Wednesday, 29 February 2012

Wordless Wednesday: Cinta Muka Buku

tq guugel=)

kalau bukan takdir mereka...


Hai..hehe...lama tak updatekan...Maklumla,baru-baru ni aku bari ja settle dengan program USC 2011 (University Sports Carnival), dalam program ni..aku ditugaskan dalam bahagian catering untuk closing ,Volunteer untuk Basketball dan jugak player untuk lempar cakera...haaa...banyakkan...tu yang tak dapat nak update tu..Sekarang ni pulak,tengah fokus untuk program Inter-Mahallah Cultural Week(IMCW)9-11 march minggu depan...

Oleh sebab subjek aku sem ni pulak melibatkan 3 subjek teaching dalam kelas dan 2 subjek research..So,paham2la kan when it comes to reseach, memang selera aku untuk berblog agak hilanglah..huhu..Subjek ni sangat-sangat mencabar!Apapun,aku doakan sem ni adalah yang terbaik untuk aku dan semua orang...Amin Ya Rabb=)

KALAU BUKAN TAKDIR MEREKA

Tajuk..macam drama lakkan..Aku just nak bercerita tentang pengalaman aku masuk lempar cakera haritu..kalau bahasa omputihnya discus throw. .hehe...

Nila cakeranya...takdala berat sangat..tapi kalau kena kepala sekali, bongok 3 tahun..huhu

Pagi tu,awal-awal lagi aku dah tercongok kat stadium Saidina Hamzah UIA..Maklumla..pendaftaran pukul 7.30 pagi..
Dah sampai tu,sempatla aku g berlatih jap kat belakang stadium tu,baling ja apa yang ada depan mata,jumpa batu,baling batu,jumpa botol air,baling botol air..Jumpa Pak Guard?..Errr..hehe..yalah sejujurnya..aku ni mana reti main lempar2 cakera ni..Masa sekolah DULU2 tu pun,aku pegang cakera tu  just nak wat amik syarat ja sebelum aku lari dari kelas pendidikan Jasmani yang tak berapa nk mengujakan aku tu..

Last2 masuk kat universiti,aku masuk pertandingan ni sebab xdak orang isi nama untuk masuk game ni kat board tu..Jadik, memang Waalaikumsalamlakan nak reti mainnya...tak reti langsung!Mujur last USC aku main jugak game ni..so,basically..bolehla setakat baling2 jatuh depan hidung tu..kahkahkah

Baju player USC Aminah....

My lucky number..hehe..Ni yang aku suka masuk game track and field ni..sebab dia bagi nombor..So,rasala sikit semangat kesukanan tukan...wakaka

Register nama...


Aku ngan pemain-pemain lain dibawa ke tempat "permainan" kami..hehe..

Nampak tak sangkar hijau kat hujung tu..aku main dalam tula..Ni masa latihan...

TAPI NAK DIJADIKAN CERITA PADA HARI PERTANDINGANNYA...NET HIJAU TU DIBUANG....JADIKLA MACAM KAT BAWAH NI...


Bagi tiang saja net xdak...Bahaya GILA kot..

Ni..last year punya USC..At least, risiko untuk berlaku kemalangan tu rendah berbanding tahun  ni..

 Nak dijadikan cerita..dorang bagilah kat setiap player ni beberapa kali peluang untuk mencuba bermain dengan cakera ni..Ada yang baru first time ja pegang cakera ni..Antara orang yang mencuba2 baling cakera ni pada awalnya ialah akulah.. 

Masa tu...aku try nak cuba satu kaedah yang aku tengok dalam Youtube ni tau..dia macam berpusing2 camna tah...

Lebih kurang cam kat bawah nilakan......Sekali...tengah2 pusing sambil baling cakera tu dengan lajunya,tiba2, aku tersalah amik lajak, makanya, cakera yang sepatutnya aku baling ke arah depan ,TERPUSING ke ARAH PLAYER2 YANG TENGAH TERNGAGA DUK  TENGOK AKU TU..PAHAM TAK??AKU PERGI LEMPARKAN CAKERA TU KAT ORANG!!Ulang sekali lagi..Aku baling dekaaaat orang bukan kat padang...ha..sentap tauu!!Menjerit budak2 pompuan tu..

Cakera yang aku baling tu pulak dengan hormatnya lalu ikut celah-celah kepala dorang..Perghhh...dramatik gilala time tu...Memang rasa macam nak putus nyawala...Dahla ada budak-budak laki tengah standby kat track untuk lari 5000 meter kat tepi tu..Semua tengok aku!!Malu gila kot!Malu campur takutla sama..Takut terbunuh orang dengan tak sengaja..Tak pasal-pasal aku sambung TESL kat Henry Gurney..huhu

Usually kalau ada net,cakera tu xdalah nak melelong-lelong sangat jauhnya...tapi bila dah xda ni..memangla bahaya..Tambah-tambah untuk yang beginner macam aku.. 

Mula-mula aku nak lari ja balik..Fobia sangat2!! Takut kalau2 aku terbuat lagi perkara yang sama time main betul2 tu tapi memikirkan niat aku untuk wat yang terbaik untuk mahallah aku iaitu Mahallah Aminah, aku teruskan jugak dalam keadaan semangat yang hampir luntur...

Alhamdulilah,daripada 18 peserta daripada 10 Mahallah tu, aku dapat tempat ketiga..hehe..First medal yang pernah aku dapat yang melibatkan sukan..kahkahkah..Poyo jakan..Nombor tiga japun..Neway..Thanks to Qihah n Jah sebab sudi jadi coach aku..=)

P/S: Last USC untuk aku di UIA=( Next year dah xda dah...sob3..

Tuesday, 21 February 2012

Busy..


Sem ni adalah sem yang sangat sukar bagi aku..Banyak program2 besar berlaku dalam sem ni dan terlalu banyak killer subjek yang aku ambik berbanding sem2 yang lepas..
Tuhan..Permudahkanlah...........Aku penat ni..................................=(

Sunday, 19 February 2012

Megi-megi cinta untuk leha..=)

Harini IIUM USC(University Sport Carnival 2011) telah bermula..Maka bermulalah satu tugas yang amat penting yang perlu digalas oleh Sports and Recreation Bureau of MRC aku iaitu Leha..Jadi, menghargai susah payah dan jerih perih beliau dalam menguruskan event kemuncak dalam USC ni bersama dengan rakan-rakan seperjuangan MRC2 yang lain,aku dedikasikan entri ini untuk mereka..Cik A,Imah,Jimah, Jah dan yang teristimewanya untuk Salehah Bustamam=)

Megi2 Cinta untuk Leha

Sebenarnya, seminggu selepas masuk UIA,aku dengan rakan-rakanku begitu sibuk dengan program dan jugak add,drop subjek..Tak terfikir pun untuk meraikan besday sesiapa pada minggu2 kejadian,sehinggala satu hari,Cik A memberitahu aku plan untuk menyambut besday Leha..Plan yang sebenarnya diusulkan oleh Imah itu agak mengembirakan aku sebabnya..i like party becoz,party has food,and i LOOOOOVEEEE food!!!wakakaka (Tah hapa2 jakan)

Oleh sebab meeting kami selalu berlanjutan sehingga lewat malam menyebabkan kami tiada masa untuk menetapkan hari yang sesuai untuk membuat seprais party kat Leha..Until one day,kitorang pun decidela nak buat party lepas kelas...Nak dijadikan cerita,lepas kelas tu,hujan lebat yang amat!!! Lebat selebat-lebatnyalah! Dapur pulak,tak leh nak menyala..Time2 tu jugak wat halnya pun.. 

Walaupun ujian demi ujian datang bertimpa-timpa,demi melihat senyuman dan keceriaan sahabat yang kami sayangi iaitu Leha,kami gagahi jugak segala halangan dan hujan lebat itu dengan gagahnya..(Perghh,sempoi punya ayat) hehe..Nak masak maggi ja pun..

 Ok..Ni RATATUWI kita ,Cik A..Anyone can cook!!hehe
 Ni Prep and Tech kami..Imah..hehe
 Bagi mendidih dulu!=)
 WAITING FOR DA SEPRAIS!!!hehe
 Lilin besar gila..nak suh leha tiup..hehe
Boring tunggu VIP.

 Tengah2 nak wat seprais ni..si Leha tu pi basuh bajula pulak...hai,time2 nila pulak dia nak membasuhnya!! Kitaorang semua dah lapar sangat2 dah..
 Ok2..ready2..aku dah siap pegang lilin dah kat pintu..
Jah belakon, konon nak suh Leha teman dia jumpa kawan dia kat bawah..hehe

Orait2..get ready girls!!
 One....Two.....
 Three!!!! Hepi besday to you!!!Hepi besday to you!! Hepi besday to Leha!! Hepi besday to you!!!..hehehe...Saat2 yang paling best sekali dalam event ni!!! wakakaka..Terkejut kau!!
 LEHA,ko sorok apa tu?hehehehehehhee=B
 Leha masih dilamun perasaan..hahaha..Arghh..tidak2..Tiupla lilin tu dulu..Dah cair dah ni tunggu kau..hehe.
 Hehehe..Finally...
 Ok...menu..Float by Cik A,Coktails by Imah and waffer by Jah..hehe
 Hehehe...tak habis lagi..Duduk Leha duduk..
 aRGGhhh..Aku tak percaya!! hahaha..
Kek Giant pun sodap!! hehe
 Imah buat...sedap sangat!!!
People behind the scene..=)

Also behind the scene,Datin Maimon (Tetiba)
 Ok..jum masak2 megi2 cinta untuk leha kita!!

