Thursday, 1 December 2011

Apa jua rasa,jangan pejam terlalu lama..


Semalam...aku dan rakan-rakanku sempat berkunjung ke rumah arwah Abang Sham, 
Kami pergi lepas kelas dalam pukul 2,waktu tu arwah dah dikebumikan..

Sayu dan terkedu aku rasa apabila sampai di halaman rumah..
Bertambah sayu apabila nampak Kak Yus,isteri arwah terbaring lesu di ruang tamu rumahnya..Rasa macam nak patah balik keluar sebab takut kehadiran kami cuma menganggu Kak Yus..Tapi tiba2 saja Kak Yus terbangun dengan mata yang masih lagi digenangi air mata..Kesian Kak Yus..Dia perlu kuat untuk menguatkan lagi 7 orang anak-anaknya..Tmbah2 si kecil yang baru sahaja berusia 3 bulan tu...Ehm..Takpa Kak Yus,Allah kan ada..Dia tahu apa dia buat...Kita semua nanti akan  ke situ jugak...

Apa jua rasa..kehilangan,kegagalan,kesedihan....Pejamkan saja mata dan buka semula...Walaupun tiada apa yang berubah selepas kita membuka mata,sekurang-kurangnya apabila kita telah memejam dan membuka mata, kita tahu yang kita sebenarnya berada di alam realiti..Dan apa2 pun yang terjadi,kita kena hadapi juga perkara tersebut...

Dulu,selepas PMR diumumkan...aku hanya mendapat 7A 2B, satu pencapaian yang tidak langsung membanggakan untuk aku bawak ke rumah. Jadi selepas pulang ke rumah, aku hanya terbaring dan tidur.......Aku tutup saja mata dengan harapan,hari itu ialah hanya mimpi buat aku...Aku harap sangat yang hari aku mendapat result PMR tu ditukarkan pada hari yang lain,hari yang aku boleh mendapat 9A..Tapi selepas aku buka mata,aku sedar...Aku perlu hadapi perkara tersebut dan aku tidak boleh selama-lamanya memejamkan mata...Problems always come and go..Either you will become better with that problems,or you will die in them.Choose the best =)

tq gugel

No comments: