahajud...
  2.  Isteri memang suka kangkangkan nasik untuk suami sebab terikut2 cerita yang kononnya bertopengkan ayat2 quran dan bertaglinekan untuk memberi keinsafan...Padahai depa jadi TER AJAQ adala..
  3. Banyak yang khurafat...penipu...Mana ada hantu pakai contact lens...Terang2 ummat Islam kena juai camtu ja..
  4.  Jantan suka bawak awek tgk cerita hantu sebab senang nanti nak tenang2kan dan pegang2kan awek dalam Zoo Panggung Wayang tu..Awek bajet penakut walaupun senaqnya hantu  baru ja nk warming up dalam crita tu..puih..
  5. Menonjolkan imej orang KITA yang hanya berjumpa dengan Alim Ulamak bila nak buang hantu ja...
  6. Terdapat adegan2 tertentu yang tidak diperlukan puuuun yang director gatal nak bubuh tu....Contohnya adegan berkemban semata2 nak tunjuk konon2 seram mandi waktu malam...walaupun xsampai 2 minit pun scene tu.. Yang peliknya...napa body pompuan tu yang highlight lebih?Ada jugak adegan yang tak sepatutnya.......Konon "terbuat" dengan hantulakan....blahla kau...cerita dahla tak logik...sound ja lebih..
  7. Banyak sangat Hantu yang lebih kurang Hantu Korea,Indon, ngan Amerika..Semua merangkak,pakai sos,pakai contact lens and rambut serabai...Kita banyak meniru...Takdak identiti tersendiri...
HANTU SEBENARNYA DI MALAYSIA

  • Nama sebenarnya: Manusia
  • Ciri2: Tak menutup aurat dengan sempuna, suka meraba,menonton video lucah,meminum arak,mencuri,merogol,merompak,menghisap dadah,mengedar dadah,merempit,menjuai orang,suami,isteri yang bermain kayu tiga,empat dan lima,mendera anak2,bini,laki..Menderhaka pada ibu bapa dan guru2...Tidak mengambil kira pandangan Ulamak dalam membuat keputusan serta pemerintah yang zalim..............Tu semua hantu dan banyak lagik...want to sleep, it's already 12.10 A.M.......Masa al Khair Malizi..Gudnite Malaysia.....;-)

Nak tanya?Kenapa Kadar penceraian makin tinggi?

Kenapa kadar penceraian di Malaysia makin tinggi? 

 Suka untuk aku menjawab soalan ini dengan memberikan jawapan dalam bentuk soalan juga..Kira macam dalam rancangan Spontan kat Astro la jugakkan...;-)

Ulang semula soalan...Kenapa Kadar Penceraian di Malaysia makin tinggi?
Jawapannya...


SEBELUM KAHWIN

Kenapa bermesra sebelum kahwin?
Kenapa meraba sebelum kahwin?
Kenapa wangi sebelum kahwin
Kenapa seksi sebelum kahwin?
Kenapa pemurah( duit,body,maruah) sebelum kahwin?
Kenapa Alim sebelum kahwin?
Kenapa lupa mak ayah sebelum kahwin?


 SEMASA KAWIN

Kenapa kena ada majlis tari menari dan karaoke semasa kahwin?
Kenapa banyak membazir makanan semasa kahwin?
Kenapa baju pengantin perempuan misti kena ketat?
Kenapa Tudung pengantin perempuan selalu tak tutup dada?
Kenapa kena ada Mak Nyah dan Pondan yang solekkan pengantin perempuan?
Kenapa pengantin perempuan selalu kena pakai bulu mata palsu?
Kenapa pengantin perempuan kena cukur bulu kening?
Kenapa kena ada adat Bersiram yang selalunya akan menampakkan aurat pengantin perempuan?
Kenapa bersanding?
Kenapa wat gambar Pre-wedding yang macam hengat dah kahwin walaupun cuma pre ja..

SELEPAS BERKAHWIN

Kenapa Xbermesra selepas kahwin?
Kenapa busuk selepas kahwin
Kenapa selekeh selepas kahwin?
Kenapa kedekut gila berkira selepas kahwin
Kenapa xAlim x semayang pun x sesama jemaah selepas kahwin?
Kenapa bertambah2 lupa mak ayah selepas kahwin? 

KENAPA KITA TAK BAHAGIA?
KENAPA TAK BERKAT KEHIDUPAN RUMAH TANGGA KITA?

Friday, 22 April 2011

Cerita hari ini....

Encik Ashraf Muslim


Baru ja tadi tgk tb 9....dorang tunjuk kat nasik lemak kopi o tentang pertunangan Ashraf Muslim dan pasangannya Kak Dayana........huhu...