 Orait..Our Kak Long!! 23 sudah=)
Warga Tua Teras Masyarakat..wakaka

To Leha,terimalah...Megi2 cinta yang dibuat khas sempena menyambut kelahiranmu yang ke-23..It is not expensive, but our love and care inside are something that you cannot find even in the royal castle!=)

Special thanks to Imah,Cik A,Jimaha and Jah for the full-hearted contribution to this event=)..Event xkan semeriah dan sebest ini tanpa korang!!hehehe...Jom g kelas Dr Ismail!!

Tuesday, 14 February 2012

The Story of my first niece=)

Sambil2 menonton Humanitarian Night 2011 kat  dlam Main Audi ni,terasa gatal plak jari jemari  tak runcing aku untuk update..Berdebar tunggu result kelab manakah yang menang..Adakah MISI Club,Akhi ataupun Titian Asli..

Orait..Lupakan sebentar cerita di atas..

Sebenarnya lately aku xleh nak fokus sangat untuk study,teringat kat anak2 sedara aku...(Boleh pulakkan)..Tapi serius sambil study tadi,boleh pulak teringat kat Aliff,A'dnin ngan Amni...Siap gelak2 pulak tu sambil tengok handout yang lecturer bagi kat aku..Hai..parah2..Nila akibat duk rumah lama sangat..Kalaula ditakdirkan aku belajar jauh..Macamanala gamaknya...Ehm..apa2pun,aku cintakan mereka kerana Allah dan aku harap mudah-mudahan mereka bertiga jadi anak yang soleh-solehah serta taat kepada perintah Allah,Rasul dan ibu-bapa mereka..Amin..

Ok..harini aku nak update pasal cerita aku mula2 jumpa ngan Amni...Amni ka Auni aku pun xtau nama apa parents dia nak bagi...Tapi aku suka Amni..sedap..lembut ja bunyik..hehe..

Sebenarnyalakan,masa abang aku msj aku yang kak ipar aku dah bersalin tu,aku tengah on da way nak basuh baju..Maklumla hari Ahad,paham2 jela kan, student, hehe..Dapat2 msj ja terus aku cancel basuh baju, kemas2 barang, bagi dokumen2 meeting aku kat kawan aku,standby kalau aku xbalik UIA malam tu sebab malam tu aku ada meeting then terus ke Putrajaya..

Sampai-sampai ja terus ke cari Dewan Bersalin..Pergh..berdebar gila time ni..Cari punya cari..Akhirnya sampailaaaaaaaa...=)



 Dewan makan...eh tak Dewan Bersalin..hehe

Ok..Mari kita tengok,sapa yang kena!!!
 Nombor 9 dah bersalin k...yang lain tengah race..hehehe..Comel
 Assalamualaikum baby!!!!!!!
Alhamdulilah..mantap anak sedagha Khola Jannah ni..hehe
 Jum g Petrosains nak?

 wuuuuu..xnak..nak tidooooo..hehe
 Topi ni dulu,aku beli 2,3 tahun dulu kat A'dnin masa dia mula2 lahir..Ni kira dia baby keduala yang bertuah dapat pakai topi rabbit ni..hehehe..(Cakap jala awak tu kedekut nak beli yang baru) haha..xsempatla nak beli..Xpa,nanti Khola beli topi kuda pulak eh? Nak?=)
 aaaaaaaaaaaaa..tutup mulut dik..hehe
Dengar tokwan bagi kaunseling pasal pelajar yang nak cemerlang UPSR..kahkahkah

P/S: Event dah habis..Sekalung TAHNIAH kepada TITIAN ASLI kerana berjaya menggondol  the Best IIUM Club 2011!! kepada club yang aku sayang iaitu MISI Club,xpa, kita dah cuba yang terbaik lagipun,we work not for award but for Allah..hehe..Apa2pun event malam ni sangat2 best!=)

Sunday, 12 February 2012

Baby girl dah keluar dah,Alhamdulillah=)


Alhamdulilah.......Anak abang Effie dan Kak Eja yang kedua sudah pun selamat dilahirkan pada pukul 9.15 pagi, bertarikh 12.2.12..hehe..Cantikkan tarikh ni=)..Berat dia dalam 2.98 KG..Lagi ringan daripada abang dia, A'dnin Wildan..Nama...ehm..xtahu lagi,masih dalam pemilihan..hehe..Apapun...sekarang baby ada kat sebelah aku...hehe..Hepinya..Allah ja tahu...Whatever it is,aku ialah MAK SAUDARA YANG PERTAMA PEGANG DIA!!Excited tauuu...haha

Mak ngan abah n yang len sedang dalam perjalanan daripada Perlis,doakan mudah-mudahan semua selamat..Amin Ya Rabb=)

Makasih Allah=))))))


Saturday, 4 February 2012

Kerana mereka insan-insan mulia..

