Monday, 6 May 2013

Pulang semula ke perantauan..

Tinggal lagi beberapa jam untuk aku meninggalkan bumi Perlis tercinta ni...
Jauhnya aku datang,hanya semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai pengundi...

Semalam sampai tertidur aku di depan laptop untuk menantikan keputusan pru 13 secara langsung..

Bangun pagi seusai subuh...aku terus mencapai laptop dan akhirnya aku mendapati yang BN menang... Perlis masih lagi dikuasai BN..

Perasaan.....Biarla tuhan sahaja yang tahu...Hidup dalam kelompok rakan2 dan ahli keluarga sendiri yang mempunyai pelbagai ideologi politik menyebabkan aku lebih banyak melihat daripada bercakap..Xmengapalah..Bagi aku..Yang penting aku tahu siapa aku nak undi..Biar aku dikata pengecut kerana tidak menyatakan secara terang-terangan siapa yang aku pilih asalkan tiada hati2 ahli keluarga dan rakan-rakan yang aku guris..

Apa2pun..Bagi aku, sebagai anak muda, jangan hanya bergantung dengan apa yang kita lihat dikaca ditv dan baca di akhbar.. Perbanyakkan bacaan dan kajian tentang politik di negara kita.. Jangan hanya melihat disebelah pihak..

#Pkul 10 malam...aku akan pulang semula ke perantauan.....hiba atau gembira? Biarlah rahsia.....

No comments: