Monday, 13 October 2014

Rasa apa?


Rasa apa?

Tak rasa apa
Dah agak
Dah lama..

Habis xkan nak biar saja?

Biarla, dah jadi, nak buat macammana lagi
Tak sedih?
Tak!

Aku...Insya Allah, kuat.

Monday, 1 September 2014

kak liza


Hi, meet my best friend, kak liza. She's 52 years old and my neighbour at school. Best kawan ngan dia..Hahaha..funny and comel too.. She's  teaching English too but for form 6. Meanwhile aku mengajar budak2 form 1 and form 2..bestnyerrrrrrrrrrrrr ...Best sangat2..Hari2 rasa macam hari kiamat.. (hiperbola sket)

Aku suka kawan ngan dia, banyak idea, and dia ada ciri2 yang ada kat kawan2 baik aku..Antaranya:

1) Lemah-lembut
2) Baik hati
3) Pemurah
4) Comel
5) Cakap baik2 ja..
6) Suka meminta pendapat daripada aku


hehe... and you know what? seronok sebenarnya berkawan dengan orang2 veteran ni..Depa ni, banyak pengalaman..yalah semakin berumurkan semakin banyak perkara2 yang dilalui..

Entahla..di sekolah aku lebih banyak menghabiskan masa menyendiri, kalau ada kak liza barulah aku rasa hidup sikit...

Esok sekolah dah bukak, nak jumpa kak Liza and nak peluk dia kuat2!!!!!!!!!!!!!!! Kak Lizaaaaa!

Friday, 29 August 2014

Khola rindu anak2 saudara khola

Hai anak2 saudara khola, today i would like to tell you that i really miss all of you so much..

Sunday, 17 August 2014

Aku,mereka dan ketum

Lama xpost apa2..
Sibuk...
Sibuk.. dan sibuk..

Aku sekarang adalah guru kelas..dan guru bahasa kepada kelas2 bermasalah..

Ketum, vandalism, budak lambat, budak kurang beradab.. semua dihadiahkan kepadaku..terima kasih

Adakala aku mahu lari..lari sejauh jauhnya.. namun aku harus kuat...aku waaaajib kuat.. setiap minit adalah amanah..

Wednesday, 21 May 2014

Rasa macam nak marah


Istigfar

Istigfar

Istigfar

Mesti ada yang tak kena dengan hati
Adala tu tang mana2..

Tuesday, 6 May 2014

Abah

Abah akan lakukan apa sahaja demi aku
Itu yang aku tahu
Tapi,adakah aku akan lakukan apa saja untuk abah?
Aku..aku xtahu...

Cuma aku harap aku mampu
Aku harap Allah bantu..


P.S: Harini abah seperti aku..menangis kerana Datuk Aziz Sattar. Selamat tinggal Datuk..Semoga baik-baik sahaj di dunia sana.. Al-Fatihah

Wednesday, 30 April 2014

Mendongak tanda berterima kasih


Semalam aku belikan kucing dirumah aku makanan
Aku xpernah lagilah belikan kucing tu jenama dan jenis macamtu
Sebelum ni aku belikan makanan kering ja
Tapi semalam aku belikan ni
Murah ja seringgit lebih...(sebab tu aku beli). Bila dah sampai rumah tu, aku cari kucing tu xjumpa..Aku pun panggilla,"Survivor oo Survivor, i bought you some food!!!"  Pastu dia pun maila tergedik-gedik mengiau kat aku..

Aku pun bagila dia test makanan nikan...Sekali time aku bukak2 ja bungkusan dia..Pergh..sedapnya..cam aku lak nak makan makanan kucing aku ni..hehe..

Then aku basuh mangkuk bubuh makanan kucing tu dalam tu bagilah dia makan..Mula2 kucing tu nampak cam nervous jakan nak makan..Yelah dia mesti hairan padia tuan dia bagi makan nikan..Sekali dah dia makan tu, tiba2 dia mendongak mereung kat aku...Muka dia macam cakap..Wow Jannah!!Unbelievable!! Amazing!! Tasty!!Yummy!! Lepastu dia teruskan makan..

Haha.kesian tengok dia muka macamtu..Tiba2 mak aku yang duk Port Dickson tu whatapps. Kebetulan dia duk jaga anak2 kak sulung aku di sana sebab mak depa pi kursus. Pastu,mak aku cakap harini dia masakkan anak2 buah aku sup. Dah siap, dia suapkanla depa..Sekali lepas suap tu anak2 buah aku  mendongak kat mak aku..Dia cakap, "Sedapla nenek".

