Sunday, 22 April 2012

Cerita kami..dan masa depan..


Dalam beberapa minggu ni,ujian demi ujian datang menimpa aku..Hilang kunci bilik,hilang kunci motor..Cuai sangatkan aku ni ha? Ntahla..aku dah sedaya upaya dah jaga menda2 ni..Tapi...ehm...

Harini aku dengar ada budak UPSI bunuh diri...Ehm ntah ya,entah tidak.Kalau ya..maybe tertekan,mungkin jugak ditolak syaitan...Hanya Allah yang tahu,kita hanya manusia,xlayak untuk mesyurgakan dan menerakakan sesiapa..So,leave the judgement part to Allah..Husnu Zhon..

3 harilagi untuk ke Sabah...program bersama pelajar2 UMS..

 Jannah sila selesaikan perkara dibawah sebelum ke sana ya...

1) CALL (Be the best presenter)
2) Dr sheikh punya assessment (buat dengan terbaik!!)
3) LE 4000 punya presentation AND Draft 2 (Be the best presenter k jane)
4) The best interviewee ever for this Wednesday!

p/s: I'm going to meet my sister soon @ UMS ..Qilah, tunggu kedatangan kakakmu!!!

IKLAN JAP
We are selling Secretleaf products...Argan Oil..The best and one of the most expensive oil in the world=)

Alhamdulillah..
Finally...my dream on involving in cosmetic business has been achived!!

Any details about these products i'll inform all of you later ,you'll be surprised about the miracle of them =)

 Meet us @ IIUM Student Mall (tepi kedai aiskrim,depan kedai hotdog)
tetiba ja ada kedai akukan...hehe..


Friday, 20 April 2012

Kepulangan yang dinanti...=)




Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah kerana telah mempertemukan semula aku dan sahabat baikku yang telah lama terpisah...(Perghh) Ayat aku ka ni..hehe..

Dalam beberapa bulan yang lalu,aku agak lost contact dengan sahabat aku yang ketika itu berada di Australia..Aku pulak..terlalu sibuk dengan program dan juga assignments..Lama aku tidak mendengar khabarnya...sampaila satu hari, sekembalinya aku ke UIA selepas bercuti..Aku mendapat satu msg yang agak familiar di mata aku....hehe...

"Eh,Jane..Ko dokter ker?"

hehe..Msj yang ringkas dari nombor tempatan tu amat bermakna bagi aku dan membuatkan demam aku sembuh sekelip mata..

Menjerit aku...Tahula dia dah balik ke Malaysia sebabnya nombor yang digunakan bukan nombor Australia lagi...=B


Last two weeks dia datang UIA jumpa aku..Aku tunggu dia depan gate Aminah..Nampak2 ja dia kuar daripada kereta,terus aku rasa nak menangis...Waktu tu, aku dah tak ingat apa dah..Aku peluk ja dia..Yang mak dia pun menangis tengok keadaan kami waktu tu..Agak sebak..sebab aku terlalu rindu kat dia..Waktu dia pergi Australia tu aku rasa sunyi sangat..Setiap kali lalu bilik dia,setiap kali tu jugak aku akan rasa nak nangis..Yalah..aku ngan dia berkawan baik sejak di Matrikulasi UIA PJ lagikan..Susah senang,jatuh bangun sama-sama kami hadapi...Then, dia dapat offer ke sana...Tinggalla aku kat sini

Setiap yang berlaku ada hikmahnya...Bumi Australia bukan sekadar mengajar sahabatku mengenali siapa dirinya..Bahkan lebih mendekatkan dirinya dengan Sang Pencipta iaitu Allah S.W.T..Alhamdulilah..Di situ,Allah telah mengetuk hati sahabat aku ni untuk membuat satu penghijrahan yang terbesar dalam hidupnya...Allah lembutkan hatinya untuk berhijab..Bukan sekadar hijab yang biasa-biasa seperti yang kita  lihat di majalah-majalah fesyen atau Dara.com tetapi berhijab dengan sempurna...Katanya, Tarbiyyah serta usrah di sana menjadikan dia lebih menghargai Islam...Kata sahabatku, dia benar-benar jatuh cinta dengan Allah sewaktu dia di bumi Australia itu..Keasingan tinggal di sana menyebabkan kebergantungan dirinya terhadap Allah makin tinggi..

Sebagai seorang sahabat,penghijrahan dirinya teramat mengembirakan aku..Aku doakan semoga sahabat baikku ini akan terus sukses dalam apa jua perkara yang dia impikan.."Uhibbuki  fillah ya sodiqoti" 

P/S: "Jannah,Allah tu sangat baikkan"-Brissy,Australia=)