     Umumnya, semua sudah sedia maklum yang keputusan peperiksaan bagi pelajar-pelajar UIA bagi sem 1 2011/2012 sudah pun keluar...Bermula pada pukul 12 tengah malam,31/1/2012,maka, sibukla pelajar-pelajar UIA meng"update" status result masing-masing di Twitter,blog mahupun Facebook..Ada yang Alhamdulillah..Ada yang Astagfirullahalazim dan ada yang Masya Allah RESULT AKU!! hehe..tipu, mana ada 2 yang blakang tu,kebanyakkan aku baca, status dia, "Alhamdulilah" siap dengan smiley lagik..Maknanya okla result dorang tu..Tapi,kalau status2 sugul tu..bukan tak ok,tapi mungkin tak capai apa yang ditargetkan..Well...It's normal yar..Tula hidup..xmenentu, ada up and down..Ehm, result aku kali ni pun idokla bagus maner...Ok..Alhamdulillah la.Bak kata mak aku banyak mana kita usaha,banyak tula yang Dia bagi..Apa2pun aku tetap bersyukur at least aku ada jugak pointernya daripada kosong teruihkan..Tahun depan up banyak lagi kita ya Jannah!

Bagi yang mendapat result yang cemerlang, tahniah aku ucapkan..Bagi yang kurang bernasib baik, cuba lagi..Hidup mesti diteruskan!! Jangan GIVE UP! Xmati aih..Walaupun hati ada sikit2 rasa pedih,tapi xmati..Insya Allah!

Masa exam last sem,banyak perkara berlaku sebenarnya..Tapi jutaan terima kasih aku ucapkan kepada mak ngan abah,sebab hadir menemani aku sampaila saat2 aku exam,kepada Munira yang ajar subjek Semantics, semalaman sampaila aku paham seolah-olah belajar satu sem,kepada pensyarah-pensyarah yang baik hati mengajar dan melayan karenah aku yang banyak songeh ni..Kepada  Tok Yam,Kak Effa, Bang efi,Kak Nor,Bang Pideh, Qilah dan sahabat-sahabat aku yang sudi membantu,mendoakan dan memberi motivasi kepada diriku insan yang lemah ni....Terima kasihla na,anda semua memang baik.

Dan xlupa juga kepada Encik Mat Rus dan keluarga yang membantu memudahkan urusan peperiksaan aku...Ha..Siapa Encik Mat Rus ni? Apa kaitan dia ngan exam aku pulak? Ehm..Meh, aku cerita siapa dia..

  Cerita aku dan mereka

  Beberapa hari sebelum exam,dalam perjalanan pulang dari Perlis ke UIA,aku dan keluargaku singgah di R&R Gunung Semanggol,Perak untuk solat dan makan..Seusai solat,aku terus ke tempat makan untuk memancing...Haha,xla,mesti untuk makan..Pastu,lepas makan kuih Pau dua tiga empat bijik (Banyaknya, ni mencekik namanya),aku ngan famili aku pun meneruskan perjalanan untuk ke rumah abang aku di Putrajaya terlebih dahulu untuk berehat..

Keesokkan paginya,aku menerima panggilan daripada salah seorang kakitangan UIA yang bertanyakan mengenai dompet aku yang dijumpai oleh anak perempuan Encik Mat Rus di dalam tandas R & R Gunung Semanggol..Mau terkejut aku sebab aku sendiri pun xperasan bila yang aku hilang dompet..Tambahan pulak,seingat aku,memang aku langsung tak jejakkan kaki ke tandas masa berhenti tu..Lepas solat trus aku g makan..Mula-mula aku ingat dorang silap sebab aku yakin yang dompet tu masih bersama aku..Tapi,cari punya cari,sah..memang dompet akula tu yang hilang..Ya Allah,punyala gelabah gila aku rasa, bukan sebab ada duit dalam tu (sebab memang xdak duit pun)..Haha..Tapi ada IC,lesen,ATM Card ngan yang paling penting Matric Card aku yang aku nak guna untuk Exam..Wuaaa!!

