Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah kerana telah mempertemukan semula aku dan sahabat baikku yang telah lama terpisah...(Perghh) Ayat aku ka ni..hehe..
Dalam beberapa bulan yang lalu,aku agak lost contact dengan sahabat aku yang ketika itu berada di Australia..Aku pulak..terlalu sibuk dengan program dan juga assignments..Lama aku tidak mendengar khabarnya...sampaila satu hari, sekembalinya aku ke UIA selepas bercuti..Aku mendapat satu msg yang agak familiar di mata aku....hehe...
"Eh,Jane..Ko dokter ker?"
hehe..Msj yang ringkas dari nombor tempatan tu amat bermakna bagi aku dan membuatkan demam aku sembuh sekelip mata..
Menjerit aku...Tahula dia dah balik ke Malaysia sebabnya nombor yang digunakan bukan nombor Australia lagi...=B
Last two weeks dia datang UIA jumpa aku..Aku tunggu dia depan gate Aminah..Nampak2 ja dia kuar daripada kereta,terus aku rasa nak menangis...Waktu tu, aku dah tak ingat apa dah..Aku peluk ja dia..Yang mak dia pun menangis tengok keadaan kami waktu tu..Agak sebak..sebab aku terlalu rindu kat dia..Waktu dia pergi Australia tu aku rasa sunyi sangat..Setiap kali lalu bilik dia,setiap kali tu jugak aku akan rasa nak nangis..Yalah..aku ngan dia berkawan baik sejak di Matrikulasi UIA PJ lagikan..Susah senang,jatuh bangun sama-sama kami hadapi...Then, dia dapat offer ke sana...Tinggalla aku kat sini
Setiap yang berlaku ada hikmahnya...Bumi Australia bukan sekadar mengajar sahabatku mengenali siapa dirinya..Bahkan lebih mendekatkan dirinya dengan Sang Pencipta iaitu Allah S.W.T..Alhamdulilah..Di situ,Allah telah mengetuk hati sahabat aku ni untuk membuat satu penghijrahan yang terbesar dalam hidupnya...Allah lembutkan hatinya untuk berhijab..Bukan sekadar hijab yang biasa-biasa seperti yang kita lihat di majalah-majalah fesyen atau Dara.com tetapi berhijab dengan sempurna...Katanya, Tarbiyyah serta usrah di sana menjadikan dia lebih menghargai Islam...Kata sahabatku, dia benar-benar jatuh cinta dengan Allah sewaktu dia di bumi Australia itu..Keasingan tinggal di sana menyebabkan kebergantungan dirinya terhadap Allah makin tinggi..
Sebagai seorang sahabat,penghijrahan dirinya teramat mengembirakan aku..Aku doakan semoga sahabat baikku ini akan terus sukses dalam apa jua perkara yang dia impikan.."Uhibbuki fillah ya sodiqoti"
P/S: "Jannah,Allah tu sangat baikkan"-Brissy,Australia=)
No comments:
Post a Comment