Ha..macam sama kan..haha..Entahla

Saturday, 26 April 2014

ungu


Lately i was like, hey best jugak lagu2 Pasha Ungu nikan..Especially this song, really touched my heart and the best part is "Atas restu Allah, kuingin milikumu, kuberharap kau menjadi yang terakhir untukku"

And the other songs that i love are:

Kupinang kau dengan Bismillah..Lagu ni aku selalu nyanyi time rasa nak makan..haha




Penghujung cintaku

Lagu ni sesuai jugak untuk buat lagu tema video kahwin, kind of romantic songla..gituu



Lagu ni..Macam...haha...macam2..(Lagho!)


Mulai sekarang

27 April 2014

Aku akan diet!

27 September 2014

Aku dah kurus!

You -Nur Jannah Allia


you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you
how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be apart of me
how i wish you were still mine
never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here
i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so muct to me
and giude the truth from me to you

Friday, 25 April 2014

Like her

I always think to be like her 
She is the  favorite teacher of her students
The teacher who can be a good friend not only to her friend but to her students too
The teacher who can go outing with her students anytime
The teacher who makes someone's life meaningful and alive
The teacher who does not only teach but also inspires

That's her my role model, my best friend
Nurul Khadijah Muhammad






Apa khabar?


Apa khabar orang Putrajaya?
Apa khabar orang Port Dickson?
Apa khabar orang Kuala Lumpur?

Tiba-tiba aku merindui mereka-mereka di sana
6 tahun jugak aku abadikan diri sana
Dari belajar sampailah mengajar..
Dari kurang sehinggalah terlebih ajar juga aku berada di sana


Dari jatuh berkali-kali sampailah berdiri teguh sekali
Aku rindu nak naik tren sambil curi-curi makan burger
Rindu juga nak berprogram








Wednesday, 23 April 2014

Permataku




Ni lagu favourite aku dari aku form 2 lagi..hehe..best lagu ni...Rasa calm je dengarkan...

Saturday, 19 April 2014

esok



Esok kerja...Malam ni hujan lebat..selebat perasaan aku malam ni..Kalau dulu setiap kali hari Ahad mesti aku rasa semacam..Yalah nak kerja@belajaq esok Isnin...Tula sindrom Monday blues agaknya kan..haha.. Sekarang jadual kerja aku dah berubah...Ahad pulak aku kerja...Actually dah 4 minggu dah aku start kerja hari ahad, bermula dari di Maahad Tahfiz sampailah UUM...

Sejujurnya..aku xberapa seronokla duk UUM..Entah, mungkin baru lagikan..Sunyi sangat duk situ membuatkan fikiran aku asyik melayang kat sekolah yang baru aku tingalkan tu..MTSD..Bestnya sekolah tu..First time aku dapat sekolah macam tu..Bayangkan...sesi akademik sekolah aku bermula 9.30 dan habis pada pukul 2.40..Pejabat pulak sebelah rumah aku ja..Kalau aku pagi2 baru bangun tidoq g puch card dulu pun xpa..hehe..ekstrem sangatla pulakkan..Syokla duk situ..Pagi2 tu danla aku tengok2 dunia, hirup udara segar sat sambil2 semak2 RPH aku dulu..Memang agak fleksibel la waktu aku di situ kalau nak dibandngkan aku ngan mengajar di  KL...Tapi time busy, busyla jugak.. Cuma oleh sebab students di situ baik2 dan solehah, aku xdak problem sangatla duk situ.

Tapi kat UUM kelas aku pack sangatttt..dari kul 8.oo pagi sampai 3.30 petang..(.Bagi aku packla jugak waktu camtu...) Cuma yang bestnyaaa aku boleh thumb print bila2..janji jangan lewat 4 jam dari pukul 8 dan xpayah thumb print untuk keluaq...haaaa..syokkan..syokla jugak., bolehla aku keluaq bila2 kalau xdk kelas..hehe..

Walau camna pun aku rasa sunyiiiiiiiiiiiiiii di UUM...Wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, 28 March 2014

Assignment kita wajah orang lain


Masuk hari ni dah lebih dari 5 orang berangan nak suruh aku wat assignment dorang..
Ish xpaham aku..
Aku yang belajar ke dorang yang nak belajar?
Pantang aku buat kerja orang lain. Orang nak cakap aku berkira. Arghh..lantakla..

