Friday, 30 August 2013

Hope to be the chosen one!


Alhamdulilah...Yesterday, I got unexpected news from IIUM. The email that i received yesterday mentioned that, I have been listed in top 5 graduating students for IIUM convocation this November.=) Daripada 5 yang terpilih, hanya seorang sahaja yang akan dipilih untuk menyandang gelaran pelajar terbaik. Bagi aku,
 segala-galanya adalah ketentuan Allah dan rezeki itu daripada Allah..Insya Allah, aku akan buat sehabis baik...Moga ada rezeki untuk ini.. Doakan semoga aku berjaya...Hope to be the chosen one! Chaiyuk2 Jane!

P/S :Berharap untuk berjaya di dunia dan di akhirat



Thursday, 22 August 2013

Seribu rasa hari pertama..


Alhamdulilah setelah melalui urusan temuduga di Jabatan Pendidikan Negeri kelmarin, petang itu jugak aku menerima surat pelantikan sebagai guru ganti di salah sebuah sekolah rendah di Perlis..Harini aku sudah memulakan tugas di situ...

21/8/2013: Temuduga bersama ustaz Zul
                 : Dapat surat pelantikan
                 : Terus tempah name tag
                 : Terus cari kasut cikgu2 kat Bata
               
22/8/2013  : 7.00: Jalan kaki ke sekolah sebab sekolah dekat cet..
                           : Jumpa kerani,dia pandang aku semacam..aku rasa aku kenai dia
                           : Jumpa Ustaz Asri...Dia masih ingat aku lagi..bekas pelajar situ..hehe
                           :Jumpa Ustazah Zuraida, dia cakap aku makin tembam..wakakakaka
                            : Naik darjah 2 B,budak2 kerja nak pi berak ja...
                             Naik darjah 5B,alamak ada sedara aku pulak dalam kelas ni..aku buat2 xnampak ja..
                             :Naik darjah 4A,aku cerita pasal kebaikan belajar bersungguh2..(dapat pi Korea) ngeh2
                  :1.20:  Balik dan terbongkang...................

Esok nak naik motor.................................................

Seribu satu rasa hari pertama

#mencaridanauntukhidupselesa


Tuesday, 20 August 2013

Di sebalik maksud R4BIA




Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag ‪#‎R4BIA‬? Apakah maksud R4BIA tu?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

Berikut antara isi pidato Erdogan dihadapan demnstran pro Mursi di Turki
1. Mereka yang menggulingkan pemerintah sah di Mesir & telah mengabaikan suara rakyat, kini mulai membantai rakyat mereka sendiri.
2. Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank para pelaku kudeta militer.
3. Anda dapat melihat di kaca tv secara live, seorang rakyat Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.
4. Tidak ada yang membantu pemerintah Mesir saat Morsi berkuasa selama setahun. Baik Barat mahupun negara Teluk Arab.
5. Kini. $16 billion bantuan dikirim segera oleh negara-negara Teluk Arab bagi pemerintah kudeta. Kenapa semunafik itu? Sampai bila?
6. Mereka (negara-negara Teluk Arab) yang mengirim bantuan $ 16 billion kepada pemerintah kudeta di Mesir adalah sekutu kudeta.
7. Jumlah para syuhada yang dibantai kelmarin & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 jiwa. Mereka menembak di tempat ibadah selama berminggu-minggu.
8. Mereka membunuh 53 saudara Mesir kami saat mereka melakukan solat subuh. Muslim apakah ini?
9. Mereka tanpa belas kasihan membunuh kanak-kanak, perempuan, dan membakar hospital.
10. Saya mengutuk semua serangan (tentera) terhadap masjid dan gereja.
11. Muslim Brotherhood is protecting churches. But those “well-known Gezi media” (Western media) say 30 churches were burned.
12. They also burned our mosques in Syria and Egypt. Bashar or Sisi, they have no difference.
13. Kekejaman di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin “mereka” inginkan kekacauan di Turki juga.
14. Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.
15. Mari do’akan Syria & Mesir. 100000 rakyat Syria juga telah dibunuh kejam pemerintah diktator mereka.



Sumber: Mesir Kini


Friday, 16 August 2013

Pray for Egypt


Hati bergelojak membaca apa yang terjadi kepada Mesir
Tak mampu nak menceritakan tentang kegembiraan di sini sedangkan di sana menderita
Inilah yang dikatakan harapkan pagar,pagar makan padi
Harapkan tentera, tentera yang membunuh rakyatnya sendiri..

