Saturday, 3 September 2011

Dalam hanya satu hari..


Sambil menaip entri kali ni, liputan mengenai kepulangan wartawan,jurukamera dan sukarelawan Malaysia masih lagi kedengaran di televisyen..

Dalam banyak2 tu,aku tertarik dengan kata-kata salah seoarang sahabat arwah yang ditemu bual oleh seorang wartawan TV3..Lebih kurang macam nilah..

"Sebelum tu kami semua bertugas seperti biasa,sama-sama membantu menyiapkan tugasan.,Ketika itu,  kami semua sudah seperti keluarga dan bekerja dalam suasana yang gembira..sehinggala pada hari itu,hari Jumaat...ketika kejadian ini berlaku..Ia telah mengubah keadaan kami..It's changed 360degree..,"kata sahabat Allahyarham dalam keadaan sugul dan sebak...

Segalanya sudah tertulis di Loh Mahfuz...Dalam tawa kita,perlu ada sifat berjaga-jaga..Dan dalam penderitaan kita,perlu ada sifat Redha...

Ibu Allahyarham...
Dalam kenangan..Allahyarham Noramfaizul..Al-Fatihah

Sedikit info yang diperoleh daripada SINI...

Dalam hanya satu hari..
  • Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.
  • Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.
  • Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.
  • Khairulanuar seperti dipetik oleh Bernama berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Sekali lagi...marilah sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham..Semoga Allah menempatkan Allahyarham dengan golongan-golongan yang dikasihi-Nya..Amin..


4 comments:

Yana Yassin said...

Takziah buat ahli keluarga,.. ada hikmah setiap yang berlaku.

Muhammad hamizan bin yusof said...

al-fatihah..~

Munira Shaari said...

Al-Fatihah..

Jannah said...

Al-Fatihah...