Umumnya, semua sudah sedia maklum yang keputusan peperiksaan bagi pelajar-pelajar UIA bagi sem 1 2011/2012 sudah pun keluar...Bermula pada pukul 12 tengah malam,31/1/2012,maka, sibukla pelajar-pelajar UIA meng"update" status result masing-masing di Twitter,blog mahupun Facebook..Ada yang Alhamdulillah..Ada yang Astagfirullahalazim dan ada yang Masya Allah RESULT AKU!! hehe..tipu, mana ada 2 yang blakang tu,kebanyakkan aku baca, status dia, "Alhamdulilah" siap dengan smiley lagik..Maknanya okla result dorang tu..Tapi,kalau status2 sugul tu..bukan tak ok,tapi mungkin tak capai apa yang ditargetkan..Well...It's normal yar..Tula hidup..xmenentu, ada up and down..Ehm, result aku kali ni pun idokla bagus maner...Ok..Alhamdulillah la.Bak kata mak aku banyak mana kita usaha,banyak tula yang Dia bagi..Apa2pun aku tetap bersyukur at least aku ada jugak pointernya daripada kosong teruihkan..Tahun depan up banyak lagi kita ya Jannah!
Bagi yang mendapat result yang cemerlang, tahniah aku ucapkan..Bagi yang kurang bernasib baik, cuba lagi..Hidup mesti diteruskan!! Jangan GIVE UP! Xmati aih..Walaupun hati ada sikit2 rasa pedih,tapi xmati..Insya Allah!
Masa exam last sem,banyak perkara berlaku sebenarnya..Tapi jutaan terima kasih aku ucapkan kepada mak ngan abah,sebab hadir menemani aku sampaila saat2 aku exam,kepada Munira yang ajar subjek Semantics, semalaman sampaila aku paham seolah-olah belajar satu sem,kepada pensyarah-pensyarah yang baik hati mengajar dan melayan karenah aku yang banyak songeh ni..Kepada Tok Yam,Kak Effa, Bang efi,Kak Nor,Bang Pideh, Qilah dan sahabat-sahabat aku yang sudi membantu,mendoakan dan memberi motivasi kepada diriku insan yang lemah ni....Terima kasihla na,anda semua memang baik.
Dan xlupa juga kepada Encik Mat Rus dan keluarga yang membantu memudahkan urusan peperiksaan aku...Ha..Siapa Encik Mat Rus ni? Apa kaitan dia ngan exam aku pulak? Ehm..Meh, aku cerita siapa dia..
Cerita aku dan mereka
Beberapa hari sebelum exam,dalam perjalanan pulang dari Perlis ke UIA,aku dan keluargaku singgah di R&R Gunung Semanggol,Perak untuk solat dan makan..Seusai solat,aku terus ke tempat makan untuk memancing...Haha,xla,mesti untuk makan..Pastu,lepas makan kuih Pau dua tiga empat bijik (Banyaknya, ni mencekik namanya),aku ngan famili aku pun meneruskan perjalanan untuk ke rumah abang aku di Putrajaya terlebih dahulu untuk berehat..
Keesokkan paginya,aku menerima panggilan daripada salah seorang kakitangan UIA yang bertanyakan mengenai dompet aku yang dijumpai oleh anak perempuan Encik Mat Rus di dalam tandas R & R Gunung Semanggol..Mau terkejut aku sebab aku sendiri pun xperasan bila yang aku hilang dompet..Tambahan pulak,seingat aku,memang aku langsung tak jejakkan kaki ke tandas masa berhenti tu..Lepas solat trus aku g makan..Mula-mula aku ingat dorang silap sebab aku yakin yang dompet tu masih bersama aku..Tapi,cari punya cari,sah..memang dompet akula tu yang hilang..Ya Allah,punyala gelabah gila aku rasa, bukan sebab ada duit dalam tu (sebab memang xdak duit pun)..Haha..Tapi ada IC,lesen,ATM Card ngan yang paling penting Matric Card aku yang aku nak guna untuk Exam..Wuaaa!!
Mujur ada no handphone kaunselor aku dalam tu,dapatla diorang contact dia.So, kaunselor tu pun contact aku..Dia bagi no Encik Mat Rus..Alhamdulillah,dengan izin Allah dan sifat-Nya yang Penyayang, selepas aku kol Encik Mat Rus,dia dengan baik hati bersetuju untuk ke UIA bagi memulangkan dompet aku yang dijumpainya itu..
Pada awalnya,aku agak terkejut dengan tawaran dia untuk datang ke Uia bagi memulangkan dompet aku tu..Yalah, takkanla dia nak datang UIA semata-mata nak bagi dompet aku ja,patutnya akulah yang pi jumpa dia kat tempat diakan.. Tapi,2 hari sebelum aku exam,dia dan keluarga dia datangla berjumpa dengan aku di depan Rectory Building Subhanallah...mulianya dia dan keluarga dia...Baik sangat-sangat diorang ni..Aku rasa cam nak menangis ja time tu bila tengok isteri dia ngan anak dia yang masih kecik lagi..Rasa serba salah ada sebab dah menyusahkan dorang dan dalam pada masa yang sama bersyukur pun ada sebab dah jumpa balik ngan dompet aku..
Keikhlasan dan kejujuran yang jelas tergambar dari setiap raut wajah mereka yang datang menemui aku pada petang itu benar-benar meruntun hati aku.. |
Kalau difikirkan..siapa yang hendak bersusah-payah membazir masa datang memulangkan kembali barang yang dijumpai beratus-ratus kilometer kepada pemiliknya...Tapi dorang antara insan mulia yang sanggup berkorban tenaga,masa dan mungkin wang ringgit semata-mata untuk membantu aku...Terima kasih..Kalau tidak kerana pertolongan diorang dan izin Allah,sudah tentu aku akan ditimpa dengan pelbagai masalah dengan ketiadaan dokumen2 penting dalam dompet terutamanya Matric Card dan I.C aku..
Untuk Encik Mat Rus dan keluarga,terima kasih banyak2,semoga Allah merahmati kehidupan kalian serta memberi kebahagiaan yang tidak berpenghujung di dunia dan di akhirat ,Amin Ya Rabb..Akhir kata, aku dedikasikan result aku kali ni untuk Encik Mat Rus dan keluarganya..=)
No comments:
Post a Comment