Wednesday, 19 October 2011
Thursday, 6 October 2011
Profesional Mukmin yang wajar dicontohi...Bangsaku tontonla..
Alhamdulillah pagi ni,setelah sekian lama...Allah telah menemukan aku dengan jawapan yang selama ni sedang menjadi persoalan dan igauan aku iaitu..."Lekeh sangatkah Melayu kita?",benarkah MASA MELAYU tu memang sifat semulajadi dalam diri kita,ataupun kita sendiri yang melabelkan diri kita atau "redha" sahaja dilabelkan dengan sifat-sifat buruk seumpama ini.Dan kenapa banyak MELAYU KITA MEREMPAT DAN MENGEMIS DI TANAH SENDIRI..Dan benarkah,Melayu hanya ditakdirkan hidup di celah-celah kaki, sebagai penerima sahaja dan bukan di atas sebagai pemberi?Aku pernah mendengar cerita orang-orang Islam yang hebat tapi mereka bukan Melayu..Tetapi, Alhamdulillah,harini, sekali lagi aku berterima kasih kepada Allah kerana memberi aku peluang menonton video ni....MELAYU ISLAM..MELAYU ISLAM..Aku dah jumpa!! Kita bukan lekeh bangsaku! Tempat kita bukan di kaki! Kita boleh berdiri di atas gunung kalau kita mahu! Dan hanya kita sendirilah yang akan mengubah "label-label hina" ini!
Tahniah Dr.Afifi Akiti..You give a very big impact to me today!! Melayu Islam juga boleh!=)
Tahniah Dr.Afifi Akiti..You give a very big impact to me today!! Melayu Islam juga boleh!=)
Antara orang-orang yang menjadi target kebencian Yahudi ialah orang-orang Islam yang berjaya menempah nama di persada dunia,sama-samala kita doakan semoga Allah memberi perlindungan terhadap beliau dan keluarga..Amin.
P/S: Terlalu mengagumi orang-orang yang mencintai dan menghargai Ilmu Allah..
Tuesday, 4 October 2011
Jangan menangis mun..
2 Minggu lepas, aku teman kawan2 aku ke KL Central,dorang nak settlekan perkara2 berkaitan dengan PTPTN...Maklumla pakat2 dapat biasiswa,jadik kenala terminatekan PTPTN tu..
Jadik,dalam nak tunggu dorang siap2 semua tu,aku pun jalan2la dulu kat kawasan KL Central tu..
Lama sangat tunggu kawan2 aku,aku pun masukla dalam Guardian,try tester2 yang ada dalam tu..Best..hehe
Masa aku duk wat "self-grooming" sorang2 dalam Guardian tu,tiba2 aku dapat panggilan daripada kawan aku,Munira...
"Jannaaaaaah!!!Wey!! Result interview biasiswa POLI dah keluar!!!! Cepat2 bagi no I.C you!!!",jerit Munira dalam telefon..
"Yaka Mun,betoi ka..Awak dapat tak?"tanya aku..terkejut jugakla sebabnya takdak angin,takdak ribut tiba2 ja result untuk interview tu keluar..
"I Alhamdulillah Jannah, I dapat...cepatla!!nak I chekkan tak??Cepat bagi no I.C!!"meriah sangat suara Mun dalam telefon haritu..hehe
Ok2..8903....."aku pun excited la jugak nak tahu keputusan biasiswa yang aku mohon baru2 ni...Tiba2..
"Alah,Jannah............",suara Munira yang tadi meriah bertukar menjadi semakin perlahan...
"Napa Mun....Tak dapat eh?",tanya aku lagi..
"A'aa..Jannaaaah,....U xdapat... Alah Jannah...isk isk..isk"Munira mula menangis dalam telefon...Makin lama,makin kuat pulak..
"Ooo..boleh tak awak bacakan sikit apa dia kata dalam tu?"saja nak tahu walaupun dah tahu..saheh ada perkataan DUKACITA dulu kan..takkanla SUKACITA ,anda gagal..Padan muka..
"A'aa...dia tulis ayat yang masa kita xdapat KPM tula..Jannaah....Isk2",ayat2 Mun kedengaran agak berhati-hati..Mungkin mahu menjaga hati aku...
"Lah...xpalah...saya xdapat,awakkan dapat...Janganla menangis Mun..Rileks ar..Awak buat yang terbaik tau Mun interview ni,janganla sedih sebab saya..Ni rezeki awak,your way might not be my way Mun BECAUSE YOUR WAY MIGHT NEVER BE ANYBODY'S WAY..xpa,nanti kalau sempat kita berlatih interview eh?",aku mula memujuk Mun....Dan juga..mungkin.... hati aku sendiri...
"Tapikan kita sama-sama fight untuk biasiswa ni?Kenaperrrrrr?"Esakan Mun makin berkurang..
"Mun,nak wat camna,mungkin bukan rezeki saya..Xpalah..Awak ni..patutnya aku yang menangis dan awak yang kena pujuk aku..Ini tak,terbalik pulak dah..Ha bila awak free ni,bolehla kita berlatih2 sikit temuduga ni",cuba berseloroh menenangkan keadaan dan hati masing2 yang sedang kusut..Ehm..kali keempat permohonan ditolak..
"Tula,I kena wat lesson plan tau..kena tengok balikla ni..Bila u free,ingat bolehla nak berlatih?"..
