Sunday, 23 October 2011

Baru aku tahu.......Susahnya meniaga..


Haritu,aku ngan kawan2 aku kena meniaga..Kitaorang diberi modal RM10 oleh Dr Hasib,pastu meniagala apa yang patut.,,

Kami meniaga sehari ja,ada yang kami makan senirik,bahahaha,sebab nak cepat habis dan ada yang kami paksa kawan-kawan beli..Kesian kat dorang..hikhik

Tapi pengalaman yang paling aku rasa berharga apabila menjual ais tu dari gate sampaila ke kafe..Malu nak mampos kot,rasa macam nak buang ja kepala sambil meniaga..Aku pun xtahu napa aku perlu malu padahal jual benda yang halal..Tapi mungkin sebab tak biasakan..

Ada satu masa,aku pi menjual kat satu meja makan ni..Waktu tu memang agak desperate sebab kena habiskan jualan jugak. Time tu aku rasa macam aku ni penjual CD ceramah agama (beli 3 dapat 1 buku Yassin) tu..Aku kalau makan,aku memang tak suka orang datang jual2 kat aku, tasbih ka,pasu ka, CD cetak rompak ka, aku rimas..So aku cam pandang negatif sikitla kat orang2 camnikan..Tapi bila aku pi menjual,aku rasa orang pun buat benda yang sama yang aku buat kat penjual CD tu..Ehm..Tula nama dia pembalasan kan,padan muka aku.. QISAS..huhu..Mujuqla makcik tu cakap,dia kesian tengok muka aku,dia pun beli semua ais yang aku bawak tu...Pasni kalau ada peniaga datang interfere time kita tengah makan,KALAU KITA XNAK,SENYUMLA SIKIT kat dia..PASTU CAKAPLA,XPALA...TERIMA KASIH YA..JANGAN XTENGOK LAGI DAH KATA XMAU2,ATAUPUN DAH2 ADA seba dia pun ada perasaan jugak...

Tapi meniaga ni memang susahlakan...Hai...Mencabar sangat2..Pasni capital yang diberi dalam RM50,nak meniaga natang apa ha?



Makasih mak..


Ni mak aku bagi,makan kat dalam bilik..Mak cakap,jangan makan malam2,nanti bertambah gemuk
Tapi setiap malam mak aku suh aku makan makanan yang dia masak..Dia cakap,xpa..esok pi senaman sikit eh..Makasih mak..=)

Saturday, 22 October 2011

I miss them very2 much...........


I miss them and i really2 miss them










P/S: Bila terpandang muka  Prof Nik semalam,teringat kat abah aku........rindunya kat abah.....Bilala aku dapat balik rumah gamaknya.......

Friday, 21 October 2011

Smart=)



kredit to FB Mohd Izwan..

Tangan-tangan jahat dan boneka di UIA..apakah?

"sekadar bertanya : prof zaleha jadi boneka pihak tertentu ke?"


Petikan daripada status salah seorang pengguna FB kepada FB Prof Zaleha agak menyentap dan mematikan mood aku pada hari itu,walaupun realitinya msj itu bukan ditujukan kepada 
aku..Tetapi through the spirit of brotherhood and sisterhood which has been inculcated by IIUM to their family including me( macam objective dalam proposal pulakkan), bak kata orang..Cubit paha kanan,paha kiri pun terasa sangat sakitnya...Bertambah sakit apabila terbaca status2 pedas dari orang2 luar termasuk rakan-rakan baik sendiri berkenaan dengan kredibiliti IIUM yang kononnya DAH jatuh apabila membuat "Penggantungan" kepada salah seorang pensyarah AIKOL di sini...


Bertanya sebentar kepada Allah...Benarkah apa yang diperdebatkan itu..Benarkah kami warga Taman Ilmu dan Budi tinggal di "rumah yang rapuh" ataupun rapuhnya rumah kami kerana terlalu banyak "hujan ribut" di luar?


Alhamdulillah...Hari ini,Allah menjawab persoalan aku apabila dijemput oleh pihak pentadbir untuk mendengar penjelasan daripada pihak rektor sendiri iaitu Prof Zaleha Kamarudin..



"SUSPENSION"..WHAT KIND OF SUSPENSION THAT YOU UNDERSTAND AND WHAT TYPE OF SUSPENSION THAT YOU THINK IIUM HAS MADE?

Food for thought for me today...English words can be ambigous right..Banyak maksudnya..Sebab tu,kita perlu fikir,faham dan nilai sedalam-dalamnya setiap perkara yang kita dengar,baca dan lihat sebelum melakukan sebarang kenyataan dan apa2 judgement. 