Ni bukan soal berkira, ni soal keberkatan..Mak aku duk berleter kat aku sebab assignment adik aku,aku xnak buat..ha..kalau adik beradik,lagila aku xnak buat..Ada pulak..

Aku dulu sampai study dekat  masjid tau sebab nak belajar betul2. Dah roomate aku xsuka aku bukak lampu,aku study luarla..Ini dapat assignment susah sikit,banyak sikit dah nak upah orang.. Tolongla..kalau xnak belajar back off ja.  Aku boleh tolong ajar n bagi panduan ja bukan tolong buat. Maaf aku pentingkan keberkatan..


Air mata

Air mata yang mengalir di pipi memang jelas kelihatan
Air mata di hati, siapa yang tahu?

Senyum sahaja
Ubah yang mana boleh ubah


Thursday, 27 March 2014

Percaya

Dalam hati
aku masih percaya mereka masih ada
Aku percaya
Entah kenapa
Aku masih percaya



aku masa form 2


Nilah aku masa form two..haha...Aku xingat kenapa aku masih dirumah pada pagi ni. Seingat aku, aku ni penghuni asrama dari form 1-form 4..Sepatutnya aku kat asramala kan.Tapi warden asrama dah sedia maklum dengan perangai aku...

Aku xsuka duk asrama!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Pasaipa?

Hahaha, aku xsuka berebut mandi pagi,aku xsuka mandi dalam jamban, aku xsuka makan ikan jaket,aku xsuka makan roti mayat dengan milo bersemut. Aku xsuka iron baju hari sabtu ahad ja, aku xsuka waktu prep yang sangat membosankan, aku xsuka waktu sukan, aku xsuka komitmen dengan jadual.aku xsuka kena tutup lampu waktu homework aku belum siap, aku xsuka lelaki2 gila kat belakang asrama aku yang duk isap gam dan menunjukkan kehormatan mereka..Pokoknya aku memang xsuka apa sahaja yang berkaitan dengan asrama kecuali jamuan bilik dan jamuan akhir tahun..Sekian



Wednesday, 26 March 2014

settle satu interview



Alhamdulilah..setiap minggu aku ada interview, last week kat maktab Penang, this week kat MRSM kepala Batas Penang and next week di UUM sebagai guru bahasa ..Doakan aku ya kawan2 =)


Friday, 14 March 2014

MAS Pray for MH370





Masa ni aku kat Korea,naik MAS. Bertolak pada  waktu tengah malam jugak

Waktu tu aku jatuh cinta gila dekat MAS, dengan layanan yang baik,makanan yang sedap dan kerusi yang lebih selesa berbanding Air Asia..

Masuk ja, terus diberikan headphone, bantal dan selimut. Ada skrin di depan..Tengokla kalau nak tengok,kalau xmau tidoq..Dan sudah pasti,sesiapa yang tidur pasti akan bangun dan yakin yang mereka akan tiba pada destinasi yang sepatutnya pada waktu yang dijanjikan..

Namun bagi aku,sesiapa pun xkan menjangka hal ni akan terjadi pada MAS...
Besarnya kuasa Allah..Hebatnya Dia...Sekelip mata segala-galanya hilang...Hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan...


Aku doakan semoga pesawat ini dapat dijumpai..
















 Semoga dijumpai...Semoga dijumpai...dan semoga mereka....selamat

Single is okay what?


Ok, hari jadi aku dah lepas 2 hari,Alhamdulilah seronok Cuma xpercaya,betul ka aku ni dah 25 tahun?

 Ya Allah,betul ka? haha,betulla tu Aku dah 25 dan masih single tatkala kawan2 aku sudah punya seorang cahaya mata,haha

 Ehm...bila fikir nak belajar,xterfikir pun nak kahwin Tapi bila fikir umur..... Sedihla pulak..


 Ok,kalaula dalam tempoh 3 tahun ni aku xkahwin2,apa aku nak buat?

 1) Habiskan master @ Kerja dulu then master
 2) Beli kereta dan rumah
3) Masuk MLM...Cepat sikit kaya,hehehehe
4) Beli tanah untuk bela kambing
 5) Aktif dalam menghadiri kursus2 yang melibatkan perternakan kambing
6) Buat haji
7) Join kelas memasak!

Wow,banyak jugak perancangan aku. So, it's ok to be singlekan!hahahaa..