"Ooo...nanti saya gtau awak lainla..By the way good luck tau"
Perbualan kami terhenti di situ...Dalam hati aku bertanya sendiri..."Aku ni sedih ker tak ni?Awat cam selamba sangat?"Longlai melangkah keluar dari Guardian...
Sambil berjalan..Tiba2 terasa bagai dibisik sesuatu....
"Jannah, jangan berdiri lama2 di depan "pintu yang tertutup",sebab di luar sana lebih banyak lagi "pintu2 dan "tingkap" yang menanti untuk kita masuk".Kita dah bagi salam tapi orang dah xbagi masuk..Jadi, carila rumah orang lain yang mengizinkan kita untuk masuk...Mana tahu rumah tu lagi cantik daripada rumah yang pintu tertutup tu,kan2 =)
P/S: Susah nak cari sahabat yang sanggup menangis bersama-sama..Thanks Munira...
Monday, 3 October 2011
Happy Besday Kak Nor =)
HEPI BESDAY TO YOU
HEPI BESDAY TO YOU
HEPII BESDAY TO KAK NOR sayer!!
HEPI BESDAY TO YOU!!!!=)
Yeay!!!!!!!hehe..Pagi yang sangat redup di UIA...Harini besday kakak aku yg no 3,Kak Nurhaffizawati@Kak Nor..Dah besaq dahkan kak aku ni..hehe..eh,macam orang tua plak aku cakap camnikan..huhu..Kak Nor ni baik..Walaupun kadang2 dia ni style serius sikit,(aku pun tak tahu the right time nak bergurau ngan dia..Sebab sekarang dia akan bergelak ngan kita,5 minutes after that,kita gelak tak habes lagi,dia dah serius balik.)..hehe..
Frankly speaking, i really adore her..Banyak yang aku belajar daripada dia pasal hidup ni..Dan yang paling penting,dia memang tak putus asa bagi motivasi suruh aku kurus..kehkehkeh.Thanks kak Nor,sayanggg kak Nor..Semoga Allah panjangkan umoq dia,dan murahkan rezeki dia dalam segala hal..Amin=)
P/S: Pukul 1O pagi kelas..Tuesday blues..
Saturday, 1 October 2011
Wanita kelihatan sangat tak cantik apabila..
PAKAI CEKOP KEPALA SAJA..
Biar miskin tangan,jangan miskin kepala..
Cerita untuk anak cucu
Minggu lepas Wardina datang UIA..Lawa sangat..Dapat tengok dari jauh ja..Sekali dia duduk betul-betul depan aku..Aku rasa excited sangat ar time tukan..
"Kak Dina",tegur aku..Berbungo-bungo den ghaso eh waktu tu..kehkehkeh
"Yer sayer.," jawab Kak Dina sambil memalingkan kepala kepadaku..
"Welcome to IIUM",ujar aku sambil tersenyum...Dalam hati..Wey,aku cakap ngan Wardinala..Ni boleh cerita kat penduduk kampung Bohoq Mali ni..wakakaka..Kau ado??
Sekali dia xdak pen nak guna waktu nak naik pentas untuk forum tu..Aku pun kasikla pen yang student aku kasik kat aku tu kat dia...Kak Wardina punya pasal...Apa pun boleh bagi =)
Lepas habes forum tu,dia pun kasikla balik pen tu......=)))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))( hah,tu pun nak cerita dalam blog kau?tanya reader2 sambil meluat dalam hati) Iyerrrr...jeles ker?
She's inspired many girls outside including me=)
Gambar diambil di FB Ustaz Syaari..Moderator terbaik untuk forum Tinta Emas,Layar Perak..
Keesokkan hari,selepas habes meeting dengan principal,Dr Adibah,aku pun amik kesempatanla bercakap dengan beliau..
"Dr.Adibah,Dr nampak tak pen saya ni?"ujar aku sambil menunjukkan pen tu kat Dr.Adibah..
"Ha..napa ngan pen tu?",tanya Dr Adibah kehairanan..
"Dr tahu tak,semalamkan,waktu Wardina datang UIA kan, dia guna pen saya doktorrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"kebisingan suara aku menggamatkan bilik mesyuarat Mahallah Aminah..
Suasana tiba2 senyap...
"Hey Jannah,ADA AKU KESAH????
(sambil wat gaya,mata ke atas,tangan di dada)
Terkebil-kebil aku dengar jawapan doktor yang ala2 Akak Sen,Meriahuoll tu,kahkahkahkahkah...Mujurla dia principal aku..Kalaula principal orang lain..hehe..
P/S: Minat tu semestinya suka..Suka tak semestinya cinta =)
Update...
Bestnya kalau kita just tulis update ja then semua orang boleh tangkap apa yang kita nak ceritakan...hehe..
Ok..first of all..Hi everyone,GOOD MORNING..Hawau you??(Marah orang Melaka aku tulis Hawau2 ni..hehe)
Ehm..Where do i begin..Satu lagu yang benar2 menyentuh hati aku..Aku tujukan khas untuk insan2 yang suka lagu lagho..lagu ni sesuai jugak untuk nyanyi sambil2 tunggu rebus maggi..Adui,berbunyila pulak perut aku time2 nak update ni..Hai..Lapaqnya..
Jomla dulu dengaq lagu ni..aku nak pi breakfast sat.Mana2 pakcik2 atau makcik yang nak belajaq BI tu, dengaqla lagu ni sambil2 makan roti canai ngan teh tarik..Saheh pasni panda sikit cakak omputeh =)
Subscribe to:
Posts (Atom)


