Wednesday, 29 February 2012

kalau bukan takdir mereka...


Hai..hehe...lama tak updatekan...Maklumla,baru-baru ni aku bari ja settle dengan program USC 2011 (University Sports Carnival), dalam program ni..aku ditugaskan dalam bahagian catering untuk closing ,Volunteer untuk Basketball dan jugak player untuk lempar cakera...haaa...banyakkan...tu yang tak dapat nak update tu..Sekarang ni pulak,tengah fokus untuk program Inter-Mahallah Cultural Week(IMCW)9-11 march minggu depan...

Oleh sebab subjek aku sem ni pulak melibatkan 3 subjek teaching dalam kelas dan 2 subjek research..So,paham2la kan when it comes to reseach, memang selera aku untuk berblog agak hilanglah..huhu..Subjek ni sangat-sangat mencabar!Apapun,aku doakan sem ni adalah yang terbaik untuk aku dan semua orang...Amin Ya Rabb=)

KALAU BUKAN TAKDIR MEREKA

Tajuk..macam drama lakkan..Aku just nak bercerita tentang pengalaman aku masuk lempar cakera haritu..kalau bahasa omputihnya discus throw. .hehe...

Nila cakeranya...takdala berat sangat..tapi kalau kena kepala sekali, bongok 3 tahun..huhu

Pagi tu,awal-awal lagi aku dah tercongok kat stadium Saidina Hamzah UIA..Maklumla..pendaftaran pukul 7.30 pagi..
Dah sampai tu,sempatla aku g berlatih jap kat belakang stadium tu,baling ja apa yang ada depan mata,jumpa batu,baling batu,jumpa botol air,baling botol air..Jumpa Pak Guard?..Errr..hehe..yalah sejujurnya..aku ni mana reti main lempar2 cakera ni..Masa sekolah DULU2 tu pun,aku pegang cakera tu  just nak wat amik syarat ja sebelum aku lari dari kelas pendidikan Jasmani yang tak berapa nk mengujakan aku tu..

Last2 masuk kat universiti,aku masuk pertandingan ni sebab xdak orang isi nama untuk masuk game ni kat board tu..Jadik, memang Waalaikumsalamlakan nak reti mainnya...tak reti langsung!Mujur last USC aku main jugak game ni..so,basically..bolehla setakat baling2 jatuh depan hidung tu..kahkahkah

Baju player USC Aminah....

My lucky number..hehe..Ni yang aku suka masuk game track and field ni..sebab dia bagi nombor..So,rasala sikit semangat kesukanan tukan...wakaka

Register nama...


Aku ngan pemain-pemain lain dibawa ke tempat "permainan" kami..hehe..

Nampak tak sangkar hijau kat hujung tu..aku main dalam tula..Ni masa latihan...

TAPI NAK DIJADIKAN CERITA PADA HARI PERTANDINGANNYA...NET HIJAU TU DIBUANG....JADIKLA MACAM KAT BAWAH NI...


Bagi tiang saja net xdak...Bahaya GILA kot..

Ni..last year punya USC..At least, risiko untuk berlaku kemalangan tu rendah berbanding tahun  ni..

 Nak dijadikan cerita..dorang bagilah kat setiap player ni beberapa kali peluang untuk mencuba bermain dengan cakera ni..Ada yang baru first time ja pegang cakera ni..Antara orang yang mencuba2 baling cakera ni pada awalnya ialah akulah.. 

Masa tu...aku try nak cuba satu kaedah yang aku tengok dalam Youtube ni tau..dia macam berpusing2 camna tah...

Lebih kurang cam kat bawah nilakan......Sekali...tengah2 pusing sambil baling cakera tu dengan lajunya,tiba2, aku tersalah amik lajak, makanya, cakera yang sepatutnya aku baling ke arah depan ,TERPUSING ke ARAH PLAYER2 YANG TENGAH TERNGAGA DUK  TENGOK AKU TU..PAHAM TAK??AKU PERGI LEMPARKAN CAKERA TU KAT ORANG!!Ulang sekali lagi..Aku baling dekaaaat orang bukan kat padang...ha..sentap tauu!!Menjerit budak2 pompuan tu..

Cakera yang aku baling tu pulak dengan hormatnya lalu ikut celah-celah kepala dorang..Perghhh...dramatik gilala time tu...Memang rasa macam nak putus nyawala...Dahla ada budak-budak laki tengah standby kat track untuk lari 5000 meter kat tepi tu..Semua tengok aku!!Malu gila kot!Malu campur takutla sama..Takut terbunuh orang dengan tak sengaja..Tak pasal-pasal aku sambung TESL kat Henry Gurney..huhu

Usually kalau ada net,cakera tu xdalah nak melelong-lelong sangat jauhnya...tapi bila dah xda ni..memangla bahaya..Tambah-tambah untuk yang beginner macam aku.. 

Mula-mula aku nak lari ja balik..Fobia sangat2!! Takut kalau2 aku terbuat lagi perkara yang sama time main betul2 tu tapi memikirkan niat aku untuk wat yang terbaik untuk mahallah aku iaitu Mahallah Aminah, aku teruskan jugak dalam keadaan semangat yang hampir luntur...

Alhamdulilah,daripada 18 peserta daripada 10 Mahallah tu, aku dapat tempat ketiga..hehe..First medal yang pernah aku dapat yang melibatkan sukan..kahkahkah..Poyo jakan..Nombor tiga japun..Neway..Thanks to Qihah n Jah sebab sudi jadi coach aku..=)

P/S: Last USC untuk aku di UIA=( Next year dah xda dah...sob3..

2 comments:

Anonymous said...

haha,klakarla Jannah..kata xreti main...dapat jugk no 3..hehe..tp bhaya jgak xdak net nikan..

WAJAH CAHAYA said...

Giler kentang~:D no 3 tu~