By the way,lusa aku dh mula kerja di tempat baru, rasa nak nangis....sebab bakal berjauhan dengan parents aku.....Ya Allah jagakan mereka untuk aku,sayangila mak ayah aku sepertimana mereka menyayangi aku ketika kecil.Tolong ya Allah..

Bomoh


Baru ja aku cakap pasal bomoh ritu kat entri lepas tup2 dah keluar pulak King Bomoh tu,terkejut aku

Lepas ni aku xnak request dah pasal bomoh2 ni Bukan apa,dulu masa barang2 hilang,ada jugak saudara mara aku g kat bomoh

Tapi bomoh2 tu xdalah pulak yang wat ritual2 kelapa dan bubu macam kat KLIA tu

 Apa2pun,aku kesian jugakla kat pakcik tu bila orang duk kutuk2 dia Yalah, dia pun muka pakcik2,baya2 bapak aku dah

Xboleh aku tengok muka2 orang tua ni,kesian Aku doakan Allah bukakan hidayah untuk dia

Tuesday, 11 March 2014

it's my day!!

Happy birthday Jannah yang ke 25
Semoga bertambah iman,berkurang berat badan
Hahahahahaha

I am 25!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Alhamdulilah

hikhik...

Monday, 10 March 2014

Di manakah

Tak boleh tidoq              
Asyik terfikir,kat mana MH 370
Risaunya..walau,tiada ahli  keluarga
tapi sifat kemanusiaan aku memberontak sejak hilangnya kapal terbang tu..Terasa kalau aku PM,nak ja aku suruh tok bomoh ka ustaz2,alim ulamak yang pandai 'menengok' tu tolongla carikan..Tapi kat manaaaaaa..

ya Allah..

Friday, 21 February 2014

Kurelakan jiwa


https://www.youtube.com/watch?v=Rx9UUO4ZTOY&feature=youtube_gdata_player Rasa puas hati bila dengar lagu ni...best suara hazama, rare!haha

Wednesday, 12 February 2014

Pon

Kadang2 aku tertanya-tanya
Adakah pondan hidup di zaman Hang Tuah?

Dan apa reaksi Hang Tuah bila melihat pondan..

Wednesday, 5 February 2014

A surprise visit from my best friend



Hai blog, lama betul aku xupdate..haha..Apa guna ada blog kalau xmanfaatkan kan...Kelmarin best friend aku datang rumah...mengejut lak tu...Time tu aku baru ja tengah tengok Maharaja Lawak Mega episod 12,haha..perlu ke mention MLM tu..Sekali dapat panggilan telefon dari Jah (nama manja) yang kebetulan baru balik dari Langkawi,katanya nak singgah rumah aku...Hahaha..Pastu dia kasik phone tu kat bapak dia suh cakap ngan au pasal direction rumah...Ha, tu kelemahan aku..aku ni xbopa nak cekap sangat bagi direction rumah ni..Tapi punyalah cekap bapak kawan aku ni,xsampai 10 minit aku cakap terus dia duduk depan rumah aku...Memang pakcik zaini superb ah..



Nilah Jah,baik sangat dia..Orang Johor..Orang salu cakap muka aku sama cam dia, tapi obviously,dia comel lagilah..aku lawa ja..bahahahahahaha...
 Jah ngan adik2nya...they are look alike kan..hehe



 Ni kat rumah aku..

Pastu ayah aku bawak dorang semayang kat masjid di kampung aku..Masjid baru ni sumbangan orang ramai..dan kebetulan ayah aku..penegerusi masjid ni..hehe

 Happynya bila aku tahu dia datang..Allah ja yang tahu...


 Makan laksa di Restoran Nelayan...Serupa eh muka kami?haha..kalau aku pakai spek rasanya sama jugak kot


Haha..Teacher berselfie..


 Hope this bonding will last forever...Amin..
Bye Jah n family..See you when i see you


# Yang aku perasankan,orang yang jadik best friend aku ni dia selalunya lemah lembut n suka wat lawak, menjaga lisan (sebab aku ni sensitif), dan yang penting memang suka menjaga hati orang..and Jah adalah one of them..Thank you Allah=)

Thursday, 2 January 2014

Masih adakah penulis blog ini?

Haha..title xboleh blahkan...

Tulah,aku sibuk sikit sebab dalam proses nak sambung belajar,Insya Allah..
Banyak sangat kerja kena buat
Banyak dokumen kena settlekan..Xtahula macamna nasib aku nanti

Semoga dipermudahkan..Amin..