" Questioned by Brother Iqbal the President of SRC.. regarding to the issue of Ustaz Azhar Idrus..





Brother Jack,my senior from BENL (Bachelor of English Language Society try to explain the meaning of "suspension"


selepas sesi bersama pelajar,pihak media pulak datang..


Soalan berkaitan dengan Prof Aziz Bari.


UIA GANTUNG PROF AIKOL?SUSPENSION?


Digantung dari UIA..Kedengaran agak kasar dan negatif di situ tetapi hakikatnya apa yang diberitahu oleh Prof Zaleha,Prof Aziz Bari bukanla digantung kerja secara kasar seperti yang didakwa oleh masyarakat di luar sana tetapi lebih kepada proses merehatkan dia buat seketika supaya dia mendapat peluang dan ruang sepenuhnya untuk memberi tumpuan kepada proses ataupun penyediaan dokumen untuk pembelaan dirnya..


DIA TAK BOLEH PIJAK LANGSUNG BUMI UIA?


Boleh masuk UIA, kalau dia nak mengajar student dia pun boleh lagi,akan tetapi mesti melalui sedikit prosedeur,kebenaran deanla.. kerana beliau MASIH LAGI DALAM TEMPOH SIASATAN..Habis tempoh tu, nak mai..mai jala mengajaq macam biasa........


KENAPA TEMPOH SUSPENSION TU DIBERIKAN TERLALU LAMA(19-25OKTOBER) KENAPA TAK SINGKATKAN ja?


Itu sekadar tempoh...kalau harini dia boleh keluarkan apa2 statement yang dapat menyelesaikan kes dia, so,settlela ngan UIA,tak payah tunggu sampai 25 Oktober  dah boleh datang mengajar macam biasa..


HA...NI MESTI ADA "TANGAN2 JAHATKAN" YANG SURUH UIA GANTUNG PROF AZIZ kan?SAHEH PUNYA..MESTI ADA..KAN2?


Xda..Konsep syura diamalkan di UIA..the lecturer is our family,our brother kata rektor,takkanla kita nak membiarkan beliau begitu saja.Keputusan ini tiada campur tangan "Tangan2 jahat"..Kami berbincang bersama-sama dalam majlis syura malah  pensyarah-pensyarah dari AIKOL juga turut dijemput untuk memberikan penyelesaian kepada kes ni dan kami berpendapat inilah yang terbaik..


KES USTAZ AZHAR IDRUS..KENAPA DIA TAK BOLEH BAGI CERAMAH DALAM MASJID?KENAPA BAGI EXPERIMENTAL HALL JA..KECIK.NI MESTI KES "TANGAN-TANGAN"JAHATKAN...


Jawapannya: Ustaz Azhar Idrus tak mempunyai TAULIAH dari SELANGOR untuk memberikan ceramah dalam masjid..Itu bukan prosedeur masjid UIA saja tapi prosedeur rasmi semua masjid andaikata ada orang nak bagi ceramah dalam masjid. Jadi mohonla tauliah dulu..Pasal tangan-tangan jahat,tiada kaitannya sebab keputusan itu saya yang buat.Saya mempunyai hak untuk mengatakan "NO" TAK BOLEH MASUK LANGSUNG" akan tetapi disebabkan ingin memenuhi permintaan student  yang benar-benar ingin mendengar ceramah dari ustaz tersebut jadi kami mengambil keputusan untuk memberikan the big hall that we have or availabe at that time and it was experimental hall..........," jelas rektor kepada kami..


Puas hati? UIA ITU,UIA INI..Tangan jahat,UIA pro pembangkangla...hai macam-macamla masyarakat kita ni..Pleasela janganla pakai cedok dan ambil bulat-bulat apa yang orang kata..Asal pakai lebai ja,kita cakap dia baik,asal pakai topi ja kita cakap dia Kapiaq..remove the stigma in your mindla dear people..It's time to change and create our own idea not just adopt other people's idea.




Selepas solat Jumaat..Tiba2 ada demonstrasi...Aku tengah jaga booth time tu...Tiba2 rasa teringin nak tengok..


Unuk pengetahuan, demonstrasi harini tak dianjurkan atau disentuh langsung oleh SRC IIUM..Jadi,no fitnah kepada mereka ya..By the way,siapa yang anjurkan ya?Ehmm...