Maafkan aku rakyat Mesir,aku hanya mampu berdoa
Tiada daya mengangkat senjata

Harini hujan derita menimpa kalian semua
Aku pasti kesayangankan tuhanku, esok pasti cahaya bahagia menyinar semula..




Wednesday, 14 August 2013

Untuk saudara-saudaraku di Mesir,Syria,Palestin dan Sri Langka



Takut...


Harini seorang sahabat menawarkan seorang calon yang soleh kepadaku..
Adik ipar katanya..
Owh..menggeletar walaupun hanya membacanya..
Rasanya umurku baru 24..Terlalu tuakah aku jika masih bergelar bujang?

Imanku masih lagi cacat,kesolehanku masih lagi perlu dibaiki..
Dan hakikatnya aku sebenarnya takut..
Takut sekiranya aku tidak dapat membahagiakan dia..

Beri aku masa untuk berbakti untuk ibu dan ayahku..beri aku masa untuk lebih mencari ilmu
Aku takut kiranya aku gagal membahagiakan mereka bermakna aku akan gagal membahagiakanmu..
Maaf aku takut..

Tuesday, 13 August 2013

Tawakkal sahaja?

Tawakkal sahaja tidak cukup
Hidup perlu berusaha,perlu ada "action"
Tidak boleh sekadar duduk di meja dan berangan menjadi kaya tanpa ada apa2 usaha

Hidup perlu berfikir
Menjadi senang bukan senang
Tapi menjadi susah sangatla senang


Sunday, 11 August 2013

finally...graduated with..





First Class Honour...heeeeeeee..Alhamdulilah...

sama

Kita kerap melihat benda yang sama berulang-ulang...
Walaupun tahu ia tidak akan mengubah apa2
Tetapi mata tertumpu pada yang sama
Sedih kerana hanya mampu melihat tetapi tidak dapat mengubah apa2

lagu raya feveret =)


Tuesday, 6 August 2013

Sayu..

Malam terakhir bertarawikh dalam bulan Ramadhan..
Sayu rasanya hati......entah sepanjang Ramadhan ni diterima atau tidak segala amalan ..
Juga tertanya..entah berpeluangkah aku pada tahun hadapan untuk merasai nikmat Ramadhan..



Friday, 2 August 2013

Kap Ha Wau Ya Nun..

Kap Ha Wau Ya Nun...

Hahaha...tetiba nak wat ejaan jawi..actually aku tulis diari pun dalam jawi sebenarnya..Entahla pasaipa, mungkin sebab aku malu kot takut2 orang terbaca diari aku..Yalah kalau tulis melayu senangla nak faham,tulis jawi orang macam xberminat sangat nak baca..and to tell you the truth, aku sendiri pun malu nak baca balik diari sendiri..haha


Kap Ha Wau  Ya Nun...
Kalau disambung2kan ejaan huruf jawi tu maknanya " Kahwin"atau  omputih panggil marriage..

Lately banyak sungguh dapat undangan majlis perkahwinan kawan2 aku ni...Sungguh aku tak percaya yang aku dah mencapai umur 24 iaitu umur market tengah hot untuk kahwin...Tapi entahla...Berulang-ulang kali jugak aku ditanya bila nak kahwin,dah ada calon ke belum, bila nak makan nasik minyak dan seumpamanya..

Haha...malas nak jawab..Kat UIA tu ada ja..orang arabla banyak..Tapi sebagai gadis melayu, aku nak buatan Malaysia ja..haha..Kang amik orang luaq, dapat yang Syiah kang,ha tak pasal2 aku duk meraban-raban Usaaainnn..Ussainnnn..uSSAAAINN..kahkahkah..Ussain nama motor aku..Depa meraban pasal cucu Rasullullah,saidina Hussain....ish2..Tapi rakyat Malaysia pun dah banyak jugak Syiah kan...sadis betul..

whatever it is, seriously, buat masa sekarang,aku xtermampu lagik nak memikirkan pasal kahwin...Sebab banyak lagi kelemahan2 aku yang aku nak upgrade before getting married..U knowla..nak jadi isteri ni bukan mudah..Insya Allah, i put this target after i getting my master 1 or two year from now...Xdalah tua sangat umur 26 kahwinkan... haha...



#mencariyanghalalbukansemudahyangdisangkayangharamadadimana2