Ekceli,aku dah tahu dah pasal engagemnet dorang ni dalam 3 minggu lepas...kawan aku yang cakap sebab.........adala...hehehehe..Tahniahla ya.....Dulu xdalah minat sangat ngan Ashraf ni tapi sejak dia mula menceburkan diri dalam bidang agama ni...minat aku kat dia mulala bercambah sket...Tapi bukanla minat cinta2 ke hapa...Cuma yalah...Dia dahla ada rupa yg ada2 taste aku..nak2 lagi bila dah dekat ngan Islam tu...Nampak lagi cantik,menarik tertarik kau memang da bomb lakan....ha pastu,ditambah lagik bila aku tahu yang dia bela kambing,sama cam aku dulu....hehehehe...Bukan senang tau orang2 muda sekarang ni nak bela2 kambing ni.....Yang ada sekarang...suma nak keja dalam ekon ja.......huhu..He's a good person la for me..


Kak Dayana Hj Lokman

Apa-apa pun..Tahniah sekali lagik..Aku? Insya Allah tak frust kowt lagipun tak berangan pun cik Acap ni nak berkenan kat aku....kehkehkeh...Future wife dia doktor tu..aku ni sapala kan....hehehe...gurau2...To Kak Dayana...jaga abang Ashraf bebaik ya...ni satu2nya artis lelaki yang saya minat ni...yang lain tak...hehe..Insya Allah...mudah-mudahan berkekalan sehingga ke alam pernikahan dan syurga....Amin...;-)

Thursday, 21 April 2011

Waaaa..smartkan pompuan ni

Smart giler aku tgk pompuan ni naik kuda,terus aku punya tahap kejelesan aku bertambah...wuuuuu...aku rasa sekarang jugak aku nak blajar tunggang kuda...........Nak naik kuda camni,nak naik!!!!!

Bertunang......

"Jannah, saya nak tanya...kalau awak ada tunang,awak nak tak jalan ngan tunang awak tym g pasar malam cam kaple tu?", tnya sahabatku dijah...lepas aku pulang dari pasar malam...Soalan jah...agak mengejutkan aku...tapi aku jawab ja....

"Ada lak tanya camni....mistilah nak...jalan ngan tunang,mistilah orang yang kita sukakan..misitilah nak Jah...tapi.....Tapi saya akan jalan ngan tunang saya..kalau saya tidak bertudung labuh dan bukan Naqibah.." jawab aku bersungguh..

"Maksudnya?"
  
" Maksudnya..........saya tak mahu memalukan orang yang bertudung labuh dan Naqibah2 lain...Begitu juga dengan hal2 berkaple....Susah Jah saya nak berdakwah dalam keadaan saya senirik pun melakukan hal yang ditentang...Orang akan cakap,eleh..diapun sama,nak mengata orang,awak paham tak Jah?"terang aku secara baik2..

 Sahabatku mengangguk faham...Dan aku benar2 berharap yang dia faham..

Teringat aku sewaktu berada di akhir sebuah Program Anak Angkat yang aku sertai dahulu di mana salah seorang lelaki dari keluarga angkatku mengajak aku untuk bergambar bersama-samanya secara berdua-duaan..Aku kaget dan kurang selesa dengan permintaannya...Berkali-kali aku cuba menolak permintaan tersebut..Yang menambahkan lagi ketidakselesaan aku apabila perbuatan aku tersebut dipandang tajam oleh salah seorang Biro Da'wah di situ yang mungkin kebetulan lalu di situ...Walaupun ibu angkat aku turut berada berhampiran, beliau malah menyuruh aku bergambar bersebelahan dengan anak lelakinya...(Disuruh seperti mendesak)

 Benci betul aku dengan situasi tersebut..Ingin sahaja aku terangkan sebab2 mengapa aku tidak menyukai perkara tersebut...Tetapi dalam keadaan orang ramai disekeliling aku..serta tidak mahu mengeruhkan keadaan dan menjatuhkan air muka sesiapa, aku bersetuju untuk bergambar dengan syarat, ibu angkatku mesti berada bersama2 dalam gambar tersebut serta berada di tengah2.......

Aku tahu...Bagi sesetengah orang, perkara ni seperti perkara biasa..Tangkap gambar BERDUA sesama LELAKI DAN POMPUAN,makan semeja sesama dan tengok wayang pun sesama bagi dorang OK JER WHAT,BUKAN WAT PAPEPUN??...Tapi ketahuilah...Perkara2 kecil tersebut sebenarnya membawa fitnah yang amat besar bagi aku...

Napa tangkap gambar berdua takleh?

  • Sebab nanti kalau2 dia upload kat Fb ke apa, then dia tag nama kita..Satu dunia akan nampak...then mulala wat spekulasi..(Tu dia...........ustazah kita........Cakap punya pom prang pom prang..jangan kaplela apala...sekali dia lak tangkap gambaq ngan jantan)- Fitnah,aku benci.

  • Nanti kot2 one day,bila dah kawin...laki atau bini anda terjumpa gambaq tersebut lalu mencetuskan situasi kurang enak dalam rumahtangga anda..( Ooo..bini aku pernah tangkap gambaq ngan jantan dulu..ntah2 dah....) Patu nk cakap apa..Takdak apa aih...cukupkah alasan " Kami hanya berkawan"...saheh curiga tu ada jugakkan sket...Sebab tu kena hati2 sket soal bergambar ni...kan2
Dahla...dah pukul 2.13 pagi...Esok mangkin lewat lakkan..........Esok apa plan ha....
 
  

Wednesday, 20 April 2011

Migrain lagi....

Patutla kan orang cakap...kalau kena migrain ja...memang rasa nak hantuk kepala kat dinding....memang sakit gila kepala otak aku sekarang ni,,,rasa cam nak buk kuaq ja otak2 aku letak dalam peti ais...pastu rasa ok sket,baru buk masuk balik.......huhuhu..........

Haramkah...

Lagu “Haramkah”
Artis “Melly Goeslaw”

Haram-Haramkah Aku
Bila Hatiku Jatuh Cinta
Tuhan Pegangi Hatiku
Biar aku Tak Jadi Melanggar
aku Cinta Pada Dirinya

Cinta Pada Pandang Pertama
Sifat Manusia Ada Padaku
aku Bukan Tuhan

#
Haram-Haramkah Aku
Bila aku Terus Menantinya
Biar Waktu Berakhir
Bumi dan Langit Berantakan

##
aku Tetap Ingin Dirinya
Tak Mungkin aku Berdusta
Hanya Tuhan Yang Bisa Jadikan
Yang Tak Mungkin Menjadi Mungkin

Reff Melly Goeslaw
aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Di Mata Dunia Juga Akhirat
Biar aku Sepi aku Hampa aku Basi
Tuhan Sayang Aku

aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Dengan Dia Tentu Atas Ijinnya
Ketika Cinta Bertasbih
Tuhan Beri aku Cinta
ku Menanti Cinta

klik untuk sumber lagu

Sunday, 17 April 2011

Bangun pagik2...aku basuh baju dan basuh Ussain...lepas ni..dah tak jumpa dah kita ussain...sayang kat motor aku ni...malam ni abang aku nak mai amik...simpan kat umah dia...huhu..takpalah...marin  aku dh buh penuh2 dah minyak motor tu...pasni kalau a'dnin nak naik motor,khola bagik ja...hehee....

Ussain...kau banyak sangat tolong aku uruskan hal2 society..Tima kasih na..kalaula takdak dia..mau patah jugak pinggang aku ni nk berlari ke sana ke mari...thanks na Ussain...i sayang u lebihla..hehe

 

Hari2 terakhir di Mahallah Aminah

Harini...ialah hari kedua terakhir aku di mahallah aminah.........selepas ini...kelibat aku di sekitar uia akan kelihatan semula 5 bulan kemudian...lamanya....kan...

fes time aku xamik short sem...banyak plan dalam fikiran aku ni....xtau nak mula yang mana satu...kemarin kawan2 aku g interview untuk biasiswa tu....aku ja yang tak pergi.....sedih...sedihla jugak...tapi aku tahu....walaupun Cinderella ada keinginan untuk bertemu dengan tuan putera tu tapi atas halangan2 tertentu...dia xdapat nak pi...TAPI..aku yakin, walaupun Cinderella tu tak dapat pergik bersama2 ngan kakak2 tiri dia...tapi masih akan ada satu keajaiban yang akan mempertemukan dia dengan putera tukan2...hehe...camtula ibarat aku dengan biasiswa2 nikan.........Penantian tu benar2 menyiksakan tapi nikmat selepas penantian tu amatla mengasyikkan...insya Allah...Mungkin Allah suh aku tunggu skit ja lagik....sabaq na jannah...janganla sedih2...

 Plan aku cuti2 ni...ehm....Aku cuti2 ni ingat nak g Indonla...aku nak g Pesantren sana...Nak belajar agama..aku rasa level ilmu agama aku sangatla jauh ketinggalan  kalau nak dibandingkan dengan Akhwat2 kat sana...Aku nak sangat belajar kat sana........impian aku ni dah aku suarakan kepada mak aku....dia cakap ok ja...tapi xtaulakn....

ehm..tahun ni....terlalu banyak perubahan yang berlaku kan?perubahan..........

Monday, 4 April 2011

Mohon kekuatan

Aku bermohon kekuatan dari KEKASIHku di pagi hari
semoga diberikan aku ketenangan dalam menghadapi imtihan...
 kegagalan itu ibarat hidangan yang perlu ditelan untuk orang yang ingin berjaya..
 Walaupun pahit tapi perlu juga dimakan dan ditelan jua..'

 Aku mohon kekuatan YA ALLAH...Mohon kekuatan...

Sunday, 3 April 2011

Gagal lagi...

Harap maaf.Permohonan anda gagal.

Nafas ditarik dan dihela sedalam-dalamnya......Mata terpejam..Mulut dipekup seketika..Yang ada hanyalah..suatu pagi yang penuh dengan tangisan....Aku gagal lagi ya Allah....Gagal untuk kali ketiga dalam permohonan biasiswa...Penantian selama hampir 3 tahun berlalu begitu sahaja..Ibarat aku menanti dengan penuh pengharapan dihadapan sebuah pintu yang tidak akan sekali-kali dibuka  untukku. Begitulah penantian aku dengan biasiswa2 ini..

Mungkin sudah ditakdirkan yang biasiswa KPM bukan milikku....Mohon Allah kuatkan aku untuk menghadapi 5 lagi paper Final..

~KEEP ON WALKING JANE~