Friday, 28 March 2014

Assignment kita wajah orang lain


Masuk hari ni dah lebih dari 5 orang berangan nak suruh aku wat assignment dorang..
Ish xpaham aku..
Aku yang belajar ke dorang yang nak belajar?
Pantang aku buat kerja orang lain. Orang nak cakap aku berkira. Arghh..lantakla..

Ni bukan soal berkira, ni soal keberkatan..Mak aku duk berleter kat aku sebab assignment adik aku,aku xnak buat..ha..kalau adik beradik,lagila aku xnak buat..Ada pulak..

Aku dulu sampai study dekat  masjid tau sebab nak belajar betul2. Dah roomate aku xsuka aku bukak lampu,aku study luarla..Ini dapat assignment susah sikit,banyak sikit dah nak upah orang.. Tolongla..kalau xnak belajar back off ja.  Aku boleh tolong ajar n bagi panduan ja bukan tolong buat. Maaf aku pentingkan keberkatan..


Air mata

Air mata yang mengalir di pipi memang jelas kelihatan
Air mata di hati, siapa yang tahu?

Senyum sahaja
Ubah yang mana boleh ubah


Thursday, 27 March 2014

Percaya

Dalam hati
aku masih percaya mereka masih ada
Aku percaya
Entah kenapa
Aku masih percaya



aku masa form 2


Nilah aku masa form two..haha...Aku xingat kenapa aku masih dirumah pada pagi ni. Seingat aku, aku ni penghuni asrama dari form 1-form 4..Sepatutnya aku kat asramala kan.Tapi warden asrama dah sedia maklum dengan perangai aku...

Aku xsuka duk asrama!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Pasaipa?

Hahaha, aku xsuka berebut mandi pagi,aku xsuka mandi dalam jamban, aku xsuka makan ikan jaket,aku xsuka makan roti mayat dengan milo bersemut. Aku xsuka iron baju hari sabtu ahad ja, aku xsuka waktu prep yang sangat membosankan, aku xsuka waktu sukan, aku xsuka komitmen dengan jadual.aku xsuka kena tutup lampu waktu homework aku belum siap, aku xsuka lelaki2 gila kat belakang asrama aku yang duk isap gam dan menunjukkan kehormatan mereka..Pokoknya aku memang xsuka apa sahaja yang berkaitan dengan asrama kecuali jamuan bilik dan jamuan akhir tahun..Sekian



Wednesday, 26 March 2014

settle satu interview



Alhamdulilah..setiap minggu aku ada interview, last week kat maktab Penang, this week kat MRSM kepala Batas Penang and next week di UUM sebagai guru bahasa ..Doakan aku ya kawan2 =)


Friday, 14 March 2014

MAS Pray for MH370





Masa ni aku kat Korea,naik MAS. Bertolak pada  waktu tengah malam jugak

Waktu tu aku jatuh cinta gila dekat MAS, dengan layanan yang baik,makanan yang sedap dan kerusi yang lebih selesa berbanding Air Asia..

Masuk ja, terus diberikan headphone, bantal dan selimut. Ada skrin di depan..Tengokla kalau nak tengok,kalau xmau tidoq..Dan sudah pasti,sesiapa yang tidur pasti akan bangun dan yakin yang mereka akan tiba pada destinasi yang sepatutnya pada waktu yang dijanjikan..

Namun bagi aku,sesiapa pun xkan menjangka hal ni akan terjadi pada MAS...
Besarnya kuasa Allah..Hebatnya Dia...Sekelip mata segala-galanya hilang...Hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan...


Aku doakan semoga pesawat ini dapat dijumpai..
















 Semoga dijumpai...Semoga dijumpai...dan semoga mereka....selamat

Single is okay what?


Ok, hari jadi aku dah lepas 2 hari,Alhamdulilah seronok Cuma xpercaya,betul ka aku ni dah 25 tahun?

 Ya Allah,betul ka? haha,betulla tu Aku dah 25 dan masih single tatkala kawan2 aku sudah punya seorang cahaya mata,haha

 Ehm...bila fikir nak belajar,xterfikir pun nak kahwin Tapi bila fikir umur..... Sedihla pulak..


 Ok,kalaula dalam tempoh 3 tahun ni aku xkahwin2,apa aku nak buat?

 1) Habiskan master @ Kerja dulu then master
 2) Beli kereta dan rumah
3) Masuk MLM...Cepat sikit kaya,hehehehe
4) Beli tanah untuk bela kambing
 5) Aktif dalam menghadiri kursus2 yang melibatkan perternakan kambing
6) Buat haji
7) Join kelas memasak!

Wow,banyak jugak perancangan aku. So, it's ok to be singlekan!hahahaa..

By the way,lusa aku dh mula kerja di tempat baru, rasa nak nangis....sebab bakal berjauhan dengan parents aku.....Ya Allah jagakan mereka untuk aku,sayangila mak ayah aku sepertimana mereka menyayangi aku ketika kecil.Tolong ya Allah..

Bomoh


Baru ja aku cakap pasal bomoh ritu kat entri lepas tup2 dah keluar pulak King Bomoh tu,terkejut aku

Lepas ni aku xnak request dah pasal bomoh2 ni Bukan apa,dulu masa barang2 hilang,ada jugak saudara mara aku g kat bomoh

Tapi bomoh2 tu xdalah pulak yang wat ritual2 kelapa dan bubu macam kat KLIA tu

 Apa2pun,aku kesian jugakla kat pakcik tu bila orang duk kutuk2 dia Yalah, dia pun muka pakcik2,baya2 bapak aku dah

Xboleh aku tengok muka2 orang tua ni,kesian Aku doakan Allah bukakan hidayah untuk dia

Tuesday, 11 March 2014

it's my day!!

Happy birthday Jannah yang ke 25
Semoga bertambah iman,berkurang berat badan
Hahahahahaha

I am 25!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Alhamdulilah

hikhik...

Monday, 10 March 2014

Di manakah

Tak boleh tidoq              
Asyik terfikir,kat mana MH 370
Risaunya..walau,tiada ahli  keluarga
tapi sifat kemanusiaan aku memberontak sejak hilangnya kapal terbang tu..Terasa kalau aku PM,nak ja aku suruh tok bomoh ka ustaz2,alim ulamak yang pandai 'menengok' tu tolongla carikan..Tapi kat manaaaaaa..

ya Allah..