Wednesday, 31 July 2013

Ayah


Kat rumah aku tu,kalau Astro ada dalam bilik mak ayah aku ja...kalau kat ruang tv biasa xda..haha..Kebiasaan lepas tarawikh aku mesti lepak2 dalam bilik parents aku jap untuk tengok tv..Alih2 dalam banyak cerita aku terbekenan nak tengok cerita ni...Haduh...Sedihnya...laju ja air mata aku keluar..dengan music background lagi dengan memek muka pakcik ni lagi..Memang membuatkan perasaan aku sedih sangat..Agak klise la sebenarnya kalau cerita2 melayu anak derhaka nikan.. Si ayah meyerahkan tanah kepada anak untuk digadai buat meniaga,alih2 bila dah senang,ayah dilupakan..Cerita ni mengandungi banyak  pengajaran kepada aku...Aku harap bila aku senang esok2 dah reja,aku xbuat macamni kat mak dan ayah aku..


Wednesday, 17 July 2013

puasa

Hai..mood nak berblog dh kembali..Selamat berpuasa semua..hehe
dah hampir 9 hari kita berpuasakan..

Dalam waktu puasa ni banyak aku habiskan dengan mengisi borang..
Nak sambung study ada,nak kerja pun ada..

Alhamdulilah..secara rasminya bulan jun haritu aku dah tamat sebagai pelajar TESL..hehe

Insya Allah,bulan Oktober kalau tiada apa2 aral...aku akan bergraduasi..

Adakah tercapai hasrat aku untuk mendapatkan ijazah kelas pertama itu?

Kita tunguuuuuuu....hehe.

# ENTRISALUTAKKENANGANTAJUKNIPEHAL

Thursday, 20 June 2013

blog

Hi blog..How are you?Lama aku xtulis apa2 kat sini...kesian...Tulah...lately aku sibuk dengan praktikal aku..memang agak fokusla kalau bab2 praktikal nikan..tambah2 pulak bila mengajar ni..masa tu sangat2 penting..

Tapi sekarang Alhamdulilah..dah habis waktu praktikal..legala skit..hehe..sekarang aku kena rancang masa depan aku...tgkla camanakan..

Tuesday, 14 May 2013

Dia anak muridku...

Harini aku menjaga kelas peperiksaan pendidikan islam di kelas dia...
Hanya tuhan yang tahu betapa nak saja aku lari daripada menjaga kelas tu bila teringatkan dia..

Masa aku masuk untuk edarkan kelas periksa, dia baru masuk..badan dah bau rokok..aku tahu pelajar aku ni mesti dah pekena rokok sebatang sebelum masuk jawab exam..

Sebelum exam,aku akan arahkan semua pelajar meletakkan beg dan buku masing2 di luar dan selepas pastikan tiada beg yang tinggal di dalam,barula aku suruh pelajar2 mula menjawab..Sekali, bila aku pandang ja tempat dia, rupa2nya dia tengah menjawab soalan peperiksaan sambil tangan membaca buku pendidikan islam...

Tiba2 terasa darahku naik sampai ke otak.. Kalau nak diikutkan..nak saja aku peronyokkan kertas jawapan dia.. Tapi memandangkan aku rasa, keadaan dia akan menjadi lebih worst kalau aku biarkan dia tanpa apa2 untuk dijawab, jadik aku cuma ke tempat dia dan mengambil buku yang dipegang..Ya aku xtegas tapi aku tahu dia akan mengganggu kawan2 yang lain kalau aku rampas soalan dia...

Selepas aku merampas buku...dia masih xmnjawab soalan..terus bermain-main dan bergelak tawa..Aku memandang dengan pandangan tajam, nak jerit, aku takut akan mengganggu pelajar2 yang lain...Jadi aku tuliskan nama dia di papan putih... Nah, senyap pun...Tapi xlama lepas tu,masukla cikgu lain...Lagilah bertambah bising....

Apa yang aku tahu...anak muridku itu bukan sekadar perokok tapi juga penghisap ganja....dia sendiri pernah mengaku yang dia memang mengambil ganja untuk menghilangkan tekanan...Walaupun agak kaget dengan pengakuannya tapi aku dapat mengagak apabila aku melihat banyak simptom2  penyalahgunaan  dadah yang ada kepadanya..Sayangnya.....Pelajar yang begitu berkebolehan seperti dia menjadi terus kecundang dek kerana dadah..

Apa perlu aku buat untuk pelajar yang begini.....

Monday, 6 May 2013

Pulang semula ke perantauan..

Tinggal lagi beberapa jam untuk aku meninggalkan bumi Perlis tercinta ni...
Jauhnya aku datang,hanya semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai pengundi...

Semalam sampai tertidur aku di depan laptop untuk menantikan keputusan pru 13 secara langsung..

Bangun pagi seusai subuh...aku terus mencapai laptop dan akhirnya aku mendapati yang BN menang... Perlis masih lagi dikuasai BN..

Perasaan.....Biarla tuhan sahaja yang tahu...Hidup dalam kelompok rakan2 dan ahli keluarga sendiri yang mempunyai pelbagai ideologi politik menyebabkan aku lebih banyak melihat daripada bercakap..Xmengapalah..Bagi aku..Yang penting aku tahu siapa aku nak undi..Biar aku dikata pengecut kerana tidak menyatakan secara terang-terangan siapa yang aku pilih asalkan tiada hati2 ahli keluarga dan rakan-rakan yang aku guris..

Apa2pun..Bagi aku, sebagai anak muda, jangan hanya bergantung dengan apa yang kita lihat dikaca ditv dan baca di akhbar.. Perbanyakkan bacaan dan kajian tentang politik di negara kita.. Jangan hanya melihat disebelah pihak..

#Pkul 10 malam...aku akan pulang semula ke perantauan.....hiba atau gembira? Biarlah rahsia.....

Wednesday, 1 May 2013

Wordless Wednesday=)


hahahahahha...aku baru terjumpa gambar kat atas ni....Can't help myself to laugh like crazy..Tulah perempuan...

Friday, 5 April 2013

Appreciation Night=)


Hai blog aku...Lama xjumpa...hehe...Alhamdulilah, this week so many happy things yang berlaku dalam hidup aku....Makan free hampir setiap hari sebab cikgu2 lain selalu bawak makanan, pot luck katanya,  pelajar2 pun makin ok dengan aku, Alhamdulilah n dalam minggu ni jugak ada malam penghargaan untuk pelajar2 yang dapat Dean's List sem lepas..

Selain tu..aku jugak diminta memberi sedikit ucapan pada malam tersebut sebagai   salah satu perkongsian kepada rakan2 dan jugak junior tentang penglibatan aktif aku dalam bidang kokurikulum n akademik  ni...huhu..Alhamdulilah,segala-galanya berjalan baik cuma  bila dah nervous sangat nak sepiking london ni adalah tersilap sebut sikitkan...hehehee..malu ja nooks..

Need to brush up my English more!!=)

At the CAC building.

My last dean's list certificate=)

Sebelah aku ni budak terpandai tesl..haha..amik berkat budak pandai ja aku ni...

Pasni dh xda dean's list2 lagi dh...sebabnya credit hours dh kurang daripada 15, so fokus untuk mendapatkan ijazah kelas pertama la pulak...Kalau di UIA,ijazah kelas pertama 3.60 above...Hopefully...adala rezeki aku untuk aku hadiahkan kepada ahli keluarga aku=)

P/S: Which country is the best to pursue my master in TESL?