Sunday, 20 May 2018

Ramadhan Kareemmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm everyone!!

Friday, 14 April 2017

Ippo Hafiz - Hujan Sepi lirik









 Sedihla lagu ni.....



Hujan terus turun
Mendengar sayu sepinya hati
Menanti kembalinya irama hati
Pengubat mimpi jiwa terisi


Sudah puas sudah
Diri dinanti oh tidak kembali
Terus mendoakannya agar dia tetap ingati
Di sini aku kau menjelmalah


Aku tak bisa
Untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah di sini teruskan menanti

Aku tak bisa
Untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah di sini teruskan menanti


Aku tak bisa
Untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah di sini teruskan menanti
Tetaplah di sini teruskan menanti
Tetaplah di sini




Tuesday, 30 August 2016

Hi Master!

Hello my UUM Master...Insya Allah, gonna try my best!

See you UK in 2019

Friday, 8 January 2016

Aku

Pagi tadi masa nak pergi sekolah nampak satu pemandangan yang sangat indah..Subhanallah.. Rasa hilang keserabutan aku nak pergi sekolah...

Kadang2 bukan anak2 murid ja rasa tak seronok untuk ke sekolah,Cikgu pun sama..

Aku suka mengajaq,tapi tugas2 sampingan tu membuatkan aku rasa macam beratnya kaki nak melangkah.. Macam hari ni,aku terpaksa meninggalkan kelas Tingkatan 3,gara2 diminta menjadi MC untuk program Tingkatan 4, aku pun tak tahu dalam seramai 150 guru yang ada,muka aku juga yang dipanggil menjadi MC..Katanya tak semua berbakat menjadi MC..(Memangla tak berbakat, dah tak pernah dipaksa,bila disuruh semua mengelat) Aku ni kebanyakannya dipaksa..

kemudian pada bulan ini,setiap sabtu dan ahad,aku akan menjadi warden dan bermalam di asrama dek kerana sekolahku tiada warden. Katanya,yang terpilih menjadi warden ni kerana status yang single dan tiada komitmen keluarga. Yang bersuami beranak pinak dikecualikan..

Ok..walaupun berat,aku terpaksa akur juga..Single..Menjadi warden tak berbayar pun..namun hakikatnya bukan soal bayaran tapi soal masa aku..Tak termasuk tugas2 lain yang aku rasakan benar2 menganggu fokus aku sebagai guru..Aku sangat2 berharap dapat menjadi guru yang lebih baik tahun ni.. Tapi berharap jugak,janganla status single menjadi sebab untuk meletakkan semua tugas atas kepala otakku. Orang yang dilihat single itu jugak seorang anak yang  punya ibu dan bapa. Janganla mereka dipandang tiada apa2..

#thediaryofteacherjannah

Monday, 21 December 2015

Friday, 9 October 2015

Sedih

Sedih tu anugerahkan?Menandakan kita manusia normal..

Dalam minggu ni,ada beberapa perkara yang membuatkan aku rasa sedih gila.Antaranya tengahari Jumaat tadila,aku tangkap student aku hisap rokok dalam kelas, tak dan nak kejaq,dia dah lari.Tapi aku tahu ja budak tu..

Yang kedua,doktor gigi cakap, gigi geraham bongsu aku dah menunjukkan tanda2 mati...Sebab tu aku rajin sakit..Yang tu yang paling menyedihkanla..Terasa macam separuh nyawaku pergi ja..Padahal gigi ja punkan

Yang ketiga,esok aku jadi MC untuk Hari Sukan Negara. Tu pun mneyedihkan sebab balik2 aku ja yang jadik MC,orang lain pi mana? Stress tau sebenaqnya!

Yang keempat skrin handphone aku dah berubah warna,macam rosakla..Stress jugak tu..Aku jaga elok2la jugak phone tu.Kang beli lain jugak kang..

Entahla.....................................................................Aku sedihhhhhhhhhhhhhh pahammm takkkkk!!!

Tuesday, 4 August 2015

HI

Hi!
Bye!


HAHAHAHAHAHAHAH

Boleh ke update cenggitu...Hahaha
Sibuk nok! Biasalah cikgu...(ayat cliche)

Kalau dulu,wah cikgu! Mesti banyak cutikan???
Cuti hangguk kamu!
Mana ada banyak cuti,asal cuti ja ada kem2 kena pergi,kursus kena handle,mesyuarat kena hadap..ehm..tapi kalau pikiaq2 balik,kat luaq sana,ada ramai lagik yang tak dapat reja,duk usung resume merata,macam aku dulu2..Last2 bila dapat reja,bersyukurla...


Insya Allah minggu depan,aku bawak budak ke Sabah..kikiki..Tumpng masih bujang, enjoy jalah aktiviti2 nikan..Nanti dah kahwin,terhadla sikit aktiviti2 macam ni..

Monday, 11 May 2015

My dream

My dream is to travel the world without paying anything!

#mydream

Sunday, 19 April 2015

Akhir

Akhir
Dah berakhir
Ada mula,ada akhir

Ada permulaan ada perakhiran

Kalau tiada permulaan, mengapa kau kata ada pengakhiran?

Saturday, 4 April 2015

hi blog-My latest nephew

Usang betui blog ni..haha..Assalamualaikum

Lately memang xsempat nak meng'update' apa2 di blog kerana kebanyakan dah di upload di Instagram..Senangkan zaman instagram ni? Buh gambaq letak caption, habis...Takyah intro,conclusion bagai2

Tapikan aku selalu jugak jalan2 kat entri lama aku..Ehm..ada yang aku rasa xperlu pun tulis,kadang2 rasa bangangnya..asal aku tulis benda camni? HAHA..Biasala..makin dewasa,makin kita tau,betapa teruknya perbuatan2 kita yang dahulu..kan..

Orait, without wasting time,aku pun nak sambung buat kerja sekolah (walaupun aku cikgu,aku pun ada kerja sekolah tau).Banyak ngat..Kalah pengetua sibuknya.. I would like to introduce my latest nephew who is Habeeb Danial..Haaa...Habeeb Danial was born on 1st February 2015. Easy to remember right..heee. Jom tengok diaaa..


Habeeb ngan nenek,tokwan and tok Embun..eh Tok embon plak..Tok embon tu nama orang gila kampung aku..salu aku panggil kat adik aku Tok Embon...wakakakaka

 Hi beebb


Tudia menguaaappp nokk... Boleh wat terowong sangat mulut tu ngangaaa

Wah cantiknya bantal tu...Ok, kredit bantal to aku ya sebab aku yang bagi masa konvo abang aku..tu sekali ngan hadiah kahwin, birthday dia and anak2 dia yang bakal mendatang..hahaha

 nenek duk proses apa tu nenek?...


Omey tak kitewww....hahaha..bahasa budak2 sekarang..aku pun xpaham depa cedok dari negara mana..titeww,maneww,depaww...eh ada ka depaww..ada2kanla na...huh!

Cantik anak nakan khola ni..macam khola...nengok sikit khola dia camna..

First wefieee...hahahaha...Omey angat khola dia..

 Hi nila khola saya...Single but sold out..hahahaa...tetiba

oooo...ni maksu busuk masam saya..Dia tengah bawak saya jumpa kezen2 saya yang comot tuu

Hi Sepupu lelaki dan perempuan.Nice to meet you..hee

Jaga2...kesayangan terbaru nenek ngan tokwan ni...heeee

Nengok apalahh kak amni ni..

Eh,ni sapa pulak ni pakai spek hitam ni..OOO..nila Onyang saya..Sorryla Onyiang..Napping timeee

Ni Maklang saya,penjual rumput terkenal di Bohoq Mali,sapa nak rumput karpet boleh PM saya ni..whatsapps only, call cannot..hahaha..tetiba


Lastly my ommaaa...Sayang Omma saya...Terima kasih Omma lahirkan saya..Omey ngat saya macam Khola Jannah..hahaha


Dah habis..tahun depan pulak nak update! Sekian..Majulah GST untuk kucing anda! Huh!

Monday, 13 October 2014

Rasa apa?


Rasa apa?

Tak rasa apa
Dah agak
Dah lama..

Habis xkan nak biar saja?

Biarla, dah jadi, nak buat macammana lagi
Tak sedih?
Tak!

Aku...Insya Allah, kuat.

Monday, 1 September 2014

kak liza


Hi, meet my best friend, kak liza. She's 52 years old and my neighbour at school. Best kawan ngan dia..Hahaha..funny and comel too.. She's  teaching English too but for form 6. Meanwhile aku mengajar budak2 form 1 and form 2..bestnyerrrrrrrrrrrrr ...Best sangat2..Hari2 rasa macam hari kiamat.. (hiperbola sket)

Aku suka kawan ngan dia, banyak idea, and dia ada ciri2 yang ada kat kawan2 baik aku..Antaranya:

1) Lemah-lembut
2) Baik hati
3) Pemurah
4) Comel
5) Cakap baik2 ja..
6) Suka meminta pendapat daripada aku


hehe... and you know what? seronok sebenarnya berkawan dengan orang2 veteran ni..Depa ni, banyak pengalaman..yalah semakin berumurkan semakin banyak perkara2 yang dilalui..

Entahla..di sekolah aku lebih banyak menghabiskan masa menyendiri, kalau ada kak liza barulah aku rasa hidup sikit...

Esok sekolah dah bukak, nak jumpa kak Liza and nak peluk dia kuat2!!!!!!!!!!!!!!! Kak Lizaaaaa!

Friday, 29 August 2014

Khola rindu anak2 saudara khola

Hai anak2 saudara khola, today i would like to tell you that i really miss all of you so much..

Sunday, 17 August 2014

Aku,mereka dan ketum

Lama xpost apa2..
Sibuk...
Sibuk.. dan sibuk..

Aku sekarang adalah guru kelas..dan guru bahasa kepada kelas2 bermasalah..

Ketum, vandalism, budak lambat, budak kurang beradab.. semua dihadiahkan kepadaku..terima kasih

Adakala aku mahu lari..lari sejauh jauhnya.. namun aku harus kuat...aku waaaajib kuat.. setiap minit adalah amanah..

Wednesday, 21 May 2014

Rasa macam nak marah


Istigfar

Istigfar

Istigfar

Mesti ada yang tak kena dengan hati
Adala tu tang mana2..

Tuesday, 6 May 2014

Abah

Abah akan lakukan apa sahaja demi aku
Itu yang aku tahu
Tapi,adakah aku akan lakukan apa saja untuk abah?
Aku..aku xtahu...

Cuma aku harap aku mampu
Aku harap Allah bantu..


P.S: Harini abah seperti aku..menangis kerana Datuk Aziz Sattar. Selamat tinggal Datuk..Semoga baik-baik sahaj di dunia sana.. Al-Fatihah