Mujur ada no handphone kaunselor aku dalam tu,dapatla diorang contact dia.So, kaunselor tu pun contact aku..Dia bagi no Encik Mat Rus..Alhamdulillah,dengan izin Allah dan sifat-Nya yang Penyayang, selepas aku kol Encik Mat Rus,dia dengan baik hati bersetuju untuk ke UIA bagi memulangkan dompet aku yang dijumpainya itu.. 

Pada awalnya,aku agak terkejut dengan tawaran dia untuk datang ke Uia bagi memulangkan dompet aku tu..Yalah, takkanla dia nak datang UIA semata-mata nak bagi dompet aku ja,patutnya akulah yang pi jumpa dia kat tempat diakan.. Tapi,2 hari  sebelum aku exam,dia dan keluarga dia datangla berjumpa dengan aku di depan Rectory Building Subhanallah...mulianya dia dan keluarga dia...Baik sangat-sangat diorang ni..Aku rasa cam nak menangis ja time tu bila tengok isteri dia ngan anak dia yang masih kecik lagi..Rasa serba salah ada sebab dah menyusahkan dorang dan dalam pada masa yang sama bersyukur pun ada sebab dah jumpa balik ngan dompet aku..

Keikhlasan dan kejujuran yang jelas tergambar dari setiap raut wajah mereka yang datang menemui aku  pada petang itu benar-benar meruntun hati aku..

Kalau difikirkan..siapa yang hendak bersusah-payah membazir masa datang memulangkan kembali barang yang dijumpai beratus-ratus kilometer kepada pemiliknya...Tapi dorang antara insan mulia yang sanggup berkorban tenaga,masa dan mungkin wang ringgit semata-mata untuk membantu aku...Terima kasih..Kalau tidak kerana pertolongan diorang dan izin Allah,sudah tentu aku akan ditimpa dengan pelbagai masalah dengan ketiadaan dokumen2 penting dalam dompet terutamanya Matric Card dan I.C aku..

Untuk Encik Mat Rus dan keluarga,terima kasih banyak2,semoga Allah merahmati kehidupan kalian serta memberi kebahagiaan yang tidak berpenghujung di dunia dan di akhirat ,Amin Ya Rabb..Akhir kata, aku dedikasikan result aku kali ni untuk Encik Mat Rus dan keluarganya..=)



sibuk dengan society di rumah..hehe

 Family Representative Council
(FRC)

Program Manager: Abah
Assisstant Program Manager and Head Catering: Mak
Head Security: Abang Zuhairi
Accomodation and transportation: Kak Effa (Sarawak)
Accomodation and transportation: Bang Effie (KL)
Head Da'wah and Tarbiyyah@ Hab Halal: Kak Eja
Treasurer@ Welfare@ Program Coordinator @ Head Discipline: Kak Nor
Prep and Tech: Abang Firdaus
Special Task: Jannah
Publicity & promotion and subcom catering: Aqilah
Participant: Tok =B

Salam Maulidur Rasul daripada kami sekeluarga...Malaysia mari berselawat!



Wednesday, 1 February 2012

Selamat Hari Jadi Syarnissa=)

Orait..Kali ni,aku tak nak nyanyi lagu hepi besday macam kebiasaaan yang aku selalu buat....Sebabnya aku dah import dah Orang Utan dari Sepilok ni untuk nyanyi kat sahabat baik aku ni sempena hari lahir dia yang ke-23..hik hik..Dengaqla dulu no..haha



Yiha!! Hahahaha..sedapkan dia nyanyi!! Kalah Shila Amzah..hehe..Orait..

BUAT SAHABAT KAMI YANG DICINTAI...SYARNISSA AHMAD DAHURI..

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-23 Syarnissa!!

Wewit!!!Dah besaq dah kawan aku ni..waktu aku kawan ngan dia,umuq dia baru 18..sekarang dah menginjak 23..Apa2pun Syarnissa, saya xpandai nak berpuisi dan bersajak bagai.Saya just nak awak tahu yang...Awak adalah antara anugerah  terbaik yang Allah bagi kat saya..Dan bukan kepada saya sahaja,tapi kepada parents awak,sahabat2 yang lain dan juga kepada semua orang di dunia ini...Seriously,YOU ARE THE MOST PRECIOUS GIFT TO US OSYA..Saya doakan semoga awak senantiasa dilindungi Allah dan segala hajat awak dimakbulkan oleh-Nya..Amin ya Rabb...Keep on inspiring people..We're waiting for you=)

Song for you..Dengar dan hayatilah setiap bait2nya..Khas untuk awak=)