Ok, xmau cakap banyak2,satg takut terfitnah orang, cumanya..pesanan aku kat penganjur demonstrasi kat UIA dalam gambar ni,esok akan diadakan "HIMPUNAN SEJUTA UMMAT SELAMATKAN AQIDAH",datang jangan tak datang PULAK ya..berhimpun ramai2 lagi best kat situ, tempat dia kat Stadium Shah Alam start pukul 2.00 petang..Budak2 UIA siap dapat Star Merit lagi kalau pi.. Bas  ada disediakn kalau nak tumpang..Tunggu kat depan tangga besar Firaun tu,sekian terima kasih....=)


P/S:  IIUM BUKAN BONEKA,
I LOVE IIUM AND I HATE FITNA.

Thursday, 20 October 2011

It was almost 2 months....



Sehari selepas aku pulang dari Sandakan, Sabah 3 bulan dahulu...


"Aqilah, satu harikan,kak rasa cam nak bawak hangla pi Sabah nanti...Kita pi rumah nenek angkat kak kat Bukhara,best gila rumah dia,bawah ada ayaq,hehe," ujar aku sambil berbaring di sebelah adik aku..Biasala sebelum cerita mesti berkhutbah dulu ngan adik aku,muehehe..


"Eh?Awat seronok sangat kat sana?",adik aku tak henti-henti tanya soalan yang sama..


"Seronooook,Sabah best BAA..Keluarga angkat kak kat sana baaaik sangat,lepas pi Sandakan bolehla kita pi Kundasang pulak,wiii,mesti sejukkan.. kak ingatkan nak mintak posting sanala..Best jugakkan,"panjang  cerita aku sampaila adik aku tertidoq...=P




Selang beberapa hari......Selepas aku balik daripada mengajar..


"'Wei!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hang tau dak Kak Nurun,aku dapat U mana???!! Aku dapat Sabah!!! Wuaaaa...Tula hang nak sangat aku pi....Wuaaaaaa..Aku nak masuk U  dekat-dekat sini ja..Wuaaaaa,xmau pi xmau pi...Sapa nak iron baju mak abah,sapa nak jaga tok,sapa nak bagi makan arnab2 aku!!!!!!!Wuaaaaaa!!!


Banyak pulak persoalan yang datang ketika tu...Aku pun tergamam mendengar kata-kata daripada adik aku...Belajar sana?Jauhnya......Oversea tu..Err.. maksud aku yalah...over the sea..hehe..Aku nak bawak pi jenjalan ja..sekali Allah takdirkan adik aku di situla pulakkan..


Sebagai kakak, dan juga sebagai kawan baik kepada adik aku..Aku cuba mengelakkan daripada memberikan statement2 negatif kat dia..Aku just cakap..Grab the chance,and when u reach there, take this opportunity to explore new and interesting places! Sebab peluang mungkin datang hanya sekali,BANYAK orang yang dapat masuk universiti tapi LEBIH BANYAK yang xdapat masuk..Jadi,apabila diberikan peluang oleh Allah,just grab it!Yang penting niat kita apa? belajar! Semangat aku berapi-rapi cakap kat dia..


Then the time comes.................


Aku tak ikut hantar sebab UIA dah nak bukak..
Mak ikut...
Abah pun ikut..
Jeles jugakla tengok tiket2 nikan..

Nila satu-satunya adik yang aku ada dunia dan akhirat...Semoga Allah sentiasa merahmati perjalan hidup dia dari dunia sampaila Akhirat..Amin...



Just holding the tickets while pretend to smile=(

Dengar wasiat terakhir dari adik aku...hehee

Babai Qilah!!!!!!! Now ,i'm the youngest!!!!!!!!!!! yeay!!!!!!!!!!!! hehehe


Ni cerita2 kat sana....hehe...Time ni aku buat apa ha..

Be the best and beat the rest!

To my sister Aqilah Hamizah, i'll always behind you.
Wherever you go,and whatever you do..Just believe that YOU ARE NOT ALONE =)


p/s: Dah dua bulan dia di sana=)

Wednesday, 19 October 2011

Teka..di mana kita?hehe

Hai...hehehe...Nak tanya,cuba teka aku katmana dalam gambar ni....hehehe...Esok aku bagitau yer..Anyway,aku rindu sangat kat blog aku..Tapi lately aku terlalu banyak program dan paper nak "muwajahah"..Tadi dah habes satu paper dan malam ni saja aku dah ada 2 meeting...huhu...Penatla jugak..Apa2pun, doakan yang terbaikla untuk aku sem ni ya....=)


Tempat yang aku pergi ni sejuk....=)


Berkabus-kabus=)