Tuesday, 14 May 2013

Dia anak muridku...

Harini aku menjaga kelas peperiksaan pendidikan islam di kelas dia...
Hanya tuhan yang tahu betapa nak saja aku lari daripada menjaga kelas tu bila teringatkan dia..

Masa aku masuk untuk edarkan kelas periksa, dia baru masuk..badan dah bau rokok..aku tahu pelajar aku ni mesti dah pekena rokok sebatang sebelum masuk jawab exam..

Sebelum exam,aku akan arahkan semua pelajar meletakkan beg dan buku masing2 di luar dan selepas pastikan tiada beg yang tinggal di dalam,barula aku suruh pelajar2 mula menjawab..Sekali, bila aku pandang ja tempat dia, rupa2nya dia tengah menjawab soalan peperiksaan sambil tangan membaca buku pendidikan islam...

Tiba2 terasa darahku naik sampai ke otak.. Kalau nak diikutkan..nak saja aku peronyokkan kertas jawapan dia.. Tapi memandangkan aku rasa, keadaan dia akan menjadi lebih worst kalau aku biarkan dia tanpa apa2 untuk dijawab, jadik aku cuma ke tempat dia dan mengambil buku yang dipegang..Ya aku xtegas tapi aku tahu dia akan mengganggu kawan2 yang lain kalau aku rampas soalan dia...

Selepas aku merampas buku...dia masih xmnjawab soalan..terus bermain-main dan bergelak tawa..Aku memandang dengan pandangan tajam, nak jerit, aku takut akan mengganggu pelajar2 yang lain...Jadi aku tuliskan nama dia di papan putih... Nah, senyap pun...Tapi xlama lepas tu,masukla cikgu lain...Lagilah bertambah bising....

Apa yang aku tahu...anak muridku itu bukan sekadar perokok tapi juga penghisap ganja....dia sendiri pernah mengaku yang dia memang mengambil ganja untuk menghilangkan tekanan...Walaupun agak kaget dengan pengakuannya tapi aku dapat mengagak apabila aku melihat banyak simptom2  penyalahgunaan  dadah yang ada kepadanya..Sayangnya.....Pelajar yang begitu berkebolehan seperti dia menjadi terus kecundang dek kerana dadah..

Apa perlu aku buat untuk pelajar yang begini.....

No comments: